Anda di halaman 1dari 38

PPY1182 AKIDAH ISLAM

Terjemahan Kitab Akidatuna


m/s 23 hingga 77 dan 92-97

Tenaga Pengajar:
Ust Ahmad Levy Fachrul Avivy

Disediakan oleh :
Kumpulan Tutor Akidah
Selasa 11-12 a.m

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2013

1
terjemahan m/s 23- 24 Nurul Afifahtul Husna Binti Anuar

PERKEMBANGAN ILMU TAUHID DAN GOLONGAN (KELOMPOK) ISLAM

1)Al-quran telah menjelaskan masalah-masalah akidah terbahagi kepada  dua landasan yang
seiring.
 
Garis (langkah) pertama:Bagi membina akidah yang betul didalam hati, al-quran telah
memberikan penjelasan yang mudah,yang meyakinkan akal,dan  memuaskan perasaan, dengan
menggunakan kaedah-kaedah yang pelbagai,dan dalil-dalil yang berbagai yang sesuai dengan fitrah
sempurna.Maka di jelaskan apa yang wajib keatas orang islam pada pegangannya iaitu beriman
.kepada Allah,malaikat-malaikatNya,kitabNya,RasulNya,Hari akhirat,dan Qada’ dan Qadar

Garis (langkah) kedua:Memusnahkan akidah-akidah yang salah yang tersebar dikalangan orang-
orang musyrik dan ahli kitab:-

 Al-quran menolak penyembahan berhala,bintang,malaikat,dan membatalkan tuduhan kaum


Nasrani yang mengatakan tuhan ada tiga (trinity),menolak peryataan yang mengatakan Allah
mempunyai anak,dari kalangan orang Yahudi yang menuduh bahawa (Nabi Uzair) adalah anak
Allah,dan al-Quran menolak orang yang ingkar terhadap kejadian para Rasul daripada kalangan
manusia ,dan menangkis tuduhan yang menolak tauhid uluhiyyat serta menafikan kebangkitan
selepas mati.

Akidah yang tersebar di kepulauan Arab menggambarkan semua akidah yang wujud di seluruh
alam.Tersebut ayat-ayat al-quran yang turun yang membincangkan hukum-hukum syariat adalah
kurang daripada 600 ayat,dan hampir keseluruhan al-quran menceritakan tentang tauhid,yang
meliputinya dan saling berkaitan dengannya.

2) Sesungguhnya Nabi muhammad S.A.W menyampaikan apa yang diwahyukan kepada baginda
dari akidah-akidah ini,menjelaskan apa yang umum,dan menjawab persoalan -persoalan yang
ditujukan kepadanya dari kalangan orang – orang beriman untuk memberi kefahaman dan
penjelasan,dan menjawab persoalan dari kalangan orang musyrikin dan ahli kitab yang bertujuan
mengelirukan Nabi dan memberi ujian kepada baginda. Kadangkala al-quran sendiri yang
menjawab persoalan tersebut. Dan tidaklah Rasulullah pergi(wafat) kecuali menyelesaikan masalah
dan persoalan tauhid sehingga ia selesai, jelask dalam fikiran sahabat,dan memberi ketenangan
dalam hati mereka.

3) Orang-orang muslimin (di Saqifah)dari Bani Saadah telah berkumpul sebelum pengebumian
Nabi s.a.w untuk memilih khalifah dikalangan mereka.Orang-orang Ansar berkeinginan(Saad bin
ubadah)tetapi mereka menarik semula cadangan tersebut setelah mereka teringat adalah lebih
afdholnya jika Abu Bakar As-Sidiq yang mengambil alih, yang lebih berhak dalam perkara ini
kerana beliau pernah menggantikan Rasulullah mengimami solat semasa baginda sakit,maka
persepakatan pendapat di buat untuk menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah,dan Allah telah
memelihara ummah daripada keburukan, perselisihan,dan perpecahan.

2
Dilegakan padanya,dan dikuatkan dengan (khabar-khabar yang dipercayai)oleh ahli sejarah dengan
sanad-sanad yang sahih tentang perjanjian setia (Ali bin Abi Talib) dengan Abu Bakar bersama
pembai’ah-pembai’ah sebelum pegebumian Nabi s.a.w.Apabila sampai kepada Ali khabar tentang
bai”ah tersebut,Ali keluar untuk berbaiah.Beliau keluar dengan memakai jubah tanpa
selendang(jubah bahagian luar)di atasnya kerana terburu-buru untuk ke sana,maka apabila
sampai,beliau terus berbai’ah,dan mengutuskan orang untuk mendapatkan pakaiannya, danbeliau
tidak terlambat untuk berbai’ah.

Tanpa berbelah bahagi,Ali terus berbai’ah tanpa memecahkan amanah dan tidak memutuskan
hubungan khalifah,dan tidak kedekut memberi pandangan atau nasihat,bermesyuarat,dan beliau
keluar seperti dalam kisah yang mashyur seperti dalam kisah memerangi orang-orang murtad.

Ali menghabiskan kebanyakan waktunya bersama isterinya (Fatimah Az-zahra) untuk


merawatnya, dan hiburkannya ketika dia dalam keadaan sedih atas pemergiannya ayahnya (Nabi)
dan merindukan baginda. Terutamanya, ketika peristiwa Fatimah menuntut harta pusaka yang
ditinggalkan Nabi s.a.w daripada Abu Bakar as-Sidiq.Dan Abu Bakar menjawab kepada Fatimah
dengan kata-kata Nabi (“Tidaklah aku wariskan apa yang ditinggalkan melainkan untuk
disedekahkan”) Fatimah mendapatkan Ali dan Ali merawat kerisauannya dengan selalu berada
disamping Fatimah.

Abu Bakar bukan menghalang Fatimah sahaja,bahkan menghalang seluruh kaum kerabat
nabi S.a.w dan begitu kepada anaknya (Siti Aisyah).Perlu dinyatakan bahawa Saidina Ali sendiri
tidak menukar apa yang yang dibuat oleh Abu Bakar dalam masalah ini.

Apabila Abu Bakar mendapat tahu Fatimah sakit,Abu bakar As-sidiq datang berjumpa
dengannya danmeminta untuk meredhakannya.Abu Bakar berkata(“Demi Allah, tidaklah
ditinggalkan rumah,harta,dan ahli keluarga,kecuali mencapai keredhaan Allah,dan keredhaan
Rasulnya,dan keredhaan ahlil bait.”)makaFatimah redha akhirnya.Inilah jiwa yang besar dan hati
yang suci.Fatimah meninggal selepas 6 bulan kewafatan Nabi s.a.w dan bersegera pergi berbai’ah
dengan Abu bakar untuk berbai’ah kali ke2 pada pemerintahannya untuk menghilangkan keraguan
yang disebabkan kata-kata didalam pewarisan(harta).

Orang-orang islam sibuk dalam memerangi orang murtad pada zaman Abu Bakar as-
sidiq,umurnya (Abu Bakar) tidak panjang dan telah berjumpa dengan tuhannya(wafat) pada bulan
Jamadil akhir tahun 13 hijrah selepas 2 tahun 3 bulan menjadi khalifah kepada orang muslimin.

terjemahan m/s 25- 29 Nurul Afifah binti Mat Nor

4. Pada zaman Saidina Umar Bin Al-Khatab RA, umat berkemahuan untuk menyebarkan di
seluruh dunia, Oleh yang demikian, tunduklah kebanyakkan negara Parsi, dan sekitar Syam,
Palestin, Mesir dan Burqah dibawah panji Islam.

Saidina Umar RA kemudiannya menumpukan perhatian pada pembangunan negara. Maka Saidina
Umar RA menyusun system pengurusan, membentuk menteri-menteri dan meletakkan kaedah yang
telah diperhalusi. Lantaran itu, kesemua masyarakat di bawah satu sistem yang sama. Lantas, tiada

3
ruang dalam masyarakat itu sebarang percanggahan atau pertelingkahan dalam permasalahan
aqidah.

Dan mereka yang memusuhi hidayah dan kebenaran telah berdendam dengan penguasaan umat
Islam di negara mereka serta telah menghapuskan raja-raja mereka. Maka, mereka merancang
untuk melakukan pembunuhan. Rentetan itu, Abu Lu’luah menikam Saidina Umar RA dengan
pisau. Ketika mana beliau sedang solat subuh berjemaah pada Dzulhijjah tahun 32 hijrah. Dengan
itu, pintu fitnah telah terbuka dan dikembangkan dalam umat dengan di ketuai mereka yang
buruk akhlaknya.

Sesungguhnya Bukhari telah meriwayatkan daripada Huzaifah katanya. Ketika kami duduk
bersama-sama sekitar Saidina Umar RA. Saidina Umar RA bertanya, “Apakah ada dalam kalangan
kamu yang masih mengingat kata nabi SAW tentang fitnah ?” Huzaifah berkata, “Fitnah bagi lelaki
adalah isterinya, hartanya, anak-anaknya dan jirannya, lidunginya, perlulah solat, sedekah dan
menyuruh perkara makruf mencegah perkara mungkar.” Saidina Umar berkata, “Bukan lah itu
persoalanku, tetapi persoalan ini tentang fitnah yang bergelombang seperti gelombang ombak
lautan.” Huzaifah berkata “Tidak ada bahaya keatasmu daripadanya wahai ketua umat Islam.
Sesungguhnya, diantaramu dan diantaranya ada pintu yang tertutup.” Saidina Umar RA berkata,”
Adakah pintu itu akan pecah atau terbuka?” Huzaifah berkata, “Tidak akan terbuka, melainkan
pecah.” Berkata Saidina Umar, “Sewajarnya ia tidak tertutup selamanya.” Huzaifah berkata, “
Benar!.” Kami berkata kepada Huzaifah, “Adakah Saidina Umar yang akan mengetahui keadaan
pintu itu ?” Berkata Huzaifah, “Benar, seperti mana mengetahui bahawa esok akan tiba malam.
Dengan itu, sesungguhnya aku sungguh-sungguh mengkhabarkan dengan tanpa kekerasan. Maka
ketika kami bertanyakan Huzaifah tentang pintu,, maka kami meminta Masruk dan dia tanyakan.”
Huzaifah berkata, “Dari pintu itu.” Masruk berkata, “Saidina Umar”

5. Perkembangan penaklukan pada zaman Saidina Uthman Bin Affan RA menunjukkan


kepada pengkhususan sebahagian pemerintahan diberikan kepada kaum kerabat yang dilihat
mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk memegang pangkat. Oleh yang demikian, musuh-
musuh mengambil kesempatan atas perkara ini, untuk memburukkan Saidina Uthman RA dengan
mengaitkan ahli keluarganya. Dan Abdullah Bin Sabak seorang yahudi telah menjadi ketua untuk
mereka (Ibn Saudak) yang mana telah menghantar sebahagian pengikutnya ke kawasan umat Islam
untuk menimbulkan provokasi dan revolusi ke atas Saidina Uthman RA. Hasilnya, sebahagian
kumpulan di Basrah, Kuffah dan Mesir.mengikuti mereka

Telah sampai khabar rungutan rakyat kepada Saidina Uthman RA tentang tuduhan ke atasnya
dalam kalangan penduduk Mesir. Maka, Saidina Uthman RA menulis pekeliling bagi memanggil
mereka pada musim haji untuk berkumpul dan mendengar aduan dari mereka sendiri. Kemudian,
penyebar-penyebar fitnah mengambil kesempatan atas kematian gabenor Mesir dalam pertemuan
khalifah. Atas kesedaran rakyat, keluarlah mereka ke Madinah Munawwarah untuk mengepung
khalifah tapi Saidina Uthman mempertahankan jawatan Khalifah tetapi penyeru kejahatan tidak
menginginkan kecuali ingin menyalakan lagi api dengan menghasut/menggugat kesatuan
muslimin. Lantas, pemberontak menyerbu rumah Saidina Uthman RA dan membunuhnya ketika
beliau sedang membaca kitabullah pada Dzulhijjah 35 hijrah.

6. Saidina Ali Bin Abi Talib RA terpaksa untuk menerima pemerintahan dan digesa penuntut
hukuman qisas Saidina Uthman seperti (Muawiyah Bin Abi Sufian) penyokong Syam dan kerabat

4
Saidina Uthman. Namun , Saidina Ali RA menunggu keadaan aman jika ingin menghukum
pesalah dan memberi balasan padanya.
Tetapi Saidina Muawiyah Bin Abi Sufian tidak menginginkan dan menunjukkan ketidak puasan ke
atas Saidina Ali RA dan menbangkitkan kemarahan ummat dengan menunjukkan baju kemeja
Saidina Uthman RA yang dilumuri darah dan meletakkannya atas mimbar Damsyik, maka haruk
piruklah dan mereka mengambil untuk mengeliling sekitarnya dan meratapinya.

Saidina Ali bersama untuk keluar ke Syam bagi bertemu Muawiyah dan sesiapa yang bersamanya
dari golongan kharijin. Tetapi hal ini diketahui Saiyidah Aisyah RA. Keluarlah beliau dari Makkah
al Mukarramah ke Basrah dan bersamanya Talhah Bin Ubaidillah RA dan Zubair Bin Awwam RA.
Dan bersama mereka sekumpulan para sahabat yang menuntut kematian Saidina Uthman. Oleh itu,
terpaksalah Saidina Ali ke pertemuan di Basrah dengan cita-cita menyelesaikan fitnah secara aman.
Tetapi, jika Allah Taala inginkan suatu ketetapan, ia tetap berlaku. Maka, belakulah Perang Jamal.
pada 36 hijrah yang membunuh sebahagian daripada musuh dan ummat .

Kemudian, berlaku Perang Siffin pada 37 hijrah antara Saidina Ali RA dan pengikutnya dengan
Muawiyah yang mendesak Saidina Ali untuk turun dari pemerintahan. Kemudian berlaku isu
Tahkim untuk memilih sahabat Saidina Ali, Abu Musa Al Asyari sebagai wakil Saidina Ali dan
memilih rakyat Syam, Amru Bin Al A’s sebagai wakil Muawiyah.

Tidak benar bilamana kebanyakan para sejarah yang hidup ketika itu berdusta dimana mengatakan
bahawa Abu Musa Al-Asy’ari memisahkan Saidina Ali RA atau Muawiyah. Kemudian, bila dia
pergi dan melucutkan Saidina Ali RA daripada menjadi khalifah dan mengangkat Muawiyah
sebagai penggantinya. Kerana hal ini bukanlah akhlak didikan rasul. Dan adakah naik turunnya
Muawiyah sebagai khalifah sebab Amru Bin Al-A’s ? Sesungguhnya masyhur pada Imam Ibnu
Kathir dan qadi Abu Bakar Al-Arabi yang mengulas berita ini dengan katanya, ini semua adalah
penipuan yang nyata. Apa yang berlaku tidak sesekali betul. Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang
dicipta-cipta. Dan meletakkan sejarah untuk pemerintah dan perwarisannya kepada ahli secara
percuma.

Telah sepakat keduanya bahawa perjanjian dalam urusan pemerintahan ummat kepada sesiapa yang
tetap dalam kalangan sahabat-sahabat yang telah diredhai ketika wafatnya baginda . Dan pemilihan
khalifah antara mereka sama seperti sebelum pemerintahan Saidina Uthman RA.
.
Tetapi kebebasan Saidina Ali RA untuk setuju atas penerimaan tahkim dua kumpulan. Kumpulan
yang bersama-samanya iaitu Syiah, mereka melihat bahawa hak dalam pemerintahan adalah untuk
kerabat Rasulullah SAW serta pertaliannya dan ilmunya. Manakala kumpulan yang tidak
tergolong darinya. Mereka berkata ( tiada hakim kecuali Allah Taala). Maka berkata Saidina Ali
RA dalam katanya yang masyhur (aku inginkan perkataan benar daripada kepalsuan ).
Lalu,mereka mengingkari Saidina Ali dan dua hakim dan semua yang setuju dengan tahkim itu..
Dinamakan khawarij kerana keluar dari kumpulan Saidina Ali.

Atau mereka namakan diri mereka dengan itu sesuai dengan firman Allah Taala: Barangsiapa
yang keluar dari rumah mereka dengan maksud hijrah kerana Allah Taala dan rasul, kemudian
kematian datang kepadanya, maka sungguh. Telah tetap balasan pahala sisi Allah Taala.

5
Seperti disebutkan mereka (Assyurah) mengambil dari firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah
Taala telah membeli dari orang mukmin itu, diri dan harta mereka dengan memberi mereka
syurga.
Dan kumpulan khawarij di Harurak dinamakan haruriah. Dan untuk sahabat-sahabat yang diri
mereka sakit berperanan menipu daya untuk memecah belahkan askar Saidina Ali. Dalam kalangan
khawarij, Al-Asy’as Bin Qais, Mas’ud Bin Fadaka Al-Tamimi Dan Zaid Bin Hasainil Toa.

Dan khawarij, merupakan musibah bahaya yang muncul pada ummat. Kemunculannya
telah memberi kesan pada kebanyakan kumpulan dan persatuan seperti yang tercatat dalam
sejarah.

terjemahan m/s 29-30 Muhammad Fauzan bin Rosli A145135

7. Segolongan para sahabat telah dijauhkan daripada fitnah ini. Dan mereka tidak menyukai
terlibat dalam urusan golongan yang berbalah. Dan mereka menyerahkan hukuman terhadap
mereka yang bersalah kepada Allah Ta’ala. Maka mereka dinamakan Murjiah, golongan yang
menyerahkan. Daripada mereka adalah Abdullah bin Umar, Saad bin Abi Waqqas, Ziad bin Tsabit
dan Usamah bin Zaid RA.

Dan dengan ini muncul di tengah kaum muslimin 3 kumpulan iaitu Syiah, Khawarij dan
Murjiah. Dan perselisihan antara mereka adalah berputar pada dasar sekitar permasalahan khilafah
dan pemerintahan. Dan ianya menyerupai politik gabungan. Kemudian timbul pula pandangan
mengenai persoalan aqidah.

8. Khawarij telah merancang konspirasi untuk membunuh Ali, Muawiyah dan Amru bin
al-‘As. Pada pandangan Khawarij, mereka adalah pengkhianat kaum muslimin. Maka Abdul
Rahman bin Muljam telah membunuh Ali dengan menggunakan pedang di masjid ketika waktu
untuk menunaikan solat subuh pada Ramadhan tahun 40 Hijrah. Manakala Muawiyah dan Amru
bin al-‘As pula terselamat daripada pembunuhan tersebut. Semoga Allah meredhai mereka.

Dan penduduk Iraq membaiah Hassan bin Ali bin Abi Talib menjadi khalifah selepas
kematian bapanya. Namun selepas 6 bulan, beliau memberi kuasa kepimpinan kepada Muawiyah
untuk menyatukan barisan ummah dan menggabungkan suara umat Islam. Demikian benarlah apa
yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya (mafhumnya), : “Sesungguhnya
cucuku ini seorang penghulu. Dan semoga Allah memperbaiki dengannya dua pecahan daripada
kaum muslimin.”

Dan dengan perletakan jawatan Hassan daripada khalifah, Muawiyah menjadi imam kaum
muslimin. Beliau adalah raja pertama mereka dan sebaik-baik pemimpin. Semoga Allah
meredainya.

Dan demikian itu, era khilafah Rasulullah pun berakhir dan bermulanya era para raja.
Seperti yang dikhabarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya (mahfumnya), : “Tempoh khilafah
Rasulullah adalah 30 tahun, kemudian didatangkan Allah tempoh para raja selagi mana Dia
kehendaki.”

6
Sesungguhnya pemerintahan Abu Bakar adalah selama 2 tahun 3 bulan. Pemerintahan
Umar bin al-Khattab selama 10 tahun 6 bulan. Pemerintahan Uthman bin ‘Affan adalah 12 tahun.
Pemerintahan Ali bin Abi Talib selama 4 tahun 9 bulan.Ditambahkan 6 bulan tempoh pemerintahan
Hassan bin Ali, maka cukuplah 30 tahun, selepas kewafatan Rasulullah SAW pada bulan
Rabiul’awal tahun 11 Hijrah, Hassan pula melepaskan jawatannya kepada Muawiyah pada
Rabiul’awal tahun 41 Hijrah.

terjemahan m/s 31-34 Nur Hanis binti Abdul Wahid

9- Muawiyah RA merasakan pelantikan khilafah tidak mendapat tempat, keredhaan dan


kepuasan daripada semua orang dalam negara itu, oleh itu kita lihat dia menyebarkan atas mimbar-
mimbar hadis Rasulullah untuk menetapkan dalam minda manusia (para pendengar) bahawa
pelantikan khilafahnya adalah sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah dan kekuasaanNya maka
orang Islam tidak boleh menentangnya!

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Warrad Maula al-Mughirah bin Syu’bah berkata: (Al-
Mughirah pernah menulis surat kepada Muawiyah: tulislah kepadaku apa yang kamu dengar Nabi
SAW baca selepas solat: maka al-Mughirah menulis kepadaku. Katanya: Aku mendengar Nabi
SAW membaca selepas solat: ((tiada yang disembah melainkan Allah, dan Dia yang Maha Esa
tiada sekutu bagiNya, Allah tidak menghalang apa yang diberikan kepadamu, dan tidak memberi
apa yang Dia halanginya, dan tidak bermanfaat orang yang kaya daripada kamu)).

(Ibn Juraih) berkata: ‘Abdah memberitahuku sesungguhnya Warrad berkata begini. Kemudian aku
pergi kepada Muawiyah, maka aku mendengarnya menyuruh manusia dengan perkataan itu.
Wahai tuhanku tiada apa yang boleh menghalang apa-apa yang telah Kamu berikan/tetapkan,
sebagaimana Kamu telah memberikan Muawiyah dan Bani Umaiyah khilafah dan tiada yang boleh
memberi apa yang Kamu halang, dan sebagaimana dihalang khilafah dari Ali dan syiah dan tiada
yang boleh memberi apa yang kamu halang!

Begitulah Bani Umaiyah menggalakkan idea: (al-Jabar) sebagai satu justifikasi (pembenaran)
terhadap kezaliman mereka yang menyebabkan sesetengah orang berkata: sesungguhnya ini salah,
dan manusia bebas memilih.

Daripada mereka (Ma’bad bin Abdullah Al-Jihani) seorang tabiin yang bangkit melawan mereka
sehingga melampau dan berkata kepada Bani Umaiyah: ((ini bukan takdir semata-mata tetapi bani
Umaiyah sengaja merampas khilafah)) dan telah memberontak ke atas Bani Umaiyah sehingga
dapat dibunuh oleh al-Hajjaj dengan mengikatnya dan memenjarakannya serta dihalang dari makan
dan minum hingga mati pada tahun 80 H. (Ma’bad) mati tetapi selepas meletakkan benih
(menyebarkan) mazhab (pilihan) atau kumpulan: (al-Qadariyah) iaitu dua penafian bagi qadar.
Apabila setiap perbuatan sama ada yang ditolak dan sama ditentukan oleh Allah maka dalam
ketentuan itu berlawanan tujuannya, maka kita lihat bahawa keterlaluan mereka dalam perkataan
adalah dengan pilihan dan menolak keterlaluan dalam perkataan disebut al-Jabar. Maka (Al-Ja’ad
bin Dirham) wafat sekitar 118 H dan (Jahm bin Safwan) wafat pada 128 dengan menolak dua
pilihan, mengasaskan kumpulan (Al-Jabariyah) atau (Al-Jahamiyah) yang dinisbahkan kepada
Jahm bin Safwan.

7
***

10 – Dengan itu telah muncul dalam persekitaran Islam 5 kumpulan:


3 yang pertama mengenai isu khilafah.
Yang ke 4 dan ke 5 mengenai isu Jabariyah dan Ikhtiyariah.

Pengikut yang memohon bagi setiap kumpulan dalam al-Quran al-Karim, as-Sunnah yang
suci tidak menyokong mazhab mereka dengan benar atau salah, dan menyangkal mazhab-mazhab
yang berbeza dengan mereka.

Pada masa itu, terdapat banyak kumpulan yang sakit hati kepada Islam, serta berusaha
melemahkannya, diterbitkan daripada sebahagian pendapat yang memutarbelitkan kehalusan
aqidah Islam, khususnya selepas Islam tersebar meluas, dan masuk ke dalam Islam orang yang
tidak mempunyai bahasa al-Quran al-Karim, dan tidak merasa percakapan dari Nabi SAW.

Antara tajuk-tajuk yang terkesan sekitar perbahasan: (sifat-sifat Allah Taala):


Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabawi diturunkan untuk meragukan penjelasannya yang samar
antara Allah dan ciptaanNya pada zatNya atau sifatNya Yang Mulia dan Maha Tinggi.
Sebagaimana diturunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang lain yang mensucikan Allah
dengan itu.

Manakala orang-orang beriman dan benar, mengatasi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis
yang suci, dan beriman dengan ayat-ayat dan hadis-hadis sifat, dan ikut sebagaimana ia datang.
Manakala di dalam hati mereka yang ada penyelewengan, mereka menyamakan zat Allah dengan
zat yang lain, atau menyamakan sifat Allah seperti sifat makhluknya, dan diketahui pemilik tujuan
ini dengan (kesamaran) dan musuh-musuh Islam mempunyai peranan mereka dalam menyebarkan
antara orang-orang Islam.

***
11 – Ulama’ Ahli Sunnah duduk di dalam masjid, manusia diajar dengan aqidah yang benar, dan
menolak kesamaran yang ditimbulkan oleh orang yang berhawa nafsu, antara mereka ialah imam
tabi’in (Al-Hasan Al-Basri) 21-110 H yang disayangi oleh manusia ykerana mulia ilmunya, agung
dan warak, dan mereka membanjiri sekelilingnya dalam masjid (Al-Basrah), mereka
bertanyakannya, meminta fatwa dan mesej beliau akhirnya dicetak.

Seorang lelaki masuk dan memuji apa yang diajar beliau, dia berkata: wahai imam agama,
telah muncul pada zaman kami satu kumpulan yang mengkafirkan pelaku dosa besar, mereka
adalah al-khawarij, dan kumpulan yang mengharap hukum ke atasnya dan mereka Murji’ah?

Sebelum (Al-Hasan Al-Basri) menjawab, salah seorang pelajarnya dan dia ialah (Wasil bin
‘Atha’) 80-131 H menjawab dengan berkata: ((Aku tidak berkata sesungguhnya tuan yang besar itu
betul-betul seorang yang beriman, dan bukan betul-betul kafir. Bahkan dia adalah satu antara dua
tempat)) iaitu iman dan kufur.

8
(Wasil) mengasingkan diri dari berjumpa (Al-Hasan Al-Basri) maka dinamakan oleh
pengikutnya dengan (Al-Mu’tazilah).
Dan dari buku-buku (Wasil) sejarah telah merekodkan baginya: (kategori Murji’ah) dan
(makna al-Quran) dan (satu antara dua tempat) dan (peringkat orang yang berilmu dan orang yang
jahil) dan sebagainya.

Sahabatnya (‘Amru bin ‘Ubaid) 80-144 H seorang yang alim, zuhud dan berani dalam
kebenaran, dia berkata sesungguhnya beliau solat subuh dengan wudhuk solat isyak selama 40
tahun. Antara bukunya (menolak Qadariyah) dan (kitab keadilan dan tauhid).

Sesungguhnya Mu’tazilah telah melakukan tugas yang baik dalam mempertahankan


aqidah-aqidah Islam terhadap serangan sengit daripada golongan bid’ah. Yahudi, nasrani dan
agama-agama lain dimansuhkan oleh agama yang akhir (Islam).

Dan mereka dapati musuh-musuh mereka bersenjatakan dengan senjata (logik), mereka telah
mempelajarinya untuk mempertahankan Islam, seperti yang diterjemahkan di dalam kitab (falsafah
yunani) yang mereka belajar dan mencampurkan dengan ilmu mereka. Mu’tazilah mendirikan 2
buah sekolah: Sekolah di Basrah: antara lelaki yang masyhur: (Abu Al-Hazil Al-‘Alaaf) wafat 255
H, (Ibrahim An-Nizam) wafat 221 H dan (Al-Jahiz) wafat 255 H. Sekolah di Baghdad: antara
lelaki yang masyhur: (Basyar bin Al-Mu’tamir) wafat 210 H, (Samamah bin Asyras) wafat 213 H
dan (Ahman bin Abi Daud) wafat 240 H.

Mu’tazilah memperoleh idea-idea khalifah, maka mereka menghindarkan diri dari orang
terdekat selama 200 tahun. Tetapi (ahli hadis) dan (ahli feqah) menolak kaedah Mu’tazilah melalui
akal, dan mentakwil mereka dengan nas-nas agama. Daripada apa sebab bagi mereka sebahagian
bencana dan krisis, seperti mehnah Imam (Ahmad bin Hanbal) wafat 241 H rahimahullah.

Orang-orang pada zaman itu bersangka bahawa Mu’tazilah adalah pemikir bebas dalam Islam, dan
memenangkan menghukumkan akal. Dan keadaan Mu’tazilah adalah usaha mereka di luar sifat: ia
adalah masalah perdebatan apabila kita mengambilnya dengan fikiran yang jauh dari wahyu yang
sempurna, sesungguhnya kebangkitan pertempuran Mu’tazilah tiada makna baginya. Seperti
penciptaan al-Quran.

Malangnya, mereka adalah yang pertama untuk digunakan dalam Islam, keganasan dan penyeksaan
terhadap lawan mereka dalam pemikiran, dan mereka tidak mendahului dalam bidang ini seperti al-
Khawarij. Selepas kekalahan pemikiran Mu’tazilah di hadapan pemikiran bebas Sunni, telah
berkembang ilmu-ilmu alam dan tamadun Islam.

terjemahan m/s 35- 39 Siti Noor Hanif Farhani Bt Mohd Salleh (A144873)

12. Iman Abu Hanifah Nu’man (80-150 h) telah berdebat dengan golongan Khawarij, Rafidah,
Mu’tazilah, Ahli Rajak. Beliau telah menulis kitab (Al-feqhhu Akhbar,Al-feqhhu
wusto,wasiyyah,risalah ila abi usman al-batti) dalam Al-irja’ dan kitab (al-alimul wa mutaallim).

Beliau juga berdebat dengan ahli batil serta selalu menulis bagi menghasilkan penulisan yang
menerangkan tentang akidah ahli sunnah dan menolak perkara yang bertentangan dengannya.

9
Beliau juga tidak suka memanjangkan pertelingkahan dan perdebatan sehingga beliau melarang
anaknya (Hamad) daripada melakukan itu.
Ketika anaknya Hamad bertanya: Saya melihat kamu berdebat dan kenapa kamu melarang aku?
Abu Hanifah telah berkata: Wahai anakku, dulu kami memang berdebat, setiap daripada kami
seperti burung di atas kepalanya tetapi takut untuk menjatuhkan sahabatnya. Namun kamu hari ini
berdebat tetapi setiap seorang mahu berniat menjatuhkan kawannya. Dan siapa yang mahu
menjatuhkan kawannya, seolah-olah dia mahu mengkafirkan kawannya. Dan siapa yang mahu
mengkafirkan kawannya sebenarnya dia yang telah kafir sebelum mengkafirkan kawannya.

Maka, Iman Abu Hanifah bimbang anaknya akan tinggi diri bangga, terpedaya dan
terpengaruh dengan perkara itu melalui hawa nafsu dan kesesatan.

Iman Muhammad bin Idris As-Syafie (150-204h) mempunyai usaha yang gigih yang mana
perlu dihargai kerana menerangkan tentang akidah islam yang benar dan menjawab terhadap
orang-orang terpesong serta berdebat dengan golongan yang menyimpang seperti yang telah kami
jelaskan di dalam kitab kami (Iman As-Syafie dan Ilmu Kalam)

******************

13. Di sini, kami ingin menegaskan tentang faktor-faktor penting dalam kemunculan pandangan
ahli ilmu kalam (al-kalamiyyah) yang telah menyebabkan masyarakat berpecah kepada beberapa
puak seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ianya merupakan peranan ahli-ahli agama yang
terdahulu.

Ahli-ahli sejarah telah menyebutkan bahawa seorang Yahudi bernama (Lubaid bin Al-
A’sam )iaitu orang yang telah menyihir Nabi Muhammad SAW .Yang telah menyebutkan bahawa
taurat itu makhluk :dan dia juga yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk, kemudian, kata –
kata ini telah diambil oleh anak saudara perempuannya iaitu (Tholut) dan kemudian diambil pula
oleh (Bayan b Sam’an ) daripada Tholut. Seterusnya daripada Bayan diambil oleh (Al-Ja’ad b
Darham) dan kata – kata ini telah disebarkan kepada orang Muslim.

(Bashar al-Murisi) meninggal pada tahun 218h ,merupakan salah seorang yang mendakwa
bahawa al-quran itu makhluk. Dan bapa dia merupakan orang yahudi. Di dalam riwayat Ibnu
Qutaibah menyebutkan bahawa orang pertama mengatakan tentang al-quran adalah makhluk ialah
(Al-Mughirah b Said At-Ajla) meninggal pada tahun 119h.Beliau merupakan pengikut Abdullah b.
Sa’ba iaitu seorang yahudi.

Para pemerintah telah meminta khidmat para yahudi dan nasrani di dalam urusan
pentadbiran Negara (kerana pengalaman mereka) dan jahilnya orang islam tentang bidang ini.

Dan Sarjuni bin Mansor yang berketurunan dari Rom.Beliau juga seorang Nasrani yang
merupakan setiausaha kepada Muawiyah.Yahya Al-Dimasyki telah berkhidmat dengan orang –
orang umawi untuk satu tempoh yang lama. Beliau merupakan paderi nasrani serta dia mempunyai
buku dan pandangannya sendiri.

Yazid b Muawiyah bergantung kepada penyair yang bernama Akhtol dalam membidas
lawannya.Beliau menggunakan syair Akhtol dan yang mana Akhtol adalah pemuda Nasrani.

10
Perdebatan yang terjadi adalah antara ulama islam dengan nasrani. Sebahagian perdebatan turut
diadakan di istana – istana pemerintah.
Kewujudan orang parsi sangat jelas dalam lapangan ini dan semakin bertambah perdebatan
antara orang muslim dengan Somaniyyah dan Sanawiyyah.Amru bin Abid telah berdebat dengan
Jarir bin Hazam Al-Azdi yang mana beliau memegang fahaman Somaniyyah.Juga disertai oleh
Wasil b Atha’ dalam perdebatan dengan Bashar b Bard bersama Soleh b Abdul Quddus.Kedua-dua
mereka daripada puak Sanawiyyah.

14. Dan kita kembali semula kepada Muktazilah atau kita jumpa dengan salah satu sheikh khibar
(guru mereka iaitu Abu Ali Al-Jaba’ie (235-303h )) dia telah duduk mengajar tentang fahaman –
fahaman Muktazilah di dalam masjid mereka,dan mengatakan bahawa Allah perlu melakukan
perkara yang baik dan yang lebih baik kepada hambaNya.Telah bertanya salah seorang dari anak
muridnya iaitu Imam Abu Hassan Al-Asy’ari(260-330 h) tentang tiga orang yang mati dalam
keadaan berbeza, pertama,seorang tua yang mati dalam keadaan mentaati Allah, seterusnya orang
dewasa mati dalam keadaan mengingkari Allah dan yang ketiga orang yang mati ketika usianya
muda. Berkata jubaie kepada Abu Hassan Al-Asy’ari: pertama,yang taat dimasukkan ke
syurga,yang kedua,diseksa dineraka dan yang ketiga tidak diberi ganjaran syurga dan tidak diseksa
di neraka.

Maka berkatalah Abu Hassan Al-Asyari: Andaikata orang muda itu bertanya :wahai
tuhanku,kenapa engkau matikan ku ketika usia muda dan tidak memanjangkan umurku agar aku
dapat mentaatiMU dan seterusnya aku masuk syurga? Apakah yang Tuhan akan jawab?

Al-Jubaie menjawab :Tuhan akan berkata: Sesungguhnya aku tahu sekiranya kamu
diberikan umur yang panjang, maka kamu akan ingkar sehingga menyebabkan kamu masuk neraka.
Maka, adalah lebih baik kamu mati ketika masih muda.

Abu Hassan Al-Asyari berkata:”kalau yang kedua bertanya, mengapa aku tidak dimatikan
sewaktu aku muda dahulu agar aku tidak dimasukkan ke dalam neraka? Apa yang Tuhankan
jawab?Maka terkejut Al-Jubaie kerana tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan
tersebut.Dengan cara ini ,maka musnahlah fahaman Muktazilah di hadapan Abu Hassan Al-Asy’ari
dan hadirin- hadirin yang lain sehingga membuatkan Abu Hassan Al-Asy’ari mengkaji semula
pandangannya yang berfahaman Muktazilah disepanjang hidup selama 40 tahun.

Dikatakan bahawa Abu Hassan Al-Asyari telah melihat Rasulullah sebanyak tiga kali dalam
mimpi yang mana Rasulullah memohon agar beliau membantu menyelamatkan sunnahku.

Maka Imam Abu Hassan Al- Asy’ari telah mengkaji hadis – hadis Rasulullah yang lebih
diutamakan oleh puak Muktazilah .Beliau mula mengkaji hadis-hadis tentang syafaat Nabi SAW
dan hadis orang mukmin yang boleh melihat Allah pada hari kiamat.Maka,beliau
mengesahkannya.

Beliau telah mengambil jalan tengah dalam mengkaji perkara-perkara akidah yang mana
beliau tidak meninggalkan dalil – dalil Al-Quran dan hadis dan tidak bergantung kepada logik akal
semata-mata. Beliau berada di tengah- tengah antara mereka yang hanya memahami nas-nas atau
dalil naqli semata-mata dan juga dengan pihak Muktazilah yang hanya bergantung pada logik akal
dalam mentakwilkan nas-nas aqli.

11
Abu Hassan Al-Asyari telah mengarang banyak kitab yang membincangkan masalah
iman,dan menolak mazhab-mazhab yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah.Antaranya buku
karangannya : ( Al-ibanah an usul al-diyanat),(al-lam’u fi rad’di ala ahli),(maqalat al-islamiyin),
(risalatu fil iman),(imamah) (al-rad’du ala al-mujas’samah) dan (istihsan al- khaudi fi kalam) dan
lain-lain lagi.

Mazhab dan kitabnya telah tersebar dan menjadi ikutan oleh ulama-ulama Muslimin di
kebanyakan Negara –negara islam dan mereka mengamalkan mazhab dan cara al-asyairah,
Kebanyakan orang muslimin berpegang dengan mazhab al-asyairah.

Di antara ulama – ulama Al-Asyairah yang terkenal :Al-Imam Abu Bakar Al-Baqillani
(meninggal dunia pada 403h),Imam Abdul Qahir al-Baghdadi(meninggal pada 429h),Imam al-
Haramain al-Juwaini (meninggal pada 478h),Imam Abu Hamid al-Ghazali (meninggal 505h),Imam
Fakhrul Razi (meninggal pada 606h),Imam Nasiruddin baidowi(meninggal pada 685 h),Imam
AdhodudinAl-Abji (meninggal 606h), Imam Said’dudin Al-Tuftazani (meninggal pada
791h),Imam Ibnu Hajar Al-Asyqalani (meninggal pada 852h).

Telah hidup sezaman dengan Imam Hassan Al – Asy’ari seorang ilmuan lain dari timur
negara islam iaitu Imam Al-Mansor Al-Muturidiyah yang telah mengasaskan mazhab dalam akidah
islam yang serupa dengan Imam Abu Hassan Al-Asy’ari.Beliau ialah Imam Abu Mansur Al-
Maturidi (meninggal pada 332h) dan diantara kitab karangannya ialah : (maqalat),(tauhid),
(takwilat fi tafsir al-quran al-karim) dan (kitab Bayan Waham al-Muktazilah ) dan lain- lain lagi.

Imam Al-Maturidiyah telah mendapat manfaat yang banyak daripada kitab-kitab Imam
Abi-Hanifah ,ramai orang muslim daripada timur dunia islam telah mendekati Mazhab
Maturidiyyahnya dan mereka kekal dengan fahaman Maturidiyyah.

Orang yang mengikuti mazhab al-asyairah dan al-maturidiyah ,sebahagian besar daripada
mereka mewakili orang islam komtemporari dan mazhab al-asyairah serta al-muktazilah ini
dikenali di antara para ulama sebagai mazhab Ahli sunnah wal jamaah.

15. Telah datang Imam Ibn Taimiyah (9661-728h) dan beliau sangat terkesan dengan hujatul
Islam iaitu Al-ghazali di dalam kritikannya dalam falsafah.Beliau juga terkesan dengan Imam Ibnu
rusyd (meninggal pada 595h) di dalam kritikannya kepada ahli ilmu kalam,tetapi uslubnya lebih
berbisa (agresif) , kritikannya kuat ,berperindirian tegas terhadap pertelingkahan yang berlawanan
dari ahli kalam,ahli falsafah,ahli sufi dan fuqaha’.

Perkara ini mungkin disebabkan kehidupan peribadinya sendiri serta banyaknya fahaman
yang terpesong dan fahaman bidaah yang terpesong tersebar luas.Ini menyebabkan beliau terkenal
dengan keterlampauan dan tegas.

12
terjemahan m/s 45- 49 Safinah binti Othman

KEWUJUDAN ALLAH

Adakah kewujudan Allah itu memerlukan kepada dalil?

Terdapat dua pandangan ulama mengenai tajuk ini:


Pandangan pertama iaitu percaya bahawa kewujudan Allah itu penting, ianya tidak perlu kepada
dalil kerana ianya merupakan sifat percaya yang sudah ada dalam diri manusia
.
Pandangan kedua percaya bahawa kewujudan Allah adalah teori , perlu kepada pembuktian dan
dalil, ianya perlu apabila seseorang tidak bersetuju, dan kufur sebahagian manusia.

Pasukan pertama percaya bahawa misi para rasul adalah untuk mentauhidkan Allah, bukan untuk
membuktikan kewujudannya.

Imam Al-Syaarani berkata : (( tidak diutuskan nabi dan rasul itu untuk mengajar kepada kita
kewujudan pencipta, tetapi mengajak kita kepada tauhid, firman Allah Taala “ Ketahuilah bahawa
tiada yang lain selain Allah S.W.T. “ dan makhluk yang melakukan syirik selepas mengaku dengan
kewujudan adanya Allah, atau menafikan kewajipan daripada sifatnya, atau untuk membuktikan
yang mustahil darinya, atau untuk mengingkari para nabi.))

Pengakuan yang dimaksudkan oleh Al-Syaarani merujuk kepada firman Allah taala :
            
              
             
         

172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka
dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini
Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan
yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam)
adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)", 173. Atau agar kamu tidak
mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami Telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu,
sedang kami Ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah
Engkau akan membinasakan kami Karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?" 174. Dan
Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).

Dr. Abdul Halim Mahmud r.alaih menggambarkan pandangan ini dengan berkata : “ apabila Rasul
mula menyebarkan dakwah secara terang-terangan selepas 3 tahun dari merahsiakannya, maka
sesungguhnya selawat Allah dan salam keatasnya tidak bermula dengan mengisbatkan kewujudan
Allah, dan sesungguhnya bermulanya ia dengan mendirikan dalil atas kebenarannya, dan orang-
orang arab menentang dengan kebenarannya, dan sebelum yang demikian, kedatangan malaikat ke
dalam gua, dan telah menurunkan wahyu, dan tidaklah bermulanya malaikat atau tidak
bermulannya wahyu itu dengan mengisbatkan kewujudan Allah, dan sesungguhnya telah ber,ula
dengan perintah menyuruh Rasulullah membaca dengan nama tuhannya.

13
Terdapat ayat-ayat yang sesetengah manusia menyangka bahawasanya ayat itu turun untuk
mengisbatkan kewujudannya, bukanlah demikian, dalam sedikit dan tidak banyak, sesungguhnya
ayat itu menyatakan keagungan Allah, kebesaran dan kebanggaannya dan kehebatannya yang
sempurna ke atas alam. Bukanlah keagungannya daripada perintahnya dan kekurangannya, tidak
luput kehebatannya yang kecil dan juga yang besar, dan tidak keluar daripada kekuasaannya apa
yang kurang.

Pasukan ini menyokong pandangan bahawa kewujudan Allah tidak perlu kepada dalil dengan ayat-
ayat al-Quran berikut :
           
  
61. Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit
dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Maka
betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar). ( Al- Ankabut: 61)

             
          
63. Dan Sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air
dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" tentu mereka akan
menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak
memahami(nya). ( Al-Ankabut: 63)

             
              
          
38. Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka Terangkanlah kepadaku tentang
apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku,
apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak
memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: "Cukuplah
Allah bagiku". kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. ( Az-Zumar:38 )

          
9. Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi?", niscaya mereka akan menjawab: "Semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi
Maha Mengetahui". ( Al-Zukruf: 9)
         
87. Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka,
niscaya mereka menjawab: "Allah", Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari
menyembah Allah )?, (Al-Zukruf : 87)

              
           
            
              
             
        
9. Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (yaitu) kaum Nuh, 'Ad, Tsamud
dan orang-orang sesudah mereka. tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Telah datang
rasul-rasul kepada mereka (membawa) bukti-bukti yang nyata lalu mereka menutupkan tangannya

14
ke mulutnya (karena kebencian), dan berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu
disuruh menyampaikannya (kepada kami), dan Sesungguhnya kami benar-benar dalam keragu-
raguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya".
10. Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, Pencipta langit dan
bumi? ". ( Ibrahim 9-10)

Tujuan pasukan ini berusaha untuk membuat kesimpulan wujudnya Allah, dengan
berkata,” bagaimana objek yang menunjukkan kepadanya, yang menunjukkannya, atau yang
mengetahui baginya, dan yang mengetahui, dan bagaimana ia perlu dari padanan dalil? ” Perbualan
salah seorang antara kamu mengenai Allah dengan berkata,” Ya Allah Ya Tuhanku, bagaimana
dapat disimpulkan kekurangan kewujudan engkau! Sehingga munculnya selain daripada engkau
apa yang tidak sepatutnya dicari! Apabila ia datang, ia juga perlu panduan menunjukkan engkau!
Dan apabila ia jauh ketinggalan, supaya kesannya adalah untuk sampai kepada engkau!”.

Bagaimana dapat dibayangkan perkara yang tertutup yang menunjukkan segala-galanya.


Bagaimana dapat dibayangkan perkara yang tertutup yang kelihatan segala-galanya.
Bagaimana dapat dibayangkan perkara yang tertutup yang muncul dalam segala-galanya.
Bagaimana dapat dibayangkan perkara yang tertutup yang ianya adalah jelas sebelum kehadiran
semua.
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa perkara yang bertutup, yang ia menunjukkan segalanya.
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa perkara yang bertutup, ia adalah satu tiada sesuatu
bersamanya.
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa perkara yang bertutup, ia adalah lebih dekat dari segala-
galanya.
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa perkara yang bertutup, tetapi sebaliknya ada apa-apa.

Perbezaan yang besar yang dapat disimpulkan, ialah disimpulkan kepadanya, mengetahui hak bagi
ahlinya, perintah asal kewujudannya, kekurangan penyampaian maklumat itu, Tetapi apabila telah
disimpulkan,kesan dapat dicapai dengan dihubungkan kepadanya. Ini adalah pandangan dari orang
yang beranggapan bahawa kewujudan Allah tidak perlu kepada dalil, sama ada dekatnya kita ke
atasnya, maka sesungguhnya kita dapat lihat bahawa semangat agama wujud dalam semua
manusia, dan sesungguhya semua manusia mengenali bahawa Allah itu Maha Mengetahui :
             
         
44. Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak
ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih
mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. ( Al-isra’ : 44).

Kajian saintifik moden telah menunjukkan bahawa kes ini pada zaman sekarang telah terbukti
kewujudan pelbagai agama dikalangan semua kaum (naluri beragama ini ada dalam semua
manusia), mereka telah menafikan kewujudan Allah, tetapi kewujudan Allah mengantikan Tuhan.
Akan tetapi, kelahiran manusia dipengaruhi oleh banyak faktor, yang menjelaskan kepada kita
tentang keperluan agama kepada manusia contohnya: persekitaran yang rosak, dan cara asuhan
yang salah, kepentingan material, kecenderungan hawa nafsu, dan peranan syaitan dan
pendokongnya yang wujud. Kesan-kesan ini memainkan peranan penting dalam penyelewengan
manusia. Dari sini, manusia perlu kepada : perhatian, dan kepada peringatan. Dan daripada ayat-
ayat al-Quran yang memberi perhatian, dan peringatan, dan pengkhususan dan persoalan-persoalan

15
pengetahuan manusia melalui deria, dan akal yang terdedah kepada kesilapan, dan tajuk
pengetahuan-kewujudan Allah- yang terbatas pada sesuatu, atau dibatasi oleh gambaran, bahkan
kejelasan yang zahir, yang jelas, dekat yang boleh menjadi punca dalam bayang-bayang dan
kekeliruaan.

terjemahan m/s 49 – 52 Nur’ Ain binti Rasul (A146638)

Abu Hamad Al-Ghazali memberikan contoh kepada kita:

Sesungguhnya kelawar itu melihat pada waktu malam, dan tidak melihat pada siang hari. Malahan
tidak juga kita melihat kelawar itu sendiri pada waktu siang. Kelawar mempunyai masalah
penglihatan yang sangat lemah dan teruk sekiranya ada cahaya matahari. Jadi kekuatan sinaran
matahari yang wujud menjadikan kelawar itu lemah dan tidak mampu bertahan dan melihat.
Begitu jugalah minda kita yang lemah, dan keindahan Illahi yang akan berakhir satu hari nanti pada
hari tertentu dan menimbulkan kesedaran terhadap diri kita. Dan tibalah masa untuk tidur dengan
lena dan sempurna di akhir nanti. Maka tidak lagi kita lihat cahaya yang terang daripada
pandangan yang nyata.

Ulama’ memisahkan pandangan permasalahan ini kepada dua bahagian yang mana ia menunjukkan
ianya tidak perlu sekiranya ia dapat difikirkan oleh orang yang berakal bahawa tidak ada beza
antara keduanya. Di sini kita lihat beberapa daripada keterangan yang menerangkan akan
kewujudan Allah dan dapat diterima oleh pembaca, Ataupun menganggapnya sebagai bukti
mahupun alasan mengenai dua pembahagian ini.

Yang Pertama: Dalil Tradisional ( baharu ):


Ia merupakan dalil yang banyak terdapat di dalam buku-buku ulama’ akidah. Ia berdasarkan
kepada sesungguhnya alam ini baru, dan setiap yang baru itu hendaklah tidak boleh lari daripada
ada yang menciptanya. Begitu juga dengan alam yang baru ini ada penciptanya iaitu Allah.

Dan yang dimaksudkan dengan alam :


Setiap sesuatu yang selain daripada Allah iaitu yang terdiri daripada jisim dan jirim (sifat) yang
ada pada jisim dan kesemua ini memerlukan kepada tempat. Penjelasannya boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu :

i. Memerlukan ruang atau tempat :


Gabungan diantara molekul kecil ( jirim ) bila bercampur akan membentuk : jisim.
Selain daripada molekul-molekul kecil yang terjadi dengan mudah dan tidak memerlukan tempat,
bahgaian dan dinamakan jisim atau atom.

ii. Wujudnya sesuatu itu dengan sendirinya tanpa perlu kepada tempat.
Apa yang diperlukan untuk mewujudkannya adalah daripada tubuh badan itu sendiri yang
dinamakan fizikal. Iaitu warna, suara, pergerakan dan senyap tidak berbuat apa-apa..
Tidak berhajat kepada ruang ataupun daya untuk menghasilkan sesuatu iaitu Allah.

Apa yang dikatakan dengan perkataan ( baharu ) :

16
Wujud setelah tiada. Ia memaparkan sifat objek. Germs individu terhadap apa yang dilakukan.
Kita lihat pergerakan kita selepas tidur tanpa berbuat apa-apa, dan bangun dari tidur melakukan
pergerakan. Perkara yang sama akan berlaku secara berulang-ulang dalam keadaan kita bangun dari
tidur itu. Ini membuktikan Jisim tidak sunyi daripada melakukan pergerakan.

Begitu juga jisim yang melalui kejadian yang sama kerana setiap tubuh badan daripada objek tidak
akan sunyi ( berhenti ) daripada melalui pergerakan ini. Seperti pergerakan ataupun senyap dengan
tidak melakukan apa-apa. Apa pun yang ia tidaklah berhenti daripada mempunyai pergerakannya.

Jadi alam ini adalah semuanya baharu. Dan apa yang ada padanya juga adalah baharu. Wujudnya
setelah tiada yang memerlukan kepada pencipta daripada ketiadaannya kerana mustahil daripada
akal kita sesuatu yang baru ini tanpa penciptanya dan begitu juga sesuatu perbuatan tidak ada
pembuatnya dan ini adalah jelas bersalahan. Dan ia tidak memerlukan kepada dalil. Kita dapat
mengetahuinya dengan kanak-kanak yang berubah menjadi dewasa. Apa yang wujud daripda tiada
adalah tercipta adalah dari Allah yang berkuasa yang menciptanya. Khususnya tidak memanggil
( memerlukan ) kepada yang lain.

Tiada dalam sejarah yang mana mengaku dia mencipta alam ini dan ia wujud setelah tiada. Tiada
juga yang mengaku dia mengadakan dirinya sendiri. Sehingga ada yang mendakwa dan tidak
mengakui ketuhannya serta dakwaan mengatakan rasul itu adalah utusan mereka. Dakwaan ini
ternyata salah dan berbalik kepada orang yang mendakwa itu sendiri.

Kaum Arab Badwi bertanya mengenai dalil kewujudan Allah: Jawabnya: ianya seperti melihat
adanya tahi unta bermakna adalah unta dan adanya tahi keldai menunjukkan adanya keldai, kesan
tapak kaki atas jalan menunjukkan ada orang yang berjalan, lihat pada langit, ada yang
menongkatnya. ( menahannya ) begitu juga dengan gunung-ganang dan bumi bersama lembahnya
ternyata wujudnya pencipta. Ini adalah apa yang dikatakan oleh pakar-pakar yang berilmu.

Kita boleh lihat dalil-dalil kejadian yang baharu ini dengan pelbagai cara lain lagi dengan
menggunakan pandangan mata kita sendiri. Seperti yang asalnya tiada dan seterusnya ada. Melihat
kepada dalil kejadian: daripada perkataan: pencipta dengan apa yang dicipta. Dapat difikirkan
kewujudannya tiada kepada tambahan pihak yang lain. Dan kewujudan ini semua adalah baharu.
Tidak ada keraguan lagi dan kita mampu melihatnya dengan pandangan mata kasar kita sendiri
dengan melihat kepada alam ini baharu dan kewujudan yang ada ini adalah penciptanya Allah yang
maha besar dan suci.

Dalil Al-Quran yang menerangkan perkara ini :

“ Katakanlah “Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikan bagaimana ( ALLAH ) mula mencipta
makhluk kemudian Allah jadikan kejadian yang akhir .. (Surah Al-Ankabut :2)

“ Kamu akan dikembalikan kepadanya sebagaimana kamu diciptakan semula.(Surah Al-‘Araf :29 )

“ Kami telah melalui ciptaan yang pertama. (SurahAl-


Anbiya:104)

17
“ Dan demikianlah kami memperlihatkan kepada Ibrahim kekuasaan di langit dan bumi dan di
termasuk dalam golongan orang yang yakin.. ( Surah Al-An’am : 75 )

“ Ketika malam telah menjadi gelap, dia ( Ibrahim ) melihat sebuah bintang lalu berkata, “ inilah
Tuhanku. Maka ketika bintang itu terbenam, Aku tidak suka pada yang terbenam.( Surah Al-An’am
: 76 )

“ Lalu ketika dia melihat bulan,dia berkata, inilah Tuhanku..Tetapi ketika bulan iu terbenam,
sesungguhnya jika Tuhan tidak memberi petujuk kepadaku pastilah aku termasuk dalam golongan
orang yang sesat.. ( Surah Al-An’am : 77 )

“ Kemudian ketika dia melihat matahari, die berkata inilah Tuhanku, ini lebih besar , tetapi ketika
matahari dia berkata “Wahai kaumku Sungguh aku lepas diri dari apa yang kamu sekutukan….
( Surah Al-An’am : 78 )

“ Aku hadapkan wajahku kepada ( ALLAH ) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh
kepasrahan ( mengikuti ) agama yang benar, dan aku bukan lah termasuk dengan golongan yang
musyrik…. ( Surah Al-An’am: 79 )

terjemahan m/s 53-56 Luqman Hakim bin Hamdan & Ahmad Sodiqin bin Zulfikri

Kedua: Dalil Al-Imkan


Maka ianya disebut oleh sebahagian ahli falasafah Islam.

Dalil ini berpaksikan atas dua mukadimah:


Pertama : Bahawa sesungguhnya alam ini ialah mumkin, (harus/mungkin boleh jadi ada, mungkin
boleh jadi tiada).

Kedua : Bahawa setiap yang mumkin (alam ini) ini memerlukan kepadanya sesuatu sebab yang
meyakinkan/menyokong sesuatu itu wujud

Natijah (keputusan) bagi Kedua-dua Mukadimah : Alam ini memerlukan/berhajat untuk


mewujudkannya perlu kepada sebab, yang memberi sesuatu itu wujud, dan yang memberinya
wujud ialah Allah Tuhan Semesta Alam (pencipta).

Adapun penjelasan Mukadimah pertama ialah: Bahawa setiap Kai’n (makhluk yang wujud)
daripada Kai’nat (makhluk-makhluk wujud) berhak menerima zat bagi dirinya untuk wujud dan
tiada, dan tidak ada salah satu daripada keduanya lebih utama zatnya daripada yang lain, dan tidak
ada seperti demikian melainkan mumkin, kerana definisi mumkin: sesuatu yang sama tarafnya
ianya daripada wujud dan tiada.

18
Adapun Mukadimah Kedua ialah: Maka ianya jelas: kerana kewujudan ke atas ketiadaan itu
memerlukan kepada sebab dan pelaku yang melaksanakannya, dan kalaulah tidak seperti itu,
nescaya kewujudan itu tanpa kuasa pencipta, dan ini adalah mustahil bagi akal.

Sebab ini samada: berlaku pada diri makhluk-makhluk yang hidup , atau sebahagian daripadanya,
ataupun sesuatu perkara/kuasa yang luar daripadanya. Mustahil bahawa suatu perkara yang terjadi
adalah atas sebab diri Mumkinat (makhluk-makhluk yang hidup), dan sekiranya tidak begitu,
nescaya sesuatu akan mendahului ke atas dirinya: kerana yang mendahului ke atas dirinya itu
dikenali sebagai sebab, dan yang terkemudiannya tentang dirinya itu dikenali sebagai musabab,
iaitu bahawa lazim baginya untuk berlaku, dan ini adalah mustahil.

Dan mustahil, sebab sebahagian daripada Mumkinat itu, iaitu yang menjadikan kewujudannya atas
ketiadaannya: kerana demikian itu yang melazimkan sesuatu itu memerlukan kepada suatu
sebab/alasan bagi dirinya. Sekiranya sebahagian (mumkin) ini terjadi, maka ianya menjadi perkara
pertama bagi Mumkinat, dan menjadi alasan bagi dirinya bila mana ia hilang, apabila
juzu’(bahagian) pertama itu tiada.

Maka sewajarnya sebab itu datang daripada kuasa/perintah yang bukan daripada mumkin
(makhluk), dan ianya adalah wajib, kerana mustahil tidak patut dijadikan pelaku (pencipta) itu.
Kerana ia sendiri pun tidak wujud, maka bagaimana ia memberi yang lainnya (wujud) !!

Ketiga: Dalil Penciptaan

Dan dikenali juga sebagai dalil ibda’, dalil ikhtira’(cipta), dan dalil fitr (fitrah/semula jadi). Dan
sesungguhnya telah terdapat perkataan/lafaz (khalki) dalam Al-Quran nul Karim (336) kali.
Al-Quran membincangkan tentang penciptaan langit, bumi, malam, siang, matahari, bulan, manusia
dan selain daripada itu.

Dan dalil penciptaan ini berpaksikan atas dua mukadimah(perkara):

Mukadimah pertama: adapun mawjudat (makhluk-makhluk yang hidup) ini diciptakan : maka
sesungguhnya zat-zat mereka ini kita tidak menjadikan ianya wujud, tetapi ia telah wujud, dan
setiap daripada mereka terdapat padanya sesuatu yang tidak boleh terjadi sebelum kewujudannya,
dan ia seperti alam haiwan, alam tumbuhan, dan unsur-unsur sekalian alam, para ulama’ telah
berselisih pendapat dalam penetapan umur-umurnya, maka telah bersetuju dengan sesungguhnya
tidak ada yang menjadikan mewujudkan, tetapi ianya telah wujud.

Dan hukum kedua bagi kepanasan dinamika (hukum mengawal tempoh) atau (melihat
perubahan) telah disebut yang mana permulaan alam ini, ianya adalah makhluk.

Sebagaimana telah hilangnya sesuatu - sebagaimana yang kita lihat – menunjukkan ia


adalah makhluk : sekiranya benda azali ini tidak hilang, dan samalah dengan benda-benda yang
lain iaitu daripada Mumkinat yang wujud, maka didapati akan menemui kehancuran juga, maka
ianya adalah makhluk.

Dikatakan oleh (John Clifland chusran) Ketua Jabatan Sains Semula jadi di Universiti ,
Wales : dibuktikan kita dalam kimia, sebahagian material akan lebur atau hancur, akan tetapi

19
sebahagiannya seperti mudah untuk hilang dengan cepat, dan yang lain hilang secara lambat, oleh
demikian, maka sesungguhnya benda itu bukanlah abadi, dan makna demikian juga bukanlah
azali : tetapi ini kerana ada padanya permulaan, pemerhatian dalam kimia dan selainnya daripada
sains telah menunjukkan kita bahawa permulaan material itu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu
cepat, bahkan ada juga didapati dalam bentuk secara tiba-tiba, dan sains mampu mengehadkan
pada kita, wakti yang berlaku padanya dan ia adalah material, berdasarkan yang demikian, maka
sesungguhnya alam yang tidak kekal ini, mestilah ia dicipta, dan ia mengambil tempoh dan
memakan masa bertahun-tahun dalam proses penciptaannya, bukanlah unsur-unsur ini yang
menentukan padanya tempat.

Dan ada pernyataan mengatakan bahawa ( material ini tidak binasa, dan bukan baharu )
dan menjadikan hujah terhadapnya itu bahawa sesungguhnya (ada seseorang) yang mencampurkan
sesuatu seperti ada sesuatu yang meletakkan bahan pengawet sebelum dibakar – sebagaimana
terbukti kejadian itu – bahawa tidak menerima perubahan dan tetap sama, maka sesungguhnya
bukti ini menjadi dalil/isu yang pertama sahaja daripada dakwaan mengatakan : ( material tidak
binasa) sebagai tambahan ianya menjadi dalil kepada dakwaan umum dengan yang khusus.

Adapun dakwaan /syak kedua iaitu ( material bukan baharu ) maka di mana dalil mereka ke
atasnya? Dan adakah kajian mampu menjelaskan perkara itu?

Tambahan itu, bahawa hukum ini – menganggap betul/sahih/jelas ke atasnya – dengan


melihat khusunya daripada manusia, yang mana kekuasaan manusia tidak mampu membinasakan
sesuatu itu sekarang, dan tidak boleh membicarakanya, dan mereka menceritakan di sini tentang
kekuasan Allah Azza wa Jalla, dan dibandingkan keduanya dengan kudrat/kekuasaan hambanya,
dan kekuasan Allah dalam ketinggiannya .
terjemahan m/s 56-57 Muhammad bin Sua’ibunaha A144981

Mukaddimah Kedua: Iaitu setiap makhluk ada pencipta, keterangan ini jelas (tidak boleh disangkal/
ditentang), ia tidak perlu kepada bukti, bahkan ia berpusat dalam fitrah semula jadi manusia.

Sesungguhnya apabila berlaku sesuatu peristiwa (perkara/ kejadian) yang tidak dapt dilihat
atau didapati pembuatnya dikatakan: Sesungguhnya pembuatnya itu adalah tidak diketahui, tidak
ada pun orang yang begitu iaitu benda ini tidak ada pempuatnya. Maka bagaimana orang yang
berakal hendak memutuskan/ memisahkan hubungan antara alam dengan tuhan?.

Sesungguhnya kita/kami ini merupakan sesuatu yang tidak ada, tetapi sekarang kita/kami ada,
maka siapa yang menjadikan kita? (Allah berfirman: Kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-
main dalam kesesatannya.)

Dan kita berhenti seketika di samping mengkaji (perkembangan/ peningkatan) bagi teori Darwin
terhadap pandangan/ kajian di mana pandangannya dipelajari oleh pelajar-pelajar universiti,
sekolah-sekolah menengah (Bahagian Sains) dibawah Kementerian Pendidikan dan Pelajaran serta
Maahad Al-Azhar, para pelajarnya mempelajari teori ini (wajib mempelajarinya) bagi
menggantikan subjek (kehidupan) dan ia dicetak daripada kitab-kitab untuk dijadikan sukatan yang
mengandungi ribuan naskhah pada setiap tahun.

20
Teori ini (Darwin) menyalahi/ bertentangan dengan Islam yang mana Islam mengatakan kejadian/
penciptaan itu disertai/ diiringi dengan adanya permulaannya (pencipta), wujudnya pencipta, yang
maha mengetahui, yang maha berkehendak dan yang maha berkuasa. Tiba-tiba pemilik kepada
teori ini (Darwin) ini mengatakan bahawa jenis (benda yang tidak bernyawa), jenis (yang
bernyawa), manusia dan haiwan sesungguhnya berkembang sebahagian dengan sebahagian yang
lain dengan cara perkembangan daripada lemah kepada kuat, daripada peringkat kepada peringkat
yang lain dan dengan sistem pemilihan semula jadi dan kekal (pengekalan) yang berterusan dan
daripada pewarisan sehingga berlakulah perkembangan daripada seekor monyet kepada manusia
bersama wujudnya keturunan yang hilang antara monyet dengan manusia. Dan mereka melihat
bahawa yang zahir daripada kehidupan itu berkembang pada satu perkara daripada permulaan
dengan jalan sambung-menyambung.

Maka kita cepat-cepat mengatakan (bersegera): Sesungguhnya ini bukanlah suatu kajian,
bahkan ia suatu ketetapan yang tidak disabit dengan kesahihan. Maka orang yang membuat
ketetapan ini (Darwin) tidak mampu memberi hujah yang sahih dan begitu juga pengikut-
pengikutnya (juga tidak memberi hujah serta dalil yang sahih/ teguh).

Sebagaimana teori ini (Darwin), ia bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh ilmu anatomi dan
ilmu biologi (kajian DNA seseorang) di samping ilmu penyaksian perkologi dan natijah-natijah
ilmu geologi. Sesungguhnya sistem perangkaan (pengiraan jumlah manusia)- setiap kiraan jenis-
sistem perangkaan ini disokong dengan bukti-bukti kehidupan. Dan ilmu itu juga disokong/
disepakati dengan hakikat bahawa semua jenis, sesungguhnya berkisar daripada dua pasangan yang
asal.

Lubang-lubang/kecacatan/kesilapan (teori Darwin) diperlihatkan dengan begitu jelas dan


ia tidak boleh ditutup bagi teorinya iaitu perkembangan yang berperingkat-peringkat. Dan ilmu itu
(ilmu-ilmu yang disebut sebelum ini) mengatakan manusia tidak menggunakan otaknya melainkan
sebahagian yang kecil, dan perkara yang dikritik secara terus bagi teori Darwin yang mengatakan
manusia berkembang daripada satu peringkat kepada satu peringkat yang lain kerana teori
peningkatan ini (Darwin) tidak menggunakan kesemua otaknya sehingga menenggelamkan
manfaat otak. Namun semua agama mengatakan bahawa manusia bermula dengan sempurna dan
manusia menggunakan kesemua otaknya:

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). 5. kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau
menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-
orang Yang rendah. (Surah at-Tiin)

Perhatikanlah seperti mana ayat al-Quran di atas pada perkara yang mana orang-orang purbakala
Mesir dahulu bersenang-senang dalam pengetahuan dan pada pembinaan bangunan-bangunan
mereka yang menakjubkan, ini semua menjadi bukti/dalil atas kemampuan mereka dalam bidang
ilmu pengetahuan. Berdiri ahli sains hari ini menyaksikan tulisan itu dengan penuh rasa kagum dan
ingin mencuba dengan rasa rendah diri (ingin tahu) untuk merungkai rahsia ini. Namun, segala
kesempurnaan yang terdahulu (kebolehan manusia membina) sesungguhnya telah manusia itu
sendiri hilangkan/hapuskan dengan kederhakaannya (melakukan maksiat). Dan perkara yang
mengikuti daripada kemampuan dan otak/pemikiran (idea).

21
terjemahan m/s 58- 59 Muhammad Zahid bin Ali Siddik (A144844)

Telah menyatakan (Austin Clarke) seorang yang arif tentang ilmu Biologi, sesungguhnya tiada satu
tanda pun yang membawa ke atas kepercayaan dengan mengatakan manusia daripada peringkat-
peringkat haiwan yang utama yang turun daripada selainnya. Sesungguhnya setiap peringkat
padanya kewujudannya yang tersendiri, akibat daripada proses penciptaan yang khusus dan
tersendiri. Maka telah muncul manusia di atas bumi ini secara tiba-tiba, dan dalam bentuk yang kita
lihatnya pada masa kini.

Kemudian datang zaman revolusi yang terkenal (Count de Nawa) untuk mengenali tentang:
setiap kumpulan, setiap kumpulan seolah-olah datang kepada kewujudan secara tiba-tiba.
Sesungguhnya kita tidak menemui mana-mana bentuk perantaraan, dan ianya mustahil untuk
mengaitkan mana-mana kumpulan yang baru dengan kumpulan yang lebih lama.

Ini sepertimana yang dikatakan oleh pakar-pakar dalam bidang ini mengenainya, dan kita
menjumpai kepada pemilik-pemilik (perubahan dan kemajuan) permasalahan ini, dan mereka tidak
menemui padanya jawapan:
Bagaimana kalian menerangkan keadaan ini berdasarkan kemajuan yang mundur yang dapat
disempurnakan daripada kesukaran kepada yang mudah, di mana berlawanan dengan apa yang
kalian dakwakan tentang kemajuan bergerak dari yang mudah kepada yang sukar?

Bagaimana kalian menerangkan tentang kemajuan yang tidak lengkap dengan sangat pantas dalam
jenis dan bentuk-bentuk yang berbeza, bahkan di dalam jenis yang sama juga?

Bagaimana kalian menerangkan kewujudan yang masih ada(monyet) dan kepupusan haiwan yang
menjadi perantara diantaranya dengan manusia? Bukankah pendapat pemilihan yang semula jadi,
dan yang kekal untuk lebih baik, yang memerlukan kepupusan monyet, dan haiwan perantaraan
yang kekal, dan terjadi selainnya?

Bagaimana kalian menerangkan perkara-perkara ini yang kalian dapati telah wajud keadaan yang
sukar pada permulaannya, dan kecuali telah diubah tabiatnya, seperti susu sebagai contoh?

Bagaimana kalian menerangkan wujud keupayaan yang berjaya pada sebahagian makhluk-makhluk
yang tiada contohnya pada manusia? Seperti kemampuan burung untuk terbang, dan kemampuan
katak yang hidup di darat dan di dalam air, dan kemampuan unta dan keldai untuk melihat dalam
gelap. Adakah ini merupakan jenis-jenis yang lebih baik daripada manusia?

Maka telah dinyatakan oleh Eropah tentang kesalahan teori ini selepas memainkan
peranannya yang biasa baginya. Dan ianya merupakan penerangan perselisihan yang jelas antara
sains semula jadi, yang memerlukan kepada kemajuan peradaban di Eropah, dan antara agama
yang diterangkan oleh gereja tentangnya kepada manusia selama berkurun, dari segi penganiyaan
ulama, dan menghukum bunuh ke atas mereka dan penjara serta penyeksaan, dan dihukum buku-
buku mereka dengan penghapusan dan dibakar.

Kemudian mereka telah menggunakan negara-negara yang di bawah jajahan mereka dengan teori
ini dalam menghancurkan agama-agama mereka yang diajajah dengan menunjukkannya

22
bertopengkan ilmu saintifik, sehingga penuntut-penuntut ilmu tertipu akan nya. Kemudian
dibicarakan kesan-kesannya dalam persoalan-persoalan dalam agama.

Dan telah pendidikan (yang wajib) ini di wilayah-wilayah Amerika Syarikat pada tahun 1935
Masihi selepas terbukti ianya ilmu yang palsu, dan telah mengeluarkan (oleh gereja) di Israel
sebuah ketetapan dengan mengharamkan pembelajarannya: (kerana ianya bertentangan dengan
akidah yang sebenar seperti mana yang telah diturunkan dalam Taurat) seperti yang telah mereka
sebutkan, dan ianya tersebar di dalam surat khabar Al-Ahram Al-Qahiriyyah.

Dan bersama dengan itu, bahawasanya pemimpin-pemimpin di Mesir menyekat ke atas


pembelajaran kepada pemuda-pemuda pada zaman ini yang disebut sebagai usia kerisauan, dan
kekeliruan, dan pencarian kepada kebenaran kewujudan ini yang mana bertentangan ke atas agama
yang benar di universiti-universiti, dan yang menjadi subjek untuk berjaya atau gagal di sekolah-
sekolah. Sesungguhnya ini merupakan sesuatu yang menakjubkan/pelik!

terjemahan m/s 60- 64 Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin (A144955)

Contoh- contoh gambaran dari Al-Quran tentang bukti-bukti penciptaan

1) PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI

Firman Allah S.W.T : Katakanlah,” Pantaskah ( layakkah ) kamu ingkar kepada Tuhan yang
menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi Nya? Itulah tuhan
seluruh alam “ (9) Dan Dia (Allah) ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan
kemudian Dia berkatinya, dan dia tentukan makanan-makanan bagi penghuninya dalam empat
masa, memadai untuk (memenuhi keperluan ) bagi mereka yang memerlukannya.(10) Kemudian
Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya (langit) dan
kepada bumi. “ Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa”.
Kedua-duanya menjawab “ Kami datang dengan patuh”.(11) Lalu diciptakan-Nya tujuh langit
dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit
yang dekat dengan bumi, Kami hiasi dengan bintang-bintang , dan Kami ciptakan itu untuk
memelihara. Demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.(12) (Surah
Fusilat: 9-12 )

Dalam hadis diriwayatkan sebanyak 42 tempat tentang penciptaan langit dan bumi daripada Al-
Quran Al Karim-.
Dan tempat- tempat ini, mempunyai banyak penerangannya, antaranya ialah, Allah Taala
menciptakan bumi dalam masa dua hari, kemudian menetapkan rezeki padanya, kemudian
menentukan kekuatannya pada dua hari berikutnya, dan kemudian menyiapkan langit pada dua
hari seterusnya, oleh yang demikian, Allah menciptakan langit dan bumi dalam tempoh enam hari,
seperti mana gambaran dalam Al-Quran Al-Karim pada kebanyakan surah,, iaitu sesungguhnya
langit dan bumi adalah satu benda yang bersambung pada asalnya, yang diciptakan oleh Allah
daripada air, Firman Allah S.W.T : Dan apakah Orang- Orang Kafir tidak mengetahui bahawa
langit dan bumi kedua- duanya dahulu bersatu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya,
dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak
beriman?.(30) Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung ganang yang kukuh agar ia tidak

23
goncang bersama mereka , dan Kami jadikan pula di sana jalan-jalan yang luas ,agar mereka
mendapat petunjuk.(31) Dan Kami menjadikan langit sebagai atap yang terpelihara, namun
mereka tetap berpaling dari tanda-tanda (kebesaran Allah) itu (matahari, bulan, angin, awan dan
lain-lain) (Surah Al-Anbiya’ :30-32)

Baidawi berkata : Sesungguhnya setiap perkara mulanya adalah satu, dan hakikatnya adalah
terbatas, maka Allah membataskan kedua-duanya dengan bermacam-macam-macam dan berbeza-
beza.

Dalam Hadis As-Sharif juga ada menyebut: (“ Sesungguhnya tiada sesuatu yang ada selain
daripada Allah ,dan sesungguhnya Arasyh-Nya di atas air, dan semua perkara tersebut ditulis
dalam Al-Quran, dan Dialah yang mencipta langit dan bumi” ).

Dan diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas: “ Sesungguhnya arash Allah terletak di
atas air, dan Dia tidak menciptakan sesuatu sebelum mencipta air, Maka Allah mampu mencipta
segala apa yang dikehendaki-Nya, kemudian Allah mengeluarkan asap dari air, kemudian Dia
meninggikan sesuatu di atas air. Maka ia dinamakan langit. Kemudian Dia mengeringkan air, lalu
dijadikan bumi, oleh yang demikian , air adalah asal bagi semua kehidupan.”
Dan Al-Quran ada menerangkan bilangan langit iaitu sebanyak tujuh lapis , Firman Allah
S.W.T:
● Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. (Al-Isra’:44)
● Dan sungguh Kami telah menciptakan tujuh (lapis) langit di atas kamu, dan Kami tidaklah lalai
terhadap ciptaan Kami. (Al-Mu’minun:17)
● Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis . Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak
seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih. ( Al-Mulk:3)
● Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis?
(15) Dan di sana Dia menciptakan bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita
yang terang benderang(16) . ( Nuh :15&16)

Dan bilangan bumi disebutkan di dalam Al- Quran Al- Karim bersama-sama langit
sebanyak 461 kali kecuali hanya ada satu ayat yang menunjukkan kepada bilangan bumi itu sendiri
iaitu: ( Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah
Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya
kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa
Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu (12).) (At-Tholaq:12)

######################

2) PENCIPTAAN MANUSIA

Dalam hadis ada meriwayatkan tentang penciptaan manusia di dalam Al-Quran sebanyak
42 tempat. Antaranya ialah berkaitan dengan penciptaan manusia pertama iaitu Sayidina Adam
Alaihi Salam dan daripadanya (Adam) diciptakan pula isterinya Hawa, dan kemudian diceritakan
( menyentuh) tentang penciptaan keturunan mereka ( anak-anak Adam dan Hawa).

Seterusnya, apa-apa yang berkaitan dengan penciptaan manusia pertama (Adam) ada diterangkan
di dalam Al-Quran, dan Al-Quran turut menerangkan tentang peringkat penciptaan Adam : Hal ini

24
bagi menunjukkan kewujudan pencipta, dan bukti-bukti ilmunya, dan kehendaknya serta
kekuatannya (pencipta) (Allah).

Di dalam Al-Quran turut menerangkan tentang asal penciptaan Adam, dan bagaimana ia bertukar
dari satu keadaan kepada satu keadaan, sehinggalah ia menjadi manusia yang sempurna dan soleh
untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Dan asal Adam ialah dari tanah seperti Firman Allah S.W.T : (Sesungguhnya
perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah
telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka
menjadilah ia.) (Ali- Imran : 59)

Dan kemudian (air) ,Firman Allah:.( Dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari
air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persenyawaan); dan
sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Al-Furqan : 54)
Dan daripada tanah dan air jadilah ( tanah liat) Firman Allah Taala : (.Ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia yakni Adam dari tanah”). ( Shood : 71) dan ia ialah tanah liat (melekat) iaitu sebati.
Melekit dengan tangan. Allah berfirman: (Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah
liat yang senang diubah dan diciptakan semula). ( As Shaafat : 11) Dan kemudian dipilih
daripadanya sebatian yang terpilih. Allah berfirman : ( Dan Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah) ( Al-Mu’minun:12)

Dan kemudian, sebatian ini bertukar hitam dan berubah, maka jadilah ia (tanah yang
berubah warna dan bau). Seperti mana Firman Allah : (Dan Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang
berubah warna dan baunya). ( Al- hijr : 26) Iaitu daripada tanah liat yang berkerak, tanah liat iaitu
yang tetap, seolah-olah ia dari sebatian yang padat, dan ia seperti tembikar. Allah berfirman: (Ia
(Allah) menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar) ( Ar
Rahman : 14)

Selepas itu, Allah menyempurnakan ciptaanya (Adam) dan meniupkan roh padanya, Allah
berfirman : (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya
Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah”(71) “ kemudian apabila Aku sempurnakan
kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud
kepadanya”. (72) (Shaad: 71 & 72).

Dan kemudian, Al-Quran ada menceritakan dengan rigkas perkara yang berkaitan dengan
penciptaan isteri Adam iaitu (Hawa). Allah berfirman : ( Wahai sekalian manusia! bertaqwalah
kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.) (An Nisa’: 1) Dan Allah
juga berfirman : ( Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu,
dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati
dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain.".) ( Al- A’raf: 189)

25
Di dalam hadis Nabawi ada menerangkan bahawa Allah menciptakan Hawa dari tulang
rusuk Adam Alaihi Salam. Dan kemudian, Al-Quran juga menceritakan tentang penciptaan
keturunan Adam, dan ini merupakan kisah yang panjang, terdapat banyak perbahasan
mengenainya, dan pada setiap perbahasan ini menunjukkan kepada kewujudan pencipta yang
Agung, dan cara gambaran ini adalah benar- benar tepat dengan kecantikan yang mempersonakan
pandangan dan keajaiban-keajaiban saintifik .

Antara tempat-tempat ini ialah Firman Allah Taala: (Dan Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah(12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu
(setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh( 13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi
sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan
daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat
keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(14) ( Surah Al-
Mu’minun: 12-14)

Dan jika dapat kita fahami sesungguhnya yang dimaksudkan dengan manusia dalam ayat yang
mulia ini ialah manusia yang pertama iaitu Sayidina Adam Alaihi Salam. Ini kerana beliau
diciptakan daripada pati daripada tanah seperti mana yang diterangkan dalam ayat yang mulia di
atas.
Dan jika yang dimaksudkan dengan manusia ini secara umumnya ialah Adam dan
keturunannya, maka sesungguhnya ia bertepatan dengan ilmu moden masa kini iaitu tubuh badan
manusia mengandungi unsur-unsur yang terdiri daripada tanah ( iaitu terdiri daripada karbon,
oksigen, hidrogen, fosforus, sulfur, nitrogen, kalsium, potassium, sodium, klorin, magnesium, besi,
mangan , tembaga, iodin, flourin, kobalt, zink, silikon, dan aluminium.) Dan semua unsur- unsur
ini merupakan bahan-bahan yang berasal dari tanah, dan asal – usulnya mustahil berbeza dengan
manusia yang lain, maka di setiap manusia itu asalnya adalah tanah kerana ia dari jenis yang satu.

Dan kemudian daripada unsur-unsur ini mengalami pula tumbesaran, antaranya ialah
nutfah iaitu perumpamaan antara air mani lelaki dan ovum perempuan. Sesungguhnya ini adalah
sel yang satu, menunjukkan bukti kewujudan pencipta yang mulia lagi agung, dan adakah wujud
selainya (Allah) yang menjadikan sifat di dalam rahim ibu dengan ketetapan yang kukuh?

Kemudian bermulalah sel yang satu ini bertambah dan menjadi banyak, yang padanya ada
daging, kulit, otot, tulang halus, darah, dan organ yang berbeza-beza yang pelbagai dalam badan
manusia. Dan yang ajaibnya, sel-sel yang satu ini menjadi sifat yang diwarisi sama ada dari segi
jasmani atau akal fikiran atau dalaman.

( (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan, dari apa ia
diciptakan.(5) Ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) (6) Yang keluar
dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.(7) (At Thariq : 5-7) . (Bukankah Kami
telah menciptakan kamu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang? (20) Lalu Kami jadikan
air (benih) itu pada tempat penetapan Yang kukuh(21) Hingga ke suatu masa Yang termaklum?
(22) Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik Yang berkuasa menentukan
dan melakukan (Tiap-tiap sesuatu)! (23) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang
mendustakan (kekuasaan kami)! (24) ) (Al Mursalat : 20- 24)

26
Dan lihatlah pada janin( bayi dalam kandungan) : Bagaimanakah ia makan dalam perut
ibunya, dan bagaimana ia bernafas, dan bagaimana pula tali yang bersambung dengan perut ibunya
membawa makanan padanya?, dan sesungguhnya ada yang mengatur kejadiannya bagi
memastikan ia (makanan) keluar dari tempatnya tanpa menyebabkan makanan menjadi masam
(basi) ,atau mengurangkan kadar makanan apa yang diperlukan padanya untuk diambil. Jika kita
fikirkan perkara yang demikian, maka tiada yang boleh melakukanya kecuali bagi yang
mempunyai pengetahuan dan kekuatan untuk mencipta, dan inilah kurnian dari yang Maha
Pencipta.

terjemahan m/s 65-69 Mohd Izzul Azmil bin Rusmin A144888

Cuba anda perhatikan bagaimana Allah menghidupkan janin dengan dibekalkan udara yang
bersesuaian/seimbang, dan meletakkan tempat yang baik lalu Allah telah meliputi janin itu dengan
tiga situasi iaitu tidak merasai kesan kepanasan diluar. Dan air tidak dapat menembusinya begitu
juga cahaya. Dan tidak akan disakiti/diganggu oleh bau (menghidu sesuatu bau-bauan) yang ada
dalam perut ibu.

Dia menjadikan kamu dalam perut-perut ibu-ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga
kegelapan.Yang(berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki kerajaan.
Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu dapat dipalingkan? (surah az-Zumar ayat 6)

Baginda Rasulullah menjelaskan kepada kita makna firman Allah: "kejadian demi kejadian"
Sebagaimana sabdaan baginda yang diriwayatkan oleh bukhari muslim: " sesungguhnya setiap dari
kamu dihimpun kejadiannya dalam perut ibu kamu selama 40 hari nutfah ( sebagai air mani),
kemudian terbentuknya alakah (segumpal darah), kemudian terbentuknya mudghah (membentuk
daging) selama 40 hari, kemudian disampaikan kepadanya seorang malaikat, lalu ditiupkan roh
padanya, dan ditetapkan 4 pekara iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsaranya dan
bahagianya.

Ibu mula merasai gerakan janin selepas 120 hari yakni selepas dari ditiupkan roh pada janin.Roh
yang ditiupkan pada hari ke-120 berada dalam perut ibu, roh ini iaitu roh yang diambilkira
diatasnya pentaklifan (bebanan) dan hisab selepas baligh nanti. Iaitu membezakan berlaku
perbezaan daripada kehidupan awal yang mana kewujudan itu wujud kekosongan. (peringkat
sebelum baligh itu seolah-olah tiada apa-apa melainkan selepas baligh baru ada pentaklifan
padanya).

Berlalulah hari-hari perempuan itu dalam kandungan sehingga lahir/tiba satu detik kelahiran
(dimana bayi itu akan keluar) akan tetapi bagaimanakah janin itu akan keluar daripada tempat yang
sempit selepas jasadnya membesar (tulang belulangnya menjadi besar) dan sel-selnya membesar?

Sesungguhnya Allah S.W.T lah yang menjadi sebab-sebab demikian itu. Dimudahkan rahim itu
jalan yang sedia ada untuk mengeluarkan janin keluar. Celakalah manusia! Alangkah kufurnya
dia!Dari apakah Dia(Allah) menciptakannya? Dari setitis mani, Dia menciptakannya lalu
menentukannya. Kemudian Dia jalannya dia mudahkan. (Surah Abasa ayat 17-20)

27
Keempat: Dalil Tashir (kemudahan yang tuhan beri)

Dalil ini bergantung / berasaskan kepada apa yang kita lihat/saksikan pada alam ini iaitu daripada
kemudahan setiap bahagian-bahagian alam ini ada kegunaannya/kemudahan kepada keperluan
manusia, dan ia juga bertepatan semua alam yang ada ini untuk keperluan manusia, dan kemudahan
yang diberikan ini dan kesepakatan yang ada ini semuanya bersepakat untuk memberi khidmat
kepada manusia. Kedua-duanya menunjukkan dalil yang jelas dan tepat bahawa adanya pencipta
yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

Perhatikan kemudahan yang diberikan Allah tentang alam cakerawala kepada manusia

Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia
bersemayam diatas 'Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut
waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda
(kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu.(Surah ar-Ra'd ayat 2)
Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari
dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. Dan
Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam
kegelapan di darat dan di laut. Kami telah menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada
orang-orang yang mengetahui.(Surah al-an'am ayat 96-97)

Dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya (surah an-Nahl ayat 12)

Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari
(malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan. Dan matahari berjalan di
tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.
Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat
peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi
matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat Mendahului siang. Masing-masing beredar
pada garis edarnya.(Surah Yasin ayat 37-40)

Kajian kemudahan alam haiwan dan burung-burung

Dan haiwan ternak telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan
dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh keindahan
padanya, ketika kamu membawa kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya (ke tempat
pengembalaan). Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup
mencapainya, kecuali dengan susah payah.Sungguh, Tuhanmu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal, dan keldai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi)
perhiasan. Allah menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.(Surah an-Nahl ayat 5-8)

Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami
memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih daripada
kotoran dan darah, yang mudah diminum bagi orang yang meminumnya.(Surah an-Nahl ayt 66)

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon


kayu, dan tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-

28
buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu)." Dari perut lebah itu
keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. (Surah An-Nahl ayat 68-69)

Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bahagian dari syiar agama Allah, kamu banyak
memperoleh kebaikan padanya. Maka sebutlah nama Allah (ketika kamu menyembelihnya) dalam
keadaan berdiri (dan kaki-kaki telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka
makanlah sebahagiannya dan berilah makan orang yang rasa cukup dengan apa yang ada
padanya (tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah kami tundukkan (unta-unta
itu) untukmu, agar kamu bersyukur. (Surah al-Hajj ayat 36)

Dan yang menciptakan semua berpasang-pasangan dan menjadikan kapal untukmu dan haiwan
ternakan yang kamu tunggangi. Agar kamu duduk di atas belakangnya kemudian kamu ingat
kepada nikmat Tuhanmu disaat kamu sedang duduk diatasnya, dan agar kamu mengucapkan
"Maha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak
mampu. (Surah Az-Zukhruf ayat 12-13)

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang diangkasa dengan mudah.
Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Surah an-Nahl ayat 79)

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan


sayapnya diatas mereka? Tidak ada yang menahannya (diudara) selain Yang Maha Pengasih.
Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah al-Mulk ayat 19)

Penglihatan kepada kemudahan alam tumbuh-tumbuhan kepada manusia

Dialah yang telah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi
minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu.
Dengan (air hujan) itu Dia menunmbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur,
dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. (Surah an-Nahl ayat 10-11)

Dan dialah yang menjadikan tanam-tanaman yang merambat(menjalar) dan yang tidak merambat,
pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan
warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah dan berikanlah
haknya (zakatnya) pada waktu memetik hasilnya, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-An'am ayat 141)

Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya, Kamilah yang telah mencurahkan air
melimpah (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu disana Kami
tumbuhkan biji-bijian, dan anggur dan sayur-sayuran, dan zaitun dan pohon kurma, dan kebun-
kebun (yang) rendang, dan buah-buahan dan serumputan, (semua itu) untuk kesenanganmu dan
haiwan-haiwan ternakanmu. (Surah Abasa ayat 24-32)

29
Berfikir tentang kemudahan alam, angin, laut, dan sungai

Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan
rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu
daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan
hujan itu berbagai macam buah-buahan. (Surah Al-a'raf ayat 57)

Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan* dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu
Kami beri minum kamu dengan (air) itu, dan bukanlah kamu yang menyimpannya. (Surah Al-Hijr
ayat 22) *setiap sesuatu bersumber daripada Allah

Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, dan Allah
membentangkannya dilangit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,
lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada
hamba-hambaNya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira. (Surah Ar-Rum ayat 48)
Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu), agar kamu dapat memakan daging yang segar
(ikan) dari-Nya, dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai. Kamu
(juga) melihat perahu berlayar padanya, dan agar kamu mencari sebahagian karunia-Nya, dan
agar kamu bersyukur. (Surah al-Nahl ayat 14)

Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan
sungai-sungai dicelah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya, dan
yang menjadikan sesuatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang
lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Surah al-Naml ayat 61)

Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah kapal-kapal(yang berlayar) di laut seperti


gunung-gunung. Jika Dia mengkehendaki, Dia akan menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-
kapal) itu terhenti di permukaan laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda
(kekuasaan Allah) bagi orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur. (Surah as-Syura ayat
32-33)

Kesan daripada kemudahan sistem pada badan dan anggota-anggotanya untuk anda (pada
manusia).

Sesungguhnya perkara yang memudahkan penggunaannya adalah melalui peraturan hukum yang
ada padanya, sesungguhnya penggunaannya itu bergantung pada kehendak kamu dan ikhtiar kamu.
Maka hendaklah anda melihat dengan kedua mata dan melangkah dengan kedua belah kaki dan
membawa dengan kedua-dua tangan anda dan menyebut kata-katamu dengan menggunakan lidah
dan kedua-dua bibir mulut dan seumpama dengannya.

Adapun perkara yang menyusahkan keatas manusia dalam mengawalnya mengenai sistemnya dan
anggota-anggotanya, maka sesungguhnya Allah telah memudahkan baginya supaya ia berfungsi
siang dan malam.

Perhatikan kemudahan sistem (penghadaman) dan apa yang ada padanya: perut, hati, limpa,
pankreas.

30
Sistem (peredaran darah) dan apa yang terdiri daripadanya ialah: jantung, utikaria, salur-salur darah
yang halus, saraf-saraf.

Sistem (pernafasan) terdiri daripada hidung, kerongkong, batang hidung yang menyalurkan udara,
deria bau,

Maka siapa lagi yang memudahkan untuk manusia Melainkan Allah yang Maha Tinggi.

terjemahan m/s 69- 72 Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Kelima : Dalil Allah S.W.T Memakbulkan Doa Orang Yang Berada Di Dalam Kesempitan

Dan dinamakan dengan dalil ini ialah dalil nafsi (psikologi), iaitu dalil yang berasaskan apa
yang dirasai oleh manusia ketika dia berada di dalam kesempitan dan kesusahan, atau ketika
kekeliruan dan keresahan, atau ketika kesakitan atau tenggelam, yang di sana terdapat kuasa yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang akan memakbulkan doa apabila memohon kepadaNya,
dan yang akan melepaskan kesempitan apabila dia meminta kepadaNya, dan akan menghapuskan
apa yang dialaminya daripada kesakitan, bilamana dia mengadu kepadaNya, maka siapa di antara
kita yang tidak melalui detik-detik sebegini! Dan bagaimanakah Allah memakbulkan doa orang
yang berada di dalam kesempitan! Telitilah ayat-ayat ini :

- 40. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab
Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, Adakah kamu akan menyeru Yang lain dari Allah
(untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang Yang benar?"
41. bahkan Dia lah (Allah) Yang kamu seru lalu ia hapuskan bahaya Yang kamu pohonkan
kepadanya jika ia kehendaki; dan kamu lupakan apa Yang kamu sekutukan (dengan Allah Dalam
masa kamu ditimpa bahaya itu). (Surah Al-An’am)
- 63. katakanlah: "Siapakah Yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di
laut? (ketika) kamu berdoa merayu kepadanya Dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara
bersembunyi, (dengan berkata): "Demi Sesungguhnya jika Allah selamatkan Kami dari bencana
ini nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang bersyukur".
64. katakanlah: "Allah jualah Yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari Segala jenis
kesusahan; Dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain)".
(Surah Al-An’am)
- 12. dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam
Segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami
hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak
pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan Yang menimpanya
(sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) Demikianlah diperelokkan pada pandangan
orang-orang Yang melampau apa Yang mereka lakukan. (Surah Yunus)
- 22. Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan
menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di Dalam bahtera, dan
bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya Dengan tiupan angin Yang
baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut Yang
kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari Segala penjuru, serta mereka percaya
Bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan

31
mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu Dengan berkata):
"Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan Kami dari bahaya ini, Kami tetap
menjadi orang-orang Yang bersyukur".
23. kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka Dengan serta-merta merebakkan
perbuatan derhaka di bumi Dengan tidak ada sebarang alasan Yang benar. Wahai manusia!
Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu
sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara);
kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa Yang
kamu telah lakukan. (Surah Yunus)
- 67. dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan
kamu) makhluk-makhluk Yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu
ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur
(akan nikmat-nikmat Allah). (Surah Al-Isra’)
- 62. atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa
kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat
Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-
sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu). (Surah An-Naml)
- 65. Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka
memohon pertolongan kepada Allah Dengan doa Yang tulus ikhlas kepadaNya. kemudian setelah
Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya. (Surah
Al-‘Ankabut)
- 8. dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya
Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya
sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang
menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi
Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya):
"Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau
dari penduduk neraka. (Surah Az-Zumar)

Dialog Dengan Ahli Material (Orang Yang Menafikan Adanya Tuhan Pencipta Alam Ini)

Selepas saya mengelilingi dengan anda mengenai dalil-dalil kewujudan Allah Taala – Saya
ingin untuk berhenti seketika serta melihat golongan material ini untuk kita membersihkan
perhitungan atau pertembungan antara kita dengan mereka berkaitan dengan kewujudan Tuhan.
Golongan materialistik ini mereka tidak beriman dengan sesuatu melainkan dengan apa yang
mereka dapat lihat sahaja. Maka iaitu yang dapat dilihat dengan mata, didengari dengan telinga,
dihidu dengan hidung, dirasa dengan mulut, disentuh dengan deria ialah perkara yang ada, dan
selain demikian adalah tidak wujud.

Dan kita dapat lihat cara untuk mengetahui iaitu dengan melakukan ujikaji atau praktikal
sahaja dan tiada cara selainnya. Maka mereka membataskan kewujudan pada sesuatu itu ialah
perkara kebendaan dan teori sahaja, dan tidak diiktiraf atau diakui sesuatu perkara itu melainkan
perkara yang ada di depan mata sahaja melalui pemerhatian dan ujikaji.

Dan halangan materialistik ini dibina atas didahului dengan kewujudan tuhan pencipta alam bagi
keadaan ini, dan terdapat kewujudan tuhan ini ialah daripada martabat kenabian, kebangkitan,
keabadian, dan selainnya.

32
Banyak yang kita dengar daripada mereka bahawa wujud alam ini dengan semulajadi, atau
wujud dengan kebetulan, dan bahawasanya alam ini sudah lama dan tiada permulaannya, dan
berkekalan sehingga tiada pengakhirannya, dan sesungguhnya agama menyangkalnya serta
memutuskan bahawa alam ini baru atau makhluk.

Kesimpulan Kepada Perbincangan Di Atas

1 – Terdapat beberapa perkara yang diimani oleh ulama-ulama materialism, berdasarkan kepada
teori-teori mereka, dan mereka tidak melihat alam itu makhluk seperti salah satu daripada mereka,
contohnya : alat-alat elektronik dipercayai wujudnya diasaskan di atas banyaknya teori dan
penciptaan.

Dan kesan yang menggambarkan sesuatu itu wujud, tiada serupa baginya, tidak diterima
oleh paksaan atau tekanan, iaitu yang memenuhi kewujudan itu seluruhnya.
Daya tarikan yang merentasi hakikat kewujudan alam, dan banyak menafsirkannya melalui teori-
teori.

Maka apakah yang dikatakan oleh golongan ini terhadap perkara ini? Adakah salah seorang
daripada mereka mampu mendakwa bahawa mereka telah lihatnya? Maka mengapa mereka ingkar
akan kewujudan tuhan yang tidak dapat dilihat pada waktu sekarang? Sesungguhnya kami
menetapkan dengan wujudnya itu adalah daripada kesannya dan amalan perbuatannya.

Berkata Ulama’ Thobi’ah : Sesungguhnya cahaya tidak nampak dilihat, dan ketika mana
menghampiri orang ‘alim pada hal matahari, ia merupakan sumber semulajadi kepada cahaya.
Adalah dijangka bahawa cahaya itu lebih kuat dan lebih terang. Tetapi yang berlaku adalah
sebaliknya. Bukan hanya cahaya, malah demikian itu menunjukkan bagi tidak wujud sesuatu yang
nampak dilihat pada perkara yang zahir seperti debu, atom cecair dan sebagainya.

Jika cahaya yang dijadikan oleh Allah, tidak nampak dilihat. Maka bagaimana meminta
untuk melihat Allah yang tidak dapat dilihat pada waktu sekarang!

terjemahan m/s 76- 77 Mohd Afiq Izzudin Bin Abdul Hamid(A144972)

Daripada seorang Profesor yang mendapat pangkat kedoktoran di sebuah universiti


Minesota,beliau merupakan ketua dalam jabatan atom angkatan tentera laut amerika, pakar dalam
kajian cahaya,visual,kejuruteraan dan alam semula jadi berkata : “Saya diberi peluang dalam
berkecimpung mengenai alam semula jadi dan mempelajari tentang binaan hingga ke tahap tidak
boleh digambarkan akal oleh sesetengah unsur kejadian yang tidak kurang hebatnya mengenai
gelombang kemasukan yang paling kecil dalam atom. Dan selain dari atom itu,aktiviti hebat planet
terbesar iaitu bintang beredar mengikut orbitnya.dan kelajuan pancaran sinaran cahaya,dan setiap
tindak balas kimia dan alam semula jadi,dan semua keistimewaan dari setiap benda hidup
berdasarkan hukum yang telah ditetapkan ke atasnya,tidak bertukar ganti serta berubah. Ini semua
adalah gambaran yang dikemukakan oleh sains,dimana setiap kali diperhatikan oleh
manusia.menyingkap dengan teliti ,dimana segala kajian terperinci itu adalah indah yang tidak
pernah disingkap sebelumnya”

33
Dan beliau berkata : “Sesungguhnya setiap atom dari atom-atom dunia ini bersaksi dengan
kewujudan Allah s.w.t,dan semuanya diciptakan dari kewujudan Allah tanpa berhajat dengan dalil-
dalil bahawa setiap material itu terjadi dengan sendirinya.”

Dan ini pula dari seorang Profesor dari pengkhususan genetik tumbuhan,kajiannya
berbentuk fizikal,dari kehidupan darat berkata : “Sesungguhnya ilmu sains tidak dapat
menafsirkan kepada kita bagaimana munculnya zarah yang kecil dan yang terlalu kecil.dimana
tidak mampu dikira unsur-unsur dalam semua benda.Tambahan pula, ilmu sains tidak dapat
menafsirkan kepada kita juga bersandarkan idea secara kebetulan semata-mata,Bagaimana
terhimpun semua zarah kecil ini untuk membentuk kejadian”

Tajuk 4 : Asma’ul Husna

Allah menyebut tentang nama-namaNya sebanyak 4 ayat dalam Al-Quran :


           
    
180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari
kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai
apa Yang mereka telah kerjakan.

              
         
110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah
mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan
bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara Yang sederhana antara itu.
         
8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.

             
      
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada
ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah
nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di
langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Dan daripada asbab turunnya ayat pertama mengenai seorang sahabat yang sedang solat,dan
menyebut dalam solatnya : “ Ya Rahman,Ya Rahim.” . Maka telah didengari oleh seorang
musyrikin mekah dan berkata : “Bukankah Muhammad dan para sahabatnya menyembah tuhan
yang satu,tetapi mengapa orang ini berdoa untuk 2 tuhan”. Maka turunlah ayat Allah s.w.t yang
bermaksud : 180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang

34
berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat
balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Penerangan Ayat Al-Quran ini berkenaan Nama-nama Allah s.w.t, Maka hendaklah seluruh umat
islam berdoa kepada Allah dengan namaNya. Dan hendaklah berhajat dengan segala apa yang
dihajati dengan menyebut nama Allah,ini kerana nama-nama Allah membawa maksud yang
baik,dan paling sempurna sifatNya. Maka tuntutlah dari nama ini dengan apa yang dihajati dan
sebutlah : ‘Yang Maha Pemurah,Murahkanlah rezeki kami,Yang Maha Petunjuk,Tunjukilah
kami,Yang Maha Menguasai Rezeki,beri lah rezeki kepada kami. Jikalau hendak memohon dengan
segala hajat sebutlah dengan nama yang paling sempurna iaitu : “Ya Allah”

Maka Allah menyebut dalam Al-Quran dari sebahagian namaNya dari akhir surah Al-Hasyr dalam
firmanNya:
               
            
           
             
  
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan
Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang
Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan
Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat
(menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari
Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada
ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah
nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di
langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

terjemahan m/s 92-96 Abdul Muhaimin bin Somat

SURUHAN PERINTAH KELIMA

Daripada Nama-Nama Allah yang dikhususkan untukNya tidak boleh disamakan atau
diletakkan kepada makhluk selain daripada Allah. Sebagai contoh, Yang Maha Esa, Yang
Maha Pemberi rezeki, Yang Maha Menghidupkan, Yang Maha Mematikan, Yang Maha Suci,
Yang maha Pengasih ,Raja kepada segala Raja dan Yang Maha Memiliki Kemuliaan dan
Keagungan.

Dan sebahagian daripada nama-nama Allah harus atau boleh disandarkan kepada makhluk.
Namun berbeza makna sebagaimana sebelumnya(seperti yang diatas).Sebagai contoh, Yang
Maha Menghidupkan, Yang Maha Penyayang, dan Yang maha Lembut.

Daripada nama-nama Allah, ada yang disifatkan dengan Nya secara mutlak. Dan ada yang
disifatkan denganNya secara terbatas atau tidak menyeluruh seperti Ketuhanan(al-rububiyah)

35
dari segi kekuasaan, Yang Maha Menyempitkan, Yang Maha Melapangkan, Yang Maha
Merendahkan, dan Yang Maha Meninggikan.

Ada antara nama-nama Allah yang disifatkan sebagai pujian dan yang disifatkan (nama-
namanya) selainnya dengan keji seperti sifat Maha Besar, Maha Gagah, Maha Takbur.

Daripada nama-nama Allah, ada yang tidak disebut kecuali ada yang selari dengan
sebelumnya, kerana jika ia disebut secara tunggal nescaya cacatlah ia ataupun menjadi kurang
dan tidak sempurna. Seperti contoh kita tidak mengatakan al-dhor(mudarat) secara tunggal,
bahkan kita mengatakan yang memberi mudarat dan yang memberi manfaat.

Dan antara nama-namaNya yang mempunyai kemudaratan dan tidak disebut kecuali dengan
sandarannya. Sebagai contoh: Dia Maha Penyayang diantara para penyayang(surah yusuf :64)
Engkaulah sebaik-baik pemberi keampunan(surah al-‘Araf :155) Maha Suci Allah, Pencipta
paling baik(surah al-Mu’minun :14) Pemilik hari Pembalasan(surah al fatihah :4) Allah
Pencipta langit dan bumi(surah al-Baqarah:117) Yang mengampuni dosa dan menerima taubat
dan keras hukuman-Nya yang memiliki kurniaan(surah al-ghofir:3) Engkaulah yang
mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya(surah ali ‘imran:9)

SURUHAN PERINTAH KE ENAM :

1) Imam Abu Ahmad Ghazali Rahimahullah membahagikan nama-nama Allah dari segi
kebenarannya(nama-nama Allah) secara azali dan kekal selamanya kepada 4 pembahagian
yang akan dijelaskan sebagaimana berikut :
 Nama yang tidak bergantung pada mana-mana kecuali pada Zatnya sahaja seperti
wujud. Dan bahagian ini disebut padanya (Allah itu wujud sejak azali(tiada yang
wujud sebelum-Nya dan tiada yang mencipta-Nya) dan akan kekal selama-
lamanya(tiada pengakhiran)
 Antara nama-nama yang menunjukkan zat-zat Allah. Contohnya: Yang bermula, maka
ia menujukkan keatas wujudnya Allah tanpa ada kewujudan yang lain sebelumNya.
 Yang kekal = ia menunjukkan kepada wujud dan menolak kebinasaan tentang Allah.
 Yang Maha esa = maka ia menunjukkan keatas wujudnya Allah tanpa
penyukutuanNya.
 Yang maha Kaya = maka ia menunjukkan keatas wujudnya Allah menolak sifat
berhajat keatas sesuatu seperti sifat makhluk.

Muka surat 95:

Sesungguhnya penciptaan itu wujud apabila dengan perbuatan, dan tidak menjadi pada
memperbaharui perkara pada Zat Allah. Bahkan setiap itu tidak menjadi syarat untuk dalam
mengesahkan bahawa perbuatan itu wujud dari sejak azali lagi. Dan dengan makna yang
melepaskan keadaan yang terang seperti hal potong itu untuk pedang, nama benda yang tajam,
tidak benar pada azali nama pencipta itu.

Sesungguhnya jelas lagi dari kata ini adalah sumpah yang membenarkan Allah itu ada sejak azali
lagi, dan Dia membenarkan, berkehendak pada makna yang awal itu.

36
Dan yang telah disebut ini: dan tidak benar keatasnya akan sumpah ini pada azali. dan dia benar
berkehendak pada makna yang kedua.

Perkara ke-7:

Ulama’ berselisih pendapat dalam tajuk(Nama Allah yang Agung).yang apabila didoakan akan
dijawab dan apabila ditanyakan maka akan mentaatinya.

1- Telah ingkar sebahagian dari mereka terhadap pengkhususan satu daripada nama-nama
Allah Taa’la kerana ia adalah nama yang mulia/agung.
Sekiranya pada setiap nama-nama Allah itu, hamba berzikir dengannya maka akan
menghabiskan akan semuanya. Nama itu ialah nama yang agung lagi mulia. dan mereka
membawa apa yang diwiridkan itu dari mengingati nama yang mulia itu dan dikehendaki
kemuliaan itu. Dan berkata: tidak boleh perelokkan sebahagian nama-nama itu atas
sebahagian yang lain. Antara yang telah bermazhab: Tabri, Ash Ari, Ibnu Hibban dan
Baqalani.

2- sebahagian ulama’ telah bermazhab akan adanya nama yang mulia ini.
Dan mereka telah membahagikannya kepada beberapa bahagian:

(1),mereka melihatnya tidak ada penghad, dan tidak diketahui oleh segenap makhluk
bersama dengan pengiktirafan akan kewujudannya itu. dan Allah berpengaruh dengan
ilmunya.

(2) para ulama melihat juga sesungguhnya perkara itu diketahui oleh makhluk ,para ulama
berselisih pendapat dalam menentukan kaedah 40 hadis itu. Dengan perselisihan itu pada
kelukaan atau keburukan sebahagian daripada hadis2 nabi itu.

Maka sesiapa yang berkata sesungguhNya: Allah atau Alkhaiyuul Qayyum, atau Zuljala liwal
Ikram atau Hanan Al Manan..

Dan yang telah jelas dan nyata bahawa Allah lah yang paling ditakuti akannya dari nama-namaNya
yang baik dan agung itu, supaya hambaNya bersungguh-sungguh mengingatinya dalam setiap
keadaan. Dan sesungguhnya menjadi satu pengangkutan atau penghubung kepada kebanyakan
namaNya itu.

Maka mestilah wujud dalam hati dalam mengingati Allah itu. Maka itu akan menyempurnakan
syarat-syarat dalam berdoa’, dan itu seperti mana tersembunyinya malam al-Qadr itu. Demi
menyungguhkan para hamba dalam menghidupkan malam dibulan Ramadhan. Dan malah seperti
tersembunyinya solat wustha(asar) itu, dan waktu jawabnya pada hari jumaat itu, dan Allah lebih
mengetahui akan segalanya.

37
TAMAT

38

Anda mungkin juga menyukai