Anda di halaman 1dari 7

D202152400033 EDUP2132

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SG PETANI, KEDAH

PEPERIKSAAN OBT MEI 2022

PROGRAM PDPP
(Programme)
AMBILAN OKTOBER 2021
(Intake)
SEM 2
(Sem)
ANGKA GILIRAN D202152400033
(Index Number)

NO. K/PENGENALAN 910824035453


(Identity Card No.)

KOD KURSUS EDUP2132


(Course Code)
NAMA KURSUS PROFESIONALISME KEGURUAN
(Course Title)
TARIKH 13 Mei 2022
PEPERIKSAAN
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial saiz 12/ Traditional Arabic saiz 18/ Jawi saiz 18, serta
langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan
nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di
sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
D202152400033 EDUP2132

Soalan 1. Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut


penguasaan aspek- aspek tertentu oleh setiap guru. Tadbir urus yang baik dalam
sesebuah perkhidmatan
awam akan dapat menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.

Huraikan aspek-aspek penting dalam Pembangunan Tadbir Urus Insan dan


Kewarganegaraan yang harus dimiliki oleh guru berserta contoh.

Guru pada masa kini lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan
yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi-situasi pembelajara secara cekap dan berkesan. Setiap perubahan dan
transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran
dalam profesion perguruan. Iainya menjadi kewajipan bagi setiap individu yang
berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agat dapat bertanding
dalam era perkembangan teknologi pesar supaya tuntutan dalam transformasi
kurikulum dapat dicapai. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek profesionalisme dengan melengkapkan diri
dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengn kehendak
teras PPPM.

Terdapat 6 aspek penting dalam Pembangungan Tadbir Urus Insan dan


Kewarganeraan yang harud dimiliki oleh guru iaitu Pengetahuan, Kemahiran
berfikir , kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
serta Identiti nasional. Di dalam aspek pengetahuan, penguasaan ilmu
pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti
yang dituntut oleh PPPM. Untuk membina pengetahuan yang tinggi dan mendalam
dalam diri seorang guru, guru sebagai pengamala ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangan, dan
bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu. Apabila budaya ilmu Berjaya
diamalkan di sekolah, ini akan mewujudkan suasana kerja yang positif seterusnya
memberikan impak yang positif kepada murid. Murid akan mengikut segala tingkah
laku guru kerana bagi mereka, guru adalah idola mereka. Sebagai contoh, Sebarang
pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang
D202152400033 EDUP2132

dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum.
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing-masing
untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid
agar menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan guru haruslah lebih inovatif,
kreatif dan efektif dalam penyampainnya serta sentiasa memikirkan pendekatan
baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak murid sebagai
“knowledge worker” dalam era maklumat abad ke-21.

Kedua ialah aspek kemahiran berfikir. Seorang guru pelru menguasai pengetahuan
dan kemahiran berfikir agar dapat membimbing murid-murid menguasi kemahiran
berfikir. Guru haruslah mengetahui dengan mendalam sifat-sifat kemahiran berfikir
yang ingin diajar, mengetahui cara untuk mewujudkan suasana yang dapat
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta guru perlu tahu cara untuk menilai
kemahiran berfikir murid-murid kerana pengetahuan sedia ada serta kefahaman
yang jelas akan membentuk praktikal dan jawapan yang tepat. Sebagai contohnya,
guru boleh mengaplikasikan kaedah pembelajaran diluar bilik darjah kepada murid
untuk memberikan murid satu pengalaman yang menakjubkan untuk merangsang
pemikiran murid seperti lakonan hang tuan di dalam subjek sejarah seterusnya
membuat pelajaran berasaskan projek.

Seterusnya, dari aspek kepimpinan, Kepimpinan yang cemerlang di sekolah dapat


mengubah dan menambah baik tahap kecemerlangan sesuatu sekolah. Menurut
Norashikin(2013), kepimpinan guru merupakan satu proses keupayaan kepimpinan
dalam kalangan guru yang diterjemah melalui tingkah laku sama ada diluar dan di
dalam bilik darjah atau sekolah yang turut memberi manfaat kepada organisasi ,
murid, guru dan rakan sekerja demi mencapai matlamat sekolah. Seorang guru juga
perlu memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi dan berkesan seperti kemantanganm
keikhlasan, keyakinan diri dan lain-lain. Sebagai contoh, Guru yang terlibat dalam
proses perkembangan professional, menjadi mentor kepada guru baru dan
peningkatan perkongsian ilmu profesionalisme , memberi tunjuk ajar berkenaan
dengan kemahiran dan Teknik pengajaran.
Kesimpulannya, Guru mempunyai kepelbagaian tanggungjawab dan tugas untuk
melahirkan murid yang cemerlang untuk negara bangsa. Kepelbagaian tugas dan
D202152400033 EDUP2132

peranan serta tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan
segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia
terus dipandang mega oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara
menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.

Soalan 3.Guru perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi bagi
menjamin kompetensi mereka sebagai seorang pemimpin instruksional.

Bincangkan secara terperinci peranan yang harus dimainkan oleh guru


sebagai
pemimpin instruksional ke arah memastikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran adalah terjamin dan menepati piawai yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di peringkat sekolah, pencapaian matlamat ini menjadi tanggunjawab guru Besar,


guru-guru, staf dan pelajar.Guru Besar seharusnya berkebolehan untuk
menggerakkan orang bawahannya untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan
bagi mencapai matlamat tersebut. Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada bagaimana guru besar dapat mengamalkan gaya kepimpinan bersesuaian
dengan situasi sekolah. Kepimipinan berasaskan situasi dapat memanipulasikan
strategi dan keadaan demi menjamin keberkesanan yang maksimum.
Kepemimpinan yang berwibawa meliputi pegetahuan yang meluas dalam aspek
pengurusan sekolah seperti pengurusan kurikulum, motivasi
guru,pelajar,meningkatkan prestasi sekolah dan perhubungan luar (Edmonds,1979)

Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi egen


perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat 2 memberi
impak yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau, tanggungjawab
pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah memastikan
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik dirancang dan dilaksana
dengan baik serta teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan

Seseorang guru besar dalam sesebuah sekolah perlu mengenal pasti apakah faktor-
D202152400033 EDUP2132

faktor yang mempengaruhi perlakuan guru dalam sekolahnya. Kossen (1983)


menyatakan dengan mengetahui dan memahami kepentingan motivasi pekerjanya,
seorang pengurus itu dapat mengetahui tingkah laku manusia dan dapat membuat
ramalan dan mengawal tingkah laku tersebut. Dengan itu pihak pengurusan dan
pentadbiran dapat meningkatkan prestasi para pekerjanya.Bila prestasi kakitangan
meningkat secara tidak langsung daya pengeluaran akan terus meningkat. Pendapat
ini diperkukuhkan lagi oleh Vroom dan Deci (1970). Mereka menyatakan prestasi
seseorang itu ditentukan oleh dua jenis pembolehubah iaitu kebolehan ataupun 3
kemahiran individu dan motivasi mereka menggunakan kebolehan dan kemahiran
berkenaan dalam pelaksanaan tugas mereka

Mengenal pasti amalan-amalan terbaik serta inovasi-inovasi dalam kepimpinan


instruksional di sekolah yang menjurus kepada peningkatan kecemerlangan
akademik dan sahsiah murid; ii. Menambah baik amalan dan program instruksional
di sekolah melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan
pembentang dan peserta kolokium; dan iii. Membuka ruang kerjasama dengan
seluruh warga pendidikan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan .Guru sebagai
pelaksana polisi pendidikan Aktiviti mengajar merupakan jantung sistem pendidikan
(Yusoff,1981). Jantung tidak akan berfungsi tanpa guru yang berkesan dan
berketrampilan. Cara guru besar mengendalikan persekitaran kerja dapat membantu
mewujudkan komitmen dalam guru sehingga mewujudkan motivasi yang tinggi dan
besikap positif dalam menghadapi cabaran (Guidon,1994). Oleh itu , seseorang guru
perlu berada di bawah naungan guru besar yang mampu mempertingkatkan
motivasi mereka supaya tugasan berat dapat dilaksanakan dengan efektif dan
efisien.

kepimpinan instruksional membawa maksud iaitu keupayaan seseorang pemimpin


itu memberi tunjuk ajar atau pengajaran kepada pengikut-pengikutnya. Kepimpinan
instruksional itu memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti merangka
matlamat sekolah, menyebarkan matlamat sekolah, menyelia pengajaran,
menyelaraskan kurikulum, memantau pelajar, menggalakkan perkembangan
profesioanal dan menetapakan serta menguatkuasakan dasar akademik.Kepimpinan
instruksional ini lebih menekankan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
D202152400033 EDUP2132

kurikulum iaitu bagaimana menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan.

Kepimpinan instruksional adalah konsep kepimpinan yang melibatkan tindakan dan


aktiviti yang dilaksanakan oleh pemimpin sekolah secara langsung mempengaruhi
pencapaian murid. Guru besar atau pengetuan yang berperanan sebagai tonggak
utama pemimpin instruksional di sekolah perlu mempunyai pengerahuan yang
berkaitan dengan teori dan model keoimpinan instruksional dalam membantu tugas
dan urusan mereka di sekolah. 3 fokus utama yang perlu dilakukan oleh guru besar
sebagai pemimpin instruksional yang bermula dengan menentukan matlamat
sekolah : menguruskan program instruksional di dalam bilik darjah sehingga peranan
pengetua untuk menggalakan iklim sekolah yang positif agar dapat menyunbang
kepada peningkatan pencapaian murid. Menurut ( Hallinger et al,. 2013n) model ini
menekankan penglibatan dan hubungan antara pengetua dan warga sekolah dalam
mempengaruhi pencapaian akademik murid. Beliau menyatakan guru besar sebagai
pemimpin di sekolah perlu bekerjasama untuk merangka matlamat yang memberi
inspirasi dan mencapai kata sepakat untuk mencapai tujuan tersebut. Matlamat
Bersama akan memotivasikan seluruh warga sekolah dalam menyokong
peningkatan pencapaian murid. Oleh itu, matlamat sekolah yang digubal oleh guru
besar mesti difahami dan dilaksanakan oleh guru dan harus dijelaskan kepada
setiap anggota sekolah, termasuk murid dan ibu bapa.

Dimensi kedua iaitu menguruskan program instruksional memerlukan


penglibatan guru secara langsung dalam kurikulum dan proses pengajaran.
Hallinger et al. (2013a) mendefinisikan mengurus program instruksional sebagai
menyelia dan menilai program, menyelaraskan kurikulum dan memantau
perkembangan murid. Peranan pengetua adalah memastikan matlamat sekolah
dapat diterjemahkan menjadi amalan di dalam kelas dan memantau pencapaian
murid dalam usaha memantapkan semua program akademik yang dilaksanakan.
Melalui pemantauan pencapaian murid, guru besar dan guru dapat membincangkan
dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid , kemudian merancang program
yang dapat meningkatkan prestasi mereka.

Dimensi ketiga adalah menggalakan iklim sekolah yang positif merujuk kepada
D202152400033 EDUP2132

norma dan tingkah laku guru dan murid yang mempengaruhi proses pembelajaran di
sekolah. Seorang guru besar mampu mempengerahui iklim pembelajaran secara
langsung atau tidak langsung dengan menguasai kemahiran untuk berkomunikasi,
berbincang dan memberi ruang untuk mendekati guru dan murid serta menyediakan
insentid sebagai usaha menggalakan produktiviti organisasi sekolah.
Analisis keseluruhanya, untuk memastikan sebuah sekolah itu mencapai maksud
sekolah yang berkesan, guru besar atau pengetua haruslah mempunyai kepimpinan
yang kuat dengan tumpuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan memainkan
peranan membina iklim persekolahan dimana tiap murid berada pada satu tahap
pencapaian yang ditetapkan terlebih dahulu serta mempunyai sauasa disiplin yang
teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan tetapi selesa
untuk proses pengajaran. Guru besar juga haruslah memainkan peranan untuk
memberi keutamaan kepada proses pengajaran dengan berusaha bersungguh-
sungguh memastikan maklumat pengajaran dilaksanakan dan memberi faedah dan
Berjaya mengesan kemajuan murid secara sistematik berpandukan matlamat PdP.
Sebagai contoh, saya mengambil kepimpinan guru besar sekolah saya sendiri iaitu
SK Proton City yang telah Berjaya mencapai 95% kelulusan UPSR sebelum
dimansuhkan dan juga menjadi contoh kepada sekolah rendah lain di dalam kohort 4
dan juga TS25. Kejayaan yang diperolehi di SK Proton City adalah kerana adanya
guru besar yang berkaliber dalam memastikan semuah tanggungjawab di bawahnya
bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinaan dan cabaran yang mendatang
untuk melahirkan murid yang cemerlang dan kemenjadian murid 100 .
Kesimpulannya, Kepimpinan instruksional berkait rapat dengan pencapaian murid.
Kepimpinan seorang guru besar itu sangat penting untuk membawa sekolah ke satu
tahap pendidikan yang berkualiti tinggi. Ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya
pemimpin di sekolah mempunyai kemahiran kepimpinana instruksional yang baik
bersesuaian dengan pendapat Findley (1992) iaitu jatuh bangunnya sesuatu sekolah
adalah disebabkan kualiti kepimpinan guru besar.

Anda mungkin juga menyukai