Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan

Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni
bunyi sesuatu bacaan, khususnya tarannum Al-Quran1. Ilmu tarannum adalah satu cabang
ilmu yang terpenting dalam pembacaan Al- Quran. Terdapat beberapa hadis sahih yang
menunjukkan bahawa sejarah tarannum Al-Quran bermula sejak pada zaman Rasulullah
s.a.w lagi. Antaranya:

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫يجه ُر ِبه‬ ِ ‫لَْيس ِمنَّا من لم َيتغَ َّن بِال ُق‬


َ :‫ وزاد غيره‬.‫رآن‬ َ َ
Maksudnya: Bukanlah dari kalangan kami (umatku) orang yang tidak melagu- lagukan suara
apabila membaca Al-Quran, dan riwayat yang lain berkata membaca dengan kuat atau
lantang2.

Sabda Rasulullah s.aw:

‫جه ُر به‬ ِ ‫وت بِال ُق‬


َ َ‫رآن ي‬ ِ ‫الص‬
َّ ‫س ِن‬ ِ ِ ِ ٍ َ ِ‫َما أ َِذ َن اهللُ ل‬
َ ‫شيء َّما أَذ َن لنَّب ِّي َح‬
Maksudnya: Allah s.w.t tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuati
perkara seperti mana Allah s.w.t menumpukan perhatian kepada seseorang nabi yang
memperelokkan lagu (tarannum) Al-Quran3.

Berdasarkan hadis-hadis berikut, jelaslah bahawa membaca Al-Quran secara


bertarannnum merupakan perkara yang dituntut dan juga merupakan sunnag Rasulullah
s.a.w. Bertarannum ketika membaca Al-Quran bukan sahaja sesuai dengan kehendak jiwa
bahkan juga sesuai dengan kehendak huruf- huruf Al-Quran. Ia juga selaras dengan ragam-
ragam ayat dan mencapai matlamat pembacaan Al-Quran yang sebenar.

1
Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Kamus Dewan Edisi Keempat.
2
Hadis riwayat Bukhari. Kitab At-Tauhid. No.7527.
3
Hadis riwayat Bukhari. Kitab At-Tauhid. No. 7544.

1
2.0 Tarannum

2.1 Istilah Tarannum

Tarannum dari segi bahasa berasal daripada perkataan ( ‫م‬


َ َّ ‫ )ت َ َرن‬yang bererti
menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu4. Tarannum juga

dikenali dengan makna (‫ن‬ َ َ ‫ )ل‬dan jamaknya


َ ‫ح‬ ‫أَحلَ ا َن َوحُلُ و َن َوحَلَ َن يِف قَِرائَتِ ِه‬, 5
maksudnya nada

suara yang indah atau suara yang dibawakan dalam bentuk seni. Selain itu, tarannum juga

ِ ‫الص‬
"‫وت‬ َّ ‫"رفَ ُع‬ ِ ِ ِ ِ
ِ َّ ‫ "حَتْسني‬dan “‫الق راءة‬
seerti dengan
َ ،"‫ "التغَيِّن " اجلَ ْه ُر بال َقرآن‬،"‫سني الق راءَة‬
ُ ْ‫ "حَت‬،"‫الص وت‬ ُ َ
‫ ”اجملَ َّو َد ِة‬. Tarannum juga disebut dengan “‫َّغام‬
6
ُ ‫”الن‬. Kata terbitan “‫( ”النَّغامة‬bentuk muannas dari “َّ‫الن‬
‫)”غ ُام‬, jamaknya ialah “‫”النَّغام ات‬ 7
bererti lagu dalam konteks memperindahkan suara dalam

bacaan Al-Quran.

Dari segi istilah, tarannum merujuk kepada lagu Al- Quran atau dengan perkataan
lain, membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan berlagu. Istilah ini digunakan oleh
Dewan Juri Majlis Tilawah Al-Quran Nasional dan Internasional di Malaysia 8. Di Malaysia,
istilah tarannum telah menjadi sinonim dengan merujuk kepada tarannum Al-Quran, lagu-
lagu Al-Quran atau seni lagu Al-Qura. Bagi negara arab, istilah “Tarannum” tidak masyhur

kerana mereka menggunakan istilah “ ‫َّغام‬


ُ ‫ ”الن‬dan “‫ ”النَّغامات‬untuk maksud tarannum Al-Quran
termasuk Indonesia9.

2.2 Sejarah Tarannum

Tarannum Al-Quran adalah suatu ilmu yang mempunyai sandaran syara’ yang kuat
dengan didokongi oleh hadis- hadis riwayat yang sahih. Ia telah wujud sejak zaman
Rasulullah s.a.w lagi. Dalam kalangan masyarakat arab, telah menjadi budaya mereka

4
Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut: Darul Masadir. Jilid 2
Halaman 256.
5
Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut: Darul Masadir. Jilid 2
Halaman 263
6
Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad Abdullah at-Tawil. (199). Fan at-Tartil wa Ulumah. Madinah
Muawwarah: al Mamlakah al-Arabiyyah as-Saudiyah. Jilid 1, halaman 157,165 dan 179.
7
Ilyas. (1972). Modern Dictionary Arabic English. Beirut: Darul Jayl. Halaman 1719.
8
Peraturan Kehakiman Jabatan Perdana Menteri. (1992). Buku Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Antarabangsa ke 33. Kuala Lumpur.
9
Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di
Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2
bertarannum (menyanyi) di serata tempat- tempat dengan syair- syair mereka, sama ada
ketika perjalanan atau bermukim. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah
menegahnya malah menganjurkan supaya mereka menukarkan lagu- lagu mereka kepada
bertarannum dengan Al-Quran mengikut kesesuaian Al- quran itu sendiri10.

2.3 Hukum Tarannum

Hukum bertarannum harus sekiranya tidak melapaui batas iaitu tidak merosakkan
lafaz Al-Quran seperti menambah atau mengurangkan baris, memendekkan mad dan
sebagainya. Sekiranya ia merosakkan atau mencacatkan salah satu hukum- hukum tajwid
atau melakukan perkara- perkara- perkara yang dilarang dalam tarannum Al-Quran, maka
jelas pengharamannya11.

2.4 Ciri- ciri Taranum

Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni
bunyi sesuatu bacaan Al-Quran12.

Setiap tarannum Al-Quran tidak akan terpisah dariapada ciri- cirinya iaitu nada,
rentak dan irama. Nada ialah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak pula ialah gerakan
untuk menghidupkan bunyi suara dan irama ialah alunan atau bentuk bunyi. Sesuatu bunyi
yang tidak mengandungi ketiga- tiga ciri tersebut tidaklah dikatakan sebagai tarannum bil
Quran.

2.5 Istilah- istilah dalam Tarannum

Di dalam ilmu tarannum, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami iaitu burdah,

qit’ah, mahattoh, tabaqat, harakat, salalim, ikhtilal dan wuslah. Burdah (‫ )بردة‬bunga- bunga

lagu atau getaran suara. Burdah terbahagi kepada dua iaitu burdah asli dan burdah sina’i.

Burdah asli (‫لي‬ ‫)ب ردة أص‬ ialah bunga suara yang hidup dan mempunyai getaran yang

10
Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di
Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
11
Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di
Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
12
Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 112.

3
semulajadi manakala burdah sina’I (‫صناعي‬ ‫ )بردة‬ialah bunga suara yang sengaja digubah dan
disusun rapi mengikut kehendak ayat.

Qit’ah (‫ )قطعة‬ialah alunan irama yang paling pendek tanpa mahattah (penghujung)

tertentu. Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah diwakafkan
ialah mengikut kehendak kalimah ayat.Manakala qit'ah diwasalkan adalah sambungan
kepada beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang sempurna. Qit’ah berperanan
sebagai daya penggerak, daya penghidup, membawa kepada pnekanan jiwa bagi yang
menyampaikan dan dapat memberi penyesuaian kepada ayat2 tertentu.

Mahattoh (‫ )حمطة‬pula ialah bentuk atau gaya penghujung kepada suatu alunan.

Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu, ini juga
dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian dapat menyesuaikan
dengan gaya dan tabaqat yang tertentu.

Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu-lagu yang tertentu. Terdapat

beberapa tabaqat suara iaitu suara rendah atau Qarar ( ‫)ق رار‬. Suara ini dari suara dada.

Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara sederhana atau Nawa (‫)ن اوا‬.

Sumber suara ini dari suara tekak. Seterusnya ialah suara tinggi atau Jawab (‫)جواب‬. Sumber

suara ini dari suara hidung. Tabaqat yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi

atau Jawabul jawab (‫اجلواب‬ ‫)جواب‬. Sumber suara ini ialah suara otak. Peranan tabaqat ialah
memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan.

Harakat (‫ )حركة‬ialah suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dengan

satu mahattah. Harakat pertama perlu disesuaikan dengan harakat terakhir. Harakat kedua
berperanan memberi semangat, ransangan atau galakan kpada harakat- harakat berikutnya.
Harakat ketiga berada pada tabaqat suara jawab (tinggi) manakala harakat empat pada
peringkat jawabul jawab (tertinggi. Harakat kelima menurun dan harakat keenam merupakan
harakat penutup.

Salalim (‫ )سالمل‬terbahagi kepada dua iaitu salalim su’ud ( ‫صعود‬ ‫ )سالمل‬dan salalim nuzul

(‫زول‬ ‫)س المل ن‬. Salalim su’ud ialah susunan alunan suara yang menarik secara menaik

manakala salalim nuzul ialah susunan alunan suara yang menarik secara menurun.

4
Ikhtilal (‫ )اختالل‬membunyikan suara dengan nada kesumbangan pada mana- mana

irama yang tertentu. Wuslah ( ‫ )وصلة‬ialah satu gaya harakat yang dicampurkan antara dua

irama tarannum yang berbeza bagi menambahkan kecantikan seni kepada sesuatu harakat
dan tarannum.

3.0 Tarannum Hijaz

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab
Saudi. Dinamakan tarannum Hijaz kerana ia berasal dari negara arab. Ia telah dipopularkan
oleh qari- qari hijaz mengikut buadaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir
tandus yang berbukit-bukau13. Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan
dipelajari oleh setiap qari dan qariah dari pelbagai negara.

Tarannum hijaz dibawa masuk ke nusantara oleh para qari ke nusantara sebelum
tahun 40-an14. Tarannum hijaz popular di Malaysia sejak Musabaqah Tilawah Al-Quran
diperkenalkan. Taranum ini dipopularkan oleh tokoh- tokoh tarannum yang hebat pada
ketika isu seperti Dato’ Haji Ismail Hashim, Haji Matsom Pergau dan ramai lagi 15. Tokoh-
tokoh hebat ini mempunyai cara masing- masing yang berlainan dalam melagukan tarannum
hijaz ini dan lagu- lagu lain. Kemudiannya, ia diwarisi oleh murid- murid mereka dari
generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah generasi hari ini.

Tarannum hijaz mempunyai sifat- sifat khusus seperti gerak yang agak lambat, tegas
dan berkesan. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab.
Sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum hijaz berada pada tahap
suara jawab dan memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan
berkesan. Tarannum hijaz sesuai untuk ayat- ayat berusur perintah, larangan dan marah16.

Tarannum hijaz mempunyai peranan yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan.


Tarannum hijaz menjadikan persembahan bacaan Al-Quran lebih fasih dan lancar serta
memberikan semangat kepada sesuatu persembahan bacaan Al-Quran. Tarannum hijaz
juga berperanan meberikan tenaga kepada tarannum yang akan dibaca selepasnya di
samping menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar secara tegas dan
berkesan.
13
Haji Nik Jaafar bi Nik ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 135
14
Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di
Malaysia. Halaman 108.
15
Haji Norkhairi Mohd Raus & Dr. Adnan Mohamed Yusoff. (2008). Pengajaran Ilmu Tarannum Al-Quran. Kuala
Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
16
Mohd. Ali bin Abu bakar. (1991). Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 56.

5
Contoh Tarannum Hijaz: Surah Al- Jumu’ah:

ِ ِٰ ۡ ِ
َ ‫َوٱللَّهُ اَل يَ ۡهدي ٱ لَق ۡوَم ٱلظَّلم‬
‫ين‬
Harakat 1: Nawa Atas
Tengah
Bawah

ۡ‫اد ٓاْو إِن َز َع تُۡممۡ أَنَّ ُك م‬


ُ ‫ين َه‬ ِ َّ ٰٓ
َ ‫قُ ۡل ي َىأَ ُّي َها ٱلذ‬
Harakat 2: Jawab Atas
Tengah
Bawah

ِ ‫إِن َز َع ۡتمُ مۡ أَنَّ ُك مۡ أَ ۡولِيٓاء لِلَّ ِه ِمن ُد‬


ِ ‫ون ٱلن‬
‫َّاس‬ َُ
Harakat 3: Atas
Tengah
Jawabul jawab
Bawah

‫ين‬ ِ ِ ٰ ۡ‫ت إِن ُكنتُ م‬


َ‫َّواْ ٱ ۡل َم ۡو‬
َ ‫صدق‬ َ ُ ‫َفتَ َمن‬
Harakat 4: Nawa/ Atas
Tengah
qarar
Bawah

Di dalam tarannum hijaz Surah Al- Jumu’ah, harakat pertama menggunakan tabaqat
suara nawa, harakat kedua menggunakan tabaqat suara jawab, harakat ketiga
menggunakan tabaqat suara jawabul jawab dan akhir sekali, harakat keempat
menggunakan tabaqat suara nawa dan terus menurun hingga ke qarar.

6
4.0 Tarannum Nahawand
Tarannum nahawand berasal daripada Parsi. Menurut sejarah, Nahawand adalah
nama tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Tarannum mahawand digubal semula
oleh qurra’ Mesir dan menjadi kumpulan tarannum mesir. Walau bagaimanapun, identiti asal
iaitu alunan rentak dan irama nahawand masi lagi dikekalkan17.

Tarannum nahawand mempunyai gerak alunan ringan, cepat, lemah lembut dan
sesuai untuk tabaqat suara yang sederhana. Ia mempunyai kehalusan seni yang
mempersonakan. Tarannum nahawand berperanan sebagai melembutkan bacaan dan ia
lebih sesuai dibaca pada ayat yang menggambarkan kegembiraan, permohonan dan
penceritaan.

Contoh Tarannum Nahawand: Surah Al- Waqiah

َ ِ ‫ أُولَٰئ‬10 ‫ن‬
‫ك‬ َ ‫سابِقُو‬
َّ ‫ن ال‬ َ ‫سابِقُو‬
َّ ‫وَال‬
11 ‫ن‬ ُ ْ ‫ال‬
َ ‫مق ََّربُو‬
Harakat 1: Nawa Atas
Tengah
Bawah

)12( ِ ‫ت ٱلنَّعِيم‬
ِ َّٰ ‫جن‬
َ ‫فِي‬
Harakat 2: Jawab Atas
Tengah
Bawah

ٓ َ ۡ ‫ة م‬ٞ َّ ‫ثُل‬
‫ين‬ ِ ‫ن ۡٱلأ‬
َ ِ‫خر‬ ِّ ٞ‫) وَقَلِي ل‬13( ‫ين‬
َ ‫م‬ َ ِ ‫ن ٱلأوَّ ل‬
َ ِّ
)14(
Harakat 3: Atas
Tengah
Jawabul jawab
Bawah

‫ين ع َل َ ۡيهَا‬
َ ِ ‫متَّكِئ‬
ُّ )15( ٖ‫ضون َ ة‬ُ ‫م ۡو‬
َّ ‫س ُر ٖر‬
ُ ‫ى‬ َ
ٰ ‫ع َل‬
)16( ‫ين‬
َ ِ ‫متَقَٰبِل‬
ُ
Harakat 4: Nawa/ Atas
Tengah
Qarar
Bawah

17
Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 139.

7
)17 ( ‫ن‬ ُّ ‫ن‬ٞ َٰ ‫ف ع َل َ ۡيهِ مۡ وِ ۡلد‬
َ ‫مخَلَّدُو‬ ُ ‫يَطُو‬
Harakat 5: Nawa Atas
Tengah
Bawah

Di dalam tarannum nahawand surah Al-Waqiah, harakat pertama menggunakan


tabaqat suara nawa, disusuli harakat kedua menggunakan tabaqat jawab dan harakat ketiga
tabaqat suara jawabul jawab. Seterusnya harakat empat tarannum nahawand surah Al-
Waqiah menggunakan tabaqat nawa sehingga qarar dan akhir sekali harakat kelima
menggunakan tabaqat suara nawa.

5.0 Bacaan Tarannum Mujawwad dan Murattal

Dalam konteks aplikasi tarannum melalui bacaan Al-Quran biasanya terbahagi


kepada dua kaedah iaitu bacaan secara mujawwad dan murattal. Mujawwad bermaksud
bacaan yang bertajwid. Tajwid merupakan asas kepada bacaan Al-Quran bertujuan
memastikan bacaan terpelihara daripada al-Lahn iaitu kesalahan dalam pembacaan Al-
Quran. Murattal pula bermaksud bacaan yang agak cepat tetapi tetap mematuhi hukum-
hukum tajwid18.

Di Malaysia, para qari dan qariah biasanya mengaplikasikan beberapa tarannum


dalam bacaan mereka secara mujawwad khasnya yang terlibat dalam majlis Tilawah Al-
Quran di semua peringkat. Bacaan yang perlahan dan cermat dipersembahkan dengan
menggunakan suara yang merdu serta tarannum yang disusun rapi dan kemas. Manakala
tarannum yang diaplikasikan oleh para imam pula mempunyai pilihan sama ada meniru
gaya bacaan imam- imam al-Haramayn atau menerapkan pelbagai tarannum berdasarkan
pengetahuan masing- masing dalam bidang tarannum.

6.0 Tokoh- tokoh Tarannum

Rasulullah s.aw. menerima Al- Quran secara berperingkat bermula 610 Masiihi.
Bagida memerintahkan umatnya membaca Al-uran dengan suara yang baik.

))‫((زيِّنوا ال ُقرآ َن بِأَصواتِكم‬


َ :‫ قالى‬، ‫ عن النبي‬،‫عن البَراء بن عازب‬
18
Ikmal Zaidi Hashim, Muhammad Fairuz A.Adi & Shaharuddin Saad. (2018). Aplikasi Tarannum Murattal
dalam Solat Tarawih dan Kesannya. Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.

8
Maksudnya: Daripada Al Barra’ bin Azib r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah Al-
Quran dengan sara- suara kamu19.

Hasil darpada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang
masyhur seperti Abdullah bin Masud, Abu Musa al- Asy’ari dan beberapa sahabat besar
yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan keserata pelusuk tanah arab. Pada zaman
tabiin, muncul qari- qari seperti Ubaidullah bin Umar, al- Qamah bin Qis di Kufah, Al-
Mughirah bin Abi Syihab al-Makhzumi di Syam dan ramai lagi. Ilmu membaca Al-Quran
secara bertarannum terus berkembang sehingga hari ini.

6.1 Qari Antarabangsa

Terdapat begitu ramai qari- qari antarabangsa yang masyhur dan terkenal diseluruh
dunia sehingga bacaan tarannum mereka menjadi ikutan seluruh dunia termasuklah
Malaysia hingga sekarang. Antara qari yang masyhur ialah Syeikh Mustafa Ismail dari Mesir.
Beliau dilahirkan di kampong Mayyit Ghazal yang berhampiran dengan bandar Tanta,
Wilayah al-Gharbiyyah, Mesir pada tahun 17 Jun 1905. Beliau meninggal dunia pada hari
Jumaat, 22 Disember 1978 dan dikebumikan di halaman rumah beliau sendiri. Ini
disebabkan wasiat beliau yang inginkan agar jasad beliau dikebumikan berhampiran dengan
masjid yang dibinanya. Beliau digelar sebagai “Imam Qurra’”.Kaedah, teknik dan gaya
bacaan tarannum beliau tersebar luas di dunia dan menjadi ikutan utama oleh para qari dan
qariah Malaysia masa kini20.

Qari masyhur yang lain ialah Syeikh Muhammad Rifa’at yang digelar sebagai “Amirul
Muqri’in”. Beliau dilahirkan di kampong al-Darb al- Ahmar, Kaherah, Mesir pada hari Isnin, 9
Mei 1882 dalam keadaan sempurna pancainderanya. Namun, setelah berusia dua tahun,
beliau ditimpa penyakit sehingga menjadikan beliau cacat penglihatan. Beliau telah
meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Mei 1950 21. Qari- qari masyhur yang lain ialah Syeikh Dr.
Ahmah Nu’ayna digelar sebagai “Qari at-Tabib” Syeikh Ali Mahmud yang digelar sebagai
“Syeikh al-Munsyidin” Syeikh Mahmud Khalil al-Husari, Syeikh Abdul Basit Abdul Samad
dan ramai lagi22.

19
Ibn Hibban, Abdullah bin Hibban. (1993). Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Bulban. Beirut: Mussasah Ar-Risalah.
Jilid 3, Bab Zikr Ibahah Tahsin al-Mar’I Sawtahu bil Quran. Halaman 25
20
Al-Qadi, Syukri. (2000). ‘Abaqirah al-Tilawah. Dlm Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari:
Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia.
21
Atayt Abd al-Khaliq Khalil & Nahid Ahmad Hafiz. (1984). Fan Tarbiyah Al- Sawt. Dlm Khalid Isa. (2011). Tan Sri
Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia.
22
Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di
Malaysia. Halaman 70, 71.

9
6.2 Qari Tempatan

Perkembangan pembelajaran tarannum di Malaysia turut meluas. Pada peringkat


awal perkembangan tarannum di Malaysia mula bertapak di Kedah dan Kelantan. Negeri
Kedah dan Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai tokoh terkemuka di mana
nama mereka telah terpahat dalam arena tilawah Al-Quran. Perkembangan tarannum di
negeri Kelantan bermula menerusi perantaraan qari seperti qari Syeikh Musa, Haji Sulong
sekitar tahun 1890 hingga 1899. Manakala Haji Wan Mahmud (Tok Mesir), Haji Nik Wan bin
Tengku Mahmud, Haji Awang bin Syeikh Musa sekitar tahun 1899 hingga 1920. Sekitar
tahun 1920 hingga 1940 pula, lahirnya qari- qari seperti Haji Yusuf Kedondong, Haji Pak
Muda, Haji Che Musa Mahmud, Muhammad Yunus, Haji Abdul Rahman, Cik Yam dan
Hajah Raja Maryam23.

Setelah itu disusuli dengan ramai lagi qari selepas mereka seperti Almarhum Haji
Ahmad bin Matson atau lebih dikenali sengan gelaran Haji Ahmad Pergau atau Matsom
Pergau atau Tok Pergau. Haji Ahmad dilahirkan pada sekitar 1915 di Kampung Jaber,
Mukim Lunok Bongor Jeli, Kelantan dan meninggal dunia pada 1 November 1087 di
Kampung Banggol, Mukim Tok Jering, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau belajar ilmu
al-Quran berpuluh- puluh tahun di tanah arab seperti Mekah dan Mesir. Guru- guru beliau
ialah Syeikh Taha al-Fasyani, Sheikh Mustafa Ismail, Syeikh Mahmud Khalil Husari dan
ramai lagi24.

Pada tahun 1961, beliau telah mendapat johan dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran
Peringkat Antarabangsa Malaysia. Menurut Wan Helmi (2014), gaya pendekatan yang
dibawa oleh Matsom Pergau ialah pedekatan tarannum ala Misri25. Rentetan daripada
peristiwa tersebut, Haji Ahmad mula menjadi tempat rujukan dalam bidang tarannum Al-
Quran di Malaysia. Tambahan pula, tahap keilmuan beliau dalam perkara- perkara berkaitan
pengajian Al-Quran dan hukum- hakam keagamaan yang tinggi 26. Legasi ini kemudiannya
diteruskan oleh beberapa orang anak murid beliau antaranya Haji Hassan Bin Musa, Haji
Abdullah bin Che Hassan, Dato’ Paduka Haji Nik Jaafar bin Nik ismail, Haji Nordin bin Idris,
Haji Abdul Rahim bin Ahmad, Hajah Faridah binti Mat Saman dan ramai lagi.

23
Mohammad Haji Yusoff. (1992). Pengajian Al-Quran berlagu di Kelantan, Sejarah dan Perkembangannya.
Halaman 76, 76
24
Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad. (2008). Haji Ahmad b, Mat Som Pergau dan Sumbangannya dalam
Pengajian Taranum di Kelantan. Tesis Kesarjanaan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya (UM).
25
Wan Hilmi Wan Abdullah. (2014). Pengaruh Tarannum Qari- qari Mesir terhadap Qari-qari di Malaysia. Tesis
Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
26
Ermy Azziaty & Mohd Samsuddin. (2005). Ketokohan Haji Matson Pergau dan Sumbangannya dalam
Pengajian Al-Quran di Kelantan dan Terengganu. Prosiding Dakwah Ulama’ Nusantara III.

10
Perkembangan tarannum, di Kedah pula mula berkembang melalui sentuhan
Almarhum Dato’ Haji Ismail bin Hasyim. Dato’ Haji Ismail Hashim dilahirkan pada 11 Mac
1932 di Jerlun, Kedah. Pada tahun 1960, beliau telah berjaya merangkul kejuaraan dalam
tilawah Al-Quran peringkat kebanggsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah melakar nama
sebagai salah seorang qari tanah melayu yang berjaya mendapat johan sebanyak sembilan
kali di peringkat kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa. Oleh itu, beliau kerap
dijemput ke Thailand pada tahun 1963, Sudan pada tahun 1966, Mesir pada tahun 1976 dan
banyak lagi27. Beliau meninggal dunia pada 7 Ogos 1996. Kesimpulannya, tokoh- tokoh
tarannum tempatan ini telah banyak memberikan sumbangan dalam memperkembang lagi
ilmu tarannum di Malaysia dan luar negara.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, ilmu tarannum merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang


lagu- lagu dalam bacaan Al-Quran dengan suara yang merdu dan elok didengar dan tidak
melanggar kaedah hukum tajwid. Lagu- lagunya seperti bayyati, nahawand, rast, sikah, dan
lain- lain. Ilmu ini mesti dipelajari secara bertalaqqi dan musyafahah dengan guru- guru
tarannum Al-Quran.

27
JAKIM. (2007). 50 Tahun Tilawah Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM.

11
8.0 Rujukan

Ermy Azziaty & Mohd Samsuddin. (2005). Ketokohan Haji Matson Pergau dan
Sumbangannya dalam Pengajian Al-Quran di Kelantan dan Terengganu. Prosiding
Dakwah Ulama’ Nusantara III.

Haji Norkhairi Mohd Raus & Dr. Adnan Mohamed Yusoff. (2008). Pengajaran Ilmu
Tarannum Al-Quran. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut:
Darul Masadir.

Ibn Hibban, Abdullah bin Hibban. (1993). Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Bulban. Beirut:
Mussasah Ar-Risalah.

Ikmal Zaidi Hashim, Muhammad Fairuz A. Adi & Shaharuddin Saad. (2018). Aplikasi
Tarannum Murattal dalam Solat Tarawih dan Kesannya. Fakulti Pengajian
Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Ilyas. (1972). Modern Dictionary Arabic English. Beirut: Darul Jayl.

JAKIM. (2007). 50 Tahun Tilawah Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM.

Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum
Al-Quran di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-
Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohammad Haji Yusoff. (1992). Pengajian Al-Quran berlagu di Kelantan, Sejarah dan
Perkembangannya. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Jabatan Pengajian Al-Quran dan
As- Sunnah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Ali bin Abu bakar. (1991). Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Peraturan Kehakiman Jabatan Perdana Menteri. (1992). Buku Majlis Tilawah Al-Quran
Peringkat Antarabangsa ke 33. Kuala Lumpur.

Sahih al-Bukhari.

Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad Abdullah at-Tawil. (199). Fan at-Tartil wa Ulumah.
Madinah Muawwarah: al Mamlakah al-Arabiyyah as-Saudiyah.

12
Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad. (2008). Haji Ahmad b, Mat Som Pergau dan
Sumbangannya dalam Pengajian Taranum di Kelantan. Tesis Kesarjanaan Jabatan
Al-Quran dan Al-Hadis. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM).

Wan Hilmi Wan Abdullah. (2014). Pengaruh Tarannum Qari- qari Mesir terhadap Qari-qari di
Malaysia. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai