Anda di halaman 1dari 24

Kumpulan 3

Jelaskan maksud Etika dan akauntabiliti.


Berdasarkan pengalaman anda, sejauh manakah guru telah melaksanakan tanggungjawab beliau terhadap muridnya?

Ahli Kumpulan: Archana A/P Munusamy Laavanya A/P Ramachandran Yogesh A/L Chandrakumar

Maksud Etika
Etika berasal dari perkataan ethos (Greek) yang membawa

maksud perangai atau keperibadian


Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau

kesusilaan. Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip


moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar,

ibu bapa pelajar dan rakan sejawat.

Kepentingan Etika Guru


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah

laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk


dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara

lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu

profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya


boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.

Membuka mata masyarakat untuk menghayati


tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam

sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal,


dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama

dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi


(INTAN, 1991).

Tanggungjawab terhadap Pelajar


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

Tanggungjawab terhadap Ibu bapa


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka .

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan


Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat. Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama

baik profesion perguruan.


Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan

kecekapan diri sebagai guru.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

Menghormati masyarakat tempat berkhidmat .


Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang

boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau


negara.

Definisi Akauntabiliti
Kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan Seseorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan bersedia menghadapi sebarang implikasi sebarang keputusan yang diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti keguruan adalah tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

Kebaikan Akauntabiliti
Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkahlaku


Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion


Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah


Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah


Membina satu program perkembangan kokurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Murid


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti


Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

Sejauh manakah guru telah melaksanakan tanggungjawab beliau terhadap muridnya?


Tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.

Seorang guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar Guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti mengamalkan nilai murni yang konsisten. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-fakrot jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa harmoni dan sihat

Para guru juga perlu menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak sesekali mendenda atau menghina pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawan-kawan mereka. Sebagai seorang guru , kita bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya.

Bertanggungjawab atas kebersihan murid dan bilik darjah. Menyediakan sudut kenyataan,sudut bacaan,sudutsudut pembelajaran dan sebagainya dalam bilik darjah. Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh pejabat kesihatan. Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan Mengelolakan peperiksaan bertanggungjawab mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar. Mengurus budak sakit,mengalami kecederaan adan mendapat kebenaran menningglakan sekolah.

Rujukan
http://syadidhabib.blogspot.com/2010/10/mak sud-etika.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10 /maksud-etika-profesional.html http://library.utem.edu.my/index2.php?option =com_docman&task=doc_view&gid=542&Item id=208 http://mizan-edu3108drzaims.blogspot.com/2012/07/tajuk-1-isu-isuprofesion-dan.html

Anda mungkin juga menyukai