Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM DIPLOMA PASCA PENDIDIKAN (PDPP)

AMBILAN JUN 2021 (SEMESTER 1 / TAHUN 1)

EDUP2102
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN 2- PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : SITI NUR FATIMAH BINTI AMINUDDIN

NO. KAD PENGENALAN : 940714-08-6572

NO. ANGKA GILIRAN : 2021182400086

KUMPULAN : SEJARAH 2

NO. TELEFON : 0133482127

NAMA PENSYARAH : PUAN SUHAILAH BINTI SHARIF

PENGAKUAN : Saya SITI NUR FATIMAH BINTI AMINUDDIN no. kad


pengenalan 940714-08-6572 telah faham dan menerima
maklum balas daripada PUAN SUHAILAH BINTI SHARIF,
Pensyarah EDUP2102 SOSIOLOGI DALAM PEDIDIKAN
Rendah JUN – SEPTEMBER 2021.

27 Julai 2021

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR


PENULISAN AKADEMIK 25 JUN 2021 27 JULAI 2021
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN ii
SOALAN TUGASAN iii
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 USAHA-USAHA MENCAPAI KESMARATAAN PENDIDIKAN 1-4
DAN INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH
3.0 KESIMPULAN 5
RUJUKAN 6-7

i
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod EDUP
2102 Sosiologi Dalam Pendidikan ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan ini juga saya amat berbesar hati untuk memberikan jutaan
terima kasih kepada Puan Suhailah binti Sharif selaku pensyarah untuk kursus ini.
Dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau juga saya telah berjaya menjayakan kerja
kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih

ii
SOALAN TUGASAN

Idea Utama: Aspirasi Pendidikan Dalam Norma Baharu

Soalan Penting: Sejauh manakah pendidikan norma baharu dapat merealisasikan


aspirasi pendidikan dan integrasi nasional di Malaysia? Pelajar dikehendaki
melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 2: Penulisan Akademik (40%)

Prinsip Pendidikan Untuk Semua merupakan satu mandat global bagi memastikan
semua keperluan rakyat dalam pendidikan dipenuhi. Sebagai tanda menyokong prinsip
tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah sewajarnya
dengan memperkenalkan pelbagai program pendidikan.

Anda dikehendaki menilai dua program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam
usaha untuk mencapai kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia serta usaha-
usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah.

iii
1.0 PENGENALAN

Menurut Azis dan Noraini (2008) menyatakan bahawa tujuan utama kesamarataan
pendidikan adalah untuk menyatupadukan pelajar yang mempunyai kepelbagaian kaum
di Malaysia. Manakala integasi nasional pula adalah satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya dan
sosial (Ridhuan Tee, 2010). Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 terdapat lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia ini termasuklah penerimaan
akses pendidikan kepada semua murid dan membentuk perpaduan menerusi sistem
pendidikan. Program pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluh dan bersepadu.
Antaranya melalui pelaksanaan Program Pendidikan Orang Asli dan Program
Pendidikan Inklusif. Melalui program-program pendidikan ini dapat dilihat bahawa
kerajaan memandang tegas tentang pendidikan di setiap lapisan masyarakat yang ada
di Malayia dengan melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatan tahap pendidikan
masyarakat.

2.0 USAHA-USAHA MENCAPAI KESMARATAAN PENDIDIKAN DAN INTEGRASI


NASIONAL DI SEKOLAH

Usaha pertama untuk mencapai kesamarataan peluang pendidikan di bawah


Program Pendidikan Orang Asli ialah dengan melaksanakan Program Sekolah Model
Khas Komprehensif (K9) (Annual Report KPM, 2015). Tujuan pelaksanaan program
ini adalah untuk mengurangkan masalah keciciran dan memastikan mereka
memenuhi tempoh sembilan tahun pembelajaran. Contoh program yang berjaya
dilaksanakan adalah Program Jejak Kasih dan Keciciran Pelajar, yang dianjurkan
oleh Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis Pahang. Seterusnya, usaha untuk
memupuk integrasi nasional di sekolah adalah dengan melaksanakan Rancangan
Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). (Hasnul&Syariefudin, 2018) Tujuan
program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajar sekolah yang mempunyai pelbagai etnik. Munurut Aminah dan Seow (2012),
masyarakat Orang Asli mengandungi tiga buah rumpun bangsa yang terbentuk

1
daripada 19 buah suku kaum yang berbeza. Antara contoh pelaksaan program untuk
membentuk integrasi nasional ini adalah Program Perkemahan Bersepadu Unit
Beruniform yang di laksanakan di sekolah SK. RPS Pos Kemar, Gerik, Perak.
Program ini berjaya mengumpulkan pelajar yang teridiri daripada pelbagai etnik untuk
bekerjasama di dalam kumpulan. Jelaslah bahawa, program K9 ini telah menunjukkan
bahawa kerajaan mementingkan kesamarataan pendidikan Orang Asli. Seterusnya
menerapkan integrasi nasional di dalam bentuk pembelajaran harian di sekolah.

Seterusnya, usaha kedua untuk mencapai kesamarataan peluang pendiidkan di


bawah Program Orang Asli ialah, dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Orang Asli dan Penan (KAP) (Ramlah, 2009). Pelaksanaan KAP ini masih
berteraskan KSSR. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan jurang
pencapaian akademik iaitu mengurangkan kadar keciciran, penguasaan
kemahiran asas 3M dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Contoh program yang
berjaya dilaksanakan bagi menjayakaan inisiatif ini adalah dengan menekankan
penggunaan pedagogi peribumi iaitu menggunakan persekitaran yang rapat
dengan murid seperti di Sekolah Kebangsaan Sungai Mas (Nurul & Zulkifli, 2018).
Penggunaan pedagogi peribumi ini adalah untuk memudahkan murid memahami isi
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dan kurikulum berjaya dilaksanakan.
Seterusnya, usaha untuk memupuk integrasi nasional di sekolah juga kerajaan telah
mengguna pakai Kurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Asli dan Penan
(KAP) yang mana salah satu objektif yang dinyatakan adalah murid mampu untuk
berinteraksi dengan masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk melahirkan
perpaduan dan keharmonian. Pelaksanaan program seperti penglibatan IPGM
sebagai IPG angkat untuk sekolah-sekolah orang asli dan Program Ikon Orang
Asli peringkat negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang.
Menerusi program ini juga adanya kerjasama dengan Sekolah Berasarama Penuh dari
seluruh Malaysia. Dapat dilihat bahawa, melalui program ini, Jelaslah bahawa,
pelaksanaan KAP telah berjaya memberi kesamarataan dan pada masa yang sama
membentuk integrasi nasional menerusi pelbagai program dan kaedah yang
dilaksanakan di sekolah.

2
Tambahan itu juga, usaha yang ketiga untuk mencapai kesamarataan
pendidikan dalam Program Pendidikan Inklusif adalah melalui melalui
penambahbaikan kurikulum Pendidikan Khas. Menurut Yahya Don (2007) tujuan
pelaksanaan pendidikan inklusif ini adalah untuk memberi peluang kesamarataan
di antara murid bekeperluan khas (MBK) dengan murid arus perdana. Seterusnya,
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan
murid-murid bekeperluan khas. Antara contoh pelaksanaan program yang berjaya di
lakukan untuk mencapai kesamarataan di antara MBK dan arus perdana adalah
Zero Reject Policy (Utusan Borneo Online,2019). SMK Putrajaya Presint 18(1) telah
melaksanakan program ini dan program ini telah berjaya menyediakan peluang
pembelajaran kepada golongan MBK, dimana pelajar istimewa ini diberi layanan
pendidikan di dalam kelas biasa dan memberi dorongan kepada mereka untuk
melaksanakan projek seperti murid arus perdana yang lain. Tambahan itu juga
menerusi Program Pendidikan Inklusif dalam aspek pembentukan kurikulum juga
dapat memumuk integrasi nasional dalam kalangan murid di sekolah. Tujuan
pelaksanaannya adalah untuk memupuk semangat kekitaan antara murid
bekerperluan khas (MBK) dan juga murid biasa. Sebagai contoh, di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas, Kuantan, Pahang yang telah melaksanakan projek
bersama sama dengan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang
bangsa. (Metro, 2019) Jelaslah bahawa, usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan
dalam mencapai kesamarataan dan integrasi nasional menerusi Pendidikan
Inklusif ini mampu mencapai matlamat utama keraja untuk memberi akses
pendidikan kepada semua pelajar.

Selain itu juga, usaha ke empat dalam mencapai kesamarataan pendidikan di


bawah Program Pendidikan Inklusif adalah melalui penubuhan kelab rakan sebaya
(Saiful Azam, 2020). Tujuan pelaksanaan adalah untuk meletakkan setiap MBK
digandingkan dengan seorang murid daripada sekolah yang sama yang mana
akan memperluaskan lagi kempen komunikasi bersepadu untuk meningkatkan
kesedaran mengenai MBK. Contohnya, dengan melaksanakan sesi pembelajaran
secara kooperatif dan kumpulan dapat membantu menggalakkan interaksi sosial
serta rasa diterima oleh rakan sebaya, dan mengurangkan rasa rendah diri dalam

3
diri MBK. Tambahan itu juga, usaha kerajayaan di dalam membentuk integrasi
nasional di bawah Program Pendidikan Inklusif ini dapat kita lihat melalui pengukuhan
kurikulum pendidikan Islam dan Pendidikan moral. Tujuannya adalah untuk
memahami nilai-nilai berkaitan pepaduan dan menjalinkan hubungan yang baik
antara murid (Annual Report KPM, 2015). Pelaksanaan program ini dilakukan di
semua sekekolah termasuklah program pendidikan inklusif. Sebagai contoh, kita lihat
di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, yang teridiri dari pada pelajar PPI, pelajar
Islam dan bangsa lain. Permbelajaran ini di ajar mengikut agama, dan bukan
mengikut keupayaan. Jelaslah bahawa, dua usaha kerajaan di dalam membentuk
kesamarataan dan integrasi nasional ini berjaya diaplikasikan di bawah program
pendidikan khas.

Usaha terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan setiap


pelajar pendidikan khas dibawah Program Pendidikan Inklusif ini mendapat
kesamaraan pendidikan ialah murid bekeperluan khas MBK ini juga berpeluang untuk
mengikuti peperiksaan awam seperti murid arus perdana. Tujuan pelaksanaan
adalah untuk memberi peluang menamatkan pelajaran dan mudah memperoleh
pekerjaan di masa hadapan. Mereka bukan sahaja mampu untuk menamatkan
peperiksaan awam, namun boleh mendapat akses ekosistem yang sempurna dan
membolehkan mereka mendapat pendidikan yang lebih tinggi serra peluang pekerjaan
yang lebih terjamin. Contoh program yang dilaksanakan adalah Pameran
Pendidikan Khas Antarabangsa 2019 (ISEE 2019) di laksanakan untuk meningkatkan
kualiti garaduan dalam kalangan kurang supaya (BH Online, 2019).Seterusnya, usaha-
usaha untuk membentuk integrasi nasional di peringkat sekolah, kita dapat lihat melalui
aktiviti sukan dan permainan. Kerajaan melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan
Pendidikan Khas untuk menyatupadukan murid dalam program pendidikan inklusif.
Sebagai contoh, Serawak telah memohon untuk membina sebuah sekolah sukan
yang bersifat inklusif (Utusan Borneo Online, 2019) untuk membentuk satu perpaduan
yang kursus dan berupaya memberi sumbangan kepada negara. Jelaslah bahawa
usaha-usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan inklusif ini dapat memberi
peluang kepada golongan kurung upaya.

4
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelbagai usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh


kerajaan untuk memantapkan lagi keberhasilan pelajar di dalam pendidikan. Terutama
dalam aspek kesamarataan pendidikan dan juga memupuk integrasi nasional di
sekolah. Usaha yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencapai hasrat yang
diimpikan oleh Falsafah Kebangsaan Negara. Tambahan itu juga, menerusi usaha yang
dilaksanakan ini terdapat pelbagai perubahan terutama dalam aspek perubahan taraf
sosial, peningkatan ilmu pendidikan, menambah peluang pekerjaan dan sebagainya.
Jelaslah bahawa, di antara kerberhasilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 mampu dicapai jika usaha-usaha ini diteruskan. (1196 patah perkataan)

5
RUJUKAN

Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di


Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Utusan Publication & Distributors
Sdn.Bhd.

Fazurawati Che Lah.harian metro (2020). Cabaran Berganda Pendidikan Khas.


https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/05/574298/cabaran-berganda-
pendidikan-khas(26 julai 2021)

Hajah Ramlah Abdul Rahman (2009). Projek Rintis Kurikulum Bersepadu Sekolah
Murid Orang Asli Dan Penan (KAP). Institut Perguruan Maktab Tunku Ampuan
Afzan (IPGMKTAA).

Hasnul Husna Hussien & Mohd Syariefudin Abdullah. (2018). Keberkesanan


Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) Dalam Memupuk
Kesepaduan Sosial. MANU Bil. 28, 33-49.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Laporan Tahunan 2015. Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia:
Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayuddin & Zakiahh Noordin. (2016).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Oxford Fajar

Nurul Islam Mohd Isa, Zulkefli Aini. (2018). Bentuk – Bentuk Program Pembangunan
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Terhadap Orang Asli Di
Malaysia: Fikiran Masyarakat. Vol. 6, No. 1, 2018

6
Saiful Azam Khoo Abdullah. (2020). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid
Berkeperluan Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Aminah Binti Mohd Sam & Seow Ta Wee. Kelestarian Pembangunan Sosiobudaya
Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke
4. Anjuran Jabatan Geografi Dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Utusan Borneo Online, (2017). Sarawak Mohon Sekolah Sukan Untuk Pelajar Normal
Dan OKU. 2019. https://www.utusanborneo.com.my/2017/07/27/sarawak-mohon-
sekolah-sukan-untuk-pelajar-normal-dan-oku (26 julai 2021)

Utusan Borneo Online. (2019). KPM Akan Tambah Guru Pendidikan Khas Untuk Murid
OKU https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/17/kpm-akan-tambah-guru-
pendidikan-khas-untuk-murid-oku (26 julai 2021)

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Ptd Professional Publishing


Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai