Anda di halaman 1dari 27

BEBERAPA WANITA YANG MENJADI SEBAB TURUNNYA AYAT AL-QURAN

Susunan Dan Tulisan

Mohammad Hidir Bin Baharudin 16 RAMADAN 1432/16 OGOS 2011


www.scribd.com/mohammadhidirbaharudin paracletesinan@gmail.com

013-222 3513

Muqaddimah
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para RasulNya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya ialah agar para Rasul mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji. Jalan Allah itu adalah jalan yang lurus, yang sudah didahului oleh Generasi Salafus Solih yang mereka itu meredhai Allah dan Allah meredhai mereka. Bukanlah juga jalan Ahlul Bidaah yang merekareka urusan agama, yang tempat mereka adalah di neraka. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah, Rasulullah s.a.w. SaidinaSurah Al-Ahzab, ayat 36 berbunyi;

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. a. Direnung ayat ini, menunjukkan petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam segala perkara adalah mesti diikuti. Jika tidak diikuti, akan derhakalah kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Jika derhaka kepada Yang Dipertuan Agong, maka ini adalah besar. Jika derhaka kepada Negara, maka ini juga adalah besar. Dan jika derhaka kepada Allah dan RasulNya, maka ini adalah yang terbesar dan balasan derhaka kepada Allah tentunya ialah neraka. Nauzubillah. b. Saya adalah anak muda yang mahu memahami Al-Quran, jadi ini sedikit kajian saya. Kajian saya ini adalah kajian yang muda dan mentah, banyak kesalahan, dan saya perlukan teguran dan nasihat. c. Saya berharap usaha saya ini akan dibalas Allah s.w.t. d. Terima kasih.

Beberapa Wanita Yang Menjadi Sebab Turunnya Ayat Al-Quran

1. Ayat Yang Berhubungan Dengan Aisyah Binti Abu Bakr As-Siddiq.1


Surah An-Nur: 11, 12, 13, 14, 15, Dan 16

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Sayyidah Aisyah dilahirkan 4 tahun sesudah Nabi s.a.w. diutus menjadi Rasul. Ketika dinikahi Rasulullah usianya belum genap 10 tahun. Ceritanya, dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi untuk menikahi Aisyah r.a. Mendengar khabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat senang, terlebih lagi ketika Rasulullah setuju menikahi puteri mereka, Aisyah. Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara isteri-isteri beliau ditinggalkan di Makkah. Setelah baginda s.a.w. menetap di Madinah, beliau mengutus orang untuk menjemput mereka, termasuk didalamnya Aisyah r.a. Dengan izin Allah menikahlah Aisyah dengan mas kawin 500 dirham.Sayyidah Aisyah wafat pada usia 66 tahun, pada bulan Ramadhan,tahun ke-58 Hijrah dan dikuburkan di Baqi`. 3

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". i. Asbabun Nuzul Ringkasannya, Aisyah r.a. telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu alMustalaq (selepas turunnya ayat hijab) iaitu setelah dibuat cabutan undi. Ini adalah kebiasaan Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya. Ketika hampir mendekati Madinah, mereka telah singgah di satu tempat persinggahan atas izin Rasulullah s.a.w. Pada masa itu Aisyah r.a. telah keluar dari kenderaannya untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang dipakainya telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh. Tiba masa keberangkatan, maka sahabat yang bertanggungjawab memikul tandu Aisyah r.a. mengangkat tandu yang dinaiki Aisyah r.a. itu ke atas unta tunggangan. Pada sangkaan mereka, Aisyah r.a. sedang berada di dalamnya kerana Aisyah r.a. bukanlah berat orangnya. Tambahan pula pada masa itu Aisyah r.a. masih lagi muda belia, lebih-lebih lagi apabila mereka secara beramai-ramai mengangkat tandu itu. Aisyah r.a.kembali ke tempat persinggahan bersama kalung yang sudah dijumpainya dan didapati tidak ada sesiapa di situ lagi. Justeru itu, Aisyah r.a. duduk di tempat persinggahannya dengan harapan akan terdapat orang yang mencari dan menjemput beliau r.a. Aisyah r.a. terlena dek keletihan perjalanan dan tersedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Ma'tal yang menyebut: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah?" Safwan telah mengekori di penghujung pergerakan tentera. Apabila melihat Aisyah r.a., beliau mengenalinya kerana beliau pernah melihat Aisyah r.a. sebelum turunnya ayat hijab. Beliau beristirja' (mengucap inna lillahi wainna ilaihi rajiuun) dan merendahkan tunggangan. Aisyah r.a. pun segera menaiki tunggangan. Tidak sepatah pun bertutur selain dari lafaz istirja' tadi. Dengan itu, beliau pun menuntun tunggangan Aisyah r.a., sehingga sampailah bersama-sama dengan tentera yang sedang berhenti di Nahr AlZahirah. Setibanya mereka di situ orang ramai pun bercakap-cakap dengan perbagai pendapat dan andaian yang munasabah. Tetapi musuh Allah s.w.t. mendapati inilah satu
4

ii.

peluang yang terbaik untuk mereka melepaskan geram dan marahnya. Mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan dan dusta, menimbul-nimbulkan fitnah, dan membisikbisikkan propoganda jahat. iii. Sesampainya di Madinah, maka ahli-ahli dusta yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay merencanakan rancangan dengan menabur cerita palsu yang mereka reka-rekakan itu di setiap penjuru Madinah. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan tidak berkata apa-apa pun kerana wahyu tertangguh penurunannya sebulan lamanya. Maka Rasulullah s.a.w. bermesyuarat dengan para sahabat mengenai penceraiannya. Ali r.a. mencadangkan supaya Rasulullah s.a.w. menceraikan Aisyah r.a. dan mencari yang lain sebagai ganti. Cadangan Ali r.a. adalah dalam bahasa kiasan dan bukanlah secara terang-terangan. Akan tetapi, Usamah r.a. mencadangkan supaya Rasulullah s.a.w. meneruskan hidup dengan Aisyah r.a. tanpa mempedulikan cakap musuh-musuh Allah s.w.t. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menaiki mimbar membangkitkan keganjilan dan meminta bukti daripada Abdullah bin Ubay dengan berkata: Wahai kaum Muslimin, siapakah yang dapat menunjukkan orang yang telah menyakiti keluargaku. Demi Allah, aku tidak mengetahui tentang isteriku kecuali yang baik.. Usaiyid bin Hadir ketua Al-Aws segera menyatakan kesanggupannya untuk memenggal leher Ibnu Ubay, tetapi ditentang oleh Saad bin Ubbadah, seorang ketua Al-Khazraj kerana Ibnu Ubay adalah dari kalangan Al-Khazraj. Perkara ini telah melarat hingga menjadi isu perkauman dan Rasulullah s.a.w. cepat-cepat meredakan sehingga akhirnya mereka pun senyap. Sekembalinya dari perjalanan jauh itu, Aisyah r.a. terkena demam selama sebulan dan beliau sendiri tidak mengetahui mengenai fitnah yang direkakan ini. Apa yang Aisyah r.a. terasa ialah selama ini Rasulullah s.a.w. sentiasa berlembut dengan beliau di ketika beliau mengadu hal sesuatu, tetapi kini sudah tidak dirasai lagi. Pada suatu ketika semasa Aisyah r.a. pulih dari demamnya itu, beliau keluar dengan Ummu Mistah untuk membuang air besar, tiba-tiba di situ Ummu Mistah tergelincir lantas Ummu Mistah melatah dengan menyumpah anak lelakinya. Aisyah r.a. pun memarahi tindakannya itu dan Ummu Mistah menceritakan fitnah yang diheboh-hebohkan selama ini. Apabila pulang ke rumah Aisyah r.a. meminta izin dari Rasulullah s.a.w. untuk menemui dua ibu bapanya bagi mendapat kepastian mengenai cerita yang sebenar. Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a. pun kembali ke rumah bapanya dan dengannya dapatlah Aisyah r.a. memperolehi cerita yang lengkap. Aisyah r.a. pun terus menangis, dua malam sehari beliau menangis tanpa henti-henti hingga tidak dapat melelapkan matanya dan dirasakan tangisannya itu seolah-olah meretakkan hatinya.
5

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. menziarahi Aisyah r.a. Selepas mengucap As-Syahadah Rasulullah s.a.w. berkata: "Cukuplah Aisyah, memanglah telah sampai ke pengetahuan ku begini-begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah s.w.t. akan menjelaskan kebersihan kau itu, dan sekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui dengan kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan terima taubatnya itu". Aisyah r.a. berderaian air mata dan meminta daripada dua ibubapanya supaya menjawab bagi pihaknya, namun mereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya. Kata Aisyah r.a. lagi: "Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya. Di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar. Apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf: "Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu". (Yusuf: 18) Setelah itu Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan tempat duduknya dan tidak seorang pun daripada isi rumah tersebut keluar. Pada saat itu, wahyu pun turun ke atas Rasulullah s.a..w menguasai seluruh badan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan Rasulullah s.a.w. tersenyum. Lafaz pertama tercetus keluar dibibir Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya: "Wahai Aisyah kini Allah s.w.t. telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda". Maka berkata ibunya Aisyah r.a.: "Ayuh bangunlah kepada Rasulullah s.a.w.". Ini adalah sebagai membukti kesucian Aisyah r.a., di samping kepercayaan beliau dengan dan kesayangan Rasulullah s.a.w terhadap dirinya. Sebagai ganti, Aisyah r.a. beliau berkata: "Demi Allah aku tak mahu bangun kepada Rasulullah s.a.w. dan tidak akan memuji syukur kecuali kepada Allah s.a.w. yang telah menurunkan ayat yang menyatakan kesucianku ". Hukuman sebat dikenakan ke atas orang-orang yang terlibat dengan fitnah dan menuduh orang yang tidak berdosa. Mereka ialah: Mistah bin Asasah, Hassan bin Thabit, dan Hamnah binti Jahsy. Setiap mereka dirotan sebanyak lapan puluh rotan. Adapun Abu Bakr r.a. yang memberi nafkah kepada Mistah bin Asasah kerana Mistah bin Asasah adalah seorang fakir berkata: Demi Allah, aku tidak akan lagi memberi nafkah kepada Mistah kerana ucapannya terhadap Aisyah r.a. Maka turunlah ayat 22 Surah An-Nur yang menegur tindakan Abu Bakr r.a. Pengajaran
6

ix.

x.

xi.

i.

Berprasangka Buruk Itu Dilarang Di Dalam Islam. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, kita dilarang berprasangka buruk yang tidak ditunjangi oleh bukti yang benar dan fakta yang kukuh. Dan berprasangka itu hanya akan membawa kepada kesesatan. Prasangka buruk pada hari ini dikenal sebagai gosip. Dan banyak rancangan televisyen dan juga majalah yang menyebarkan gosip. Rancangan televisyen dan majalah serupa ini perlu diharamkan. Kita mengharapkan mereka-mereka yang terlibat bertaubat dan Allah s.w.t. mengampunkan dosa mereka.

ii.

Membuat Tapisan Apabila Menerima Sesuatu Berita Dan Perkhabaran. Allah s..w.t mengajar kepada kita cara untuk menerima sesuatu berita dan perkhabaran adalah dengan cara membuat tapisan (Surah Al-Hujurat: 6). Tapisan itu perlu dibuat kepada berita dan perkhabaran itu sendiri. Tidak dilupakan adalah membuat tapisan dengan cara menyelidiki maklumat diri fulan yang membawa berita dan perkhabaran itu. Pada hari ini, menjadi kewajiban kepada kita untuk menapis dan menyelidiki setiap maklumat yang sampai kepada kita. Kerana orang-orang fasiq berkeliaran seiring jauhnya tempoh masa diantara kita dan Rasulullah s.a.w. Ini termasuklah menapis dan menyelidiki segala bentuk maklumat daripada internet, majalah, televisyen, radio, surat khabar, dan lain-lain lagi.

iii.

Munafiq Adalah Musuh Allah s.w.t. dan RasulNya. Manusia munafiq atau disebut dalam istilah moden sebagai hipokrit adalah musuh utama yang merosakkan Islam dan umatnya. Mereka ini merosakkan Islam dengan berpuru-pura kuat berpegang pada Islam. Malah golongan ini jugalah yang menjadi dalang dalam setiap khabar angin yang sampai kepada umat Islam dengan tujuan untuk memporak- perandakan Islam dan umatnya. Pada zaman ini, mereka ini adalah manusia yang kuat mahu memenangkan Islam pada zahirnya tetapi jauh di sudut hati mereka, mereka bercita-cita mahu melihat kehancuran Islam. Dan Allah s.w.t telah menjanjikan neraka yang paling bawah kepada mereka.

2.

Ayat Yang Berhubungan Dengan Aisyah Binti Abu Bakr As-Siddiq Dan Hafsah Binti Umar Al-Khattab.2

Nama lengkap Hafsah adalah Hafshah binti Umar bin Khaththab bin Nafal bin Abdul-Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurt bin Rajah bin Adi bin Luay dari suku Arab Adawiyah. Ibunya adalah Zainab binti Madhun bin Hubaib bin Wahab bin Hudzafah, saudara perempuan Utsman bin Madhun. Hafsah dilahirkan pada tahun ketika Rasullullah memindahkan Hajar Aswad ke
7

tempatnya semula setelah Kabah dibangun kembali setelah roboh kerana banjir. Pada tahun itu juga dilahirkan Fathimah az-Zahra. Beberapa hari setelah Fathimah lahir, lahirlah Hafsah binti Umar bin Khattab. Mendengar bahawa yang lahir adalah bayi wanita, Umar sangat berang dan resah, sebagaimana kebiasaan bapak-bapak Arab Quraisy ketika mendengar berita kelahiran anak perempuannya. Waktu itu mereka menganggap bahawa kelahiran anak perempuan telah membawa aib bagi keluarga. Hafsah tidak termasuk ke dalam golongan orang yang pertama masuk Islam, kerana ketika awal-awal penyebaran Islam, ayahnya, Umar bin Khaththab, masih menjadi musuh utama umat Islam hingga suatu hari Umar tertarik untuk masuk Islam. Ketika suatu waktu Umar mengetahui keislaman saudara perempuannya, Fathimah dan suaminya Said bin Zaid, dia sangat marah dan berniat menyiksa mereka. Sesampainya di rumah saudara perempuannya, Umar mendengar bacaan Al-Quran yang mengalun dari dalam rumah, dan memuncaklah amarahnya ketika dia memasuki rumah tersebut. Tanpa ampun dia menampar mereka hingga darah mengucur dari kening keduanya. Akan tetapi, hal yang tidak terduga terjadi, hati Umar tersentuh ketika meihat darah mengucur dari dahi adiknya, kemudian diambilnya Al-Quran yang ada pada mereka. Ketika selintas dia membaca awal Surah Taha, terjadilah keajaiban. Hati Umar mulai diterangi cahaya kebenaran dan keimanan. Allah telah mengabulkan doa Nabi s.a.w. yang mengharapkan agar Allah membuka hati salah seorang dari dua Umar kepada Islam. Yang dimaksud Rasulullah dengan dua Umar adalah Amr bin Hisyam atau lebih dikenal dengan Abu Jahl dan Umar bin Khaththab. Setelah kejadian itu, dari rumah adiknya dia segera menuju Rasulullah dan menyatakan keislaman di hadapan baginda s.a.w. Umar bin Khaththab bagaikan bintang yang mulai menerangi dunia Islam serta mulai mengibarkan bendera jihad dan dakwah hingga beberapa tahun setelah Rasulullah wafat. Setelah menyatakan keislaman, Umar bin Khaththab segera menemui sanak keluarganya untuk mengajak mereka memeluk Islam. Seluruh anggota keluarga menerima ajakan Umar, termasuk di dalamnya Hafsah yang ketika itu baru berusia sepuluh tahun. Di rumah Rasulullah, Hafsah menempati kamar khusus, sama dengan Saudah binti Zamah dan Aisyah binti Abu Bakar. Secara manusiawi, Aisyah sangat mencemburui Hafsah kerana mereka sebaya, lain halnya Saudah binti Zumah yang menganggap Hafsah sebagai wanita mulia puteri Umar bin Khaththab, sahabat Rasulullah yang terhormat. Karya besar Hafsah bagi Islam adalah terkumpulnya Al-Quran di tangannya setelah mengalami penghapusan kerana dialah satu-satunya isteri Nabi s.a.w. yang pandai membaca dan menulis. Mushaf asli Al-Quran itu berada di rumah Hafsah hingga dia meninggal. Hafsah hidup hingga masa kekhalifahan Utsman, yang ketika itu terjadi fitnah besar antara muslimin yang menuntut balas atas kematian Khalifah Utsman hingga masa pembaiatan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah. Sayyidah Hafsah r.a. wafat pada tahun 47 Hijrah pada masa
8

Surah At-Tahrim: 1, 2, 3, 4, Dan 5

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) ".


Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah

pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan. Dia dikuburkan di Baqi, bersebelahan dengan kuburan isteri-isteri Nabi s.a.w. yang lain.

adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orangorang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara. i. Asbabun Nuzul Ulama tafsir menyebut asbabun nuzul surah ini adalah peristiwa ketika Rasulullah s.a.w. meminum madu di rumah salah seorang isteri baginda s.a.w. iaitu Zainab Binti Jahsy. Keberadaan beliau di rumah Zainab r.a. yangg relatif lama telah menimbulkan kecemburuan bagi Aisyah r.a. dan Hafsah r.a.. Keduanya bersepakat apabila Rasulullah s.a.w. mengunjungi mereka, mereka akan menyampaikan bahawa ada aroma kurang sedap daripada mulut baginda s.a.w.. Ketika benar Rasulullah s.a.w. mengunjungi Hafshah r.a. dan Hafsah r.a. menyampaikan hal tersebut, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa baginda s.a.w. hanya meminum madu. Demi menyenangkan Hafsah r.a. dan Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. berjanji tidak akan lagi meminum madu. Maka turunlah surah ini. Ibn Hajar r.a. lebih menyokong asbab nuzul disebabkan kisah hamba Rasulullah s.a.w iaitu Mariah al-Qibtiah r.a.. Pada suatu ketika Hafsah r.a. meminta izin dengan Nabi s.a.w untuk pulang ke rumah bapanya. Semasa ketiadaan Hafsah, Rasulullah s.a.w. telah mengajak Mariah masuk ke rumah Hafsah. Apabila Hafsah balik dia mendapati Mariah berada bersama Nabi di rumahnya. Kemudian Rasulullah meminta Hafsah merahsiakan peristiwa itu dan tidak menceritakan kepada isteri-isteri lain dan Rasulullah juga telah mengharamkan dirinya terhadap Mariah untuk menjaga hati isteri-isterinya yang lain. Akan tetapi Hafsah memberitahu juga kepada Aisyah r.a.. Maka turunlah ayat. Riwayat yang dianggap mutawattir menyatakan bahwa asbabun nuzul ayat tersebut adalah sebagai berikut: Biasanya Rasulullah s.a.w. setiap pagi minum madu di rumah Zainab r.a. (salah seorang isteri beliau). Aisyah r.a. dan Hafsah r.a. cemburu dan sepakat untuk menyindir Rasulullah s.a.w. Sepulang dari rumah Zainab, Rasulullah s.a.w. bertemu dengan Aisyah yang sedang bersama Hafsah, kemudian Aisyah dan Hafsah berkata : Kau telah makan Maghafir (maghafir adalah getah yang baunya busuk sekali, yang dihasilkan oleh pohon urfuth). Rasulullah s.a.w. menjawab: Tidak, aku hanya minum madu di tempat Zainab. Kemudian salah satu dari mereka berkata: Jika demikian mungkin lebahnya telah mengisap pohon urfuth sehingga berbau maghafir.
10

ii.

iii.

Setelah itu, turunlah Surah At-Tahrim: 3 hingga 5, yang berisi kecaman Allah s.w.t. atas tindakan Aisyah dan Hafsah. Hal tersebut juga diperkuat dengan pernyataan Umar bin Khattab ketika ditanya oleh Ibn Abbas tentang siapa kedua isteri Rasulullah s.a.w. yang dikecam oleh Allah s.w.t. dalam Surah At-Tahrim tersebut. Maka Umar menjawab: Keduanya adalah Hafsah dan Aisyah. i. Pengajaran Pesanan Untuk Para Isteri. a. b. c. d. Patuh dan taat perintah Allah dan RasulNya. Tidak membantah suami. Tidak memboikot suami iaitu memisahkan diri daripada tempat tidur. Tidak meminta sesuatu perkara berlebih-lebihan dan redha dengan pemberian suami. e. Tidak memarahi dan menjawab mulut suami. Menjaga dan menyimpan amanah suami. f. Tidak mengikut perasaan cemburu yang akan menghasilkan kesan negatif kepada pasangan. g. Ciri-ciri isteri solehah boleh dirujuk di sini: http://raudatuladnin.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-isteri-solehah.html ii. Pesanan Untuk Para Suami. a. Tidak terlalu menurut telunjuk isteri. b. Tidak membuat keputusan tanpa ada asas yang kukuh. c. Bersabar di atas karenah isteri kerana ia adalah ujian. Bijaksana dalam pengurusan rumahtangga. d. Ciri-ciri suami soleh boleh dirujuk di sini: http://551dialog.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-suami-mithali.html iii. Hak Untuk Bercemburu. Bahawa Rasulullah s.a.w telah keluar daripada sisi Aisyah r.a. pada suatu malam. Kata Aisyah: Aku pun cemburu kepada Rasulullah. Maka apabila Rasulullah datang dia melihat keadaanku, Rasulullah bertanya "Apa hal kamu Aisyah? Adakah kamu cemburu?. Maka aku berkata, "Kenapa tidak orang sepertiku cemburu kepadamu". Sabda Rasulullah saw: "Adakah telah datang syaitan kamu?". Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah adakah bersamaku ada syaitan?. Kata Rasulullah : "Ya". Aku bertanya: "Pada setiap orang? Jawab Nabi : "Ya". Aku bertanya lagi, "Dan ada bersama kamu Ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab: "Ya, akan tetapi tuhanku memeliharaku terhadap syaitan sehingga dia memeluk Islam". (Hadith riwayat Muslim)

11

Maksud hadith di atas jelas bahawa perasaan cemburu yang dibiarkan tanpa kawalan akan memberi laluan kepada hati terjerumus ke arah menurut godaan dan bisikan syaitan. Cemburu tidak patut melampaui batas. Ini kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia dari petunjuk yang benar. Oleh itu berusahalah membersihkan hati dari segala penyakit mazmumah. Ambillah pengajaran dan tidak mudah terpedaya dengan cemburu yang membawa ke arah keburukan. Buatlah pertimbangan sewajarnya kerana sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya.

3. Ayat yang berhubungan dengan Fatimah Binti Rasulullah.3


Surah Al-Ahzab: 33


Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersihbersihnya (dari segala perkara yang keji). i. Tafsir Ayat Ayat di atas didahului dengan perintah Allah s.w.t. kepada isteri-isteri Nabi s.a.w untuk bersikap dan bertingkah laku dengan baik dengan mengucapkan perkataan yang baik dan tidak bercakap perkara yang mendorong orang yang berpenyakit di hatinya untuk berbuat perkara yang tidak baik kepada wanita. Kemudian diikuti oleh ayat di atas, perintah Allah s.w.t. untuk tetap tinggal di rumah dan hanya keluar kerana keperluan dan hajat, tidak berhias bertabarruj seperti wanita zaman jahiliah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada perintah Allah s.w.t. dan RasulNya.

ii.

Fatimah dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Jumadil Akhir di Mekah, tahun ke 5 setelah kerasulan Nabi s.a.w. Ketika usianya beranjak dewasa, Fatimah Az-Zahra dipersunting oleh salah seorang sahabat sekaligus orang kepercayaan Rasulullah s.a.w., Ali bin Abi Talib. Dari pernikahannya dengan Ali bin Abi Talib, Fatimah Az Zahra memiliki dua putra iaitu Hasan dan Husin yang keduanya merupakan cucu-cucu kesayangan Rasulullah. Fatimah wafat pada tahun ke-11 Hijrah, 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah, dan dimakamkan di Pemakaman Baqi'. 12

iii.

Perintah-perintah Allah s.w.t di atas adalah bertujuan untuk membersihkan Ahlul Bait dan menghilangkan dosa-dosa daripada mereka. Al-Hafiz Ibn Kathir menukilkan pendapat Ibn Abbas dan Ikrimah bahawa Ahlul Bait di atas hanya untuk isteri-isteri Rasul s.a.w. Ini adalah pendapat pertama. Adapaun pendapat kedua menyebut bahawa Ahlul Bait termasuklah Ali r.a., Fatimah r.a., Hasan r.a., dan Husin r.a. Pendapat kedua ini disokong dengan hadith. Rasulullah s.a.w. bersabda seraya menunjuk kepada Ali, Fatimah, Hasan, dan Husin: Ya Allah, mereka ini adalah Ahlul Baytku, maka peliharalah mereka dari keraguan dan sucikan mereka sesuci-sucinya. Ini adalah pendapat yang lebih kuat.

iv.

i.

Pengajaran Mencontohi Sikap Isteri-Isteri Rasulullah s.a.w. Ayat-ayat di atas adalah khusus ditujukan kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Akan tetapi, pengajarannya umum dan perlu diterapkan kepada seluruh wanita beriman. Untuk mendapat penjagaan Allah s.w.t. dan untuk diampuni dosa-dosa, para isteri perlulah bersikap dan bertingkah laku dengan baik dengan mengucapkan perkataan yang baik dan tidak bercakap perkara buruk, mengumpat, tidak berkata-kata dengan kata-kata yang dimerdukan hanya kepada suami mereka dan lain-lain, yang mendorong orang yang berpenyakit di hatinya samada lelaki fasiq ataupun perempuan fasiq untuk berbuat perkara yang tidak baik kepadanya. Diikuti perintah Allah s.w.t. untuk tetap tinggal di rumah dan hanya keluar kerana keperluan dan hajat, tidak berhias bertabarruj seperti wanita zaman jahiliah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada perintah Allah s.w.t. dan RasulNya. Adapun perkara ini perlu diberi perhatian oleh isteri-isteri yang bekerja untuk membantu suami. Mereka perlu menjaga diri daripada bertabarruj dengan pakaian dan wangian yang menarik mata-mata jahat lelaki lain. Tata cara berpakain mengikut syariat Islam boleh dirujuk di http://ustadzmuslim.com/jilbab-pakaian-wanita-islam/

13

Bermaksud, jika seorang wanita itu bertabarruj, maka dia adalah wanita jahiyah. Dalam erti kata yang lain, dia adalah wanita yang bodoh. ii. Pentingnya Mematuhi Etika Keluar Daripada Rumah Untuk Seorang Wanita. Etika keluar rumah yang digariskan oleh ayat di atas adalah penting untuk dipatuhi oleh semua wanita dan hanya wanita yang baik akan mematuhi semua etika di atas. Mereka tidak menjadi perbualan oleh lelaki-lelaki jahat yang menghuraikan tubuh badan mereka bermula daripada rambut hingga ke kaki. Dan mereka tidak menjadi mangsa kepada lelaki-lelaki tersebut. Apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, sebagai contoh adalah rogol dan ragut, wanitawanita yang tidak memenuhi etika-etika keluar rumah yang digariskan oleh Allah s.w.t. akan menyalahkan berbagai pihak. Mereka terlupa yang mereka sebenarnya yang tidak baik, menunjuk sana dan menunjuk sini, mendada sana mendada sini, lembut sana dan lembut sini. Dan akibatnya, rasakan kerana sikap mereka itu. iii. Sikap Kita Terhadap Ahlul Bait. Di antara prinsip Ahlus Sunnah adalah memuliakan Ahlul Bait, membenci dan mencela mereka, dan menahan diri dari perselisihan yang terjadi di antara mereka.

14

4. Ayat yang berhubungan dengan Zainab binti Jahsy.4


Surah Al-Ahzab: 36, 37 Dan 38

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah

Nama lengkap Zainab adalah Zainab binti Jahsy bin Riab bin Yamar bin Sharah bin Murrah bin Kabir bin Gham bin Dauran bin Asad bin Khuzaimah. Sebelum menikah dengan Rasulullah, namanya adalah Barrah, kemudian diganti oleh Rasulullah menjadi Zainab setelah pernikahan. Ibu dari Zainab bernama Umaimah binti Abdul-Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai. Zainab dilahirkan di Mekah dua puluh tahun sebelum kenabian. Ayahnya adalah Jahsy bin Riab. Dia tergolong pernimpin Quraisy yang dermawan dan berakhlak baik. Zainab yang cantik dibesarkan di tengah keluarga yang terhormat, sehingga tidak hairan jika orang-orang Quraisy menyebutnya dengan perempuan Quraisy yang cantik. Zainab termasuk wanita pertama yang memeluk Islam. Allah pun telah menerangi hati ayah dan keluarganya sehingga memeluk Islam. Dia hijrah ke Madinah bersama keluarganya. Ketika itu dia masih gadis walaupun usianya sudah layak menikah. Zainab memasuki rumah tangga Rasulullah dengan dasar wahyu Allah. Dialah satu-satunya istri Nabi yang berasal dari kerabat dekatnya. Zainab binti Jahsy adalah isteri Rasulullah yang pertama kali wafat menyusul beliau, yaitu pada tahun kedua puluh hijrah, pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, dalam usianya yang ke-53, dan dimakamkan di Baqi. http://abihumaid.wordpress.com/2008/06/20/zainab-binti-jahsy-radhiallahu-%E2%80%98anha/
4

15

Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya. i. Asbabun Nuzul Tradisi masyarakat Arab Quraisy zaman itu ialah: Pertama, melarang perkahwinan antara perempuannya dengan lelaki yang berketurunan lain walaupun lelaki tersebut memiliki kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Jika terjadi perkahwinan yang dilarang itu, maka sekiranya perempuan Quraisy tersebut diceraikan oleh suaminya, ketika itu dia akan dihina oleh masyarakat dan tidak akan ada sesiapa yang akan sudi berkahwin dengannya. Kedua, status anak angkat disamakan dengan anak kandung. Jika anak angkat seseorang itu menceraikan isterinya, maka bapa angkatnya diharamkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya tersebut. Tradisi ini adalah tradisi yang sesat. Demi memecahkan tradisi jahiliyah tersebut, Allah s.w.t. memerintahkan perkahwinan Zaid bin Haritsah r.a. - anak angkat Rasulullah s.a.w. yang juga bekas hamba baginda yang telah dimerdekakan - dengan Zainab binti Jahsyi r.a. - sepupu baginda. Pada masa yang sama, Allah juga telah mewahyukan bahawa perkahwinan tersebut akan berakhir dengan penceraian dan Zainab akan menjadi isteri Rasulullah akhirnya. Ternyata perkahwinan yang dicadangkan oleh Baginda pada Zainab dan ahli keluarganya tidak dipersetujui kerana terpengaruh dengan tradisi seperti yang telah disebutkan. Rasulullah membaca ayat 36 Surah Al-Ahzaab. Maka berlangsunglah perkahwinan Zaid dan Zainab walaupun Zainab asalnya hanya setuju di atas dasar taat kepada perintah Rasulullah. Zainab tetap tidak gembira dengan perkahwinan tersebut dan sikap dinginnya ini disedari oleh Zaid. Zaid mengadu kepada Rasulullah tentang masalah rumahtangga yang sedang dihadapinya namun Rasulullah bersabda: Jangan ceraikan isteri anda itu dan bertaqwalah kepada Allah. Begitulah jawapan baginda setiap kali Zaid menggambarkan perkahwinannya dengan Zainab menuju kehancuran kerana Baginda tahu setelah terjadi penceraian tersebut, Zainab akan menjadi isterinya dan baginda
16

ii.

iii.

khuatir cemuhan yang bakal menimpa diri baginda kerana amalan ini bertentangan dengan budaya tradisi bangsa Arab Quraisy pada masa itu. Lantaran itu, maka turunlah firman Allah ayat 37 dan 38 Surah Al-Ahzab. iv. Setelah turunnya ayat tersebut, Zaid menceraikan Zainab lalu baginda melamarnya untuk dijadikan isteri baginda. Lantaran itu tradisi jahiliyah dihapuskan. i. Pengajaran; Kesamaan Taraf Manusia Disisi Allah. Tidak mengira warna kulit, jenis bangsa, jenis kabilah, kepelbagaian bahasa, dan lain-lain, manusia adalah sama disisi Allah. Yang membezakan manusia disisi Allah adalah taqwa. Bermaksud, Bangsa Asia atau Bangsa Eropah atau Bangsa Afrika, mereka adalah sama disisi Allah dan yang membezakan hanyalah taqwa. Seorang wanita Bangsa Asia tidak akan bertambah mulia dengan hanya mengahwini seorang lelaki Eropah dan seorang wanita Asia tidak akan berkurang kemuliaan dengan hanya mengahwini seorang lelaki Bangsa Eropah. Sirah telah menunjukkan, tradisi Arab jahiliyah yang merendahkan kedudukan seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang berketurunan lain dan diceraikan oleh lelaki tersebut. Dan Islamlah yang mengangkat kedudukan wanita. Menjadi satu trend yang tidak sihat apabila memandang tinggi lelaki atau perempuan Melayu yang berkahwin dengan perempuan atau lelaki berkulit putih. Inilah tradisi jahiyah yang masih bersarang di akal sesetengah pihak. Dan inilah penjajahan yang sebenar. ii. Nasab Anak. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab r.a. membatalkan budaya Arab Quraisy yang menyamakan status anak angkat dan anak sendiri. Hal ini merealisasikan firman Allah s.a.w. dalam membezakan anak angkat dan anak kandung. Penjagaan aurat diantara seorang anak angkat dengan ibu atau ayahnya perlu dititik beratkan. Penjagaan aurat itu penting untuk mengelak maksiat yang lebih besar daripada itu. Jangan hanya kerana nama angkat, segalanya terangkat. Ada baiknya, seorang wanita yang mengambil anak angkat yang masih bayi dan disusukan. Anak itu akan menjadi anak susuan dan aurat ibu angkat lebih terjaga. iii. Tidak Semua Tradisi Itu Benar. Tradisi atau dikenal sebagai adat tidak semuanya benar. Walaupun semua tradisi itu datangnya daripada datuk dan nenek, yang dihormati dan dikenang jasa mereka, tetapi menjadi kewajipan menyalahi mereka jika tradisi yang
17

datang daripada mereka menyalahi Allah dan Rasul. Sirah menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyalahi tradisi Arab Quraisy. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menyalahi tradisi Melayu jika tradisi Melayu itu menyalahi Allah dan Rasul. Walau ditentang. Dan orang-orang yang datang sebelum kita telah dicemuh dan ditentang kerana perbuatan mereka melawan tradisi Melayu yang menyalahi Islam. Contoh adat itu boleh dilihat di sini; http://1khalifah.wordpress.com/2011/01/11/info-khurafat-dan-adat-melayu/

5. Ayat yang berhubungan dengan Ummu Syarik Ad-Dausiyah.


Surah Al-Ahzab: 50


Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. i. Asbabun Nuzul Imam As-Sayuthi membawakan riwayat daripada Ikrimah bahawa ayat 50 Surah AlAhzab diturunkan berkenaan dengan Ummu Syarik Ad-Dausiyah yang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w.
18

ii.

Dalam riwayat lain, dikemukakan bahawa Ummu Syarik Ad-Dausiyah menyerahkan dirinya kepada Rasulullah untuk dikahwini. Dia adalah seorang wanita yang canti dan Rasulullah s.a.w. menerimanya. Aisyah r.a. berkata: Tidak ada baiknya seorang wanita menyerahkan dirinya kepada seorang lelaki. Maka jawab Ummu Syarik: Kalau begitu, akulah yang engkau maksudkan. Allah s.w.t. memberi julukan mukminah kepada Ummu Syarik dengan firmanNya dalam ayat 50 Surah Al-Ahzab. Selepas turunnya ayat tersebut, maka Aisyah berkata: Sesungguhnya Allah mengabulkan permintaanmu dengan segera. Nota: Saya (penyusun) merujuk nama-nama isteri Nabi s.a.w. di sini, http://ms.wikipedia.org/wiki/Isteri-isteri_Nabi_Muhammad_s.a.w. dan tidak saya temui nama Ummu Syarik Ad-Dausiyah sebagai isteri Nabi s.a.w. Saya memohon para pembaca membetulkan salah dan silap susunan saya ini. Saya menganggap riwayat asbabun nuzul di atas adalah benar, maka saya mengukir pengajaran. Pengajaran Wanita-Wanita Diharuskan Menawarkan Diri Menjadi Isteri Kepada Lelaki Yang Soleh. Sesuatu yang pelik pada zaman sekarang, tetapi hukum syarak mengharuskan. Sirah menunjukan, Khadijah menawarkan diri kepada Nabi s.a.w. lebih awal, sebelum Ummu Syarik. Daripada Anas bin Malik r.a, dia menceritakan: Pernah seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya seraya berkata, Wahai Rasulullah, apakah engkau tertarik pada diriku? Maka anak perempuan Anas pun berkata; betapa tidak malunya dia, betapa hinanya dia. Dan Anas pun berkata: Dia lebih baik daripada kamu, dia menginginkan Nabi SAW sehingga dia memperkenalkan diri kepada baginda. (Hadith Riwayat Bukhari). Dalam bukunya, Imam Bukhari mengkhususkan hadis ini dalam Bab Ardhu Al Marah Nafsuha Alaa Al-Rajuli As Saleh. Untuk semakan; http://ufams.multiply.com/journal/item/3

iii.

i.

6. Ayat yang berhubungan dengan Khaulah binti Tsa'labah


Surah Al-Mujadilah: 1, 2, 3, Dan 4

Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

19

Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.


Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orangorang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. i. Asbabun Nuzul Ayat di atas adalah berkenaan dengan zihar. Istilah zihar berasal dari kata zhahru yang ertinya punggung. Sedangkan makna zihar secara istilah adalah perkataan seorang suami kepada isterinya dengan lafaz, "Kamu bagiku seperti punggung ibuku." atau perkataan lain yang sepadan dengannya iaitu inti perkataannya mengharamkan dirinya dari menggauli isteri sebagaimana mengharamkan ibu sendiri atau saudara yang mahram. Boleh dirujuk di sini: http://kampussyariah.com/webx/s3.php?id=113 Ketika Khaulah binti Salabah dikenakan zihar oleh suaminya Aus bin Samit. Lalu ia datang kepada Rasulullah s.a.w mengadukan hal itu. Aisyah berkata: Maha suci Allah yang pendengaranNya meliputi segalanya. Aku mendengar ucapan Khaulah binti
20

ii.

Salabah itu, sekalipun tidak seluruhnya, dia mengadukan suaminya kepada Rasulullah: Rasulullah, suamiku telah mengahabiskan masa mudaku dan sudah berapa kali aku mengandung kerananya, sekarang setelah aku menjadi tua dan tidak beranak lagi, ia menjatuhkan zihar kepadaku! Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu. Dia mengadu kepada Rasulullah tanpa henti sehingga Jibril a.s. turun membawa ayat-ayat itu. (Disahihkan oleh Al-Hakim) iii. Dalam riwayat Imam Bukhari, Aisyah r.a. berkata: Segala puji bagi Allah yang pendengaraNya meliputi segala suara. Sungguh telah datang wanita yang membantah Rasulullah s.a.w. berkenaan urusan suaminya sedang saya waktu itu di sudut rumah tidak mendengar secara jelas apa yang dikatakan. Tiba-tiba Allah menurunkan ayat Qadsami Allah.. Hukum zihar boleh dirujuk di sini: http://darululumonline.wordpress.com/2009/10/18/hukum-zihar-isteri/ i. Pengajaran Menghormati Mahram Dengan Tidak Berzihar. Islam memelihara wanita. Suami yang akalnya sihat tidak atau gila akan menzihar isterinya. Ini adalah kerana menzihar isteri menandakan suami yang akalnya tidak sihat itu tidak menghormati ibunya, ibu saudaranya sendiri. Suami yang mempunyai akal yang sihat tentunya tidak akan menzihar isterinya. Menutup Pintu Fitnah. Seakan-akan pernah melihat dan merenung anggota sulit ibu atau ibu saudara atau yang lainya, apabila menyamakan anggota sulit isteri dengan anggota sulit mereka. Ini tentunya membuka pintu fitnah. Seorang isteri akan tertanyatanya kebersihan dan kesucian suaminya. Penghargaan Kepada Isteri. Dahulunya, zihar hukumnya menceraikan isteri. Islam menyatakan zihar tidak menceraikan isteri tetapi hanya tertahan sehingga dibayar kafarah. Menzihar isteri tidak menghargai kerana mahu tertahan daripada bersama mereka.

iv.

ii.

iii.

7. Ayat yang berhubungan dengan Asma Binti Abu Bakar5


5

Anak kepada Abu Bakar As-Siddiq. Dalam peristiwa hijrah beliau menahankan berbagai penderitaan dengan penuh kesabaran. Dia dijuluki dengan julukan Dzaatin Nithaqain (Wanita yang memiliki dua sabuk). Dia sempat ikut Perang Yarmuk dan mendapat cobaan. Asma adalah wanita yang fasih berbahasa dan pandai melantunkan syair. Wafat pada tahun 73 Hijrah. 21

Surah Al-Mumtanah: 7

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. i. Asbabun Nuzul Diriwayatkan Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abdullah bin Zuber, ia berkata: "Telah datang ke Madinah - dari Mekah - Qutailah binti Abdul Uzza bekas isteri Abu Bakar sebelum beliau masuk Islam kepada puterinya Asma' binti Abu Bakar dengan membawa hadiah-hadiah. Asma' enggan menerima hadiah itu dan tidak memperkenankan ibunya itu memasuki rumahnya. Kemudian Asma' mengutus seseorang kepada Aisyah, agar Aisyah menanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Maka turunlah ayat ini yang membolehkan Asma' menerima hadiah dan mengizinkan ibunya yang kafir itu tinggal di rumahnya. Juga boleh rujuk Tafsir Ibn Kathir dan sini: http://c.1asphost.com/sibin/Alquran_Tafsir.asp?SuratKe=60 i. Pengajaran Hidayah Dan Taufiq Adalah Milik Allah. Jika Allah s.w.t. mahukan seseorang itu beriman, dia tidak akan sesat dan jika Allah s.w.t. mahukan seseorang itu sesat, maka dia tidak akan beriman. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudara baginda. Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. (Hadis Riwayat Imam Muslim) Islam Tidak Menghalang Berbuat Baik Kepada Ibu Dan Ayah Yang Masih Kafir. Surah Lukman ayat 14 dan 15 menjelaskan prinsipnya ini dan contoh sunnah adalah seperti di atas. Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada orang kafir dengan sebab akhlak kita yang baik kepada mereka. Contoh sejarah tertulis dengan pengislaman Tentera Tartarn kerana mulianya akhlak orang Islam. Boleh dirujuk di sini: http://id.wikipedia.org/wiki/Bani_Abbasiyah dan

ii.

22

http://www.abatasa.com/pustaka/detail//148/masa-kemunduran-1250--1500-m---bangsamongol-dan-d

8. Ayat yang berhubungan dengan Ummu Kultsum binti 'Uqbah


Surah Al-Mumtanah: 10

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuanperempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. i. Asbabun Nuzul Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun terjadinya perdamaian Hudaibiyah memerintahkan Ali bin Abi Talib untuk membuat konsep perjanjian itu, maka Ali pun menulisnya "Dengan menyebut namaMu, wahai Tuhan Kami, ini adalah perdamaian antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amr. Mereka telah menyatakan perdamaian dengan menghentikan peperangan selama 10 tahun, saling berusaha menjaga keamanan dan menahan serta menjaga terjadinya perselisihan. Barang siapa di antara orang-orang Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa izin walinya, hendaklah orang itu dikembalikan sedangkan kaum muslimin yang datang kepada orang Quraisy tidak dikembalikan, dan seterusnya".

23

ii.

Rasulullah s.a.w. mengembalikan Abu Jandal bin Suhail kepada orang-orang Quraisy dan tidak satupun yang ditahan baginda, walaupun ia seorang mukmin. Maka datanglah kepada Rasulullah, seorang wanita mukmin dari daerah kafir yang bernama Ummu Kulsum binti Uqbah bin Abi Muit, lalu datang pula kepada Rasulullah dua orang saudara dari perempuan itu yang bernama `Ammar dan Walid yang meminta agar Ummu Kalsum itu dikembalikan. Maka turunlah ayat ini yang melarang Rasulullah mengembalikannya. Kemudian Ummu Kalsum itu dikawini oleh Zaid bin Harisah. Daripada tindakan Rasulullah ini nyatalah bahawa yang wajib dikembalikan menurut perjanjian itu hanyalah lelaki sahaja, sedangkan wanita tidak dikembalikan. Menurut riwayat Bukhari dan Muslim dan Miswan dan Marwan bin Hakam diterangkan bahawa setelah Rasulullah menandatangani perjanjian Hudaibiyah dengan orang-orang kafir Quraisy, banyaklah wanita-wanita mukminat datang dari Mekah ke Madinah. Maka turunlah ayat ini yang memerintahkan agar Rasulullah menguji mereka lebih dahulu dan melarang beliau mengembalikan wanita-wanita yang benar-benar mukminat ke Mekah. Pengajaran Strategi Dakwah. Ini adalah strategi dakwah Rasulullah s.a.w. yang unggul. Isinya, sesiapa di antara orang-orang Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa izin walinya, hendaklah orang itu dikembalikan sedangkan kaum muslimin yang datang kepada orang Quraisy tidak dikembalikan. Logiknya, lelaki-lelaki muslimin yang tidak akan dikembalikan itu akan mengamalkan Islam di Mekah dan dilihat musyrikin Mekah. Ini adalah dakwah. Adapun lelaki-lelaki Quraisy yang musyrik itu, jika diterima, mereka akan mempraktiskan syirik mereka dan boleh jadi mempengaruhi dan mengotorkan Kota Madinah. Memang patutlah dikembalikan ke Mekah. Perempuan-perempuan yang datang dari Mekah tidak dikembalikan seperti peristiwa Ummu Kalsum. Sebabnya mudah, selepas diuji dan nyata mereka itu beriman, diterima ke Kota Madinah, maka bertambah ramailah kaum muslimin.

iii.

iv.

v.

i.

9.

Ayat yang berhubungan dengan Ummu Jamil6

Auraa binti Harb bin Umayyah adalah isteri dari Abu Lahab salah satu orang yang memusuhi Muhammad s.a.w.. Terkenal dengan nama Ummu Jamil binti Harb (Bahasa Arab: ,) Namanya di kutuk di dalam Al-Quran Surah Al-Lahab, sebagai salah satu musuh Islam. Ummu Jamil merupakan salah satu tokoh wanita Quraisy dan saudara perempuannya Abu Sufyan.
6

24

Surah Al-Masad: 4 Dan 5

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. i. Tafsir Ayat Surah Al-Masad adalah cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Keduanya celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya. Nama isteri Abu Lahab ini Auraa, manakala gelar panggilan kehormatannya sepadan dengan gelar kehormatan suaminya. Dia bergelar Ummu Jamil bermaksud Ibu dari kecantikan! Dan kerana sikapnya yang buruk terhadap Agama Allah kehinaan yang menimpa dirinya. Walaupun gelarannya baik. Si isteri menjadi pembawa kayu api, kayu bakar, menyebarkan api fitnah ke sana sini buat membusuk-busukkan Utusan Allah. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal iaitu sabut. Ayat ini mengandung dua maksud. Pertama membawa tali dari sabut; ertinya, kerana bakhilnya, dicarinya kayu api sendiri ke hutan, dililitkannya ke lehernya, dengan tali daripada sabut pelepah kurma, sehingga terdapat kesan di lehernya Tafsir yang kedua ialah membawa kayu api ke mana-mana, atau membawa kayu bakar. Membakar perasaan kebencian terhadap Rasulullah mengada-adakan yang tidak ada. Tali dari sabut pengikat kayu api fitnah, ertinya bisa menjerat lehemya sendiri. i. Pengajaran Tiada Kebaikan Bersaudara Jika Tidak Mengikut Islam. Walaupun Abu Lahab adalah bapa saudara kandung Nabi s.a.w., saudara kandung dari ayahnya, namun oleh kerana sikapnya yang menentang Islam itu, namanya tersebut terang sekali di dalam wahyu, sehingga samalah kedudukannya dengan Firaun, Haman, dan Qarun, sama disebut namanya dalam kehinaan. Bahaya Memfitnah Dan Menghasut. Surat Al-Lahab ini pun menjadi iktibar bagi kita bagaimana hinanya dalam pandangan agama seseorang yang kerjanya membawa kayu api, iaitu menghasut dan memfitnah ke sana ke mari dan membusuk-busukkan orang
25

ii.

iii.

iv.

ii.

lain. Dan dapat pula dipelajari di sini bahwasanya orang yang hidup dengan sakit hati, dengan rasa kebencian selalunya akan bernasib sebagai Abu Lahab dan isterinya itu, iaitu mati kejang dengan tiba-tiba apabila menerima suatu berita yang tidak diharapharapkannya. Mungkin juga Abu Lahab itu ditimpa oleh penyakit darah tinggi, atau sakit jantung. iii. Amaran Untuk Yang Menentang Islam. Ibnu Katsir mengatakan dalam tafsirya bahawa Tuhan menurunkan Surah tentang Abu Lahab dan isterinya ini akan menjadi pengajaran dan iktibar bagi manusia yang mencuba berusaha hendak menghalangi dan menantang apa yang diturunkan Allah kepada NabiNya, kerana memperturutkan hawa nafsu, mempertahankan kepercayaan yang salah, tradisi yang lapuk dan adat-istiadat yang karut-marut. Mereka menjadi lupa diri kerana kekayaan. Disangkanya sebab dia kaya, maksudnya itu akan berhasil. Apatah lagi dia merasa bahawa gagasannya akan diterima orang, sebab selama ini dia disegani orang, dipuji kerana tampan, karena berpengaruh. Kemudian ternyata bahawa rencananya itu digagalkan Tuhan, dan harta-bendanya yang telah dipergunakannya berhabis-habis untuk maksudnya yang jahat itu menjadi punah dengan tidak memberikan hasil apa-apa. Malahan dirinyalah yang celaka.

26

Rujukan
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Al-Quran Al-Quran Terjemahan Indeks Al-Quran Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir. Hamka, Tafsir Al-Azhar. Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah Nabawiyah, Ebook. Imam Jalaluddin As-Sayuthi, Asbabun Nuzul. Profesor Dr. Ibrahim Ali Syawat, buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu DIperbetulkan Semula. ix. x. Muhammad Athiyah Khumais, Fiqh Wanita. Internet Maktabah Abi Humaid al-ahkam.net Halaqah

27

Anda mungkin juga menyukai