Anda di halaman 1dari 2

Rukun Bacaan Al-Quran

Bacaan al-Quran yang sahih hendaklah memenuhi tiga rukun bacaan;

1. Sah Sanad
2. Bacaan hendaklah bertepatan dengan Rasm al-'Uthmaniy
3. Bacaan hendaklah bertepatan dengan kaedah ilmu nahwu

Huraian

Bacaan al-Quran mestilah dipelajari secara bertalaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya
bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Ini merupakan rukun yang paling penting dan utama kerana
bacaan al-Quran adalah sunnah yang mesti diikuti.

Sanad bermaksud sandaran, manakala sanad qiraat al-Quran ialah bacaan al-Quran yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w yang diterima dari mulut Rasulullah s.a.w oleh para sahabat
yang kemudian diajarkan kepada orang lain. Begitulah seterusnya bacaan al-Quran diterima melalui
proses pemindahan dari seorang kepada seorang hingga sampai kepada kita. Alhamdulillah, Allah
mentakdirkan saya khatam 30 juz dua kali secara talaqqi dan musyafahah dari 2 orang guru al-Quran
yang sanad mereka bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Setakat ini saya baharu ada dua ijazah
sanad bacaan al-Quran dan berazam akan menpelajari bacaan al-Quran dari guru al-Quran yang lain
sama ada di Malaysia atau luar negara pada masa hadapan in sya Allah.

Bacaan al-Quran hendaklah bertepatan dengan kaedah Rasm al-'Uthmaniy. Alhamdulillah kita
mudah mendapatkan mushaf Rasm al-'Uthmaniy di negara kita. Oleh itu, umat Islam hendaklah
meneliti terlebih dahulu sebelum membeli mushaf agar tidak membeli mushaf al-Quran Rasm al-
Imla'i, Rasm al-Qiyasi atau al-Quran Majid. Sebagai panduan ringkas, lihat ejaan ‫ الرحيم‬dalam
Basmalah atau ayat ke-3 surah al-Fatihah, jika tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya,
maka ia adalah kaedah Rasm al-'Uthmani. Jika ada tanda sukun di atas huruf Ya, maka ia bukan
mushaf Rasm al-'Uthmaniy. Atau lihat kepada ejaan ‫ ملك‬di awal ayat ke-4 surah al-Fatihah, jika ia
dieja ‫ ملك‬tanpa huruf Alif, maka ia al-Quran Rasm al-'Uthamaniy, dan bukan Rasm al-'Uthmaniy jika
dieja dengan Alif iaitu ‫ مالك‬.

Syukur kepada Allah, mushaf al-Quran yang ada sekarang ini sudah sukup lengkap dengan tanda
baris, tanda waqaf dan simbol-simbol tertentu untuk bacaan khas sebagai panduan umat Islam
membaca al-Quran. Namun demikian, kita wajib mempelajari ilmu tajwid agar kita tidak melanggar
hukum hakam tajwid, waqf dan ibtida'. Oleh sebab itulah, bacaan al-Quran yang sahih itu mesti betul
dari sudut ilmu nahwu ( bukan nahu ) Arab. Sebaik-baiknya kita hendaklah mempelajari asas Bahasa
Arab sebab ia berguna kepada kita khususnya untuk memahami makna ayat al-Quran yang kita baca.

Bacaan al-Quran yang tidak memenuhi tiga rukun di atas tidak dikira sebagai bacaan al-Quran yang
betul tetapi dikira bacaan Syazz meskipun ia terdapat dalam imam qiraat yang tujuh. Demikianlah
kata imam Ibnu al-jazari rahimahullah. Anda boleh mendapati keterangan tentang rukun bacaan ini
di dalam kitab-kitab tajwid yang muktabar antaranya kitab Ghayah al-Murid fi 'ilm al-Tajwid di
halaman 16-17 oleh al-Syaikh 'Athiyah Qabil Nasir beliau adalah salah seorang syaikh di dalam sanad
ijazah saya ( iaitu guru syaikh kami al-Marhum Syaikh Ridha bin Salim al-Muqri' rahimahullah ), atau
kitab Qiraat al-Quran biriwayat Hafsh bin Sulayman di halaman 12 oleh al-Syaikh Muhammad 'Atha
Allah 'Ayis Nabhan rahimahullah. Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai