Anda di halaman 1dari 5

CARA-CARA MENANGANI HALANGAN DALAM BERDAKWAH

Cabaran-cabaran yang di hadapi dalam berdakwah amatlah banyak untuk dibincangkan.


Baik dari sudut pendakwah itu sendiri, dari sudut penerima dakwah(mad’u) dan juga
faktor-faktor lain. Di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah dalam
berdakwah.

Menyusun Gerak Kerja Secara Terperinci

Prinsip ini penting bagi melahirkan kejelasan awal dan halatuju dakwah yang benar-benar
berkesan. Hal ini demikian kerana, antara halangan dalam dakwah adalah objektif yang
yang ingin disampaikan kepada masyarakat tidak jelas. Kebanyakan pendakwah hanya
terikut untuk pergi berdakwah, tetapi mereka tidak mengetahui tujuan sebenar dalam
berdakwah. Tokoh-tokoh gerakan dakwah dan para ulama sentiasa menekankan mengenai
tujuan dan matlamat dakwah. Mereka memberi penekanan kepada aspek kefahaman
terhadap sumber, tujuan dan matlamat dakwah yang mereka jalankan. Tujuan utama
dalam berdakwah adalah untuk mentauhidkan Allah SWT dan menegakkan perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang mungkar demi mendaulatkan syariat Islam(Sulaiman
Ibrahim, 2001 : 50-51).

Pendakwah Mesti Memiliki Ilmu dan Pemikiran yang Tinggi

Kebanyakan pendakwah masa kini kurang memiliki ilmu yang cukup dalam melakukan
usaha dakwah. Usaha dakwah mereka gagal apabila mereka tidak dapat memenuhi dan
menjawab persoalan yang dibawa oleh penerima dakwah. Disebabkan itu, masyarakat
yang mereka dakwahkan itu tidak tertarik untuk menerima dakwah mereka dan
merasakan apa yang dibawa oleh pendakwah tidak dapat menjawab persoalan yang
timbul dalam minda mereka. Ilmu dan pemikiran yang tinggi diperlukan dalam
menjayakan usaha dakwah. Hal ini demikian kerana, ilmu dan pemikiran perlu dimiliki
oleh pendakwah bagi mengeluarkan hujah yang kuat supaya segala apa yang ingin
disampaikan dapat difahami dan diterima oleh mad’u dengan sebaik-baiknya. Mad’u
terbahagi kepada beberapa bahagian dan di antaranya terdapat mad’u yang mempunyai
rasional atau pemikiran yang tinggi. Disebabkan itu, untuk memehqmi mad’u yang
sebegini memerlukan ilmu dan pemikiran yang tinggi untuk menarik minatnya dalam
memahami ajaran Islam(Ahmad Asnawi, 2001 : 63-64).

Bentuk Kekuatan Rohani Seorang Pendakwah

Pendakwah ataupun Da’ie merupakan agen perubahan masyarakat. Mereka mestilah


mempunyai kekuatan kerohanian untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya.
Kerohanian merupakan aspek penting kerana tanpanya, pendakwah itu ibarat mempunyai
jasad yang tidak memiliki roh. Antara perkara yang boleh meningkatkan kerohanian
seseorang pendakwah adalah melakukan ibadah kepada Allah mengikut ajaran Islam.
Selain itu, pendakwah mestilah memelihara solat mereka dan berusaha menghidupkan
solat berjamaah. Mereka juga perlu memperbanyakkan ibadah sunat serta melazimi
bacaan al-Quran. Demikian adalah beberapa perkara yang boleh meningkatkan kekuatan
kerohanian seseorang pendakwah agar kejayaan dalam berdakwah tercapai(Ahmad
Asnawi, 2001 : 61-62).

Memperbaiki Akhlak Pendakwah

Akhlak sesorang da’ie amatlah penting dalam menjayakan usaha dakwah. Hal ini
demikian kerana, pendakwah adalah ikutan ummah. Jadi, pendakwah mestilah
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mad’u agar mereka tersentuh dan tertarik
dengan dakwah yang dibawa oleh beliau. Perkara ini dapat dilihat dalam usaha dakwah
Baginda SAW dalam mengajak umat ketika zamannya untuk memahami dan menerima
Islam. Baginda SAW memiliki adab yang tinggi dan beliau seorang yang tawadu’. Beliau
bersikap benar, berlemah-lembut, berani dan melakukan muamalah yang baik dan
menarik. Sebagai contohnya, Baginda tidak membalas perbuatan kafir Quraisy apabila
beliau dilempar dengan batu(Ahmad Asnawi, 2001 : 62-63). Malah Baginda menziarah
kafir tersebut semasa beliau sedang sakit. Contoh akhlak pendakwah yang baik dapat juga
dilihat pada pemerintah yang unggul iaitu Salahuddin al-Ayubi semasa beliau cuba untuk
merampas Baitul Maqdis dari tangan tentera salib yang diketuai oleh Richard the
lionheart. Akhlak yang mulia telah ditunjukkan oleh Sultan Salahuddin al-Ayubi apabila
beliau menghantar doktor untuk mengubati Richard yang sedang sakit walaupun ketika
itu peperangan masih lagi belum tamat.
Membentuk Bi’ah yang Solehah

Bi’ah atau situasi memainkan peranan cukup penting dalam menjayakan atau
mengagalkan usaha dakwah. Persekitaran yang rosak yang bersemi dalam kehidupan
masyarakat menjadikan ianya suatu halangan yang boleh menyebabkan ramai para da’ie
turut musnah bersamanya. Sukar untuk sesorang da’ie melakukan dakwah dalam bi’ah
yang rosak. Hal ini boleh dilihat dalam sirah Baginda SAW yang diceritakan di dalam al-
Quran. Firman Allah SWT :

‫ني‬ِ ِ َّٰ ‫قَالُ ٓو اْ أ َِج ۡئتنا لِن ۡعب َد ٱللَّه و ۡحَدهۥ ونَ َذر ما َكا َن ي ۡبع ُد ءابٓاؤنَا فَ ۡأتِنا مِب ا تَعِ ُدنَٓا إِن ُكنت ِمن‬
َ ‫ٱلصدق‬ َ َ َ َ ُ ََ ُ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ََ

Maksudnya : mereka berkata : Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya
menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk
nenek kami? (kami tidak akan menurut) maka datanglah azab yang engkau janjikan
kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar(al-Quran, 7 : 70).

Dengan dalil diatas menunjukkan bahawa bi’ah adalah cabaran yang besar untuk
pendakwah. Demi mengatasi masalah ini, usaha ini tidak dapat dilakukan secara individu.
Di sini kita boleh mencontohi strategi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda
memulakan dakwah Baginda dengan mengislamkan beberapa orang dahulu dan kemudian
barulah Baginda berusaha merubah bi’ah masyarakat jahiliah ketika itu dengan
pertolongan sahabat-sahabat Baginda. Hal ini dapat dilihat apabila Baginda SAW berjaya
membangunkan negara Islam pertama yang mempunya bi’ah yang solehah. Jadi, untuk
merubah bi’ah yang rosak memerlukan kepada ramai pendakwah yang memiliki
pendirian yang utuh agar tidak terpengaruh dengan bi’ah yang rosak(Berhanundin
Abdullah, 2001 : 329-330)

Mencari Sokongan dari Pemerintah

Kepentingan pemerintah dalam menjayakan usaha dakwah amatlah diperlukan. Hal ini
demikian kerana, pemerintah merupakan pendorong kepada sesuatu termsuklah usaha
dakwah. Jika seseorang pemerintah itu tidak menyokong dalam memajukan usaha
dakwah, maka ia akan menjadi cabaran yang kuat terhadap pendakwah. Pendakwah
perlulah meyakinkan pemerintah terlebih dahulu untuk mendapat sokongan dalam
berdakwah. Terdapat masyarakat yang terlalu mengikuti pemerintah dan segala yang
disuruh oleh pemerintah adalah perkara penting dan perlu dilaksana.disebabkan itu,
mencari sokongan pemerintah adalah penting untuk menjayakan usaha dakwah sama ada
pada masyarakat Islam mahupun bukan Islam(Berhanundin Abdullah, 2001 : 333).

Mengenal Pasti Ciri-ciri Golongan Munafik

Golongan munafik merupakan cabaran dalaman yang dihadapi oleh pendakwah dalam
menyebarkan dakawah Islamiah. Mereka ini hanya berselindung di sebalik status agama
Islam sahaja, akan tetapi mereka mempunyai niat yang buruk dan berusaha untuk
menjatuhkan Islam. Demi mengatasi masalah ini, sebagai pendakwah, mereka mestilah
mengetahui ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang yang bergelar munafik. Sabda Baginda
SAW yang mengkhabarkan ciri-ciri munafik sejati :

‫ثالث من كن في''ه فه''و من''افق اذا ح''دث ك''ذب واذا اؤمتن خ''ان واذا وع''د اخل''ف فمن ك''انت‬

‫فيه واحدة منهن مل تزل فيه خصلة من النفاق حىت يرتكها‬

“Tiga sifat yang barangsiapa memilikinya, maka dia adalah munafik : Apabila bercakap,
dia berbohong, dan apbila diamanahkan dia mengkhianati, dan apabila berjanji dia
mungkir. Barangsiapa yang mempunyai salah satu daripadanya, dia masih mempunyai
satu sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya”.

Melalui sabda Baginda SAW ini, kita dapat mengenalpasti ciri-ciri munafik yang
cuba untuk menjatuhkan Islam(Berhanundin Abdullah, 2001 : 337).

Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Setiap muslim yang beriman walaupun imannya hanya senipis kulit bawang, beliau tetap
akan digoda oleh syaitan. Apatah lagi seorang Da’ie yang beriman yang berusaha untuk
menegakkan Islam. Syaitan adalah musuh yang terang kepada umat Islam, syaitan tidak
akan berhenti menghasut kita selagi kita mempunyai iman di dalam hati. Untuk menjauhi
godaan syaitan, seorang pendakwah itu mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT :

‫ٱلر ِجي ِم‬ َّ ‫سَعِ ۡذ بِٱللَّ ِه ِم َن‬


َّ ‫ٱلش ۡي ٰطَ ِن‬ ‫ت ٱ ۡلُق ۡرءَا َ'ن فَٱ ۡت‬ ۡ
َ ‫فَِإ َذا َقَرأ‬

Maksudnya : Apabila kamu menbaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan


dengan Allah dari syaitan yang direjam(al-Quran, 16 : 278)

Ayat al-Quran diatas menjelaskan kepada kita bahawa, untuk meminta


perlindungan Allah daripada syaitan adalah dengan membaca al-Quran. Kesimpulannya
adalah membaca al-Quran merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Jadi segala perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT adalah cara
untuk menjahi godaan syaitan(Fathi Yakan, 1998 : 59).

Berjihad Melawan Nafsu

Antara langkah untuk melawan nafsu adalah dengan mengurangkan makan. Hal ini
demikian kerana, akan matilah keserakahan syahwat. Selain itu, mengurangkan tidur juga
merupakan cara melawan nafsu. Dengan mengurangkan waktu tidur, kemahuan seseorang
itu akan menjadi jernih dan dapat membuatkan seseorang itu membezakan keperluan dan
kehendak. Selain itu, untuk melawan nafsu, kita mestilah hanya bercakap pada perkara
yang perlu. Hal ini menyebabkan diri kita selamat. Pepatah ada menyebut “kerana mulut
badan binasa” (Fathi Yakan, 1998 : 76).

Anda mungkin juga menyukai