Penaklukan Baitulmuqaddis
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah telah bersabda:"Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka, pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik[2]
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya
kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya[3]
Antara tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan
masjid" - Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti 'bulu merpati' yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu
Daud dan Nasai
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk
rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam
masyarakat
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tidak dikenali dan memutuskan hubungan
dengan yang rapat dan disayangi
Orang akan melakukan homoseksual
Akan terdapat ramai anak luar nikah
Berkurangnya sifat amanah
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Daripada Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai
segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang
lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat
kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum
(bangsa) ialah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) antara mereka dan orang yang
menjadi ketua suatu suku (kabilah) ialah orang fasik antara mereka, seorang lelaki dihormati
kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki),
munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian
akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu
kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda
yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih
besar)
Daripada riwayat Ibnu Mas'ud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada
orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga
seorang isteri membantu suaminya berdagang." - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan
berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada di tempatnya.'" - Riwayat Bukhari[5] dan Muslim