Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KECACATAN SECARA UMUM

FAKTOR PRENATAL (SEBELUM KELAHIRAN)


Faktor prenatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam
kandungan ibu. Faktor prenatal ialah faktor yang akan dilalui sebelum
kelahiran seseorang anak. Faktor ini berlaku baik sahaja pensenyawan
antara sperma dengan ovum sehinggalah kelahiran bayi tersebut dan
tempoh ini berlangsung selama 38 minggu. Proses ini dibahagikan kepada
tiga peringkat utama, iaitu geminan, embrio, dan fetus. Pada tahap ini,
proses pembahagian semasa pembentukan organ-organ dalaman dan
fizikal adalah amat aktif. Oleh itu, dalam tempoh masa ini, kelakuan dan
amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi
pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan merupakan proses


pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Peringkat ini adalah
peringkat pembentukan zigot yang mengambil masa selama dua minggu.
Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa pembentukan awal
bagi otak dan organ utama. Ibu mengandung digalakkan mengambil
makanan berkhasiat yang mengandungi protein, karbohidrat, calsium,
iron, zat galian dan sayuran supaya proses pembentukan organ ini akan
berlaku dengan lancar. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah
disebabkan oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian kerana
tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan ibu semasa
mengandung. Tanpa pengawalan serta penjagaan pemakanan yang
seimbang, perkembangan bayi dalam kendungan akan terjejas. Maka, ibu
mengandung harus berhati-hati dalam pemakanannya, kerana
pengabaian boleh mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami
kecacatan.

Kefungsian jantung bayi dalam kandungan iaitu fasa embrio bermula pada
minggu keempat. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga
hingga anak dalam kandungan itu dilahirkan dan organ utama serta jari
tangan dan kaki juga akan terbentuk sepenuhnya. Pada masa ini,
seseorang ibu yang mengandung haruslah menjaga keselamatan dan
tingkah lakunya bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai
kecacatan terutamanya dari segi fizikal. Selain itu, seseorang bayi dalam
kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis perlindungan, iaitu
cecair Amniotik dan sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran
darah yang memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Kedua-dua
perlindungan ini akan membantu melindungi fetus daripada mengalami
kecederaan fizikal serta melindungi fetus daripada dimasuki benda asing
yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun tingkah laku
dan kecerdasan otak. Walau bagaimanapun, perlindungan-perlindungan
tersebut tidak dapat melindungi janin sepenuhnya semasa perkembangan
bayi dalam kandungan daripada virus atau bakteria tertentu, misalnya
virus HIV/AIDS dan virus Rubela.

FAKTOR PERINATAL (SEMASA KELAHIRAN)


Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa kelahiran bayi
iaitu pada waktu bersalin. Selepas lebih kurang 38 minggu dalam
kandungan ibu, bayi sudah sempurna anggota tubuhnya serta bersedia ke
alam baru iaitu dari rahim ibu ke dunia. Proses kelahiran ini dibahagikan
kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan serviks, kelahiran bayi, dan
pengeluaran plasenta selepas kelahiran. Tahap proses pertama adalah
pembukaan serviks yang merupakan tahap yang paling lama iaitu
mengambil masa selama 10 hingga16 jam. Dalam tahap ini, wanita yang
mengandung akan merasai kontraksi secara berhenti-henti atau kadang-
kadang sepanjang dua bulan terakhir kehamilan. Tahap yang paling sukar
dan paling sakit sekali dalam proses melahirkan bayi adalah bahagian
terakhir dan tahap ini dipanggil transition. Pada masa ini, pihak hospital
akan membekalkan ubat pemenang bagi mengurangkan kesakitan tetapi
ia sebenarnya memberi kesan terhadap bayi terutama pada aspek
kecerdasan otak.
Seterusnya, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka
sepenuhnya dan berakhir dengan kelahiran bayi. Pada tahap ini, selain
menggunakan tenaga fizikalnya untuk mengeluarkan bayi, wanita juga
perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada doktor dan jururawat
yang bertugas. Hal ini kerana, proses kelahiran akan menjadi lambat
sekiranya mereka gagal dalam memberi komitmen. Kebanyakan kes
sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari fizikal dan
mental.

Tambahan pula, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil segera


sekiranya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan bagi mengelakkan
sebarang kecacatan dan kecederaan bayi. Ini adalah kerana, salah satu
faktor anak dilahirkan dengan kecacatan adalah disebabkan oleh faktor
kelahiran tidak cukup bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi
tersebut semakin lambat berbanding dengan bayi yang lahir normal.

FAKTOR POSNATAL (SELEPAS KELAHIRAN)

Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada
saat kehidupan selepas ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun
kehidupan seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain seperti gizi pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonomi,
musim, dan lain-lain lagi.

Tahap ini merupakan tahap awal pertubuhan dan perkembangan


seseorang kanak-kanak. Oleh itu, gizi pemakanan perlu diamalkan pada
masa ini. Hal ini membantu serta memudahkan perkembangan anak yang
sempurna dari segi fizikal dan mental. Kanak-kanak harus mengambil
makanan yang dikatakan kualitatif seperti makanan yang mengandungi
protein, karbohidat, lemak, mineral, dan vitamin. Contohnya, kanak-kanak
memerlukan susu sejak kecil. Susu bukan sahaja mempunyai khasiat
nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-
kanak, susu juga mempunyai kalsium yang diperlukan oleh kanak-kanak
untuk pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.
Di samping itu, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang
semakin menular juga merupakan salah satu faktor menyebabkan
kecacatan pada diri kanak-kanak. Penyakit sebegini tidak menunjukkan
kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi kesan pada masa akan
datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat
dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.

FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN

FAKTOR ENDOGEN

Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan


perkembangan dalam diri inidividu atau dikatakan sebagai faktor baka.
Contoh-contoh faktor endogen adalah seperti baka, pemakanan, kesihatan
ibu, pengambilan dadah dan alkohol, tabiat merokok, faktor Rh darah,
kesan X-ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya.

Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari segi fizikal
akan diwarisi oleh anak yang dilahirkannya. Sekiranya, ibu bapa atau ahli
keluarga yang terdekat mengalami kecacatan dari segi fizikal mahupun
mental, kemungkinan besar anak yang dilahirkan alan mengalami
kecacatan tersebut. Selain itu, komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia
lewat juga merupakan salah satu faktor endogen yang membawa
kecacatan kepada anak. Berdasarkan kajian pakar-pakar perubatan, ibu-
ibu yang mengandung pada usia yang sangat lewat, iaitu 40 tahun ke atas
berisiko untuk melahirkan bayi Sindrom Down atau terencat akal.

Tambahan pula, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan


merokok akan melahirkan anak yang cacat dan terencat akal. Tiada
jumlah selamat banyak mana alkohol boleh diminum semasa
mengandung. Pengambilan alkohol akan menyebabkan kecacatan mental,
kecacatan jantung, anggota badan, dan sendi. Selain itu, sekiranya ibu
yang mengandung merokok, bayi akan mengalami kekurangan oksigen
kerana pembuluh darah mengecut dan ini boleh menyebabkan kecacatan
otak kepada anak.

Seterusnya, kesan X-ray semasa mengandung juga menyebabkan


kecacatan akal, tempurung kepala, buta, dan sebagainya. Kehadiran
teratogen juga adalah amat bahaya kepada janin dalam kandungan
kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan organ utama. Dari segi
tekanan psikologi, pengeluaran hormon adrenalin berlebihan yang
memasuki saluran darah janin akibat tekanan psikologi yang dialami oleh
ibu-ibu yang mengandung boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam
kandungan.

FAKTOR EKSOGEN

Faktor eksogen adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu faktor
persekitaran. Faktor ini termasuklah yang merangkumi faktor pemakanan,
keluarga, tempat tinggal, dan sebagainya.

Faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam kelahiran


seorang anak ke dunia ini. Bagi mengelakkan sebarang gangguan sama
ada dalam pertumbuhan fizikal mahupun mental, pemerhatian dan kasih
sayang ahli keluarga semasa pembesaran dan perkembangan anak amat
diperlukan. Manakala, tempat tinggal juga harus selesa, kondusif, serta
selamat. Gangguan seperti pencemaran air, udara, bunyi, dan sebagainya
akan membawa kesan negatif yang akan menyebabkan kecacatan pada
pertumbuhan anak.

Anda mungkin juga menyukai