Anda di halaman 1dari 22

IBADAH DALAM ISLAM

Pendahuluan
Ibadah adalah salah satu daripada tiga asas
utama agama Islam; aqidah, ibadah dan
akhlak.
• Allah SWT menjadikan dan menempatkan
manusia di bumi adalah untuk
menyempurnakan tiga tugas; iaitu ibadah,
khlifah dan pemakmur bumi.
• Kerana itu ibadah merupakan tugas utama
manusia di antara dua tugas yang lain yang
telah ditetapkan oleh Allah.
Definisi Ibadah
• Ibadah berasal daripada perkataan Arab: ‘Abda,
ya’budu, ibadatan wa ‘budiatan. Yangbererti
menurut perintah Allah, tunduk patuh, taat dan
menghinakan diri kepadaNya.
• Ibadah dari segi istilah boleh dilihat dari dua
sudut:
• Dari segi zat ibadah: iaitu segala perkara yang
disukai dan diredhai Allah SWT. Sama ada
perkataan/perbuatan zahir/batin.
• Dari segi peranan manusia: iaitu taat kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala yang disuruh
menurut cara yang diajar oleh Rasulullah SAW.
• Berdasarkan istilah dapat difahami bahawa ibadah
meliputi:
• Segala perbuatan
• Segala perkataan
• Niat di hati
Peringkat Ibadah
• Menurut al-Tahanui dalam Mausu’at Istilahat ‘Ulum
al-Islamiyahibadah ada tiga peringkat:
• 1. Ibadat – iaitu yang masyhur di kalangan orang
ramai yang beribadat kerana mengharapkan pahala dan
takutkan siksa.
• 2. Ubudiah - beribadat untuk memperoleh kehormatan
digelar sebagai “hamba Allah”
• 3. Ubudah – beribadah kerana membesar dan
mengagongkan Allah yang lahir dari rasa cinta kepada
Allah
Asas-asas Ibadah
• Ibadah hanyalah kepada Allah
• Dilakukan secara langsung tanpa sebarang
perantaraan dengan makhluk lain sama ada
manusia, jin mahupun malaikat dll.
• Memelihara keseimbangan antara rohani dan
jasmani.
• Ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan
dalam kemampuan manusia melaksanakannya.
Syarat Sah Ibadah
• Dilakukan mengikut cara, rukun dan syarat
yang telah ditetapkan oleh Allah (dalam al-
Quran) atau sepertimana yang telah diajarkan
oleh Rasulullah SAW
• Dilakukan dengan ikhlas hanya kepada Allah,
iaitu yang lahir dari kecintaan kepada Nya.
Skop Ibadah
• Ibadah dalam Islam bersifat syumul, meliputi
seluruh aspek kehidupan manusia. Semua
perkara yang tidak bertentangan dengan syarak
termasuk adat dikira ibadah.
• Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam
Islam boleh dilihat menerusi perkara berikut:
• Masa: dalam Islam ada ibadah yang terikat
dengan masa dan ada yang tidakterikat; ada
ibadah harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
• Tempat: terdapat ibadah yang dilaksanakan di
rumah, masjid, Mekkah dll. Ada yang tidak
dikhususkan tempat
• Cara: ibadah boleh dilakukan secara
bersendirian dan ada yang dilakukan secara
berjamaah.
• Bentuk: ada ibadah yang dikenali sebagai
ibadah khusus, umum, badaniah, maliah,
badaniah dan maliah, ijabiah dan salbiah.
Pembahagian Ibadah
• Ibadah boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian mengikut sudut tertentu:
• 1. dari segi hukum:
• Fardhu ‘Ain: iaitu yang dituntut (wajib ke
atas ssetiap individu mukallaf untuk
menunaikannya. Sesiapa yang melakukannya
mendapat pahala dan sesiapa yang
meninggalkanya dikira berdosa.
• Fardhu Kifayah
• Ibadah yang dituntut (wajib) ke atas sebahagian
umat Islam untuk melakukannya. Apabila ada
sebahagian yang melakukannya, maka
terlepaslah orang lain daripada dosa.
• Sunat: ibadah yang dituntut oleh syarak supaya
melakukannya dengan pilihan. Sesiapa
melakukannya mendapat pahala, dan sesiapa
yang meninggalkannya tidak dikira berdosa.
2. Dari segi Umum dan Khusus
• Ibadah Umum: ibadah yang tidak ditetapkan oleh
syarak cara-cara melaksanakannya, ini terpulang
kepada seseorang untuk melaksanakannya. Ia
meliputi seluruh aktiviti kehidupan manusia seperti
belajar, bekerja, makan, minum berpakaian dll.
• Ibadah Khusus: ibadah yang dinyatakan jenis,
rukun dan syaratnya oleh syarak. Seperti solat,
puasa dll. Manusia tiada hak untuk meminda
/melaksanakannya mengikut sesuka hati mereka.
Syarat-syarat Sesuatu Pekerjaan Dikira
Ibadah
• Orang yang melakukannya beragama Islam
• Amalan yang dilakukan tidak bercanggah
dengan syarak.
• Dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas
kerana Allah.
• Ketika melakukan pekerjaan tersebut tidak
sampai melalaikan ibadah khusus
3. Ibadah Ijabiyah dan Salbiyah
• Ibadah ijabiah: melakukan suruhan; sama ada
yang wajib/sinat. Seperti solat lima waktu dan
zikir.
• Ibadah salbiah: meninggalkan larangan sama
ada yang haram/makruh. Seperti minum arak,
berzina, merokok dll.
4. Dari Segi Pelaksanaan
• Ibadah Badaniah: ibadah yang dilakukan
dengan anggota badan seseorang semata-mata.
Seperti rukuk, sujud, solat dll.
• Ibadah Maliah: dilakukan dengan perantaraan
harta benda. Seperti zakat, sedekah, hadiah,
derma dll.
• Ibadah maliah-badaniah: dilakukan dengan
keupayaan anggota badan beserta dengan harta.
Seperti haji, jihad dll.
Kesan Keluasan Ruang Lingkup Ibadah

• Mencorakkan aktiviti hidup muslim


seluruhnya dengan Sibghah Rabbaniah.
• Menentukan halatuju yang jelas dalam setiap
aktiviti hidup muslim.
• Membentuk kesatuan haluan dan matlamat
dalam kehidupan seluruh umat Islam.
Hubungan Ibadat Dengan Akidah
• Ibadat adalah hasil /manifestasi daripada
akidah yang benar.
• Akidah adalah asas kepada ibadat. Tanpa
akidah yang benar, ibadat yang dikerjakan
tidak akan diterima.
• Akidah merupakan generator untuk
menggerakkan anggota manusia untuk
beribadat kepada Allah.
Kesan Ibadat Kepada Individu
• Menjadikan seseorang itu taatkan perintah Allah SWT
dalam semua keadaan, sama ada terang-terangan mahu pun
tersembunyi.
• Membersihkan diri seseorang daripada sifat-sifat tercela
dan dosa (dosa kecil).
• Mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT, kerana
Allah sukakan orang yang beribadat.
• Menjadikan seseorang itu bersikap al-raja’ (penuh
pengharapan) kepada Allah dalam masa yang sama ia
bersifat khauf (penuh ketakutan) terhadap ‘azab Allah SWT.
• Melahirkan individu yang berdisiplin,
menepati waktu, bersabar, bermaruah dll.
• Mewujudkan suasana harmoni, tenang,
bekerjasama dan sekata. Permusuhan dan
pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan.
Kerja yan berat dapat diselesaikan dengan
cepat dan mudah.
• Mewujudkan suasana berkasih sayang dan cinta
mencintai antara satu sama lain. Orang tua
mengasihi yang muda dan orang muda
menghormati yang tua.
• Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan
salah laku. Orang yang menyibukkan diri mereka
dengan melaksanakan ibadah menyebabkan
mereka tidak berpeluang untuk menyibukkan diri
mereka dengan perkara yang salah.
• Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh
musuh, kerana Allah SWT akan membantu.
Sebaliknya jikalau umat Islam lemah
beribadah dan ditambah lagi berterusan
melakukan maksiat, Allah tidak akan
membantu mereka dan mereka hanya
menunggu saat-saat kehancuran.
Hikmat Ibadah
• Ibadah merupakan makanan rohani bagi manusia.
Jika makanan dan minuman menyuburkan jasad,
ibadat pula menyuburkan roh dan jiwa.
• Dengan memperhambakan diri kepada Allah
manusia muslim dapat membebaskan diri daripada
perhambaan sesama manusia dan kepada makhluk.
• Ibadat dapat membersihkan jiwa daripada fahsya’
dan mungkar

Anda mungkin juga menyukai