Anda di halaman 1dari 4

Tanda-tanda kiamat kecil

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang


sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat
besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90
tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti
yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Tanda-tanda menurut dalil

Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat ." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik 


Hadis Nabi

Bermaharajalela alat muzik


"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya
kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-
penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga


tidak baik 
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan 


Hadis Nabi

Ramai orang soleh meninggal dunia


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama
dimuka bumi , maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat


"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja 


"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya)bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita 


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-
bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar 


"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." - Sahih Muslim

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa 


-hadis bawah-

Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan


perdagangan) 
"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat
Bukhari

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya


kelihatan muda 
"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud
& Nasai

Wassalam.

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut,
termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. 
-hadis bawah-
Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) 
-hadis bawah-
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya 
-hadis bawah-
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya 
-hadis bawah-
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid 
-hadis bawah-
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik 
-hadis bawah-
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya 
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai
segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang,
seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya
dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi
pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di
antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di
antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera
biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik , orang
yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka
ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi
atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus
maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
Anggota polis semaki ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan 
-hadis bawah-
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) 
-hadis bawah-
Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul
enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis,
penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim,
orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan
seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang
tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat
lebih besar) 
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat : Salam hanya
kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya
perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi
Riwayat Ahmad
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam 
"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-
puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa
terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu
Umar r.a.
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan 
"Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di
dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu
Majah
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan 
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka
ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari &
Muslim
Banyaknya berlaku gempa bumi
-hadis bawah-
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan 
-hadis bawah-
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya
berlaku gempa bumi , timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan -
Sahih Bukhari
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba 
-hadis bawah-
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat 
"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-
Tayalisy.

Anda mungkin juga menyukai