Anda di halaman 1dari 15

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

KAJIAN TENTANG KEFAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN DI KALANGAN IMAM-IMAM MASJID BERTAULIAH. ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji tentang kefahaman imam-imam masjid yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran. Terdapat empat aspek penting yang terkandung dalam kajian ini iaitu latar belakang pendidikan al-Quran/tarannum di kalangan imam-imam masjid sekitar kawasan kajian,pengetahuan asas tentang tarannum alQuran,kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum dan cadangan imamimam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman imam-imam masjid yang bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum al-Quran dan istilah-istilah dalam ilmu tarannum alQuran.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap kemampuan imam membaca al-Quran secara bertarannum.Kajian ini tertumpu kepada imam-imam masjid yang bertauliah sekitar Daerah Baling,Kedah Darul Aman.Seramai 10 orang imam yang bertauliah dari 7 buah masjid telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Respon skala likert empat mata digunakan dalam soal selidik ini. Selain itu purata dan peratus digunakan dalam melapor dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya tahap kefahaman imam-imam masjid bertauliah tentang ilmu tarannum al-Quran berada di tahap baik.Para imam menunjukkan tahap kemampuan yang baik dalam pengetahuan asas ilmu tarannum tetapi agak sederhana dalam pembacaan al-Quran secara bertarannum. Cadangan dari dapatan kajian ini ,para imam mestilah meningkatkan kefahaman mereka akan ilmu tarannum dengan mempelajarinya dan mengaplikasinya bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum di kalangan masyarakat Islam.

BAB 1

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

PENDAHULUAN 1.0 Pendahuluan Kaedah tarannum merupakan amalan bacaan secara berlagu dan mengalunkan bacaan tersebut dengan suara yang sedap di dengar mengikut qiraat tertentu dan tidak melanggar hukum-hukum tajwid. Tarannum berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu,tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah :121,

Maksudnya, orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka ,sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan,mereka itulah orang-orang yang beriman kepadaNya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Sejarah tarannum al-Quran bermula sejak penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW lagi, di mana baginda amat suka membaca al-Quran dengan suara yang lunak dan melagukannya.Baginda SAW memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik. Sabda Baginda Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Masud, Abu Musa Asyari dan beberapa sahabat besar yang lain. Baginda SAW suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan sahabatnya dan sering memuji bacaan mereka .Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn Ummi Abd (iaitu gelaran kepada Abdullah ibn Masud) Di nusantara khususnya di Malaysia,pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada tahun 1960 merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran secara bertarannum.Perkembangan ilmu tarannum di Malaysia mula mengalamai anjakan paradigma apabila ia melangkah setapak ke hadapan

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

dengan wujudnya pelbagai rancangan televisyen berkaitan tarannum seperti Mari bertarannum dan Akademi Al-Quran. Program-program ini telah berjaya menarik minat masyarakat terhadap ilmu tarannum. Antara jenis lagu Rast,Sikkah dan Jiharkah. Tarannum Bayyati merupakan tarannum yang popular di kalangan qari kerana ia menjadi tarannum pembukaan dan penutup.Tarannum Rast pula mempunyai gerak yang lembut dalam ketegasan. Tarannum Hijjaz pula sesuai dibawa pada nawa, jawab dan jawabul jawab.Tarannum Soba dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu ,merintih dan sedih.Manakala tarannum Nahawand mempunyai gerak ringan tetapi penuh kelembutan.Tarannum Sikkah pula sesuai digunakan pada ayat-ayat penceritaan kerana sifatnya yang ringan dan bersahaja.Tarannum Jiharkah juga tarannum yang dikenali dengan sifat-sifat yang mendayu-dayu dan sedih dan sesuai menceritakan tentang hari kiamat. Selain itu, terdapat istilah-istilah khusus dalam ilmu tarannum seperti ikhtilal al-Lahn, Burdah,nagham,mahattah,qitah, harakah dan taushih. Qari dan qariah perlu mengetahui pengertian dan fungsi setiap istilah ini bagi memantapkan bacaan mereka dalam ilmu tarannum. Kajian ini akan menumpukan tentang tahap kemampuan imam-imam masjid bertauliah mengenai pengetahuan asas ilmu tarannum al-Quran, istilah-istilah dalam tarannum dan tahap kemampuan mereka dalam membaca al-Quran secara bertarannum. Selain itu, pendapat-pendapat imam-imam akan dikumpul untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum al-Quran. BAB II PENGENALAN SKOP DAN TEMPAT KAJIAN 2.0 Pengenalan Skop dan Tempat Kajian Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang kefahaman imamimam yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran.Kajian ini melibatkan 10 orang imam yang bertauliah dari 7 buah masjid sekitar Daerah Baling. Responden terdiri 3 orang bekas imam dan 7 orang imam di masjid sekitar Daerah Baling iaitu 2 orang dari Masjid Mengkuang, 2 orang dari Masjid Kupang,2 orang dari Masjid Caruk Bemban,dan setiap seorang dari Masjid Baling, Masjid Parit Panjang ,Masjid Sg.Limau dan Masjid Kg. Padang.Purata umur responden ialah antara 30- 70 tahun. Semua responden pernah mempelajari dan mendapat pendedahan mengenai ilmu tarannum al-Quran samada secara berguru atau melalui pengajian di sekolah agama atau institusi tinggi. atau tarannum yang popular di kalangan qari dan qariah di Malaysia ialah tarannum Bayyati, Soba, Hijjaz,Nahawand,

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu set borang soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji.Keseluruhan item ialah 19 item yang mempunyai kesahan konstruk,kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Skala likert empat mata dengan kaedah skornya Tidak Tahu(TT) dengan skor 1 mata ,Tidak Pasti(TP) dengan skor 2 mata Tidak Benar (TB) dengan skor 3 mata dan Benar (B) dengan skor 4 mata, digunakan dalam kajian ini.Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengetahui hasil kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian ,iaitu bahagian A,bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan latar belakang pendidikan al-Quran dan tarannum responden ,manakala bahagian B ialah soalan berkaitan dengan kajian dan Bahagian C pula berkaitan dengan tahap kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum serta pendapat para imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum alQuran.Empat skala digunakan dalam bahagian ini iaitu skala cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Item soal selidik bahagian B dibina berdasarkan kepada dua persoalan penting iaitu pengetahuan asas tentang lagu tarannum al-Quran dan istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu tarannum al-Quran.Item 1 hingga 7 adalah berkaitan mengenai persoalan tentang pengetahuan asas lagu tarannum al-Quran.Item 1 adalah persoalan mengenai tarannum Bayyati, item 2 berkaitan tarannum Hijjaz. Item 3 berkaitan tararannum Nahawand,item 4 berkaitan dengan persoalan tarannum Rast ,item 5 berkaitan tarannum Soba,item 6 berkaitan tarannum Sikkah dan item 7 ialah mengenai tarannum Jiharkah. Item 8 hingga 14 adalah berkaitan dengan persoalan mengenai istilah-istilah yang terdapat dalam tarannum al-Quran.Item 8 adalah berkaitan dengan persoalan ilkhtilal al-lahn, Item 9 adalah persoalan mengenai Burdah, Item 10 adalah persoalan mengenai Nagham, Item 11 berkaitan persoalan Mahattah, Item 12 adalah berkaitan persoalan Qitah,Item 13 adalah berkaitan persoalan harakah dan Item 14 adalah berkaitan persoalan Taushih. Bahagian C adalah soal selidik untuk mengetahui tahap kemampuan para imam membaca al-Quran secara bertarannum. Sebanyak 7 jenis tarannum yang diuji iaitu Tarannum Bayyati, Tarannum Hijjaz, tarannum Soba, tarannum Rast, Tarannum Nahawand, tarannum Sikkah dan Tarannum Jiharkah dimana empat skala disediakan iaitu cemerlang, baik, sederhana dan lemah.Pada bahagian ini juga disediakan satu ruang untuk para imam menyuarakan pendapat mereka untuk mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran.

2.1

Objektif Kajian

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Antara objektif kajian ini ialah:i. Mengetahui latar belakang pendidikan al-Quran dan tarannum di kalangan imam -imam bertauliah. ii. Mengetahui tahap kefahaman imam-imam bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum al-Quran. iii. Mengetahui tahap kefahaman imam-imam bertauliah mengenai istilah-istilah ilmu tarannum al-Quran. iv. Mengetahui tahap kemampuan imam-imam bertauliah membaca al-Quran secara bertarannum. v. Mengumpul cadangan imam-imam bertauliah untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. BAB III HASIL KAJIAN 3.0 Hasil Kajian Dapatan kajian yang diperolehi dari soal selidik telah digunakan untuk menjawab objektif kajian 1 iaitu mengetahui mengenai latar belakang pendidikan al-Quran atau tarannum di kalangan imam-imam bertauliah. Sebanyak 4 item telah diberi bagi menilai tentang persoalan ini, iaitu tempoh mempelajari, tempat mempelajari pendidikan alQuran/tarannum, pengalaman mengajar ilmu tarannum dan pengalaman menjadi imam masjid yang bertauliah. Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian yang telah diperolehi. Imam Tempoh mempelajari 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tempat mempelajari Pengalaman mengajar Pengalaman menjadi imam

tarannum tarannum tarannum yang bertauliah Setahun Sekolah agama Tidak pernah 5 tahun setahun Cara berguru Tidak pernah 3 tahun setahun Cara berguru pernah 2 tahun Dua tahun Cara berguru Tidak pernah 2 tahun Dua tahun Sekolah agama pernah 3 tahun Dua tahun Institusi tinggi pernah 2 tahun Tiga tahun Institusi tinggi pernah 3 tahun Tiga tahun Cara berguru Tidak pernah 4 tahun Tiga tahun Sekolah agama pernah 2 tahun Tiga tahun Sekolah agama pernah 1 tahun Jadual 1: Latar belakang Pendidikan al-Quran/tarannum imam-imam bertauliah Berdasarkan soal selidik yang diberi,30% imam mempelajari ilmu tarannum al-Quran

selama setahun, 30% selama dua tahun dan 40% selama tiga tahun. 30% imam mempelajari

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

ilmu tarannum al-Quran di sekolah agama, 40% imam mempelajarinya secara berguru dengan mualim mursyid dan 30% mempelajarinya di institusi tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan 60% imam pernah mengajar ilmu tarannum al-Quran dan 40% imam tidak pernah mengajarnya secara formal.10% imam berpengalaman menjadi imam selama lima tahun,10% selama 4 tahun,30% selama 3 tahun, 40% selama 2 tahun dan 10% selama setahun. Selanjutnya dapatan kajian bagi menjawab kajian ke-2 iaitu mengetahui tahap kefahaman imam-imam bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum alQuran.Bagi item 1,jawapan bagi persoalan mengenai tarannum bayyati sebagai tarannum pembukaan dan penutup adalah benar.Sebanyak 80% imam menjawab benar dan 20% menjawab tidak pasti. Bagi item 2, iaitu persoalan tarannum Hijjaz berada di tahap jawab, 50% imam menjawab benar, 40% menjawab tidak pasti dan 10% menjawab tidak benar. Bagi item 3, iaitu persoalan tarannum Nahawand tiga jawapan diberikan iaitu 50% benar, 30% tidak pasti dan 20% tidak benar. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu.Bagi item 4, iaitu persoalan tentang tarannum Rast, tiga jawapan diberikan iaitu 40% benar, 20% tidak benar dan 40% tidak pasti.Responden yang dapat menjawab dengan tepat dikira menguasai dan yang tidak tepat dikira tidak menguasai.Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman imam mengenai empat ilmu tarannum ini.

Bagi item 5, tarannum Soba dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu ialah benar, 40% imam menjawab benar, 40% tidak pasti dan 20% tidak benar. Tiada imam yang menjawab skala tidak tahu.Bagi item 6, iaitu persoalan mengenai tarannum Sikkah, 50% imam menjawab benar dan 50% menjawab tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak benar dan tidak tahu.Bagi item 7, tarannum Jiharkah sesuai digunakan pada ayat yang menceritakan tentang hari kiamat ,tiga jawapan diberikan iaitu 50% imam menjawab benar,

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

20% tidak benar dan 30% tidak pasti.Tiada responden yang menjawab tidak tahu. Bagi soalan 5 hingga 6, jawapan yang tepat ialah benar,Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman para imam bagi tiga ilmu tarannum ini.

Dapatan kajian seterusnya adalah untuk menjawab objektif kajian ke-3 iaitu mengetahui tahap kefahaman imam-imam mengenai istilah-istilah dalam ilmu tarannum. Bagi item 8, iaitu berkaitan istilah ikhtilal al-lahn jawapan yang tepat adalah benar. Tiga jawapan yang diberikan iaitu 30% benar, 10% tidak benar dan 60% tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu.Bagi item 9, iaitu burdah bermaksud lagu atau getaran suara, 40% imam menjawab benar, 20% tidak benar dan 40% tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu.Bagi item 10 iaitu nagham bermaksud lagu-lagu seperti Bayyati, 50% responden menjawab skala benar dan 50% responden menjawab tidak pasti.Bagi item 11 iaitu berkaitan istilah Mahattah, jawapan yang tepat ialah benar. 80% responden menjawab benar dan 20% menjawab tidak pasti. Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman para imam mengenai istilah lagu tarannum ini.

Bagi item 12 Qitah merupakan gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattah, jawapan yang tepat ialah benar. Tiga jawapan diperolehi iaitu 40% responden menjawab benar

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

,20% tidak benar dan 40% tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu. 90% responden menjawab dengan tepat item 13 iaitu persoalan mengenai istilah harakah dan hanya 10% yang menjawab tidak pasti.Bagi item 14, iaitu berkaitan persoalan istilah taushih,tiga jawapan diberikan. 40% responden menjawab benar, 20% tidak benar dan 40% tidak pasti. Kebanyakan responden tahu peranan istilah ini, tetapi tidak arif akan istilahnya. Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman para imam mengenai istilah tarannnum ini.

Dapatan kajian seterusnya menjawab objektif ke-4 iaitu mengetahui tahap kemampuan imam-imam bertauliah membaca al-Quran secara bertarannum.Responden dikaji mengenai tujuh jenis lagu tarannum iaitu tarannum Bayyati, Hijjaz,Soba, Rast,Nahawand ,sikkah dan Jiharkah melaui soal selidik dan juga pembacaan.(rujuk lampiran). Kajian mendapati 30% imam membaca dengan cemerlang dalam tarannum Bayyati, manakala 50% pada tahap baik,20% baik dan tiada yang lemah. Bagi tarannum Hijjaz 30% imam membaca dengan cemerlang, 50% pada tahap baik,20% baik dan tiada yang lemah.Bagi Bagi tarannum Soba, 30% imam dapat membaca dengan cemerlang, 40% pada tahap baik dan 20% pada tahap sederhana.tiada peratus dicatatkan pada kategori lemah.Bagi tarannum Rast, hanya 20% imam dapat membaca dengan cemerlang,20% pada tahap baik dan 60% pada tahap sederhana.Peratus yang sama dicatatkan bagi tarannum Nahawand iaitu 20% cemerlang,20% baik dan 60% pada tahap sederhana. Bagi tarannum sikkah pula, hanya 10% imam yang dapat membaca dengan cemerlang,20% pada tahap baik dan 70% pada tahap sederhana. Bagi tarannum Jiharkah peratusan yang sama dicatatkan, iaitu 10% cemerlang,20% baik dan 70% pada tahap sederhana. Tiada peratusan dicatatkan pada kategori lemah.Kebanyakan imam dapat membaca dengan cemerlang menggunakan tarannum Bayyati, Hijjaz,Soba dan Rast tetapi

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

sederhana apabila membaca secara tarannum Nahawand, sikkah dan Jiharkah. Kajian juga dijalankan dengan mendengar bacaan imam-imam tersebut. Satu rakaman bacaan imam yang disediakan menunjukkan imam berjaya menguasai ilmu tarannum dengan baik. Bacaan tarannum tersebut dimulakan dengan bayyati , hijjaz, nahawand, rast dan Jiharkah.(rujuk CD rakaman).Ini menunjukkan imam mengetahui jenis tarannum,tabaqat suara, harakat yang betul dalam membaca al-Quran. Graf di bawah menunjukkan tahap kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum.

3.1

Cadangan Imam Imam Dapatan kajian seterusnya adalah menjawab objektif kajian ke-5 iaitu mengumpul

pendapat imam-imam bagi meningkatkan penguasaan ilmu tarannum al-Quran.Cadangancadangan yang telah diberikan ialah:i. Mengajar ilmu tarannum bermula dari sekolah rendah,sekolah menengah dan peringkat universiti Para imam berpendapat,ilmu tarannum perlu diajar bermula dari sekolah rendah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar.Seterusnya ia perlu diteruskan ke sekolah menengah dan ke peringkat universiti.Sekiranya ilmu tarannum diajar dari peringkat rendah lagi, sudah tentu generasi akan datang menjadi generasi celik al-Quran yang mahir dalam tarannum al-Quran. ii. Mengadakan kursus pendedahan ilmu tarannum kepada guru-guru di sekolah oleh guru yang mahir dalam bidang tarannum.

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Para imam berpendapat, perlu diadakan kursus pendedahan ilmu tarannum atau kursus tahsin al-Quran kepada guru-guru di sekolah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru mempelajari ilmu tarannum. Kursus ini perlu dibimbing oleh guru-guru tarannum yang mahir dan berpengalaman. Dengan ini, guru dapat menyampaikan pendidikan al-Quran kepada murid-murid dengan berkesan, sekaligus dapat mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. iii. Belajar ilmu tarannum secara talaqqi musyafahah Ilmu tarannum al-Quran perlu dipelajari secara talaqqi musyafahah dari seorang guru yang alim dalam bidang ini. Melalui kaedah ini , seseorang pelajar dapat mempelajari ilmu tarannum dengan lebih mendalam dan mengetahui cara bertarannum yang betul. iv. Memperbanyakkan kelas mengajar tarannum al-Quran Para imam berpendapat perlu diperbanyakkan kelas mengajar ilmu tarannum al-Quran untuk memberi pendedahan kepada umat islam. Kelas-kelas ini boleh diadakan di masjid-masjid, surau, tempat pengajian,dewan dan sebagainya sebagai usaha untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Imam-imam perlu berperanan sebagai tenaga pengajar atau pengendali kelas ini.Melalui cara ini masyarakat dapat mempelajari ilmu tarannum al-Quran. v. Perbanyakkan pertandingan tilawah al-Quran di peringkat kampung dan daerah bagi melahirkan minat masyarakat. Bagi menarik minat umat Islam khusunya golongan remaja ,para imam berpendapat pertandingan tilawah al-Quran perlu diperbanyakkan.Pertandingan ini boleh diadakan di peringkat kampung , daerah seterusnya negeri dan kebangsaan. Pihak penganjur boleh sediakan insentif yang lumayan kepada para pemenang. Melalui cara ini dapat menarik golongan remaja mempelajari ilmu tarannum sekaligus memperingkatkan penguasaan ilmu tarannum vi. Latih tubi dan latihan berterusan bersama guru mursyid kepada pelajar tarannum al-Quran. Bagi meningkatkan prestasi pengajian ilmu tarannum, para pelajar perlu melakukan latih tubi dan latihan berterusan bersama guru tarannum yang berkelayakan. Ini dapat membantu pelajar meningkatkan mutu bacaan mereka dalam mempelajari ilmu tarannum. Buktinya dapat dilihat bagaimana peserta Akademi Al-Quran dapat berjaya meningkatkan mutu bacaan Al-Quran mereka apabila selalu melakukan latih tubi bersama guru mursyid mereka. vii. Latihan penjagaan suara bagi mengekalkan kelunakan suara membaca al-Quran

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Para imam juga berpendapat, pelajar tarannum al-Quran perlu melalui latihan penjagaan suara bagi mengekalkan suara ketika membaca al-Quran. Para pelajar perlu menjaga pemakanan dan kesihatan untuk tujuan itu. Petua dan latihan menjaga suara boleh dipelajari dari guru mursyid, pengalaman qari-qariah serta dari pembacaan.Sekiranya suara dapat dijaga dengan baik sudah tentu dapat menghasilkan mutu bacaan yang baik. viii. Menyiarkan program-program tarannum al-Quran di televisyen. Pihak media elektronik boleh membantu mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran dengan menyiarkan program-program tarannum al-Quran di telivisyen. Program sebegini telah diadakan oleh pihak TV9 dengan menyiarkan program Mari Bertarannum dan Akademi AlQuran. Para imam berpendapat, pihak media perlu memperbanyakkan program seumpama ini dalam banyak lagi rangkaian televisyen. Melalui televisyen, program ini akan dapat menarik minat umat Islam untuk mempelajari ilmu tarannum al-Quran. Dengan ini dapat mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran. Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan oleh sepuluh orang imam ini, jelas membuktikan para imam meletakkan ilmu tarannum sebagai satu ilmu yang penting dan perlu dipelajari. Pendapat-pendapat yang diberikan adalah amat sesuai bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum di kalangan pelajar, guru serta seluruh umat Islam. BAB IV PENUTUP 4.1 Cadangan dari Dapatan Kajian Berdasarkan kajian yang dijalankan ,tahap kefahaman para imam yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran adalah di tahap baik. Ini berdasarkan pandangan 10 orang imam yang bertauliah sekitar Daerah Baling, Kedah . Kajian mendapati imam-imam mengetahui mengenai pengetahuan asas tarannum seperti Bayyati, Soba, Rast,Nahawand, Sikkah dan Jiharkah dengan baik. Para imam menunjukkan kefahaman yang tinggi apabila mengetahui tentang jenis-jenis tarannum yang dinyatakan dari segi pengertian dan fungsinya. Ini adalah disebabkan para imam telah mendapat pendedahan mengenai ilmu tarannum samada secara berguru, dari sekolah agama atau institusi pengajian tinggi. Namun begitu,kajian mendapati tahap kefahaman para imam mengenai istilah-istilah tarannum al-Quran berada di tahap sederhana.Ini kerana kebanyakan imam hanya mempelajari bacaan al-Quran bertarannum secara praktikal dan kurang menekankan dari segi teori ilmu tarannum itu. Namun begitu, kebanyakan imam mengetahui maksud dan fungsi harakah, mahattah dan qitah dengan tepat.Dari segi pembacaan al-Quran secara

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

bertarannum , didapati tahap penguasaan imam berada pada tahap sederhana baik. Terdapat imam yang dapat membaca empat jenis lagu tarannum dengan baik iaitu tarannum bayyati, Hijjaz,Nahawand dan Rast. Terdapat juga imam yang kurang berkemampuan untuk membaca al-Quran secara bertarannum terutama tarannum Soba,Sikkah dan Jiharkah. Cadangan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu para imam meningkatkan kefahaman mengenai ilmu tarannum al-Quran. Antara cadangan yang boleh membantu ialah Pihak Jabatan Agama Islam Negeri perlu mengadakan kursus tarannum kepada imam-imam masjid untuk memberi pendedahan kepada para imam dalam bidang ilmu tarannum.Kursus ini perlu diadakan secara teori juga praktikal.Sewajarnya para imam mengikuti kursus ini kerana bacaan mereka akan menjadi contoh kepada jemaah lain. Jabatan Agama Islam juga boleh mengadakan Kursus Tahsin al-Quran bagi meningkatkan kefahaman para imam mengenai ilmu tarannum dan memperelokkan bacaan al-Quran. Antara perkara yang ditekankan dalam kursus Tahsin al-Quran ialah membaca alQuran dengan elok dan bertarannum.Pihak Jabatan Agama Islam boleh menjemput qari-qari yang terkenal seperti Hj Nik Jaafar bin Ismail untuk mengendalikan kursus ini. Selain itu, pihak Jabatan Agama Islam perlu menjadikan penguasaan ilmu tarannum sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan untuk jawatan imam.Oleh kerana institusi imam merupakan satu institusi yang sangat penting dalam masyarakat,imam yang dipilih semestinya orang mahir dalam ilmu agama termasuklah ilmu tarannum al-Quran. Tambahan pula masyarakat kini sudah mendapat pendedahan tentang ilmu tarannum samada melalui pengajian ataupun program tarannum yang disiarkan oleh televisyen. 4.2 Kesimpulan Membaca al-Quran secara bertarannum merupakan satu galakan Rasulullah SAW kepada umatnya untuk memperelokkan bacaan al-Quran. Bacaan secara bertarannum bukan sahaja sedap didengar tetapi dapat memelihara kesucian al-Quran dan meninggikan martabatnya. Para imam yang dipertanggungjawabkan menjaga institusi masjid seharusnya mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk dijadikan contoh teladan kepada para jemaah.
Kajian ini bermanfaat kepada para imam yang bertauliah secara umumnya kerana dapat mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dalam ilmu tarannum Manakala secara khususnya, dapat mengenalpasti tahap bacaan para imam secara bertarannum . Dengan itu, para imam dapat mencari jalan dan berusaha untuk mengatasi kelemahan melalui beberapa cadangan yang dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam ilmu tarannum dan memantapkan bacaan dalam tilawah al-Quran . Para

imam seharusnya berusaha mempelajari ilmu tarannum dan mengaplikasikannya dalam

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

bacaan solat

dan bacaan al-Quran mereka. Sekiranya para imam berpengetahuan dan

berkemahiran , tentulah dapat mempertingkatkan lagi ilmu tarannum di kalangan umat Islam.justeru itu, hasrat untuk melahirkan masyarakat yang celik tahsin al-Quran akan tercapai.

RUJUKAN Buku Panduan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ), Edisi Semakan ,Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir. Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu.

Mohd Aderi Che Noh,Kajian: Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran.

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Manual Kerja Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Edisi Ketiga (Disember 2008) Format Kertas Cadangan Kajian Tindakan. Haji Ahmad Tajudidin bin Abdul Hamid(1998), Metodologi Dakwah Alaf Baru,Jurnal

Dakwah.Jabatan Pendidikan Islam dan Moral kementerian Pendidikan Malaysia. Hj Norakyairee Mohd raus, Dr Adnan Mohamed Yusoff, 2008, HBQE3103 Tarannum al-Quran, Meteor Doc Sdn.Bhd.Seri Kembangan.

Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan alQuran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, Ustaz Saidin bin Hussain, Imam Masjid Mengkuang 2010-2011,temubual, 20 Mei 2011
http://www.scribd.com/doc/14166745/kerja-kursus-sttq-ku-2008

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK BAB IBAB II 2.0 2.1 BAB III 3.1 PENDAHULUAN PENGENALAN SKOP DAN KAJIAN Pengenalan skop dan kajian Objektif kajian HASIL KAJIAN Cadangan imam-imam

1 2- 3 3-5

5 -11

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

BAB IV 4.1 4.2 RUJUKAN LAMPIRAN

PENUTUP Cadangan Dari Dapatan Kajian Kesimpulan

11-13

14

Rakaman bacaan Imam secara bertarannum. Borang soal selidik. Analisis jawapan bagi soal selidik. Pendapat Imam-imam masjid.

Anda mungkin juga menyukai