Anda di halaman 1dari 28

IPG KAMPUS PULAU PINANG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
PRA3143
KUALITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT
HJ YAHAYA
PPGPRAB/022/06/11
NOOR AISHA BT
AHMAD
PPGPRAB/009/06/1
1
ROMNAH BT
BUDIN
PPGPRAB/018/06/
NAMA PENSYARAH : 11
PN. LINA LEE ABDULLAH

TAJUK SOALAN 8
Etika berasal dari perkataan Greek iaitu Ethos
yang bermaksud watak atau adat resam.
Sebagai seorang pendidik prasekolah, nilai
etika ini menjadi panduan dan peradaban bagi
meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin
dalam menyalurkan tanggungjawab sebagai
seorang pendidik. Huraikan mengenai etika dan
tanggungjawab bagi melahirkan seorang guru
prasekolah yang berkualiti.

Etika berasal daripada


perkataan Greek ethos
yang bermakna watak atau
adat resam.

Adat resam masyarakat membentuk


watak manusia. Kini istilah etika
dikaitkan dengan kemoralan dimana
individu dalam sesuatu masyarakat
bertindak tertakluk kepada budi
pekerti moral yang dipersetujui
(Keith Goree,1966)

DEFINISI ETIKA
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai
nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.

Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai


himpunan nilai dan moral ang menjadi piawai bagi tingkah laku
individu, organisasi dan profesion.

Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.

Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat


menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika


sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk
memastikan keadilan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set


peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan
jangan dibuat.

ETIKA GURU MALAYSIA


Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.

ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran


Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang
betul, perlakuan yang baik, penggerak ke
arah kebaikan, memperkotakan apa yang
dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab
terhadap hasil usaha organisasi.

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia,
tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang

Etika Perguruan
Bermaksud satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat
dan negara, pelajar, rakan sejawat dan
ibu bapa pelajar.

Nilai Etika yang perlu ada pada seorang


.
guru prasekolah
1.Guru perlu memiliki kod etikanya
sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan.
2. Kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru.

3. Kod Etika Perguruan menyatakan


dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
4. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod
Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di
negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara
ini ataupun di negara lain.

5. Menerusi kod etika, guru dapat


meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi.
Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang
penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan
memelihara kepercayaan yang diberi .

Ciri-ciri guru prasekolah yang


berkualiti
Mempunyai emosi yang stabil dan
mental yang sihat.
Mempunyai badan yang sihat dan
sahsiah yang dinamik.
Mempunyai kecerdasan otak yang
lebih tinggi daripada kebanyakkan
orang.
.Bersikap profesiona

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.


.

Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila
kerja.
Bermoral teguh
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu


bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan
kelemahan murid-murid
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang
sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid
belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'prasekolah berwatak'


supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang
akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan
pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya,
mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada


kerajaan, bebas pendirian, tidak
berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan
perhatian kepada P&P di sekolah.

NILAI ETIKA
BERTANGGUNGJAWAB
MELAHIRKAN SEORANG
GURU PRASEKOLAH YANG
BERKUALITI

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku


sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang
ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku yang
boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas,


guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4.

Tanggungjawab utama guru ialah


terhadap muridnya. Kepentingan
murid mengatasi semua kepentingan
lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.

5.
Guru haruslah menumpukan
perhatian terhadap keperluan
setiap
muridnya.
6.
Guru haruslah memberi perhatian
dan pengajaran untuk semua
murid
tidak kira bangsa dan agama
atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa'


dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah
matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan
secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa,
warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan
individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid


supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap
muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya
darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh
merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik


terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat
sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid
dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya
menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran


daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk
kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan,
keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah


daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan
tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu
berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat
atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara
membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan

Kesimpulan
Etika yang ditunjukkan oleh guru prasekolah
melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru prasekolah
sebagai role model kepada anak didiknya.
Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan
membantu pembentukan modal insan pada masa
akan datang. Tingkah laku guru yang berdisiplin
dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan
membantu memperkembangan potensi pelajar ke
arah satu pembentukan individu yang berjaya dan
menjadikan pelajar lebih cenderung kepada
melakukan perkara-perkara yang positif.

RUJUKAN
Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan
Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional EthicsPusat
Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian
Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran


DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu Penilaian Terhadap
Pendidikan Guru Dalam Perkhidmatan di Malaysia dan
implikasinya untuk masa depan.
Tesis Doktor Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia. Robiah Sidin.
1998.Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan
Kualiti.PenerbitUniversitiKebangsaanMalaysia.

Anda mungkin juga menyukai