Anda di halaman 1dari 24

Ko d E t i k a K e g u r u a n

Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Profesion keguruan pula, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai kod etiknya sendiri. Tiap-tiap orang guru dikehendaki mematuhi kod etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarakan oleh Kementerian Pendidikan berikut, merupakan landasan da garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesion.

r u g e K n o i s e f r o a r r P k I a : l i a i s s u y s a a l t a Ta M
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zamanberzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhpenuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya

1. Tanggungjawab terhadap pelajar


Kebajikan Adil Merahsiakan maklumat ikhtisas @ sulit Membimbing dan mengajar Contoh yang baik Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa


a) Menghormai tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. utama ibu bapa

b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

d) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. e) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. f) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua serta menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik

4. Tanggun gjawab ter hadap rakan seja wa t da n pr ofesion keguruan


a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. b) Tidak melibatkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

c) Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

5. TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI

Seseorang guru hendaklahmemastikan keselamatan diri sendiri dari aspek fizikal,emosional, mental mahupun moral. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian,perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. Melibatkan diri dengan program dan agenda yangboleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorangguru.

6. TANGGUNGJAWAB TERHADAP ILMU

Memastikan penguasaan ilmu mantap dan mendalam. Prihatin untuk mengamalkan danmengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmuyang berkaitan. Sentiasa memanfaatkanilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

7. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (LIFELONG LEARNING)

Proses pembelajaran secara berterusan bertujuan meningkat kemahiran ataumembangunkan kerjaya pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini dapat dipelajari dalam bentuk formal dan latihan. Pendidik perlu dilengkapi dengan ilmupengetahuan yangdinamik. Berfikiran rasional, inovatif, kreatif danmempunyai daya tahan fizikal dan mental yang menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa.

Kepentingan Kod Etika Perguruan


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Soalan kuiz
1. Apakah definisi kod etika pergururan?

2. Menurut kod etika perguruan, apakah tanggungjawab guru?

3. Jelaskan secara terperinci tentang kepentingan kod etika perguruan.

Anda mungkin juga menyukai