Anda di halaman 1dari 27

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

SITE PREPARATION
NAMA : MUHAMMAD SAFWAN BIN LAHAM I/C : 960530-04-5467

KELAS : 3 TEKNOLOGI PEMBINAAN N.PENSYARAH : EN. Mohd Azlan bin ibrahim

PENGHARGAAN

Segala-gala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya saya berjaya menyempurnakan folio ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Azlan Bin Ibrahim yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepenuhnya. Segala dorongan, bimbingan, nasihat serta teguran dapat membina semangat saya untuk belajar. Selain itu, kesudian beliau meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan merupakan sinaran cahaya ilmu yang amat berharga daripada seorang pensyarah. Semoga Allah s.w.t. sentiasa melindungi dan merahmati setiap pengorbanan beliau dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

ISI KANDUNGAN
BIL 1 PERKARA KERJA UKUR 1.1 PENGENALAN 1.2 KERJA-KERJA PENGUKURAN SETTING OUT BANGUNAN 1.3 PERALATAN KERJA UKUR KAJIAN TANAH 1.1 TUJUAN KAJIAN TANAH 1.2 PENGENALAN 1.3 PERALATAN KAJIAN 1.4 JENIS UJIAN PENUTUP RUJUKAN M/S 4 5-8 9

3 4

10 11 12-18 19-25 26 27

PENGENALAN
Setiap bangunan adalah terdiri dari 3 bahagian iaitu tapak, dinding dan bumbung. Tapak bangunan adalah yang paling penting sekali dan perlukan pengiraan serta ukuran yang tepat. Kerana jika tersalah pengiraan lokasi atau tersalah diberi level maka bangunan tadi dah jadi tersalah bina dan tak mengikut pelan design yang telah ditetapkan oleh jurutera dan arkitek. Dalam setiap tapak bangunan atau dalam bahasa Inggeris disebut foundation biasanya terdapat batang2 piling ( bagi jenis tanah lembut atau pun tanah filing ), footing ( bagi jenis tanah keras atau berbatu ), pilecap, stump, ground beam, tiang column dan lantai bangunan. Di dinding terdapat pintu, tingkap dan floor beam tingkat atas manakala pada bahagian bumbung pula terdapat roof beam, siling, rangka siling, rangka atap dan atap ( samada zink, asbetos atau genting ). Ada juga bumbung bangunan yang diperbuat dari konkrit yang rata. perkara pertama yang mesti jurukur buat iaitu membaca dan mengkaji pelan arkitek dan juga pelan struktur bangunan ( piling layout, footing layout dan ground beam layout ). Pertamanya pastikan dulu pelan dari arkitek dan jurutera struktur itu sama dari segi ukuran setiap bucu bangunan dari dinding ke dinding. Kalau setelah kita mengkaji setiap pelan tersebut dan dapati ada percanggahan maka cepat beritahu pada pengurus projek untuk komen dan tindakan susulan. Perkara kedua yang perlu dilakukan oleh jurukur pula adalah membuat pre-comp plan bagi memastikan kedudukan dan keluasan bangunan tersebut di dalam lot tanah adalah tepat mengikut pelan struktur dan arkitek serta tidak ada pertindihan dengan infrastruktur lain seperti rezab jalan, rezab parit, saluran paip, saluran kumbahan dan lainlain. Setelah dua perkara di atas telah jurukur pastikan betul dan tidak mempunyai masalah maka barulah boleh dimulakan kerja pengukuran dan penandaan di atas tanah. Tetapi selagi masih bermasalah jangan sesekali jurukur meletakkan walau sebatang penanda pun kerana kemungkinan besar akan ada perubahan pada pelan bangunan tersebut dan bagi mengelak dari membuat kesalahan atau mengulang kerja yang sama berulang kali.
4

KERJA-KERJA PENGUKURAN SETTING OUT BANGUNAN


1.) Mulakan kerja pengukuran dengan membuat station terabas kawalan horizontal secara tertutup dan mengelilingi keseluruhan tapak pembinaan tersebut. Selain itu tandakan juga lokasi bangunan itu di atas tanah bagi memberikan jurukur lebih informasi mengenai keadaan sebenar tapak bangunan tersebut dan . 2.) Buatkan juga TBM ( batu aras sementara ) berdekatan dengan tapak bangunan itu tetapi pastikan letaknya ditempat yang selamat dan senang untuk dibaca apabila kita perlu membuat kerje-kerja pelarasan kawalan ketinggian bangunan tersebut. Pastikan TBM itu di konkritkan supaya dapat bertahan lama dan kekal disitu. Tuliskan juga ketinggian aras laras pada TBM itu untuk memudahkan kerja ukur. 3.) Setelah siap kerja asas pengukuran iaitu terabas dan leveling dan dibuat pembetulan, dengan berpandukan pada pelan struktur samada pelan piling layout, footing layout atau pun ground beam layout jurukur perlu menandakan pula baseline bagi paksi X dan Y bangunan itu mengikut pelan layout di atas tanah. Contohnya bangunan itu bersegi 4 maka kita tandakan 4 penjuru bangunan tersebut yang telah di offsetkan sekurang kurangnya 2 meter ke belakang daripada garisan gridline pertama dan terakhir dan pagarkan supaya peg tersebut dapat bertahan lama, tidak diusik sewaktu kerja pembinaan dijalankan. Sebaiknya gunakanlah penghadang dari paip besi dan konkritkan tapaknya supaya tetap kekal disitu dalam jangkamasa yang lama serta tuliskan juga nombor gridline pada tapak peg itu contohnya A/1, A/9, F/1 & F/9. Dan jangan lupa dibaca juga ketinggian aras setiap penanda tadi.

4.) Pekerja pembinaan bagi membuat kerja tapak asas bangunan tersebut kebiasaannya akan membuat pagar kayu yang dipanggil profile board ( pagar profile ) disekeliling tapak bangunan itu dengan berpandukan baseline yang ditandakan oleh jurukur kecuali jika kerja menanam cerucuk/piling perlu dilakukan terlebih dahulu. Pastikan ketinggian pagar profile itu adalah di paras tinggi lantai siap finish floor level ( FFL ) bangunan tersebut. Jadi jurukur perlu memberitahu kepada pekerja tadi dengan menulis di peg tersebut berapa tinggi dari peg ke tinggi FFL. Setelah pagar profile itu siap dipasang tugas jurukur seterusnya adalah menandakan dengan tepat kedudukan gridline 4 penjuru A/1, A/9, F/1 & F/9 tadi ke atas pagar profile tersebut dengan menggunakan paku. Kemudian jurukur perlu memastikan juga yang jarak paku ke paku yang ditandakan itu adalah tepat mengikut jarak yang dituliskan dalam pelan layout. Tanda paku bagi gridline yang selebihnya pula akan ditanda sendiri oleh pekerja pembinaan.

5.)

Jikalau ada kerja menanam cerucuk di tapak bangunan itu maka jurukur perlu

menandakan lokasi piling point di atas tanah mengikut gridlinenya dengan tepat berpandukan pada pelan piling layout. Setelah siap kerja menanam cerucuk dan dipotong baki batang piling tersebut pada paras cut off yang dimahukan oleh supervisor projek bangunan itu maka jurukur perlu pula membuat satu ukuran as-built piling iaitu dengan merekodkan X,Y center line batang piling yg telah dipotong tadi. Ini adalah untuk memastikan batang piling itu berada tepat di tempatnya dan tidak lari ke arah lain terlalu jauh. Selepas itu barulah pagar profile boleh dipasang oleh pekerja pembinaan dan jurukur menanda kedudukan gridline seperti perkara (4) di atas. 6.) Seterusnya kerja penandaan tapak footing/pilecap akan dilakukan oleh pekerja

pembinaan dengan cara menarik benang bagi 2 garisan gridline yang berlainan secara bersilang ( lihat foto rujukan di atas ). Jurukur akan diminta memberikan paras kedalaman dan ketebalan setiap footing/pilecap yang akan dikorek oleh pekerja binaan tersebut. Setiap perbezaan pada saiz footing/pilecap maka kedalamannya juga akan berbeza dengan nombor rujukan bagi footing/pilecap itu juga akan berbeza mengikut jadual footing/pilecap yang telah disediakan oleh jurutera struktur. 7.) Seterusnya apabila footing/pilecap tadi telah siap dibuat maka jurukur perlu menanda

pula ketinggian ground beam serta FFL pada casing atau framework kayu tiang column yang belum lagi dikonkritkan. Perlu diketahui disini kegunaan pagar profile sebenarnya adalah untuk memudahkan kerja penandaan gridline setiap tiang2 column yang akan dibina. Periksa dengan teliti sekali lagi pada pelan piling layout atau footing layout kerana kebiasaannya terdapat jarak offset yang tertentu bagi sesetengah tiang dan tak semestinya berada tepat di atas garisan gridline yang telah ditandakan. Dengan memastikan tinggi pagar profile itu berada di paras ketinggian 'finish floor level' maka pagar profile itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi memudahkan pekerja pembinaan menentukan ketinggian stump
7

yang akan dibina. Stump adalah merupakan penyokong antara footing/pilecap dan ground beam.

8.)

Seterusnya setelah siap ground beam maka jurukur perlu memastikan pula besi tiang

column yang belum dikonkrit itu berada dikedudukan yang tepat dan tegak tidak condong. 9.) Dan apabila casing atau acuan framework tiang column telah siap dipasang maka jurukur perlu pula menanda ketinggian untuk floor beam bagi tingkat yang seterusnya. 10.) Sekarang ini kerja jurukur dah menjadi bertambah mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memindah station control ke tingkat yang atas untuk kerja kawalan horizontal dan memindahkan juga TBM ke tingkat atas. Dan kerja ini perlu diulang lagi setiap siapnya tingkat atas yang baru. Pada waktu ini jurukur hanya perlu memastikan bucu bangunan dan tiang column tadi tidak condong dan ketinggian paras floor beam adalah mengikut pelan struktur dan arkitek.

PERALATAN KERJA UKUR

KAJIAN TANAH
TUJUAN PENYIASATAN TAPAK 1. Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan 2. Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi 3. Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul semasa pembinaan 4. Untuk menyiasat sebab perubahan keadaan sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh perkara lain

Penyiasatan tapak juga untuk menentukan keupayaan galas tanah,kestabilan cerun, tekanan tanah terhadap struktur penyokong dan kesannya terhadap bahan kimia (bahan binaan) Jika penyiasatan tapak tidak dilakukan, akibatnya:

1. Projek pembinaan akan menemui kegagalan atau tidak dapat disiapkan atau terpaksa dirobohkan 2. Tempoh pembinaan dan kos akan bertambah

10

PENGENALAN
Ialah lubang yang dikorek untuk tujuan penyiasatan tapak binaan. Kedalaman lubang jara bergantung kepada keadaan jenis-jenis tanah, jenis-jenis ujian tanah dan kaedah -kaedahpenjaraan serta jenis struktur yang akan ditanggungnya.

11

PERALATAN KAJIAN
Lubang Jara (Bored Holes) o Digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m dengan bantuan satu set rod tambahan. o Untuk tebing yang tidak perlu sokongan dan tanah bersaiz kecil o Terdapat dua jenis gerimit tangan iaitu gerimit Iwan dan gerimit heliks

Gerimit Tangan (Hand Auger)

50mm Sesuai untuk tanah jelekit

12

Gerimit heliks Gerimit Iwan / Gerimit Lubang

200mm Sesuai untuk tanah berbutir dan berketulan

13

Penjaraan Tukulan (Hammer / Percussion Boring)

Pelantar penjaraan (percussion rig) terdiri daripada unit kuasa, win, kabel, derik dan berkas di mana unit kuasa dan win membawa kabel keluli yang ringan melalui satu takal di atas derik Lubang jara untuk tanah yang keras dikorek dengan menggunakan pahat yang berat atau mata pencincang Ia dipasang pada rod penjaraan yang padu, dimana berat rod diperlukan bagi menusuk kedalam tanah Kabel yang dihubungkan dengan unit win akan mengangkat dan menjatuhkan rod untuk memecahkan tanah Dengan cara ini, batu bundar dan batu tongkol boleh dipecahkan tetapi cara ini adalah lambat Penjaraan tukulan adalah sesuai untuk penyiasatan semua jenis tanah

14

Gerimit Mekanik (Mechanical Auger)

Digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering,terutamanya bagi tanah liat. Kuasa yang diperlukan untuk memutarkan gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri dan tanah yang akan ditusuk. Tekanan ke bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau beban mati. Terdapat 2 jenis alat yang digunakan, iaitu Gerimit Larian dan Gerimit Timba Gerimit Mekanik a. Gerimit Larian Gerimit Larian Pendek Terdiri daripada satu heliks dengan panjang terhad beserta alat pemotong dibawahnya. Gerimit disambung pada batang keluli (bar Kelly), yang melaui kepala rig

15

Gerimit Larian Terus Terdiri daripada rodrod dengan satu heliks yang merangkumi keseluruhan panjangnya. Tanah dinaikkan sepanjang heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan

b. Gerimit Timba Terdiri daripada suatu silinder keluli, terbuka di bahagian atas tetapi dipasang plet asas yang ada pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plat. Diputar dan ditekan ke bawah tanah bagi menyingkirkan tanah. Tanah yang tersingkir ini akan melepasi lubang alur dan memasuki timba, tanah tersingkir oleh pemotong. Dengan melepaskan plat asas yang terengsel, timba yang penuh akan bergerak ke permukaan untuk dikosongkan. Lubang korekan gerimit bergaris pusat melebihi 1m boleh digunakan untuk memeriksa strata

16

Penggerudian Putar (Rotary Boring)

Digunakan untuk pemeriksaan batuan dan tanah. Ia dipasang di hujung rangkaian rod-rod penggerudi geronggang yang berbentuk bit pemotong atau bit peneras. Air atau lumpur gerudi dipam melalui rod geronggang mengalir ke dalam lubanglubang sempit. Bendalir penggerudian menyebabkan penggerudian sejuk dan melincir juga bendalir ini ia merupakan sokongan kepada tebinglubang sekiranya selongsong tidak digunakan. Kebaikannya ialah dapat dilaksanakan lebih cepat dan meminimumkan gangguan terhadap tanah di lubang jara.

17

a. Penggerudian Lubang Terbuka Digunakan untuk mendalamkan lubang di manarod penggerudian boleh dibuang untuk mengambil sampel tiub atau untuk menjalankan ujian di situ. Digunakan untuk tanah dan batuan yang lemah, dan digunakan untuk memecahkan semua bahan yang berada dalam lingkungan garis pusat lubang dengan menggunakan bit

b. Penggerudian Teras Digunakan untuk batuan dan tanah liat keras, dan bit memotong lubang anulus di dalam bahan yang mempunyai kandungan air semula jadi yang bertambah akibat sentuhan bendalir penggerudian. Teras bergaris pusat 41mm, 54mm, 76mm dan meningkat sehingga 165mm.

18

JENIS UJIAN
Ujian Penusukan Piawai (Standard Penetration Test)

Kaedah perlaksanaan Ujian Penusukan Piawai, Ujian penusukan piawai merupakan ujian dinamik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas bagi pasir dan kerikil. Satu tiub pemisah sampel (split barrel sampler) berdiameter 50 mm dimasuk ke dalam tanah pada paras tapak lubang jara dan kemudian ia diketuk masuk sedalam 450 mm ke dalam tanah dengan menggunakan tukul seberat 65 kg dan tinggi jatuhan 0.76m. Bilangan hentaman dicatat untuk tusukan sedalam 300mm. Bilangan hentaman ini dikenali sebagai nilai N. Dengan menggunakan carta Terzaghi dan Peck nilai N yang diperolehi boleh ditukarkan kepada nilai tekanan galas yang dibenarkan.
19

Ujian Penusukan Kun (Cone Penetration Test)

Ujian Penusukan Kun boleh merujuk kepada in ASTM D3441:1986 atau rujukan terkininya ASTM 3441: 2004). Ujian penusukan kon merupakan ujian statik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas dan juga enapan. Ia terdiri daripada satu proba kun 60 dan ditekan masuk ke dalam tanah oleh jek pada kadar 20 mm/s dan daya yang diperlukan untuk menekan kun (qc) tersebut diukur. Geseran sleeve memberi satu nilai ukuran lekatan tanah. Nilai rintangan total QT diukur bila tip kun dan geseran sleeve dimajukan bersama dan nilai rintangan kun QC kemudiannya diukur sebagai nilai tip kun sendiri dimajukan. Oleh itu, nilai rintangan geseran tepi QS diperolehi seperti berikut :o Ujian Penusukan Kun boleh merujuk kepada in ASTM D3441:1986 atau rujukan terkininya ASTM 3441: 2004). o Ujian penusukan kon merupakan ujian statik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas dan juga enapan.

20

o Ia terdiri daripada satu proba kun 60 dan ditekan masuk ke dalam tanah oleh jek pada kadar 20 mm/s dan daya yang diperlukan untuk menekan kun (qc) tersebut diukur. O Geseran sleeve memberi satu nilai ukuran lekatan tanah. o Nilai rintangan total QT diukur bila tip kun dan geseran sleeve dimajukan bersama dan nilai rintangan kun QC kemudiannya diukur sebagai nilai tip kun sendiri dimajukan. o Oleh itu, nilai rintangan geseran tepi QS diperolehi seperti berikut :-

QS = QT - QC

21

Ujian Galas Plet (Plate Bearing Test)

Ujian galas plet adalah untuk menentukan kekuatan beban galas tanah dan juga enapan yang berlaku pada tanah . Ia adalah lebih sesuai untuk tanah tak jelekit berbanding tanah jelekit kerana tanah jelekit memerlukan masa yang lama untuk pengukuhan sepenuhnya. Biasanya 2 ujian dilakukan. Plet dengan saiz yang berbeza tetapi bentuk yang sama digunakan pada tanah berbutiran supaya enapan asas yang dicadangkan boleh diterbitkan daripada hubungan kedua-dua plet. Beban dikenakan mengikut tambahan (biasanya 1/5 daripada tekanan galas yang dicadangkan) dan dinaikan sehingga 2 atau 3 kali ganda beban yang dicadangkan. Tambahan selanjutnya hanya dibuat apabila enapan tidak dikesan dalam masa 24 jam yang berikutnya. Ukuran biasanya diambil kepada 0.01 mm dan apabila tidak terdapat titik kegagalan yang nyata, keupayaan galas muktamat diandaikan sebagai tekanan yang menyebabkan enapan bersamaan dengan 20% daripada lebar plet.

22

CERAPAN PARAS AIR BUMI

Ada 2 kumpulan utama dalam membuat cerapan paras air bumi (p.a.b.) ; i. mengenalpasti paras air & tekanan air ii. bagi tujuan ujian kebolehterlapan (ujian pam)

Pada kebiasaannya pemerhatian p.a.b. dibuat pada masa pengorekan lubang jara adalah tidakberapa tepat. Ianya boleh diambil sebagai panduan sahaja. Perbezaan/perubahan cuaca, aliran air, tumbuhan dll mempunyai kesan terhadap kandungan air pada satusatu masa. Oleh itu satu siri bacaan diambil dalam satu jangkamasa tertentu. Pemerhatian p.a.b. penting bila melibatkan pengorekan dalam.

23

Pemerhatian Lubang Jara Lubang jara yang dikorek semasa penyiasatan tapak boleh dibiarkan sama ada terbuka atau tertutup (bergantung kepada keadaan) boleh digunakan sebagai tempat pemerhatian. Paras air didapati dengan menggunakan alat seperti chalked tape, pita yang dipasang dengan alat pelampung atau dengan peralatan bersuis yang bergerak apabila

bersentuhan/terkena air. Adalah lebih baik jika satu siri pemerhatian jangka panjang dibuat dengan memasukkan tiub-tiub bergaris pusat kecil kedalam lubang jara. Pada kebiasaannya tiub-tiub pemerhatian dipotong pada ketinggian tertentu dan dipasang dengan penutup bagi menghalang daripada dimasuki oleh elemen-elemen yang tidak diingini. Bagi tanah kohesif, penstabilan paras air mengambil masa yang agak panjang dan lokasinya didapati dengan cara fill & bail. Bagi lubang jara yang dipenuhi air, airnya akan ditimba keluar. Sekiranya paras air didapati jatuh,banyak lagi air akan dikeluarkan. Jika ianya naik sedikit, kuantiti air dimasukkan semula.

24

Kaedah Tentu-luar (Extrapolation Method) Kaedah dimana paras air diplot melawan masa : Paras air _____________________________________ Masa

Paras air ditentukan dengan cara/kaedah tentuluar dengan plotan kelok sehingga ianya selari dengan paksi masa. Pencerapan Paras Air Bumi Didalam tanah liat dan kelodak, air mengambil masa yang agak lama untuk memenuhi lubang gerek. Tatacara biasa digunakan untuk mendapatkan aras air bumi ialah dengan memasukkan tiub hujung terbuka kedalam lubang gerek. Tiub tersebut biasanya bergaris pusat 50 mm dan berlubang-lubang dibahagian hujungnya. Tiub dipadatkan diselkelilingnya dengan batu kelikir dan dikukuhkan pada kedudukannya dengan tanah liat kedap. Selepas itu lubang gerek ditimbus untuk menghalang air hujan daripada masuk kedalamnya. Cerapan air mestilah diambil untuk beberapa waktu (minggu) sehingga keseimbangan tercapai.

25

PENUTUP
Secara konklusinya, saya dapat menambah segala input setelah diberi tugasan seperti ini. Saya tidak akan pernah sia-siakan segala usaha pensyarah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya dapat megetahui segala isi penting yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kelas malah saya dapat meluaskan pengetahuan saya dengan menyiapkan folio ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat membantu saya memperoleh markah yang lebih tinggi.

26

RUJUKAN
http://dmaza.blogspot.com/2010/07/penyediaan-tapak-disediakan-oleh-mazlan.htm http://baganbeachboy.blogspot.com/2011/06/asas-kerja-ukur-kejuruteraansetting.html

27

Anda mungkin juga menyukai