Anda di halaman 1dari 5

cara pmbinaan

kedalaman
bhn yg dignekn
fktor2
jenis
fungsi
kebaikn kbrukn
Asas-asas cetek
1. Asas pad
2. Asas jalur
3. Asas rakit
Asas Jalur
- asas yang menanggung satu kumpulan tiang-tiang dan mampu bertindak sebagai asas
tergantung.
- boleh juga berfungsi untuk menanggung dinding penggalas beban.
- bersesuaian bila beban tiang adalah kecil dan rapat antara satu sama lain.
- juga sesuai bila asas dikenakan beban bergerak yang berat.
Asas Jalur
Asas jalur mangandungi jalur selanjar yang dibuat dari konkrit bagi menanggung dinding galas
beban. Sebelum simen Portland diperkenalkan asas jalur biasanya di bina daripada batu bata.
Lebar asas jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tinggi
kekuatan galas tanah semakin kecil lebar asa yang diperlukan untuk beban yang sama. Lebar
minimum untuk satu asas jalur ialah 450mm. Asas ini selalunya dibina untuk dinding dinding
penggalas beban (lihat rajah 4.6), dan untuk baris tiang yang berjarak tersangat dekat antara satu
sama lain sehingga lebih menjimatkan untuk untuk membina asas jalur daripada asas pad.

JENIS JENIS ASAS JALUR


Asas jalur kecil
Keupayaan galas tanah dan beban di atas asas hanya memerlukan asas jalur yang tidak lebar atau
lebar sedikit daripada tebal dinding. Kedalaman tanah adalah sekurang-kurangnya 0.9m.

Asas jalur lebar


Beban di atas asas adalah cukup besar berbanding dengan kekuatan galas tanah. Jadi ia perlulah
menggunakan asas yang lebar untuk memindahkan beban.
Kriteria Rekabentuk Asas
Pelbagai kehendak dalam merekabentuk asas mestilah memenuhi prasyarat bagi keselamatan,
kebolehpercayaan dan ketahanan fungsinya serta faktor ekonomi. Berikut adalah tiga kriteria
rekabentuk asas dalam skop kejuruteraan tapak.
a) Faktor Keselamatan terhadap Kegagalan Keupayaan Galas
FK diperlukan bagi mengurangkan kebarangkalian terhadap kegagalan keupayaan galas.
Pemilihan faktor keselamatan bergantung kepada umur jangkaan sesuatu struktur, akibat-akibat
yang mungkin berlaku bila asas gagal, pengetahuan tentang profile sub tanah dan pengetahuan
tentang berlakunya beban maksima. FK = 2.5 hingga 3.0 biasanya digunakan bagi kebanyakan
bangunan dan didapati berkesan.
b) Had-had Enapan
Jumlah enapan mestilah kecil bagi mengelakkan kerosakan pada pelbagai pemasangan
perkhidmatan dengan enapan kerbezaan biasanya lebih kritikal. Kebiasaannya sukar meramalkan
enapan kerbezaan dari jumlah enapan kerana ketidakseragaman tanah. Namun begitu didapati
enapan kerbezaan boleh dikaitkan dengan jumlah enapan. Oleh itu menghadkan jumlah enapan
selalunya digunakan bagi mengawal enapan kerbezaan sesebuah bangunan/struktur. Enapan yang
dibenarkan sehingga 25 mm adalah spesifikasi yang biasa digunakan dalam sesebuah bangunan
komersil.
Jumlah enapan boleh direndahkan dengan cara-cara berikut ;
- menjalankan/melakukan lebih banyak penyiasatan tapak (sample lebih banyak).
- mengurangkan nilai tekanan galas yang dibenarkan yang diagihkan pada asas/tapak.

Enapan kerbezaan boleh dikurangkan dengan cara-cara berikut ;


- menyediakan saiz asas yang berbeza bergantung pada beban yang ditanggung oleh setiap asas.
- Struktur yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil.
c) Kedalaman Asas
Pada amnya kedalaman asas mestilah sampai ke kedalaman yang secukupnya.

- selamat dari perubahan isipadu tanah akibat dari cuaca bagi mengelakkan pergerakan struktur
berlebihan akibat dari perubahan tersebut.
- Bahaya air yang meresip melalui bawah tanah kerana ia boleh memberi kesan kepada
kestabilan asas.
- Diletakkan dilokasi yang selamat, berpandukan struktur di kawasan bersebelahan (jika ada).
- Kedalaman minima yang diamalkan oleh JKR ialah 5 kaki (1.5 m).

Faktor Pemilihan Sesuatu Jenis Asas


Faktor penting yang perlu diambil kira semasa memilih dan mereka bentuk asas ialah
keadaan tanah. Jenis serta saiz struktur asas yang akan dibina.
1. Keadaan Tanah
Keadaan tanah bagi sesuatu tapak binaan diperoleh daripada penyiasatan tanah yang dilakukan.
Hasil penyiasatan tanah menunjukkan keupayaan galas tanah dan kandungan lembapan dalam
tanah mempengaruhi kekuatan tanah. Untuk tujuan reka bentuk awal, BS 8004 memberikan
anggaran nilai keupayaan galas seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.0.
Jadual 1.0 menunjukkan jenis keupayaan galas berdasarkan CP 2004 : 1872 (BS 8004 : 1986).
Nilai

Jenis tanah

keupayaan

Kerikil tumpat atau pasir tumpat

galas (kn/m2)
>600

dan kerikil
- Kerikil sederhana tumpat atau

Catatan

Lebar asas (B) yang diambil


200 600

tudak kurang daripada 1m


(B 1m).

pasir sederhana tumpat dan


kerikil.
- Kerikil longgar atau pasir

<200

kurangnya berada dibawah

longgar dan kerikil.


- Pasir padat.

Aras air bumi sekurang

>300

dasar asas.

- Pasir sederhana tumpat.

100 300

- Pasir longgar.
- Tanah liat tongkol yang sangat

<100
300 600
Tertakluk pada enapan

kaku dan tanah liat keras.


- Tanah liat kaku

150 300

- Tanah liat kukuh

75 150

- Tanah liat lembut dan kelodak.

pangukuhan jangka panjang.

< 75

2. Jenis dan Saiz Struktur Yang Akan Didirikan.


Walaupun syarat syarat keadaan tanah dan kandungan lembapan tanah diikuti semasa proses
pemilihan jenis asas dibuat, faktor jenis dan saiz struktur binaan yang akan didirikan juga perlu
diambil kira.
Jadual 2.0 menunjukkan rumusan pemilihan jenis asas mengikut jenis dan saiz strukturnya.
Jadual 2.0 menunjukkan pemilihan jenis asas.
Jenis dan Saiz Struktur
-

Binaan yang mempunyai beban


struktur yang kecil dan kurang
daripada empat tingkat. Berbentuk

disambungkan ke asas dengan


menggunakan tiang.
Binaan yang kedudukan tiang yang
terlalu hamper dan dalam.
- Binaan dengan tiang dan dinding

Asas Jalur

panjang dan berdinding.


Binaan berkerangka kurang daripada
empat tingkat di mana struktur

Jenis Asas

Asas pad dibawah setiap tiang

Asas jalur bertiang

yang berada pada struktur yang

Asas jalur bertiang dan dinding

sama.
Binaan dengan beban tiang yang

Asas rakit dan asas cerucuk

tinggi dan keupayaan galas yang

rendah.
Binaan dengan luas asas bagi setiap
tiang melebihi separuh daripada
jumlah keluasan binaan.

Binaan seperti tembok penahan yang


melibatkan kerja pembinaan
membrane kalis lembap.

Asas Rakit

Anda mungkin juga menyukai