Anda di halaman 1dari 22

Blok Konkrit Ringan

Blok konkrit ringan adalah salah satu bahan binaan yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada batu bata bagi membina dinding bangunan atau tembok.

Blok konkrit ringan juga dikenali Lightweight Blockwall, ianya dibuat daripada simen, pasir dan kemudiannya dicampurkan dengan agen pembuih (frothing agent).

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus). Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar berliang.

Ini membuatkan blok konkrit ringan ini mengandungi gelembung-gelembung udara yang halus apabila ia mengeras.

Salah satu ciri utama blok konkrit ringan ini adalah mempunyai ketumpatan yang rendah dan lebih ringan daripada blok konkrit biasa (lebih kurang 1/5 berat konkrit biasa).

Ciri-ciri ini membolehkan blok konkrit ini mudah dipotong, didrill dan dibentuk, ianya juga mempunyai ciri-ciri penebat haba dan bunyi yang baik Blok konkrit ringan yang diproses di kilang mempunyai ukuran seperti berikut: Panjang / Length : 500mm (20'') Tinggi / Height : 200mm (8'') Tebal / Thickness : 100mm (4'')

Seperti juga batu-bata, bahagian-bahagian sisi blok juga dirujuk dengan nama yang sama seperti bahagian Muka / Stretcher dan bahagian Kepala / Header.

Kelebihan Block Konkrit Ringan (BKC) : Memiliki ukuran dan kualiti yang seragam dan memudahkan proses pemasangan bata yang kemas. Tidak memerlukan mortar yang tebal. Lebih ringan daripada bata biasa sehingga memperkecil beban struktur. Pengangkutan BKC ke tapak bina lebih mudah dilakukan kerana ianya ringan. Proses pemasangan BKC lebih cepat berbanding bata biasa kerana ukuranya lebih besar daripada bata biasa. Tidak memerlukan kerja plaster yang tebal, hanya 2.5 cm saja diperlukan.

Pelanggan yang berminat untuk menggunakan atau mendapatkan blok konkirt ringan ini perlulah: Menyediakan forklif atau kren di tapak bina atau kilang untuk menurunkan palet-palet blok konkrit ringan dari lori.

Mempunyai tenaga pekerja mahir untuk mengendalikan blok konkrit ringan. Cara pengandalian blok yang salah akan mengakibatkan kerosakkan kepada blok dan kerugian kepada pelanggan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakkan semasa pengendalian dan penggunaan blok oleh pelanggan.

Ciri-ciri Konkrit Ringan

Penebatan haba (thermal insulation) Penebatan haba didefinasikan sebagai kecekapan rintangan terhadap pengaliran haba sama ada melalui pengaliran, perolahan atau pancaran. Konkrit ringan mempunyai rintangan penebatan haba yang tinggi. Contohnya 150 mm dinding konkrit berliang dapat memberikan penebatan empat kali lebih baik daripada 225 mm tebal dinding bata. Pencegahan Kebakaran (fire insulation) Pencegahan kebakaran ada kaitan dengan penebatan haba.Terdapat dua jenis bahan pencegah kebakaran iaitu:

bahan yang mudah terbakar - contohnya bahan organik kayu

bahan yang tidak mudah terbakar - contohnya bahan bukan organik seperti batu, bata, batu-batan dan lain-lain.

Daya ketahanan (durability) Ia didefinasikan sebagai keupayaan bahan menanggung kesan-kesan sekeliling seperti kesan kimia, tegasan fizikal dan kesan mekanikal. Kesan kimia yang dimaksudkan termasuklah air tanah yang mengandungi sulfat, pencemaran udara dan tumpahan cecair reaktif. Tegasan fizikal ialah pengecutan, tegasan-tegasan suhu, sejukan dan lain-lain lagi. Jika ke semua tegasan fizikal akan menyebabkan keretakan pada struktur konkrit ringan. Kesan mekanikal ialah hentaman dan beban yang berlebihan. Keadaan keluli dalam unit struktur perlu dilindungi daripada berkarat.

Penyerapan Air (Water absorption) Penyerapan air oleh konkrit ringan adalah tinggi dan lebih daripada yang terdapat pada konkrit padu. Ini adalah kerana konkrit ringan mempunyai liang-liang di dalamnya. Penembusan Air Hujan Ia merupakan ciri penting untuk dinding. Sifat Akustik Faktor utama dalam penebatan bunyi ialah ketumpatan bahannya. Oleh itu untuk penebatan bunyi, konkrit ringan tidak dapat menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki.

Kebaikan Konkrit Ringan Di dalam Pembinaan Pengurangan beban mati Dalam projek pembinaan untuk bangunan yang tinggi, penggunaan konkrit ringan adalah meluas kerana beban matinya yang rendah. Kos pengawasan rendah Pembinaan dapat dijalankan dengan kadar yang cepat. Dalam pembinaan dinding / sekatan, penggunaan konkrit ringan lebih mudah dan cepat daripada dinding yang menggunakan bata. Ini adalah kerana bahan-bahan konkrit ringan terdiri daripada sisa-sisa industri seperti industri arang batu, besi, kimia dan lain-lain lagi.

PEMASANGAN BLOK KONKRIT RINGAN

Kerja-kerja pembersihan Mengenalpasti lokasi pemasangan. Menyediakan peralatan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Memastikan tiada bahan buangan pembinaan, tompokan konkrit, dan tiada kotoran seperti pasir dan kotoran pada tempat pemasangan.

Penyediaan bahan-bahan untuk pemasangan Damp Proof Concrete (DPC) Menyediakan DPC yang akan digunakan mengikut spesifikasi kerja. Kuantiti DPC yang digunakan.hendaklah bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan. 7

Membuat garisan rancang tanda dan pemasangan DPC Memastikan garisan rancang tanda telah dibuat sebelum pemasangan DPC. DPC dipasang pada lokasi yang telah dirancang tanda Lebar DPC yang digunakan haruslah sama lebar dengan garisan rancang tanda. DPC dhamparkan diatas garisan tersebut. Memastikan DPC tersebut berada betul-betul diantara garisan rancang tanda tersebut.

Menyediakan bancuhan mortar simen-pasir 1:6 Bancuhan 1:6, bermakna 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir perlu disukat. Bancuhan mortar disebarkan diatas DPC untuk pemasangan blok konkrit.

Pemasangan lapisan pertama Blok Konkrit Ringan Pemasangan blok konkrit ringan yang menjadi lapisan pertama atau lapisan asas bagi dinding blok konkrit. Lapisan pertama blok konkrit dipasang biasanya berdasarkan pada rancang tanda yang telah dibuat. Selepas itu barulah blok konkrit dipasang diatas mortar simen bagi membentuk lapisan pertama. Melaraskan kedudukan Blok Konkrit supaya berada dalam keadaan rata.

Menyediakan bancuhan bahan pelekat Thin Bed Adhesive (TBA) Merupakan bahan pelekat untuk menyambung Blok Konkrit Ringan. Konsistensi bancuhan TBA diuji agar tidak terlalu pekat atau cair. TBA disebarkan pada bahagian hujung permukaan Blok Konkrit lapisan pertama kemudian blok konkrit berikutnya dipasang.

Pemotongan blok konkrit ringan mengikut saiz yang sesuai Dilakukan jika pemasangan memerlukan saiz blok yang bukan standard. Ruang lebihan diukur untuk memasukan blok. Pemotongan dilakukan menggunakan gergaji tangan.

Pemasangan lapisan blok konkrit yang seterusnya. Lapisan blok konkrit seterusnya diikat menggunakan bahan pelekat TBA.

Kerja pembersihan tempat kerja selepas selesai memasang blok konkrit

Prinsip Penyambungan dan Ikatan Ikatan Stretcher Ialah ikatan yang mempunyai ketebalan satu blok, iaitu tebal dinding yang dibina bersamaan dengan ketebalan blok konkrit yang digunakan. Ikatan ini adalah ikatan yang sering kali digunakan, ia mudah dipasang dan memberikan ikatan yang kuat . Kebiasaanya mempunyai selisih separuh panjang blok konkrit diantara satu lapisan dengan lapisan yang lain, walau bagaimanapun pada beberapa situasi selisih ikatan ini mungkin kurang dari separuh panjang blok.

Penyambungan L

10

Rajah menunjukkan pemasangan lapisan dinding blok konkrit yang melibatkan Penyambungan L Di mana blok konkrit dari dua permukaan binaan dinding disusun bertindih secara selang seli. Selisih blok konkrit di antara lapisan bukan lagi separuh panjang blok.

11

Ikatan yang terhasil dari penyambungan L

Hasil dari penyambungan L, walaupun ia masih lagi merupakan ikatan stretcher, satu ikatan di mana selisih di antara lapisan blok yang kurang dari separuh blok. Selisih yang terhasil dalam ikatan ini mempunyai panjang yang sama dengan ketebalan atau lebar blok tersebut (lebar header). Kerja-kerja pemasangan blok selisih yang dibenarkan hendaklah tidak kurang dari 100mm ataupun bersamman dengan lebar/tebal blok konkrit tersebut. Jika selisih kurang dari tebal blok atau kurang dari 100mm, dinding yang mempunyai ikatan seperti itu dianggap tidak mengikut spesifikasi, di mana ianya mengurangkan kekuatan dinding.

12

Penyambungan T Penyambungan T adalah penyambungan yang berlaku apabila dinding blok dipasang bertemu dengan bahagian tengah dinding blok yang lain secara bersudut tepat, di mana blok konkrit disusun secara selang seli pada penyambungan tersebut. Penyambungan ini biasanya dilakukan apabila memasang dinding blok bahagian luar dan dinding blok bahagian dalam secara serentak.

Lapisan Pertama

Rajah menunjukkan lapisan pertama blok konkrit yang disusun dalam penyambungan T di mana header dipasang antara stretcher

13

Lapisan Kedua

Apabila lapisan kedua dipasang, pada bahagian penyambungan tersebut, lapisan blok dipasang bertindih secara berselang-seli diantara header dan stretcher. Kemudian blok-blok konkrit seterusnya didalam lapisan yang sama disusun mengikut selisih yang terhasil dari penyambungan ini.

Lapisan Seterusnya

Hasil dari penyambungan T ikatan pada dinding luar agak berbeza dengan ikatan pada dinding dalam. Dinding dalam mempunyai ikatan dengan selisih setebal satu blok (tebal header), iaitu sebagaimana yang berlaku pada ikatan yang terhasil dari penyambungan L Manakala dinding luar mempunyai selisih yang lebih besar. 14

Ikatan pada dinding luar yang terhasil dari penyambungan T

Hasil dari penyambungan T memberikan dua ikatan berbeza pada dinding dalam dan dinding luar. Ikatan yang terhasil pada dinding dalam adalah sama seperti ikatan yang terhasil dari penyambungan L iaitu setiap lapisan blok konkrit mempunyai selisih lebar tebal satu blok (header). Walau bagaimanapun pada bahagian dinding luar ikatan yang terhasil akibat penyambungan T mempunyai selisih yang lebih besar, iaitu lebih besar dari tebal satu blok tetapi lebih kecil dari panjang separuh blok.

15

Contoh

Dalam apa jua ikatan atau penyambungan blok konkrit ringan, amat penting selisih adalah konsisten dan tidak kurang dari 100mm. Blok yang panjangnya kurang dari 100mm tidak boleh digunakan apabila membuat pemasangan kerana ini akan menghasilkan selisih yang kecil. Selisih yang kurang dari 100mm akan mengurangkan kekuatan binaan dinding blok konkrit

16

Assessori Pengikat Blok Konkrit Ringan Adalah sejenis bahan yang di perbuat dari keluli tidak berkarat yang digunakan untuk memberikan ikatan atau pegangan di antara dinding blok konkrit ringan dan struktur binaan seperti tiang konkrit atau rasuk konkrit. Assessori pengikat ini juga digunakan untuk memberi ikatan di antara dinding blok konkrit ringan dan struktur-struktur lain yang berlainan bahan, contohnya dinding konkrit dan bingkai pintu kayu. Tujuan assessori pengikat ini dipasang adalah untuk memberikan ikatan yang dapat memberi ruang pergerakan yang berlaku kemungkinan akibat dari proses pengecutan konkrit, pergerakan dari struktur-struktur yang menanggung beban seperti tiang dan rasuk serta pergerakkan yeng berpunca dari lantai. Jika ikatan di antara dinding blok konkrit dan struktur-struktur ini di pasang dengan ikatan yang terlalu kuat tanpa member ruang pergerakkan, ianya boleh mengakibatkan dinding blok konkrit ringan menjadi retak disebabkan oleh tegasan yang dipindahkan dari struktur-struktur tersebut.

Rajah di atas menunjukkan blok konkrit ringan diikat pada tiang konkrit dengan menggunakan assessor pengikat, dimana pemakuan hanya dilakukan kepada tiang konkrit sahaja.

17

Selain itu mortar simen-pasir 1:6 yang dilepa dibahagian ruang diantara blok konkrit ringan dan tiang konkrit serta diantara blok konkrit ringan dan lantai konkrit juga bertujuan untuk memberikan ikatan yang membenarkan pergerakkan.

Jenis dan Kegunaan Assessori Pengikat Blok Konkrit Ringan 1. Sliding Joint Tie

Sliding joint tie diperbuat dari keluli bergalvani tahan karat. Ianya berbentuk L dan mempunyai lekuk di bahagian sudutnya. Bentuk pengikat ini memudahkannya dipasang pada bahagian hujung blok konkrit lalu di skru pada bahagian tepi tiang konkrit ataupun rasuk konkrit dengan menggunakan powerdrill.

18

Rajah di atas menunjukkan bagaimana sliding joint tie dipasang pada permukaan tepi tiang konkrit . Pengikat ini perlu dipasang pada tepi pada lapisan blok konkrit ringan yang pertama dan seterusnya dipasang pada tepi tiang konkrit pada jarak menegak 600mm diantara lapisan.

Rajah diatas menunjukkan bagaimana sliding joint tie dipasang pada permukaan bawah rasuk konkrit. Pengikat ini perlu dipasang pada jarak setiap 1200mm disepanjang lapisan blok konkrit ringan yang bertemu dengan rasuk konkrit.

19

2. Control Joint Tie

Control joint tie diperbuat dari keluli bergalvani tahan karat. Ianya berbentuk panjang dan mempunyai lekuk di bahagian tengahnya. Tujuan lekukkan ini adalah bagi member ruang diantara dua blok konkrit yang diletakkan bersebelahan agar control joint dapat dibina dengan seragam. Pengikat ini diskru ke blok konkrit ringan dengan menggunakan powerdrill.

Menunjukkan bagaimana control joint tie dipasang pada blok konkrit ringan dimana ia membentuk penyambungan diantara dua dinding blok konkrit. Pengikat ini perlu dipasang pada bahagian penyambungan di lapisan berikutnya pada jarak menegak 600mm diantara lapisan.

20

Menunjukkan pelan bagaimana control joint tie dipasang pada blok konkrit ringan dimana ia membentuk penyambungan diantara dua dinding blok konkrit. Diantara dua blok konkrit ringan ini perlu dipasang dengan backing rod dan ditampal dengan flexible sealant. Ruang minimum diantara dua dinding blok yang membentuk control joint ialah 100mm.

21

Pemasangan assessori pengikat blok pada binaan dinding blok konkrit ringan Pemasangan assessori-assessori pengikat blok secara keseluruhannya boleh dilihat didalam rajah diatas. Ia menunjukkan pemasangan dinding blok konkrit ringan yang melibatkan pemasangan assessori-assessori pengikat blok konkrit ringan di tempat-tempat dan jarak-jarak tertentu mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pihak pengeluar blok. Spesifikasi ini mungkin berbeza, oleh itu adalah penting bagi anda untuk memastikan spesifikasi-spesifikasi seperti jenis pengikat dan jarak pemasangan apabila menjalankan kerja-kerja pemasangan dinding blok konkrit ringan.

22

Anda mungkin juga menyukai