Anda di halaman 1dari 10

KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK. PENGENALAN Kerja-kerja berkaitan dengan elektrik adalah dibawah Cawangan Elektrik, JKR Kuala langat.

Fungsi cawangan elekrtik boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Untuk membuat semua kerja-kerja pemasangan, pendawaian dan kerja yang berkaitan dengan elektrik bagi projek-projek dibawah cawangan JKR Negeri ataupun Persekutuan. Contohnya seperti projek pembinaan sekolah bagi Cawangan pelajar, hospital pula dibawah Cawangan Perubatan dan Kesihatan, balai polis untuk Cawangan Hal Ehwal dalam negeri dan juga jalanraya dibawah Cawangan jalan. Bagi semua projek tersebut, Cawangan Elektrik bertanggungjawab untuk mereka bentuk sistem pendawaian, menyediakan Dokumen Tender, memilih dan mencadangkan kerja-kerja dan mengawasi tapak bina. 2. Untuk menyenggara semua pemasangan dan kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik bagi semua bangunan kerajaan seperti sekolah, hospital, balai polis, pejabatpejabat kerajaan, kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan lain lagi. Kerja penyenggaraan seperti menjaga sebuah kem, adalah contoh bagi pengawasan harian yang dilakukan oleh pihak JKR kuala langat Cawangan elektrik. Selain dari ( 2 ) fungsi besar diatas ia termasuk membuat tambahan kerja pada bangunan yang sedia ada seperti memasang lampu perhiasan bagi majlis rasmi seperti lawatan menteri atau jamuan rasmi. Selain ini juga kerja mereka bentuk pelan baru juga direka oleh bahagian ini seiring dengan perubahan yang berlaku.

Carta dibawah menerangkan mengenai langkah dan aturcara pemasangan kerja elektrik bagi satu projek dibawah JKR mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Semua cawangan dalam JKR akan menerima Dokumen yang berkaitan mengenai permulaan Sesebuah projek.

Persediaan bagi kerja mereka bentuk sistem pendawaian dan pemasangan elektrik dibuat begitu juga kos yang diperlukan bagi kerja tersebut. Ia dilakukan oleh arkitek dan wakil dari bahagian mekanikal yang bertanggungjawab. Perbincangan dibuat antara pihak berkuasa iaitu TNB Brehad dan juga pemborong yang dilantik oleh JKR serta Juruteknik elektrik JKR. Perbincangan dengan arkitek dalam usaha menyediakan Substation, bilik suis, generator sesalur dan Pelengkap elektrik yang lain.

Kerja pemasangan dijalankan setelah semua prosedur Di ikuti dan tender telah melantik kontraktor yang terpilih.

Setelah semua perkara diatas diikutu maka kerja-kerja boleh dijalankan dan dari semasa ke semasa Juruteknik dari JKR akan memeriksa karja yang di lakukan oleh pihak yang dilantik. Sebarang masalah atau perubahan akan diruju kepada Bahagian Elaktrik, Jabatan Kerja Raya Selangor. PERATURAN KESELAMATAN Semasa saya mengawasi dan melakukan kerja yang berkaitan dengan elaktrik ciri-ciri keselamatan amat saya titik baratkan kerana bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arus tidak kelihatan dan jika tersalah aliran, arus ini menyebabkan renjatan, kebakaran dan sesuatu yang lebih dasyat. Ia boleh di elakkan jika mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. LANGKAH KESELAMATAN DALAM KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK. Dalam kerja pemasangan eletrik, antara peraturan keselamatan yang perlu diikuti ialah: 1. Sebarang kerja baik pulih, tambahan dan pemasangan elektrik hendaklah hanya di lakukan oleh orang yang berkelayakan. Jika kerja tersebut dilakukan oleh sesiapa sahaja, dikuatiri akan terjadi lebihan beban daripada yang sepatutnya atau kesalahan menggunakan suis, kabel dan alat-alat yang berkaitan. Perkara ini akan membahayakan penguna jika perkara yang tidak di ingini. 2. Sewaktu memotong penebat kabel, kita hendaklah menggunakan alat yang sesuai dan berhati-hati agar tidak menrosakkan pengalir. 3. Alat tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang bertebat dan sesuai untuk digunakan. 4. Pakaian sewaktu bekerja hendaklah sesuai dan selesa pada pergerakkan. Cincin atau pun barang kemas yang lain tidak digalakkan dipakai ketika membuat kerja. Kasut yang digunakan adalah dari jenis yang bertapak tebal dan juga dari bahan penebat seperti getah adalah perkara yang penting bagi mengelakkan berlaku renjatan atau pun kemalangan semasa kerja .

PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK 1. Tangga Perkara yang perlu diambil berat semasa kerja dilakukan ialah pada alatan yang digunakan seperti tangga, peranca dan juga alatan yang digunakan untuk mencapai satu tempat yang tinggi. Bagi tempat yang mempunyai permukaan yang licin tangga hendaklah di sokong atau di ikat tali pada kedua-dua kakinya bagi mengelakkan dari ia tergelincir. Pengguna juga hendaklah mengetahui cara berkerja di atas tangga kerana jika seseorang tidak biasa dan tidak tahu kedudukan badan ia boleh menyebabkan tangga tidak stabil dan mudah jatuh. 2. Litar Selain itu pastikan litar itu mati ataupun bebas dari litar tertutup. Ia boleh di buat dengan mematikan suis utama. Bekerja pada litar hidup amat bahaya kerana jika tersalah sentuh atau sambung renjatan atau kebakaran boleh berlaku. Bagi lengkah yang lebih selamat lagi digalakkan kita agar: (a) Menebatkan diri daripada pengalir. (b) Bekerja hanya pada satu litar (c) Menggunakan sarung tangan yang diperbuat daripada penebat dan berdiri diatas benda bukan logam. (d) Semua anggota badan dan alat hendaklah kering. Ujian litar juga dilakukan bagi memastikan bekalan litar ke alat benar-benar telah diputuskan dengan mengujinya menggunakan alat penguji yang betul. Semua dawai pengalir juga harus ditandakan kerana boleh timbul kekeliruan semasa menyambungkan dawai dengan litar. Setelah semua perkara tersebut diperiksa maka kerja-kerja dapat dijalankan dengan selamat.

LANGKAH-LANGKAH SEGERA APABILA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK. Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, langkah yang perlu kita ambil segera ialah dengan memutuskan semua bakalan dengan menutup suis utama. Kemudian mulakan permulihan nafas dengan segera dan jika diluar kawalan hubungi segera pusat pertolongan cemas. Hangaqtkan tubuh mangsa bagi mengelakan ia dari pengsan atau tidak sedarkan diri. Kaedah pertolongan cemas yang selalu digunakan bagi merawat mangsa ialah seperti : (a) Kaedah mulut ke mulut (b) Kaedah Holger Nielsen (c) Kaedah Schafer (d) Kaedah Tekanan Luar Kardiak (e) Kaedah Silvester. Jadual dibawah menunjukkan kadaran arus bagi sesuatu renjatan. Kadaran Arus 1 mA hingga 3mA 10 mA hingga 30mA 25 mA hingga 30 mA 50 mA keatas Bahaya Dan Kesan Kepada Mangsa Tidak merbahaya Kaku dan kebas Kaku yang lebih ketara sehingga membawa lumpuh Memberhentikan denyutan jantung dan membawa maut

Semua ciri-ciri keselamatan haruslah di ikuti bagi mengelak dari kejadian yang tidak diingini yang boleh membawa maut. Kita harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan tidak cuai semasa melakukan kerja elekrtik.

SISTEM PENDAWAIAN PENGENALAN Saya banyak mengikut Juruteknik Elektrik dan membuat kerja berkaitan dengan pemasangan sistem pendawaian bagi rumah-rumah kerajaan dan juga bangunan kerajaan seperti di kem TUDM bukit jugra. Saya berpeluang mengenali proses penyediaan dan cara kerja yang dilakukan dengan lebih mendalam setelah mengetahui secara teori sewaktu di Politeknik. Sistem pendawaian adalah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, pelindung mekanikal dan aksesori elektrik. Kaedah pemasangannya bergantung kepada jenis-jenis yang terdapat dan yang selalu digunakan. FAKTOR PEMILIHAN Bagi kerja-kerja pemilihann yang selalu di ambil kira oleh pihak JKR kuala langat bagi sistem pendawaian untuk kuarters kerajaan adalah dari segi jenis beban dan juga voltan yang hendak digunakan. Selain itu kos perbelanjaan bergantung pada sebutharga bagi sesuatu pemasangan itu. Tempoh ketahanan dan juga kualiti juga dititik beratkan bagi bahan dan kompenan yang digunakan. Aspek keselamatan diambil kira bagi sistem tersebut. Jenis Sistem pendawaian mengikut kelulusan JKR Sistem pendawaian yang selalu digunakan di negara ini ialah seperti: 1. Sistem permukaan 2. Sistem tersembunyi 3. Sistem penyokong katenari 4. Sistem kondiut 5. Sistem sesalur 6. Sistem kabel penebatan mineral kuprum 7. Sistem kabel penebat pelapik plumbum

Bagi kebanyakan sistem di atas, sistem sesalur paling banyak digunakan bagi kerja melibatkan JKR untuk sistem pendawaian dirumah. Ini kerana ia mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh JKR. PEMBUMIAN DAN PERLINDUNGAN ARUS ELEKTRIK PENGENALAN Pembumian merupakan sambungan yang antara logam dan bumi. Tujuan asas pembumian sesuatu alat dan perkakasan elektrik adalah untuk memberi keselamatan dari bahaya arus yang lalu semasa digunakan dan renjatan elektrik dan kebakaran mungkin berlaku pada ia mengalir ke bahagian-bahagian logam yang boleh membawa arus dan menyebabkan pecikan bunga api. PERLINDUNGAN DARIPADA ARUS BOCOR KE BUMI Perlindungan dari arus bocor ke bumi dapat di elakkan dengan salah satu cara yang berikut: 1. Tebatkan sepenuhnya sepanjang pemasangan supaya bahagian-bahagian yang membawa arus bocor tidak disentuh oleh pengguna. 2. Tebatkan dua lapis alat-alat atau lampu-lampu supaya bahagian logamnya tiada yang terdedah. 3. Bumikan logam-logam yang terdedah supaya arus bocor yang dialikan ke bumi dalam keadaan yang selamat. 4. Asingkan logam agar pengguna tidak tersetuh pada bahagian hidup dan logam yang dibumikan dengan mengadakan pengadang.

BENDA YANG PERLU DIBUMIKAN 1. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian ( yang bukan membawa arus ) seperti salutan logam, perisai pembunuh, salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya. 2. Struktur logam yang terdedah bagi semua alat termasuk dengan bukan kaitan dengan elektrik seperti paip air dan rangka rumah. PERLINDUNGAN ARUS LEBIHAN Arus lebihan ialah nilai arus tinggi yang mengalir dalam sesuatu litar lebih dari kadar maksimum. Untuk melindungi dari perkara papan agihan di letakkan bagi mengawal kemasukkan arus yang digunakan dan juga untuk tujuan pembumian yang selamat bagi satu soket alur keluar. PAPAN AGIHAN Papan agihan ialah tempat pengagihan kabel litar akhir. Ia terdiri dari fius pemutus litar, kendalian arus dan kendalian voltan. Ini termasuk pengalir fasa bagi wayar hidup, neutral dan bumi. Semua perkakasan ini hendaklah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan juga mendapat kelulusan dari JKR bahagian elektrik sebelum dipasang pada tempat seperti bangunan dan rumah. STRUKTUR BINAAN PAPAN AGIHAN 1. Badan papan agihan selalunya terdiri dari kotak kayu dan plastik tahan lasak. 2. Didalamnya terdiri dari beberapa tapak dan penghubung fius, terminal neutral dan terminal bumi. Semua terminal ini di buat agar dapat mengasingkan semua rangkaian bagi arus yang mengalir. Kadar arus nominal fius dalam bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir.

CARA PEMBUMIAN Pembumian dilakukan dengan menyambungkan dawai bumi pengguna: 1. Menyambung dawai ke paip gas atau paip. Ini memerlukan elektrod tambahan kerana kebocoran arus masih boleh wujud dan tidak dianggap pembumian sepenuhnya. 2. Dawai bumi disambung pada elektrod bumi dalam tanah atau ke salutan logam kabel perkhidmatan dalam tanah. Cara ini perlu di lakukan dengan baik supaya semua bahagian menyentuh tanah. 3. Perkara yang paling utama ialah menyambung ke peranti perlindungan daripada arus bocor ke bumi automatik. PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN AKSESORI ELEKTRIK Saya banyak membuat kerja yang berkaitan dengan kerosakkan berkaitan dengan aksesori elektrik bagi rumah dan pejabat kerajaan. Ini salah satu dari rutin yang saya jalani sepanjang masa saya di bahagian elektrik. PENUKARAN LAMPU / MENTOL Terdapat berbagai jenis mentol dan lampu yang terdapat dan digunakan di sini. Nilai voltan yang digunakan juga berbeza-beza. Untuk menukar lampu yang rosak kaedah yang digunakan sama seperti mana-mana penggantian alat iaitu dengan matikan punca utama atau suis dan gantian mentol yang terbakar atau tidak boleh digunakan lagi. Pasang dengan yang baru dan pastikan sambungan wayar betul dan selamat. SOKET ALUR KELUAR Ia ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh penbawa arus yang tetap dan disambungkan kepada pemasangan pendawaian tetap. Jenis yang biasa digunakan ialah BS 1363 untuk arus 13 A.

PERATURAN BAGI PEMASANGAN SOKET ALUR KELUAR OLEH JKR ELEKTRIK 1. Punca bumi bagi setiap soket alur keluar mestilah disambung ke pengalir keterusan bumi litar kecil. 2. Soket ini tidak boleh dipasang didalam bilik air dan tempat yang mempunyai kawasan berair. 3. Bagi soket alur keluar yang dipasang di dinding, ketinggian minimum ialah 150 mm dari permukaan lantai atau 150 mm dari permukaan kerja. 4. Soket alur keluar mestilah mengikut saiz voltan yang biasa diguna di rumah dan pejabat iaitu 250 V bagi mana -mana penggunaan voltan yang besar dari yang sedia ada hendaklah mengunakan soket yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai