Anda di halaman 1dari 35

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

PENGUMUMAN

Modul

Pembelajaran

EDU3108

Asas

Kepimpinan

dan

Perkembangan

Profesinalisme Guru ini adalah disempurnakan atas inisiatif sendiri dan bukanlah
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun IPG. Logo di hadapan kulit
buku hanya sebagai ilustrasri dan bermaksud boleh diguna pakai oleh pelajar IPG
yang mengambil kursus Pengajian Profesional. Modul ini tidak boleh dijual oleh
sesiapapun dan hendaklah digunakan secara bersama. Kesemua mereka yang
terlibat telah diberi penghargaan dan penulis tidak pernah mendakwa semua
maklumat di atas adalah hak milik penulis kesemuanya. Kesemua maklumat di dalam
modul ini yang diambil daripada para penyumbang telah diminta persetujuan (kecuali
beberapa orang yang masih dihubungi). Modul ini juga dihasilkan bertujuan untuk
membantu para pelajar membuat pembelajaran kendiri berdasarkan kursus
EDU3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesinalisme Guru Penulis tidak
bertanggungjawab terhadap ketidak sahihan maklumat di dalam modul ini.

Penulis
IPG Kampus Pulau Pinang

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 1
1.1

ASAS KEPIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU

KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Profesion
Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,
profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
sebagainya.
Profesional
Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:

Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.

Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.

Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion
kerana:
1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.
2. Berpengetahuan mengenai pelajar.
3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.

1.2

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan


bahawa

guru

yang

profesional

haruslah

berilmu,

berkemahiran

dan

berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras
dengan amalan profesional guru termasuklah:

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya dengan ilmu.

Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah:
a) Dorongan oleh misi dan passionate guru didorong oleh misi seolah-olah
mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
b) Positif dan benar hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.
c) Guru sebagai pemimpin mempengaruhi pelajar untuk berubah.
d) With-it-ness guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan
pelajar dan sebagainya.
e) Gaya menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.
f)

Kepakaran dalam motivasi percaya dirinya mampu mengubah kehidupan


pelajar.

g) Keberkesanan

pengajaran

(instructional

effectiveness)

guru

mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.


h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) punyai pengetahuan
yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.
i)

Pintar (street smarts) mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah


dan komuniti.

j)

Celik minda (mental life) fokus terhadap kerja yang dilakukan.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 2

KOD ETIKA DAN


AKAUNTABILITI KEGURUAN

2.1

KOD ETIKA KEGURUAN

2.1.1

Maksud Etika

Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal
daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilainilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.

American College Dictionary,1964


Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.
Nikki, 2009
Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam
bahagian tertentu.
Bascom, 2007
Ilmu mengenai sesuatu kewajipan
2.1.2

Kod Etika Profesion

Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang


termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika
Profesion:
a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme
yang dirangkakan.
b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat
dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.
c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

2.1.3

Kod Etika Perguruan Malaysia

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah


berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
-

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.

Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.

Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar


kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau


mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang


dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa


-

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak


mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat


antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai


keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak


mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh


kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan


sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


-

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh


merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi


segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu


bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,


kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh


masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan


-

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan


yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami


dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang


baru dalam profesion keguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik


profesion keguruan.

2.1.2

Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

Konsep Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau


terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan
dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.

Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:


a) Akauntabiliti terhadap pelajar guru mendidik pelajar ke tahap yang
cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi
mereka secara mnyeluruh.
b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri guru harus berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa guru melaksanakan tugas dengan
memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada
msayarakat dan negara.
d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara guru mempunyai
tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia
berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan guru perlu
menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab
sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

2.1.3

Integriti guru

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.


Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).
Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.
Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti guru merangkumi:


a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran.
b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta
penuh kasih sayang.
c) Tanggungjawab

dan

berkewajipan

menyediakan

pengajaran

dan

pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 3

10

ISU-ISU ETIKA GURU

Maksud etika :
cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya
serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :

Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat


yang berhubung dengan mereka

Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan
tidak bertentangan dengan hak asasi umum.

Guru dikawal oleh etika perguruan.

ISU KESANTUNAN GURU


Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
Fokus kesantunan guru
Perlakuan dalam percakapan
-

Kawalan suara

Memonopoli sidang perbualan

Cakap banyak

Puji diri secara langsung dan tidak

Tatacara berkomunikasi
-

Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

10

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

11

ISU KEPEDULIAN GURU

Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan


kepada sesuatu isu/tugas

Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.

Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru


terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses


perubahan (Havelock 1995)

Guru perlu :
a)

Sedar atas perubahan

b)

Minat pada perubahan

c)

Mengenali pembawa perubahan

d)

Mengurus perubahan

e)

Menilai kesan perubahan

f)

Bekerjasama dengan rakan

g)

Membuat penambahbaikan

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri

urus hal kehidupan seharian

jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

Kepedulian terhadap tugas pengajaran

ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP

bimbang

terhadap

perasaan

murid

terhadap

guru

Kepedulian terhadap impak pengajaran

yakin terhadap kebolehan pelajar

guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

11

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

12

Fokus Etika Guru

Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut


norma budaya setempat

Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh


guru terhadap isu atau tugasnya

Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk


perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.

Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah

Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa

Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika


mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah

Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang


keluarga.

12

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 4

13

PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)


-

Peringkat Keprihatinan Diri/kemandirian diri- guru berasa bimbang tentang

kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh
ibu bapa serta guru lain
-

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas-memperbaiki pengajaran serta

menguasai isi kandungan mata pelajaran


-

Peringkat Impak- guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai

pelbagai keperluan
Prihatin Diri
-

Apakah pelajar suka saya?

Bolehkah saya mengajar apabila diselia?

Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.

Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
-

Peringkat novis

Peringkat novis lanjutan

Peringkat cekap

Peringkat mahir

Peringkat pakar

13

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

14

Ciri guru berkesan :


- Profesional
- Mempamerkan kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Permulaan
Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan
di IPG atau universiti

Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara


individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.

Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Guru baru sering menghadapi masalah :


o

guru besar dan guru

mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar

masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :


-

Kurang mahir urus Koku

Kurang mahir urus aktiviti sukan

Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah

Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah

Kurang teori dan amalan latihan

14

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber

Kurang kemahiran sosial

15

Cabaran Guru Permulaan


-

Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative

Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah

Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.

Mula mengaplikasikan kaedah mengajar

Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran

Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru

Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
-

Kecekapan profesionalisme

Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip

Keutuhan peribadi

Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :


1)

Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar

2)

Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi

3)

Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar,

mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :


-

Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

15

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

16

Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid

semangat belajar bersungguh-sungguh


-

Berkongsi visi yang sama

Bakti disemai bukti dituai

Penambahbaikan berterusan

Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu


proaktif

Guru Mahir
-

Terbaik dalam bidang

Menjadi teladan profesionalisme

Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
-

Menyerlahkan diri secara profesionalisme

Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang

profesionalnya.
Guru Mahir

Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang


keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru
dengan kemampuan maksimum

Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek

Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah (up to date)

Guru mahir perlulah :

Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak


muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik.

Dapat memberikan motivasi yang berkesan.

16

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.

Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti

17

dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi
komputer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
-

Kemahiran penyampaian

Kemahiran penilaian

Kemahiran merangsang

Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
-

Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan

kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.


Sahsiah guru pakar :
-

Sahsiah terpuji

Berketrampilan

Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam

Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar

role model kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :


-

Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran

Menjadi pakar rujuk PNP

Bijak mengurus masa, bahan dan sumber

Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :
-

Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)

Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan

mesej yang berkesan.

17

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

18

Potensi :
-

Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas

sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
-

Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan

dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

18

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 5

19

PERANAN GURU
SEKOLAH RENDAH

Peranan Guru

Pengamal Ilmu dan Kemahiran

Pembimbing

Penyelidik

Agen Sosial

Agen Perubahan

Pengganti Ibu Bapa

Pembentuk Tingkah Laku

Pengurus Pembelajaran

Pengamal Ilmu dan Kemahiran

Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.

Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan


nilai.

Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.

Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan &


mencari idea baru.

Pembimbing

Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan &
amalan seharian.

Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,
sosioemosi & kesihatan.

19

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

20

Pengamal Reflektif

Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek


kandungan pengetahuan.

Meningkatkan tahap profesional guru.

Menambah baik aktiviti P&P.

Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh


kemahiran berfikir kritis & kreatif.

Penyelidik

Dapat meningkatkan kualiti P&P.

Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.

Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian


penyelidikan tindakan.

Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,


soal selidik, pemerhatian & temu bual.

Agen Sosial

Guru agen sosialisasi.

Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk


sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.

Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

Agen Perubahan

Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab


guru.

Guru berperanan mengawal kepincangan ini.

Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan


nilai kepada murid.

Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.

Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi

Menggunakan strategi pemusatan murid

Mengawal sikap penyayang

Bersikap proaktif

20

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

21

Bersedia menghadapi perubahan

Pengganti Ibu Bapa

Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.

Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap &
tingkah laku murid.

Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,
prejudis atau diskriminasi.

Pembentuk Tingkah Laku

Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai
instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.

Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku


(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran).

Pengurus Pembelajaran

Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik


dan sosial.

Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.

Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada


pelajar.

Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.

Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.

Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.

Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP,


BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.

Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

21

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 6
6.1

22

KEPIMPINAN GURU

ASAS KEPIMPINAN

Kamus Dewan (2002)


-kepimpinan ialah keupayaan untuk
memimpin

Robbins (2003)
-kepimpinan ialah kebolehan untuk
mempengaruhi ahli kumpulan untuk
capai matlamat

Kim & Maubourgne (1992)


-kepimpinan ialah kebolehan seseorang
untuk menginspirasikan keyakinan &
sokongan dalam kalangan sekumpulan
manusia yang diperlukan untuk capai
matlamat organiosasi

Leithwood &Janti (1999)


-kepimpian ialah keupayaan untyuk
mempengaruhi sistem kepercayaan,
tindakan & pegangan nilai ahli dalam
kumpulan

6.2 JENIS-JENIS KEPIMPINAN


Semula Jadi
-Berpengaruh sebagai ketua
-Tidak dilantik secara formal
-Anggota kumpulan tertua
-Paling berpengalaman
-Kemahiran interpersonal yang tinggi
Karisma
-ketua ada kualiti istimewa/luar biasa
-mampu selesai maslah dengan
jayanya.
Tret Personaliti
-berorientasikan pencapaian, kreativiti
& inovasi
-konfiden, energetik & aktif
-mampu pengaruhi orang lain
-sanggup tanggung risiko
-membina, bertimbang rasa & sensitif

Teragih
-aktiviti kepimpinan digihkan
-timbulkan semangat kerjasama &
keakraban rakan sekerja
-keputusan yang dibuat adalah
keputusan bersama berdasarkan
maklumat menyeluruh
Birokratik
-pemimpin guna kuasa rasmi yang
diberi melalui pelantikan jawatan
-tujuan kepimpinan ini untuk
maksimakan kecekapan melalui
pengurusan guna pendekatan rasional
-GB ketuai struktur organisasi sekolah
-Guru pakar dalam bidang masingmasing
-ada peraturan sekolah & jadual waktu
-ketua bidang/panitia pastikan aktiviti
kurikulum mengikut garis panduan &
sukatan

22

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

6.3

TEORI KEPIMPINAN GURU

6.3.1

Teori Tradisional

23

Teori Tret
-Pemimpin dikenali berdasarkan tret yang dimilikinya
-Manusia miliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu sahaja sesuai untuk
menjadi pemimpin yang berkesan
-Fokus kepada kenal pasti tret-tret seorang pemimpin yang berkesan
-Contoh tret:
1. Sesuaikan diri dalam pelbagai situasi
2. Peka kepada persekitaran sosial
3. Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian
4. Asertif
5. Bekerjasama
-3 kategori kemahiran am:
1. interpersonal
2. kognitif
3. teknikal
-kerangka untuk bina 1 set ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan:
1. keperluan untuk kejayaan dan kuasa
2. keyakinan diri
3. kematangan emosi.
4. kemihiran teknikal, konseptual dan interpersonal
Teori Tingkah Laku
Teori SItuasi
-Fokus kepada cara pemimpin
-persekitaran organisasi yang berbeza
bertingkah laku dalam proses
perlukan cara kepimpinan yang berbeza
kepimpinan
jika inginkan keberkesanan
-Kepimpinan yang berjaya adalah
-Jenis teori situasi:
tingkah laku yang boleh dilatih secara a) Teori Kontijensi Fiedler
fornal & tidak formal
-tiada cara terbaik dalam memimpin
-2 teori tingkah laku
organisasi
a) Teori X dan Teori Y
-kepimpinan optimal tertakluk kepada
-mewakili perbezaan dalam cara
orientasi psikologikal pemimpin dan
seseorang pemimpin beranggapan
tuntutan persekiataran yang terdiri
terhadap stafnya dalam organisasi
daripada:
1) Teori X
1) Saiz organisasi
-pemimpin beranggapan stafnya
2) Sumber dan cara pengoperasian
dimotivasikan oleh wang ringgit,
berbeza
malas dan akan elak tugas kecuali
3) Tanggapan antara pemimpin dan staf
dipaksa, tidak beri kerjasama kecuali
4) Teknologi
diarahkan dan dikawal
-keberkesanan kepimpinan tertakluk
-pemimpin akan bertingkah laku lebih kepada keberkesanan antara gaya
autokratikm mengarah dan kawal staf kepimpinan dan tahap sokongan
-organisasi tidak ada ruang dan
persekitaran
peluang untuk stafnya maksimakan
-Tingkah laku pemimpin digerakkan
kebolehan
oleh tugasan/perhubnungan antara
2) Teori Y
manusia, iaitu:
1) hubungan pemimpin-ahli
-sejauh mana dia disokong oleh ahli

23

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

-anggap staf rajin, kerja sebagai


sesuatu yang semula jadi, bercita-cita
tinggi dan positif
-pekerja cari dan mahu
tanggungjawab kerana ia bagi
kepuasan
-pemimpin akan kurangkan kawalan
dan upayakan mereka dalam
jalankan tugas
b) Grid Pengurusan
-ukur jenis tingkah lakupemimpin
berdasarkan 2 paksi:
1) paksi mendatar
-ukur keprihatinan terhadap
penghasilan
2) paksi menegak
-ukur keprihatinan terhadap manusia
-utamakan 5 jenis tindakan
kepimpinan:
1) Kelab Rekreasi
-tekankan keperluan, perhubungan
manusia dan budaya kerja harmoni
2) Papa
-usaha minimum terhadap kebajikan
& pencapaian matlamat organisasi
3) Berpasukan
-tekankan semangat saling
bergantungan yang positif dan
komitmen terhadap matlamat
organisasi
4) Berorientasikan tugas
-tekankan keefisienan kerja tanpa
mengira faktor kemanusiaan
5) Di Pertengahan Jalan
-seimbangkan keperluan untuk
pastikan kerja sempurna dan
kekalkan harga diri manusia pada
aras sederhana
-terdapat 1 tindakan kepimpinan yang
terbaik
-keberkesanan setiap gaya
kepimpinan bergantung pada
keadaan yang berbeza
-kombinasi 2 bentuk tingkah laku
kepimpinan yang membawa kepada
keberkesanan prestasi kumpulan

24

2) struktur tugasan
-kejelasan tugas dan peranan ahli
3) kedudukan kuasa
-jika dia ada kuasa rasmi yang kuat,
maka situasi menyokong proses
kepimpinan

b) Teori Situasi Hersey dan


Blanchard
-keberkesanan kepimpinan berasaskan
situasi
-4 gaya kepimpinan:
1)memberitahu
2) menjual
3) mengambil bahagian
4) turunkan tanggungjawab
-penggunaan gaya kepimpinan perlu
sesuai dengan tahap kematangan yang
terdiri daripada:
1) psikologikal
2) pengendalian tugas
-kumpulan kematangan rendah:
Motivasi rendah
Kurang kemahiran
Kurang kejelekitan kumpulan
(Gaya sesuai ialah gaya memberitahu
dan menjual)
-kumpulan kematangan tinggi
Sebaliknya
(Gaya sesuai: gaya ambil bahagian &
turun tanggungjawab)
-Persamaan teori:
tiada satu cara yang terbaik dalam
memimpin
-Perbezaan:
Teori Situasi fokus kepada pelbagai
gaya kepimpinan yang perlu
berdasarkan faktor persekitaran
manakala Teori Kontijensi fokuskan
faktor penentu keberkesanan
kepimpinan tertakluk kepada kebolehan

24

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

-pemimpin yang lebih berkesan


cenderung:
a)
bina hubungan mesra
dengan pekerja yang sokong pucuk
pimpinan
b)
guna kaedah penyeliaan dan
proses buat keputusan berbentuk
kumpulan lebih daripada bentuk
individu
c)
tetapkan maltamat organisasi
yang lebih tinggi

25

pemimpin dan faktor sokongan


persekitaran lain

6.3.2 Teori Semasa


Teori Transformasi
--1 situasi yang ideal antara pemimpin
dan pengikut
-pemimpin mampu gerakkan pengikut
untuk bertindak bertindak mencapai
matlamat berdasarkan nilai dan
motivasi, keperluan, kehendak, aspirasi
dan jangkaan pemimpin dan pengikut

Kepimpinan Moral
-fokus kepada nilai & etika pemimpin
-ialah bentuk bimbingan yang
motivasikan orang lain melalui prinsip
dan pegangan nilai
-pemimpin tidak cari ikhtiar untuk
dapat manfaat diri tetapi bertindak
untuk kebaikan sejagat

-pemimpin bijak guna kuasa dan


pengaruh untuk pujuk pengikut agar
bawa perubahan dalam organisasi

-pemimpin perolehi kepercayaan ahli


secara beransur-ansur dan
inspirasikan kesetiaan terhadap gaya
kepimpinan

-kepimpinan organisasi yang biasa


diamalkan ialah kepimpinan transaksi

-unsur kemoralan harus disebatikan


dalam lehidupan pemimpin

-pemimpin transaksi motivasikan


pengikut dengan ganjaran sebagai
pertukaran

-pemimpin harus pamer nilai etika


yang baik

-pemimpin inspirasikan dan beri


pertimbangan individu, beroperasi
berasaskan nilai dan pengaruhi
pengikut untuk beranjak kepada aras
motivasi dan komitmen yang tinggi
-Pemimpin menjadi penggerak utama
kepada kejelekitan pengikut dan
berusaha capai matlamat bersama

-pemimpin lindungi hak, nilai sosial


dan budaya pelajar serta bawa
transformasi
-kepimpinan ini lwngkap dan perkukuh
gaya kepimpinan transformasi yang
gerakkan ahli untuk bertindak melalui
motivasi, keyakinan diri dan upayakan
mereka untuk kembangkan potensi
yang ada

25

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

26

-Pemimpin menjadi pemangkin kepada


perubahan, cabar daya berfikir,
berunding sebelum bertindak dan
tiongkatkan kesedaran dan
keprihatinan pengikut terhadap
kepentingan dan nilai matlamaty
organisasi
-peranan pemimpin bertujuan
membawa organisasi dan pengikut ke
aras tindakan moral yang tinggi

6.4 KEPIMPINAN SEKOLAH


1. Kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan guru besar
2. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di
mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan
sahaja
3.perubahan teknologi yang pesat dan keutamaan kepada pembangunan modal
insan, kepimpinan transformasi mula mendapat pengaruh dalam organisasi
sekolah
4. Sistem pendidikan yang semakin kompleks tuntut perubahan radikal kepada
cara sesebuah sekolah sediakan perkhidmatan pendidikan
5. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik adalah
cabaran baru dalam kepimpinan sekolah sekarang
6. kepimpinan sekolah adalah usaha kolaboratif, jalin keakraban rakan sejawat
sebagai cara tingkatkan amalan profesional

26

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

27

6.5 CABARAN KEPIMPINAN


Wawasan Pendidikan Negara
-bertujuan beri hala tuju kepada
pemimpin pendidikan untuk
laksanakan peranan menjayakan
matlamat wawasan 2020
-anjakan paradigma dalam setiap
peringkat pendidikan melalui 7 aspek:
1. perpaduabn semua lapisan
organisasi
2. stail pengurusan dan kepimpinan
yang berkualiti tanpa kecacatan
3. perkhidmatan penyayang untuk
rapatkan hubungan dan keakraban
4. pengupayaan di mana penurunan
kuasa dari pusat ke pinggiran
5.budaya ilum melalui budaya
membaca, belajar, berfikir, berwacana,
menulis dan berkarya
6. sekolah penyayang yang pupuk
harga diri murid agar komitmen dan
cintakan sekolah
7. budaya cemerlang mempunyai sikap
berusaha ke arah kecemerlangan
Transformasi kurikulum Sekolah
rendah
-kurikulum bersifat dinamikdan relevan
ikut perkembangan masa
-KBSR dikaji semnula untuk pastikan
kurikulum yang holistik, tidak terlalu
akademik dan membebankan
-KBSR diganti dengan KSSR (2010)
-transformasi kurikulum ialah proses
perubahan yang holistik berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada
dengan ambil kira keperluan
perubahan kepada aspek asas
kurikulum iaitu struktur kandungan,
pedagogi, peruntukan masa,
penaksiran, bahan kurikulum dan
pengurusan sekolah

PdP Sains & Matematik dalam


bahasa ibunda
-Dasar PPSMI 2003 beri cabaran
kepada guru untuk tingkatkan
penggunaan dan penguasaan BI
formal dan tidak formal
-guru menjadi teladan guna BI dalam
perbualan, mesyuarat dan
perhimpunan dan banyakkan bahan
bacaan BI
--9 tahun kemudian, KPM putuskan:
1. kembalikan dasar guna BM untuk
ajar Sains dan Matemati
2. martabatkan BM dan mantapkan BI
-pemimpin sekolah perlu kaji dan
rancang dengan rapi dalam mematikan
kejayaan murid

Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) 2006-2010
-satu dokumen perancangan
pembangunan yang meliputi 3 fasa:
1. infrastruktur
2. pengisian
3. tenaga manusia
-bertujuan menghasilkan pendidikan
berkualiti untuk semua
-Cabaran kepimpinan:
1. kembang potensi individu
menyeluruh
2. tingkatkan kreativiti, inovasi
3. budayakan sains dan teknologi
4. sediakan sistem pendidikan yang
cekap, berkesan dan bertaraf dunia
5. jadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan

27

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

28

SOALAN
1.

Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal.

a)

Berikan empat jenis gaya kepimpinan.

I.

___________________________________________________

II.

___________________________________________________

III.

___________________________________________________

IV.

___________________________________________________

b)

Jelaskan tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru.

I.

___________________________________________________

II.

___________________________________________________

III.

___________________________________________________

IV.

___________________________________________________

2.
Teori keprihatinan Fulller (1969) cuba menjelaskan kebimbangan masalah
atau ketidakpuasan guru pra perkhidmatan sepanjang tempoh latihan perguruan
mereka.Senaraikan empat kebimbangan guru pelatih pada peringkat kemandirian
diri.

28

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 7

29

STRUKTUR ORGANISASI
PENDIDIKAN

7.1 KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI TERBILANG
-Unggul bermaksud kehebatan yang
patut ada di sekolah sama ada dari
aspek kecemerlangan akademik dan
kokurikulum mahupun siasah, prasarana
dan persekitaran sekolah tersebut.
-Misi KPM: Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
-Pendidikan berkualiti ialah pendidikan
yang mampu membina masyarakat
yang progresif, berdaya tahan, mampu
berdepan dengan perubahan-perubahan
di peringkat global tetapi pada waktu yg
sama mendukung identiti negara
berlandaskan Rukun Negara
7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU
Menyebarkan ilmu
Pengamal dan pelaksana ilmu
Pengamal TMK
Role model
Penerap nilai
Educare/educere
Pakar rujuk
Pemimpin
Mentor
Penyelidik
Agen sosialisasi
Agen perubahan
Pembina Negara Bangsa

7.2 STRUKTUR ORGANISASI


SEKOLAH-SEKOLAH
KPM didokong oleh 31
Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan
16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Pengetua akan dibantu oleh 3
Penolong Kanan iaitu
-PK 1-bertanggungjawab terhadap
kurikulum dan pentadbiran
HEM

PK2 bertanggungjawab dlm

PK3 menguruskan hal-hal


kokurikulum
7.4 JANGKAAN GURU
-Merupakan harapan dan keinginan
guru yg sangat kuat untuk
memperoleh sesuatu ganjaran atau
hasil setelah melakukan sesuatu
tugasan
4 bentuk jangkaan
-jangkaan terhadap pelajar- e.g
penentuan hasil pembelajaran
-Jangkaan terhadap pentadbir atau
pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir
dapat memimpin dengan penuh
amanah, berintegriti dan bersungguhsungguh
-Jangkaaan terhadap ibu bapa dan
komuniti e.g merancang strategi bg
membina jambatan yg
menghubungkan ibu bapa dan
komuniti dengan pihak sekolah
-Jangkaan terhadap diri sendiri e.g
meletakkan jangkaan bahawa guru
berpeluang yg luas dalam laluan
kerjaya di samping insentif dari sudut
kebajikan

29

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

30

Soalan esei
1. Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata.
Tanggungjawab guru adalah untuk membina negara bangsa yang merdeka dan
maju.

a.
Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh
seseorang guru. (10 markah)

b.
Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang
masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai
dalam membina negara bangsa. (10 markah)

30

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 8
PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
1. Seorang guru harus
meneruskan pendidikannya
sepanjang hayat kerana
pendidikan sendiri mengalami
pelbagai perubahan.
2. Cara guru dapat memenuhi
tuntutan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Bengkel
Seminar
kursus-kursus pendek
budaya membaca
penyelidikan
lawatan ke sekolah
penandaarasan
projek-projek komuniti
aktif dlm persatuan
akademik
3. Pembelajaran Sepanjang
Hayat bermaksud motivasi
kendiri ke arah pencarian dan
peningkatan ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan
personal atau profesional.

31

PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU
PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI
1. Guru ialah contoh dan rol model paling
dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu
dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan
guru sendiri.
2. Sebagai contoh:
-Program secara on-line merupakan
perkembangan baru dalam ICT dan guru
boleh mendapatkan segala maklumat tentang
pengajaran dan pembelajaran secara online.
-Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center)yang dibina dan menjadi
satu landasan untuk merangsang gurudalam
perkembangan profesional guru Bahasa
Inggeris
Panduan Membina Pelan Pembelajaran
Peribadi
1.
Membuat refleksi ke atas kejayaan
dan cabaran daripada pengalaman lalu.
2.
Sumbang saran tentang objektif PdP
untuk 6 bulan akan datang.
3.
Tanya diri sendiri samaada objektif
yang ditetapkan membuat anda bersemangat
atau tidak.
4.
Semak senarai yang telah dibuat ikut
keperluan dan kepentingan.
5.
Aturkan pelan pembelajaran dan
buat perubahan di mana yang diperlukan
6.
Tetapkan tugasan khusus untuk
dicapai setiap hari.
7.
Pastikan peruntukan masa agar
tugasan khusus dan objektif tercapai.
8.
Buat semakan pelan 2 minggu sekali
untuk membuat perubahan di mana perlu.
9.
Guna refleksi untuk mengubah pelan
jika perlu.

31

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

32

Kebaikan Pelan Pembelajaran Peribadi


1.
Memperkaya pengalaman akademik
2.
Memberi peluang kepada
penambahbaikan guru secara individu
3.
Maksimumkan kekuatan individu &
galakkan penggunaan potensi menyeluruh.
4.
Mengenalpasti matlamat yang jelas
untuk setiap guru.
5.
Memastikan semua guru dicabar
sewajarnya untuk terus elajar dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran
kendiri dan pertumbuhan peribadi.

BUDAYA MEMBACA
-Guru perlu mengamalkan
budaya membaca bagi
memastikan mereka sentiasa
kemaskini dengan ilmu
pengetahuan.
-Guru di Malaysia patut
menggilap imej guru melalui
pembacaan bagi memastikan
guru tidak terpinggir daripada
kelompok profesional yang lain.
PENULISAN JURNAL
REFLEKTIF
Antaranya amalan refleksi
melalui :
Penulisan reflektif/jurnal
Portfolio pengajaran
Penyelidikann tindakan,
Perkembangan
professional on-line
Aktiviti Pusat Kegiatan
Guru
As teachers we must
believe in change, we must know
it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is
a constant process of change.
Every single time you teach
something to someone, it is
ingested, something is done with
it,and new human being
emerges (Leo Buscaglia).

BUDAYA MENYELIDIK
Kajian Tindakan
-Bentuk kajian paling popular dalam kalangan
guru Kem. Pelajaran Malaysia.
-Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada
perancangan, tindakan, penilaian terhadap
tindakan.
-Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu
aspek pengajaran yang guru perhatikan.
-Membentuk budaya reflektif, bersikap
terbuka dan mampu menambah baik amalan
kendiri.
BUDAYAMUSYAWARAH/BERBINCANG
-Kolaborasi bermaksud bekerja dengan
orang lain dlm projek bersama yang
mempunyai matlamat yang sama hendak
dicapai.
-Musyawarah bermaksud rundingan yang
berlangsung dan mencapai kata sepakat
terhadap sesuatu tindakan yang diambil
Elemen Kolaborasi
-Hubungan kerja berasaskan kepercayaan
guru.
-Bekerja bersama-sama secara sukarela.
-Peningkatan kemahiran seabagi usaha
berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha
berterusan tanpa menyekat individu.
-Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

32

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

PEMBELAJARAN AUTENTIK
(HANDS-ON)
-Pembelajaran Berasaskan aktiviti
dalam suasana sebenar yang
membolehkan pelajar fokus kepada
pengetahuan dan kemahiran
(kemahiran berfikir & selesaikan
masalah).

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Bermaksud pembelajaran
berasaskan aktiviti dalam suasana
sebenar yang membolehkan
seseorang pelajar menumpukan pada
pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.

Peningkatan ilmu
Kemahiran guru dalam
pengurusan
Pembestarian sekolah
Teknologi maklumat dan
komunikasi
Pengurusan kokurikulum
Transformasi kurikulum
Pentaksiran dan penilaian
Pedagogi terkini

33

Faktor:
Kehilangan kemahiran
Menggalakkan pertandingan sihat
Peluang menyertai kursus sokongan
Fokus kepada:

AKSES MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER


Program Adobe
Program ERIC
E- Pembelajaran
E-Perpustakaan, E-buku dan E-Jurnal
Almanak
Atlas
Internat
Temu bual
Surat khabar
Buku dan majalah (media cetak)
Televisyen, radio, cd (media elektronik

33

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

34

SOALAN ESEI
1. Budaya membaca dan amalan relektif memainkan peranan penting dalam
perkembagan profesionalime guru, khususnya semasa berhadapan dengan
cabaran dan tututan semasa bidang pendidikan.
a.
Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setipa
individu guru supaya tidak mengabaikan amalan membaca. (10 markah)

b.
Huraikan lima kepentingan amalan relektif dalam keguruan seupaya dapat
meningkat profesionalime guru dalam perkhidmatan. (10 markah)

34

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

35

35

Anda mungkin juga menyukai