Anda di halaman 1dari 9

SYIAH PERJUANGAN ATAU PENYELEWENGAN

Disediakan Oleh: Dr Abdull Rahman Mahmood

Ketua Pusat Islam Ukm

1. Pendahuluan

Umat Islam kebelakangan ini dilanda dengan berbagai krisis sama ada krisis dalaman umat
Islam sendiri atau penindasan pihak luar terhadap umat Islam. Antara krisis dalaman yang
sangat merbahaya kepada umat Islam sekarang ini adalah krisis syiah dan sunnah yang
menyebabkan jutaan umat Islam terbunuh seperti apa yang berlaku di Iraq dan Syria
sekarang. Pertelingkahan ini semakin hangat apabila terdapat campur tangan musuh-musuh
Islam yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam. Oleh itu, satu usaha untuk
menangani masalah ini supaya tidak berlaku dalam kalangan masyarakat umat Islam di
Malaysia adalah sangat penting. Secara umumnya perbincangan mengenai Syiah masih lagi
kabur dalam kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia kerana fahaman ini tidak tersebar
kecuali setelah revolusi Iran 1979. Kertas ini akan cuba untuk memberi penjelasan mengenai
fahaman Syiah dari sudut sejarah kemunculan, penguasaan Syiah dan cabaran fahaman
Syiah kepada umat Islam khususnya di Malaysia.

2. Syiah dan Sejarah Kemunculannya

Menurut ulama usul, kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu sebelum kita mengenali
sesuatu itu. Oleh itu, sebelum kita berbincang secara lebih mendalam mengenai Syiah dan
Sunnah kita perlu terlebih dahulu mengenali Siapa mereka, apakah akar umbi mereka,
bagaimana kumpulan ini muncul dalam sejarah umat Islam dan apa peranan mereka dalam
perkembangan politik dan kegawatan umat Islam dahulu dan semasa.

Ihsan Ilahi Zahir (2008:11) menyebut bahawa Syiah dalam bahasa arab merujuk kepada
pengikut atau penyokong. Oleh itu, lafaz Syiah bila disebut dalam sejarah umat Islam ia
merujuk kepada “pengikut syaidina Ali dalam perselisihan beliau dengan Bani Umayyah”.
Kebanyakan buku sejarah Islam menyatakan bahawa permulaan sebenar kepada Syiah
adalah perselisihan antara Syidina Ali dan Syidina Muawiyah. Pihak yang menyokong Syidina
Ali disebut sebagai Syiah sementara pihak yang mendokong perjuangan Sayidina Muawiyah
disebut sunnah.
Namun, sebilangan ulama Islam menolak pentakrifan Syiah dengan hanya merujuk kepada
fakta sejarah sahaja kerana mereka mendapati kemunculan sebenar Syiah adalah setelah
berakhir kerajaan bani Umayyah. Menurut Ihsan Ilahi Zahir(2008:11) dan Dr. Gharib al-
Sirjani (http.www.islamstory.com) bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan Sayidin
Muawiyah tidak sampai ke tahap Islam atau kafir sebagaimana yang ada dalam fahaman
Syiah selepas itu. Al-Sirjani menjelaskan bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan
Muawiyah bertolak dari persoalan ijtihad. Dalam perselisihan ini kebanyakan ulama sunnah
berpendapat bahawa kebenaran adalah bersama Syidina Ali r,a. sementara Syidina
Muawiyah berijtihad sebaliknya. Berdasarkan fakta ini maka Syidina Ali r.a. Adalah bersama
ulama Ahli Sunnah dan Syidina Muawiyah juga adalah Ahli Sunnah. Oleh itu, dakwaan
bahawa Syidina Ali sebagai pengasas kepada aliran Syiah adalah tidak tepat kerana fahaman
dan ajaran yang dibawa oleh beliau bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh khalifah-
khalifah sebelumnya tidak seperti apa yang didakwa oleh Syiah hari ini.

Ada pandangan kedua menyatakan bahawa kemunculan Syiah bermula selepas kematian
Syidina Husain r.a. Pandangan ini ada kewajaranya kerana penduduk Iraq yang tidak
membela kehadiran Syudina Husain r.a. ke Iraq merasa menyesal atas kematian beliau dan
mereka bangkit menentang kerajan Umaiyyah pada waktu itu. Dalam hal lain, kita juga
melihat hubungan Syiah dengan Syudina Husain lebih kuat berbanding dengan hubungan
mereka dengan Syidina Ali. Mereka memperingati secara besar-besaran ulang tahun
kematian Syidina Husain tetapi tidak memperigati kematian Syidina Ali.

Namun para pengkaji Syiah mendapati pada tahap ini kemunculan Syiah sebagai ajaran
masih belum bermula lagi. Ajaran mereka sama ada yang berkaitan dengan prinsip akidah
atau amalan hukum syarak masih sama dengan Ahli Sunnah. Bahkan tokoh-tokoh ulama dan
imam Syiah yang mereka dakwakan sebagai imam adalah ulama Islam yang berpegang
dengan ajaran Ahli Sunnah. Begitu juga keluarga Syaidina Ali r.a juga ada yang berkahwin
dengan kerabat diraja Umaiyyah seperti Ramlah binti Ali berkahwin dengan Muawiyah bin
Marwan, Khadijah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Amir al-Umawy. Mereka juga
masih bersembahyang di belakang ulama Ahli Sunnah. Penentangan mereka terhadap
kerajaan lebih bersifat pemberontakan politik sahaja.(Ihsan Ilahi zahir2008: 28-36)
Menurut al-Sirjani selepas kematian Syidina Husain, keadaan kembali tenang. Anak kepada
Syidina Husain yang bernama Ali Zainal Abidin adalah seorang yang soleh, begitu juga
dengan anak beliau Muhamad al-Baqir dan Zaid. Mereka semua masih dikenali sebagai
ulama Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran Islam. Sekalipun Imam Zaid bin Ali
berbeza pendapat mengenai keutamaan Syidina Ali sebagai khalifah, menyalahi ijmak ulama
umat pada masa itu. Zaid telah menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik sehingga
beliau terbunuh pada tahun 122H. Pengikut beliau selepas itu dikenali sebagi Zaidiyyah yang
merupakan golongan Syiah yang paling sederhana dan hampir dengan Ahli Sunnah.

Sementara Muhammad al-Baqir meninggal pada tahun 114H lapan tahun lebih awal
daripada Zaid dan meninggalkan seorang anak yang alim dan soleh iaitu Jaafar al-Sadiq.
Beliau sangat alim dalam bidang fikah dan akidahnya sama dengan akidah para sahabat dan
tabiin.

Di akhir kerajaan Umaiyyah gerakan bani Abbas bangkit menentag kerajaan Umaiyyah
dengan dibantu oleh kumpulan yang berpecah dari zaid bin Ali ra. Sehingga kerajaan
Umaiyyah jatuh pada tahun 132H. Di awal zaman kerajaan Abbasiyah keadaan fahaman
Syiah masih sama dengan ajaran Ahli Sunnah. Tiada perbezaan ketara dalam persoalan
akidah dan fekah. Namun muncul golongan al-Talibiyyin yang inginkan kerajaan dipimpin
oleh keturunan Syidina Ali. Mereka mula memberotak di zaman pemerintahan Abu Jaffar al
Mansur.

Pada tahun 148H, Imam Ja’far al-Sadiq wafat meninggalkan anaknya yang alim bernama
Musa al-Kazim, yang juga wafat pada tahun 183H meninggalkan beberapa orang anak
antaranya Ali bin Musa al-Rida. Bagi meredakan pemberontakan golongan talibiyin khalifah
al-Ma’mun telah melantik beliau sebagai putra mahkota. Setelah perlantikan ini keadaan
pemberontakan menjadi tenang. Namun Ali al-Rida mati mengejut pada tahun 203H,
menyebabkan mereka menuduh al-Al M’mun yang bunuh beliau. Pemberontakan mula
kembali dan disokong oleh kaum Parsi yang berjuang atas dasar perkauman dan kebencian
kepada orang-orang arab yang telah menjatuhkan kerajaan parsi. Apa yang menarik
perhatian para pengkaji adalah, perselisihan dalam kalangan umat Islam ketika ini masih
dalam persoalan politik dan belum muncul Syiah sebagai satu kelompok yang berakidah
seumpama Syiah hari ini.(al-Sirjani, islamstory.com)
Pemberontakan golongan ini terhadap kerajaan Abbasiyah masih berterusan dan mereka
menjadikan keturunan Rasulullah sebagai sandaran untuk memimpin mereka. Selepas itu
muncul Muhammad al-Jawwad yang wafat tahun 220, kemudian muncul anak beliau Ali bin
Muhammad al-Hadi yang wafat tahun 254H, kemudian muncul pula anak beliau Hasan bin
Ali al-‘Askari yang mati pada tahun 260H yang meningalkan anak yang kecil Muhammad bin
Hasan yang juga meningal dunia sewaktu usia masih kecil. Kematian ini menyebabkan
mereka ketiadaan pemimpin untuk mendokong pemberontakan terhadap kerajaan Abbasiah
yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka kepada berbagai-bagai
puak yang berbeza dari segi perinsip dan pemikiran bahkan juga berlaku dalam persoalan
akidah dan syariat. Dalam kegawatan inilah muncul kumpulan Syiah “Ithna Ashriyyah” yang
terdapat di Iran, Iraq dan Lubnan sekarang yang merupakan kumpulan Syiah yang terbesar
dan disebarkan ke dunia Islam hari ini. Mereka mendakwa Imam mereka yang terdiri dari
dua belas orang adalah seperti berikut:

‫ علي‬-4 .‫ين بن علي‬%%‫ الحس‬-3 .‫ الحسن بن علي‬-2 .‫ علي بن أبي طالب‬-1 :‫بالترتيب كما يلي‬  ‫ إن هؤالء األئمة هم‬:‫وقالوا‬
-8 .‫اظم‬%‫ى الك‬%‫ موس‬-7 .‫اقر‬%‫د الب‬%‫ادق بن محم‬%‫ر الص‬%‫ جعف‬-6 .‫دين‬%‫ محمد الباقر بن زين العاب‬-5 .‫زين العابدين بن الحسين‬
.‫ محمد بن الحسن العسكري‬-12 .‫ الحسن بن علي العسكري‬-11 .‫ علي الهادي‬-10 .‫ محمد الجواد‬-9 .‫علي الرضا‬

Menurut golongan Syiah ini Imam mereka yang ke 12 ini tidak mati bahkan bersembunyi dan
akan kembali sebagai Imam al-Mahdi.

Sejak kehilangan Imam mereka ini, banyak berlaku perubahan dalam ajaran Syiah dan mula
muncul buku-buku yang menyokong akidah dan pemikiran mereka. Namun pada masa ini
tiada kerajaan yang mendokong ajaran mereka.

3. Penguasaan Syiah

Pada pertengahan abad ketiga muncul tiga kumpulan besar Syiah iaitu Syiah Ismailiyyah,
Qaramitah dan Ithna Ashriyyah. Mereka berbeza pendapat dari sudut prinsip, akidah dan
hukum. Pada akhir abad ke 3H dan awal abad ke 4H keadaan berubah apabila Syiah mula
menguasai beberapa tempat dalam dunia Islam. Al-Qaramitah di bawah kepimpinan Rustam
bin al-Husain berjaya menguasai yaman. Namun kerajaan ini tidak bertahan lama sehingga
lahir pula kerajaan Qaramitah di Bahrin. Golongan ini sangat ganas dan membunuh jemaah
haji sehingga mereka menyerang kaabah pada tahun 317H dan mencuri hajar al-Aswad dan
dibawa ke pusat pemerintahan mereka di Hajar timur semenanjung Arab. Hajar Aswad
berjaya dirampas semula dan dikembalikan ke Kaabah pada tahun 339H.

Sementara gerakan Syiah Ismailiyyah berjaya menguasai utara Afrika dari Maghrib sehinga
ke Mesir pada tahun 359H. Gerakan ini bertapak di Mesir selama dua kurun dan barjaya
dikalahkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 567H.

Manakala Golongan Syiah Ithna Ashriyyah mula menguasai sekitar Iran pada tahu 261-389H
dalam keluarga Bani Saaman yang terdiri dari Usul Parsi. Sementara Bani Hamdan yang
berasal dari Arab menguasai Musil di Iraq pada tahun 317-369H. Kekuasaan juga pernah
sampai ke Halab Syria pada tahun 333-392H. Pencapaian Syiah yang paling ketara adalah
dalam pemerintahan Bani Buwaih tanpa menjatuhkan kerajaan Abbasiah tahun 334-447.
Secara keseluruhannya Pada abad ke empat Hijrah merupakan abad penguasaan Syiah
dalam dunia Islam, Bani Buwaih menguasai Iraq dan Iran, Bani Samaniyyun menguasai
Sebahagian timur Iran dan Afghanistan, Bani Hamdan menguasai Musil, al-Qaramitah
menguasai timur Semenanjug Arab, dan kerajaan Fatimiyyah menguasai utara Afrika
sehingga Syria dan Lubnan.

Pada akhir abad ke empat Hijrah jatuh kerajaan Qaramitah, Pada pertengahan abad ke lima
Hijrah Jatuh kerajaan Bani Biwaih (447H) sementara kerajaan Fatimiyyah atau Abidiyyun
jatuh pertengahan abad ke enam Hijrah (tahun 567H). Dengan kejatuhan kerajaan-kerajaan
tersebut dunia Islam kembali semula di perintah oleh kerajaan Ahli Sunnah.

Sejak kejatuhan ini gerakan Syiah berterusan namun tanpa menguasai Negara sehinggalah
muncul kerajaan Safawi di Iran (Ismail Safawi nisbah kepada Safiyuddin al-Ardbili) tahun
907H hingga 1148H bersamaan(1735M). Dalam masa tersebut pertempuran antara kerajaan
Osmaniyyah dan Safawiyyah berterusan lebih kuran dua Abad sehingga jatuhnya kerajaan
Safawi tersebut dan kerajaan Osmniyyah juga menjadi lemah dan akhirnya Negara umat
Islam mula dijajah oleh Eropah dan Rusia.

Pada tahun 1193H(1779M) Agha Muhammad Qajar yang berketuruna Parsi dan bermazhab
Syiah menguasai Iran. Beliau dan keturunannya menguasai Iran dengan mengunakan gelaran
Shah sehingga keluarga diraja ini jatuh pada tahun 1343H (1925M) hasil dari pemberontakan
Reda al-Bahlawi yang mendapat pertolongan daripada Inggeris. Pada tahun 1941 Inggeris
menjatuhkan Reda Bahlawi kerana banyak berlaku perselisihan dan digantikan dengan
anaknya Muhamad Reda Bahlawi yang memerintah sehingga berlaku revolusi Iran Tahun
1979M (1193H).

4. Cabaran Fahaman Syiah Kepada Umat Islam

Setelah kita memahami Syiah sebagai satu kumpulan dan gerakan yang muncul dalam dunia
Islam dan ia mempunyai kaitan yang rapat dengan persoalan politik dan pemberontakan,
maka beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada kita perlu diketahui dalam usaha
mendepani mereka antaranya:

a. Sikap mereka terhadap Ahli Sunnah

Menurut Dr, Hussain al-Musawi (2007:113) - yang terdiri dari kalangan ulama Syiah yang
cuba membuat pembetulan terhadap ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng- bahawa
golongan Syiah menjadikan musuh mereka yang utama adalah Ahli Sunnah. Buku-buku
utama Syiah dan kata para fiqaha dan ahli Ijtihad mereka menamakan secara jelas Ahli
Sunnah sebagai musuh mereka. Mereka mengelarkan Ahli Sunnah dengan berbagai-bagai
sifat seperti al-‘amah (umum), al-nawasib bahkan sebilangan mereka beriktikad sunni
sebagai najis. Ekoran dari prinsip ini maka mereka bersepakat supaya:

a. Wajib menyalahi golongan Ahli Sunnah. Mereka dikehendaki supaya sentiasa


menyalahi Ahli Sunnah dalam persoalan agama mereka.
b. Tidak harus beramal dengan apa yang bertepatan dengan Ahli Sunnah. Ulama Syiah
al-Hurr al-‘Amili menulis tajuk ini dalam kitab beliau Wasail al-Syiah dan menyatakan
bahawa hadis-hadis berkaitan persoalan ini adalah mutawatir.
c. Mereka tidak akan bersepakat denganAhli Sunnah dalam apa jua perkara. Sayyid
Ni’matullah al-Jazairi berkata dalam bukunya al-Anwar al-Jazairiyyah (2;278) : Kita
tidak berhimpun dengan Ahli Sunnah mengenai Tuhan, Nabi dan Imam kerana
mereka mengatakan tuhan mereka adalah yang nabinya Muhammad dan khalifah
selepasnya Abu Bakar, kita tidak berkata dengan tuhan dan nabi yang sedemikian,
bahkan kita berkata bahawa tuhan yang khalifah nabinya adalah Abu Bakar bukan
tuhan kita dan buka nabi itu nabi kita.
Dr Hussain alMusawi (2007:123-124) merumuskan pegangan Syiah terhadap Ahli Sunnah
bahawa mereka kafir, najis dan lebih durjana daripada orang Yahudi dan Kristian. Mereka
wajib di bunuh, dirampas harta benda mereka dan wajib dilaknat dan dicela khususnya
generasi awal Islam yang berjuang bersama nabi. Beliau menambah bahawa dengki Syiah
terhadap Ahli Sunnah tiada bandingnya sehingga para fuqaha mereka mengharuskan
berbohong kepada Ahli Sunnah, melemparkan tuduhan palsu terhadaap mereka. Mereka
memendam perasaan dengki dan marah ini setelah diarahkan oleh para ulama mereka dan
menunggu saat dan waktunya untuk di istiharkan. Apa yang berlaku di Iraq dan Syria adalah
sebaik-baik contoh untuk perhatian dan pengajaran.

b. Sikap terhadap al-Quran

Ulama Islam bersepakat bahawa al-Quaran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada
nabi Muhammad s.a.w, dan dipelihara dari segala perubahan dan penyelewengan
sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Namun bagi ulama Syiah terdapat
kitab-kitab lain yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad dan hanya di khususkan
kepada Syidina Ali sahaja antaranya: Kitab al-Jami’ah, Sahifah al-Namus, Sahifah al-‘abitah,
sahifah zuabat alsaif,al-Jafr al-Abyad dan al-Ahmar, Mushaf Fatimah dan al-Quran.
Sementara al-Quran yang terdapat hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng.

Menurut al-Musawi (2007:109) ulama Syiah beriktikad bahawa al-Quran yang terdapat
dalam kalangan umat Islam hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng. Seorang ulama
hadis Syiah mengumpulkan hadis dan pendapat ulama Syiah berkaitan penyelewengan al-
Quran dalam sebuah kitab yang besar berjudul :‫فصل الخطاب في اثبات تحريف كتاب رب األرباب‬

Dr Musa al-Musawi turut menjelaskan bahawa akidah ini memang menjadi pegangan ulama
Syiah walaupun mereka tidak begitu ketara membincangkannya kerana terdapat juga
sebilangan ulama Syiah menyatakan sebaliknya. Menurut beliau bahawa hadis-hadis
mengenai penyelewengan al-Quran direka sewaktu ketiada Imam diawal pertembungan
dengan Sunnah.

c. Keganasan

Antara ajaran Syiah yang menunjul adalah melampau dalam kepercayaan mereka kepada
wali dan imam-imam mereka. Menurut Dr. Musa al-Musawi,(1998:114) sikap mereka yang
melampau dalam teori menjadikan mereka juga melampau dalam amali. Menurut beliau
buku-buku Syiah yang masih tidak dikemaskini dan sikap ahli fikah mereka yang menerima
riwayat tersebut menjadi punca kepada kelakuan ganas dan melampau penganut Syiah. Apa
yang berlaku dalam sejarah menunjukkan sikap mereka dan keganasan yang dilakukan
terhadap umat Islam yang lain.

d. Mut’ah

Muta’ah adalah perkahwinan sementara yang diamalkan oleh golongan syiah, ulama syiah
bangkit mempertahankan nikah muta’ah. Perkahwinan muta’ah sebagaimana yang
diharuskan oleh ualam Syiah tidak lebih daripada perbuatan zina kecuali dengan satu syarat
iaitu perempuan itu tidak mempunyai suami. Perkahwinan ini tidak perlu kepada saksi dan
memberikan nafkah.(al-Musawi 1998:158-159)

e. Wilayah al-Fakih

Syiah selepas revolusi Iran telah memperkenalkan teori wilayah al-fakih, yang menjadikan
para ulama mereka seperti seorang yang maksum. Sehingga alKhumaini dan alShistani yang
menandatangani fatwa : dari Allah swt.” Seolah-olah mereka adalah waki daripada Allah .
Syiah selepas Khumaini dengan perinta wilayah al-fakih telah mengiklankan akidah Syiah
yang sebelum ini hanya menunggu Imam al-Mahdi. Antara akidah yang di zahirkan yang
sanfgat merbahaya adalah:

Pertama, mentakfirkan para sahabat. Kedua: mendakwa bahawa al-Quran yang ada tidak
sempurna, ketiga: Syariah belum sempurna dan akan disempurnakan oleh imam Mahdi
keempat: Mereka menuduh Syidatina Aishah sebagaimana yang dituduh oleh golongan
munafik.

Situasi ini menjadikan syiah hari ini bertentangan dengan Ahli Sunnah dalam perkara yang
paling Asas.

5. Penutup

Berdasarkan penjelasan diatas, boleh disimpulkan bahawa Syiah adalah satu kelompok umat
Islam yang menyeleweng dan banyak melakukan bidah dalam agama. Sungguhpun jumhur
ulama tidak mengkafirkan sebilangan mereka. Namun sebilangan yang lain dihukum kafir
seperti Ismailiyyah dan Nusairiyyah. Penyelewengan yang berlaku dalam ajaran Syiah
sekarang menjadikan taqrib adalah suatu yang mustahil. Namun Ahli Sunnah masih lagi
boleh bertoleransi antara satu sama lain dengan menjauhi persoalan yang hangat dalam
kedua-dua belah pihak. Begitu juga menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menyeru
golongan Syiah untuk kembali ke jalan yang benar, dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah
dari dicemari dengan shubhat yang berbagai. Kita juga tidak boleh malu untuk menolak
penyelewengan yang berlaku dan mendedahkan kepada khalayak secara akademik dan jujur
bagi menjaga akidah dan akhlak umat Islam. Semoga Allah merahmati kita dan menyatukan
hati hambanya ke jalan yang diredai,,,Amin.

6. Rujukan
1. Al Sirjani, Gharib. 2011. Al-Syiah Nidal am Dalal. Al-Kaherah. Dar al-Aqlam
2. AlMusawi, Musa. 1998. Dedah Fahaman Syiah (trj. Prof, Madya. Huda Muhsin dll).
JAKIM.
3. Al-Musawi, Husain. 2007. I’tirafat Ulama al-Syiah. Al-Qahirah. Dar al-Haramain
4. Ihsan Ilahi Zahir.2008. al-Syi’ah wa al-Tashayyu’. Amman. Dar Ammar.
5. Al-Salus, Ali Ahmad. 1997. Ma’ al-Syi’ah al-Ithna ‘Ashriyyah Fi al-Usul wa al- Furu’. Al-
Qahirah. Dar al-Taqwa.
6. Al-Za’biy, Fathy Muhammad. 1998. Ghulat al-Syia’ah. Tanta, Matba’ah Ghabashi.
7. Dandar Lajbar. 2009. ‘Aqidah al-Syi’ah alRafidah fi al-Sahabah.Amman. Dar Ammar .

Anda mungkin juga menyukai