Anda di halaman 1dari 39

Topik

5
1. 2. 3. 4. 5.

Psikologi Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: Menerangkan pengertian pembelajaran, Menghuraikan konsep dan jenis pembelajaran; Menerangkan ciri-ciri dan proses pembelajaran Menghuraikan prinsip pembelajaran; dan Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

X PENGENALAN
Psikologi pendidikan adalah ilmu yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah (Borich & Tombari, 1997). Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam seting pendidikan adalah fokus utama kajian ahli psikologi pendidikan. Mereka memerhati, mengkaji dan membina teori tentang bagaimana menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sebagai seorang guru, anda perlulah mengetahui tentang proses pengajaran dan pembelajaran, kerana anda akan berhadapan dengan para pelajar setiap hari dan berusaha untuk memindahkan fakta atau maklumat kepada minda pelajar.

106 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

5.1

PEMBELAJARAN

Sebagai guru, anda perlu mengetahui proses pembelajaran dan boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku di mana seseorang yang telah mengalami proses pembelajaran akan menunjukkan tingkah laku yang berlainan daripada sebelumnya, seperti daripada tidak boleh membaca kepada boleh membaca. Masalah yang dihadapi oleh guru pada hari ini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna untuk apabila mereka dewasa kelak (Slavin, 1997).

5.1.1

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pembelajaran. Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting, iaitu: (a) (b) (c) Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku; Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran; dan Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.

Pendapat Stalling selari dengan pendapat Woolfolk (1998) yang mengatakan: learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individuals knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 107

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek (Rahil Mahyuddin et al, 2000). Ilmu bukanlah serupa dengan maklumat, tetapi ilmu dibina daripada maklumat melalui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan harian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian daripada ilmunya. Ini akan hanya berlaku apabila individu berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada struktur ilmunya, supaya ada makna, boleh diingat dan boleh digunakan apabila perlu. Oleh itu, ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman tentang maklumat yang diterima.

5.1.2

Ciri-ciri dan Proses Pembelajaran

Pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku (pembelajaran) (Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Proses pembelajaran

108 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Secara ringkasnya, pembelajaran mempunyai beberapa ciri berikut: (a) (b) Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkah laku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari. Pembelajaran adalah proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat seseorang. Pembelajaran adalah satu proses dan pembelajaran berlaku selari dengan perkembangan kognitif seperti yang diutarakan oleh Teori Perkembangan Kognitif Piaget (Topik 2).

(c) (d) (e)

Seterusnya, secara ringkas, pembelajaran melalui proses berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan yang sesuai dipilih oleh organ deria. Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima (pemikiran dan penerimaan). Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan dalam satu situasi yang sesuai dan sepadan. Perubahan tingkah laku (pembelajaran).

AKTIVITI 5.1
Pada pendapat anda, rangsangan bagaimana yang dapat menarik perhatian pelajar? Jelaskan jawapan anda dengan memberi contoh-contoh.

5.1.3

Jenis Pembelajaran

Terdapat tiga jenis pembelajaran seperti berikut: (a) Pembelajaran Formal Pembelajaran formal adalah pendidikan yang diterima secara langsung daripada institusi tertentu seperti sekolah, maktab atau universiti (Rajah 5.2).

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 109

Rajah 5.2: Pembelajaran formal di peringkat universiti Sumber: www.jupem.gov.my/news_bm/konvo.jpg

Antara ciri pembelajaran formal adalah seperti berikut: Pembelajaran diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. Pembelajaran adalah berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan dan dilembagakan. Pembelajaran formal diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa di negara ini daripada umur 7 tahun hingga 13 tahun. Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah, kerusi, meja dan lain-lain. Pembelajaran formal dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan bertauliah. Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada setiap tahap yang dilalui dalam bentuk formatif, sumatif dan peperiksaan awam. Pembelajaran formal menekankan pendidikan bidang kognitif (intelek), emosi (afektif), rohani dan jasmani (psikomotor). (b) Pembelajaran Informal Pembelajaran informal (tidak formal) merupakan perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar (Rajah 5.3). Para Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton televisyen, mendengar radio dan lain-lain.

110 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Rajah 5.3: Pembelajaran informal melalui tontonan televisyen Sumber: news.bbc.co.uk//tv_and_radio/newsid_117200/ 1172098.stm

Antara ciri pembelajaran informal adalah seperti berikut: Pembelajaran informal diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Pembelajaran informal diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman. Pembelajaran informal merupakan proses berterusan dan berlaku sepanjang hayat. pembelajaran yang

Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan tempat tertentu. Semua pengetahuan dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui pengalaman yang diperoleh secara tidak langsung. Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai. Pembelajaran tidak memerlukan guru terlatih atau pakar. Mereka yang berada di persekitaran adalah guru yang utama. Pembelajaran informal tidak melibatkan sebarang penilaian dan pelajar tidak diberi sijil yang diiktiraf. (c) Pembelajaran Nonformal Pembelajaran nonformal adalah bentuk pembelajaran yang berlaku secara sampingan dan bertujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal (Rajah 5.4). Biasanya pembelajaran seperti ini juga memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 111

Rajah 5.4: Pembelajaran non-formal melalui ceramah atau bengkel Sumber: www.ysnet.org.my/berita/sept-Dec2001/kursus_seminar-1.htm

Antara ciri pembelajaran nonformal adalah seperti berikut: Pembelajaran nonformal diadakan apabila wujud keperluan untuk mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu. Sesebuah institusi mengadakan kursus pendek, ceramah, forum, bengkel dan sebagainya untuk tujuan tersebut. Kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam di dalam sehari atau beberapa hari. Biasanya bayaran minimum dikenakan kepada pelajar untuk bayaran saguhati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum. Kursus biasanya diadakan di beberapa tempat formal seperti di dewan sekolah, di bilik darjah, di pusat latihan dan lain-lain. Kandungan kursus untuk pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam dan berkaitan dengan kandungan pembelajaran formal.

112 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

SEMAK KENDIRI 5.1


Sediakan maklumat berikut untuk setiap jenis pembelajaran.
Formal Contoh maklumat yang diperoleh Tempat atau lokasi pembelajaran Asas konsep pembelajaran Peringkat umur pelajar Cara penilaian Kandungan pembelajaran Tempoh pembelajaran Informal Nonformal

AKTIVITI 5.2
Salah satu ciri pembelajaran ialah proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat. Huraikan maksud pembelajaran sepanjang hayat dengan memberikan tiga contoh.

5.1.4

Prinsip Pembelajaran

Prinsip-prinsip pembelajaran merujuk kepada dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 113

Antara prinsip pembelajaran tersebut ialah (Rajah 5.5): (a) Kesediaan Pembelajaran Pelajar harus mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum mereka belajar sesuatu pelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian kepadanya sebelum dia memulakan pengajaran. Pengalaman Sejajar dengan konsep konstruktivisme yang menggalakkan belajar melalui membuat, murid-murid hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mata, telinga, hidung atau jari. Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama. Unsur Jenaka Ramai pelajar menyukai guru yang boleh berjenaka. Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian kepadanya. Sekiranya anda tidak boleh berjenaka, anda boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dengan bercerita dan mengadakan aktivitiaktiviti yang boleh menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan. Motivasi Untuk menjayakan proses pembelajaran, guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka di sepanjang pengajaran. Hal ini boleh terhasil bila guru menggunakan peneguhan positif dan negatif di dalam pengajarannya. Objektif Pembelajaran Pelajar-pelajar hendaklah disedarkan atau diberitahu tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat bekerjasama mencapai objektif tersebut. Menyusun Pengajaran Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara: (i) (ii) Daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui; Daripada senang kepada susah;

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(iii) Daripada dekat kepada jauh; atau (iv) Daripada konkrit kepada abstrak.

114 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Rajah 5.5: Prinsip pembelajaran

AKTIVITI 5.3
Salah satu daripada prinsip pembelajaran ialah menyusun atau memeringkatkan isi kandungan pelajaran supaya mudah diterima oleh pelajar. Terangkan tiga cara isi pelajaran boleh disusun dengan memberikan contohnya sekali.

5.2

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi. Faktor-faktor tersebut ialah (Rajah 5.6):

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 115

Rajah 5.6: Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Kesemua faktor ini akan dibincangkan dalam subtopik-subtopik yang berikutnya.

5.2.1

Persepsi dan Penanggapan

Persepsi dan penanggapan adalah proses penting di dalam pembelajaran. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya (Slavin, 1997). Seterusnya apabila maklumat tersebut dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Proses pembentukan konsep ini dikenali sebagai penanggapan. Ahli psikologi Gestalt menumpukan kajian mereka kepada persepsi dan penanggapan. Mereka berpendapat di dalam persepsi, manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan (whole units rather than pieces of sensation, that the whole of a sensation is more than its parts). Ahli-ahli psikologi gestalt juga telah mengemukakan prinsip pengamatan atau dikenali sebagai Hukum Pragnanz. Terdapat enam prinsip persepsi yang dijelaskan seperti berikut:

116 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(a)

Prinsip Kedekatan Rangsangan yang terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul bersama dalam bidang pengamatan kita. Lihat Rajah 5.7. Apakah yang anda nampak? Mungkin ada yang nampak tiga batang tiang atau enam garisan.

Rajah 5.7: Prinsip kedekatan

(b)

Prinsip Bentuk dan Latar Bidang pengamatan individu terbahagi kepada dua komponen, iaitu bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus pemerhatian kita, yang lain akan menjadi latar. Lihat Rajah 5.8. Yang manakah bentuk dan yang manakah latar? Apakah yang anda nampak?

Rajah 5.8: Prinsip bentuk dan latar

(c)

Prinsip Kesamaan Pengamatan manusia cenderung untuk mengumpulkan rangsangan yang sama dalam satu kumpulan. Contohnya, dalam berpakaian, individu suka memakai baju atas dan bawah yang sama atau hampir sama warna. Anita misalnya, memakai baju kurung biru, kainnya juga warna biru dan tudungnya warna biru muda atau warna yang sama dengan warna corak bajunya. Prinsip Simetri Di Dalam pengamatan, kita lebih mudah mengingati bentuk yang simetri (sama ukuran) daripada bentuk yang tidak simetri. Sila lihat Rajah 5.9 (a) dan (b).

(d)

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 117

Rajah 5.9: Prinsip simetri

(e)

Prinsip Lengkapan Individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka. Dalam Rajah 5.10, apakah yang anda nampak? Mungkin anda menjawab (a) adalah empat segi dan (b) adalah tiga segi. Benarkah jawapan anda tersebut? Cuba perhatikan rajah tersebut sekali lagi.

Rajah 5.10: Prinsip lengkapan

(f)

Prinsip Terangkum Menurut prinsip ini, individu cenderung melihat bentuk yang lebih besar walaupun ada bentuk kecil di dalamnya. Misalnya, dalam Rajah 5.11, kita nampak kapal, ikan dan jala. Tetapi apabila ditanya, apakah yang anda nampak? Jawapan kita ialah nelayan. Objek-objek yang kita nampak dalam gambar tersebut kita rangkumkan untuk membuat persepsi dan penanggapan.

118 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Rajah 5.11: Prinsip terangkum

Selepas persepsi, pelajar akan membuat penanggapan. Penanggapan ialah proses membentuk konsep. Bruner mengatakan, untuk membentuk konsep yang baik, pelajar perlu tahu ciri-ciri konsep. Dalam hal membentuk konsep, Bruner telah mengemukakan tiga jenis konsep, iaitu konjuntif, disjunktif dan hubungan. Konjuntif adalah konsep yang dihadkan kepada dua atau beberapa sifat (atribut) yang tergabung. Misalnya buku tebal, ciri tebal telah digabungkan dengan buku. Disjuntif ialah konsep yang mempunyai dua atribut tadi dan diberi satu lagi atribut seperti mahal. Ini bermakna buku tebal dan mahal akan menjadi satu lagi konsep lain. Konsep gabungan ialah ciri-ciri konsep yang mempunyai hubungan. Contohnya, hari hujan digabungkan dengan sejuk menjadi konsep hari hujan dan sejuk. Pembentukan konsep terjadi dengan cara menentukan ciriciri yang tergolong dalam sesuatu kategori. Daripada segi pengajaran dan pembelajaran, model pembentukan konsep ini melibatkan tiga tujuan. Pertama ialah untuk mengajar pelajar-pelajar memahami dan mengenali semua objek dalam persekitaran dan boleh membentuk konsep. Keduanya, pelajar dapat membentuk konsep atau membuat kategori dengan lebih berkesan. Ketiganya, pelajar dapat membentuk konsep-konsep khusus. Faktor-faktor yang mempengaruhi penanggapan ialah seperti berikut: (a) Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Katakanlah Rama yang merupakan penuntut kolej, suka membantu bapanya, seorang doktor, untuk merawat pesakit. Pengalaman Rama akan membantunya membentuk konsep tentang simptom sesuatu penyakit. Contohnya, simptom demam denggi ialah seseorang akan demam panas, suhu badannya tinggi, pening kepala, lemah seluruh sendi anggota dan demam yang berpanjangan.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 119

(b)

Imaginasi Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapan matanya. Daya imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang memahami konsep yang abstrak. Kecerdasan Kecerdasan merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk mengubah (shaping) persekitarannya supaya memenuhi keperluannya (Piaget,1950). Ini sudah pasti melibatkan pemikiran peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman lama dengan baru, membuat penilaian dan sebagainya. Kebolehan peringkat tinggi akan membantu seseorang membentuk konsep dengan tepat dan cepat. Penguasaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang baik akan dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat. Contoh Untuk membolehkan pembentukan konsep yang baik, pelajar perlu mengetahui segala ciri-ciri konsep. Hal ini diperoleh daripada contohcontoh yang banyak. Contohnya, benda hidup beranak pinak untuk membiak, tetapi ada juga benda hidup yang bertelur untuk membiak. Jadi, sekiranya sedikit sahaja contoh-contoh diberikan, mungkin pelajar akan membentuk konsep yang salah tentang benda-benda hidup. (Kamarudin, 1993: 73-76)

(c)

(d)

(e)

SEMAK KENDIRI 5.2


Huraikan tiga daripada prinsip yang berkaitan dengan persepsi.

AKTIVITI 5.4
Anda perlu mengajar seorang kanak-kanak (anak, anak saudara atau pelajar) mengenai sistem cakerawala. Dengan berpandukan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep, bagaimanakah akan anda mengajar kanak-kanak ini?

120 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

5.2.2

Ingatan dan Lupaan

Faktor kedua yang mempengaruhi pembelajaran ialah seperti berikut: (a) Ingatan Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan di dalam ingatan jangka panjang. Maklumat ini boleh kita keluarkan semula apabila dikehendaki. Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah pengkodan (encoding), penyimpanan (storage) dan pengeluaran (retrieval) (Melton, 1963 dalam Roediger III, ms 262). Pengkodan merujuk kepada proses mendapatkan maklumat. Penyimpanan merujuk kepada proses menyimpan maklumat di mana perubahan berlaku pada sistem saraf yang membolehkan terbentuknya memory trace. Pengeluaran merujuk kepada proses mengeluar dan mengguna maklumat daripada simpanan. (b) Lupaan Lupaan bermaksud kegagalan individu untuk mengingat sesuatu fakta yang pernah diketahuinya sebelum itu. Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat di dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal untuk mengingat (recall) maklumat itu daripada ingatan jangka panjang (Slavin, 1997).

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lupaan iaitu: (a) Keusangan Lupaan kerana maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa. Gangguan Lupaan kerana cubaan untuk mengingat semula (recall) dihalang oleh maklumat lain di dalam memori (Postman & Underwood, 1973). Tekanan Lupaan kerana seseorang itu sengaja menekan memori yang menyakitkan daripada muncul ke paras kesedaran. Misalnya, Rohana selalu mengelak untuk mengingat kekasih lamanya, kerana dia cuba melupakan peristiwa pahit bersamanya. Kebimbangan Lupaan kerana kebimbangan yang tinggi. Contohnya, kebimbangan yang tinggi semasa menghadapi temuduga boleh menyebabkan lupaan.

(b)

(c)

(d)

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 121

(e)

Minat Lupaan kerana perkara yang cuba diingat, kurang diminati. Pelajar biasanya dapat mengingat fakta dalam jangka masa yang lama bagi subjek yang mereka minati. Perubahan Alam Sekitar Lupaan kerana perubahan alam sekitar. Contohnya, perubahan nama jalan akan menyulitkan seseorang mengingat sesuatu peristiwa berkaitan dengan jalan tersebut. Masa yang Tidak Mencukupi Lupaan kerana masa tidak cukup untuk menyimpan maklumat. Contohnya, pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat ulang kaji akan lupa banyak fakta semasa peperiksaan. Maklumat yang Tidak Lengkap Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan maklumat itu mudah terlupa. Semasa pengajaran, guru perlu memberikan banyak contoh supaya maklumat yang diterima pelajar adalah lengkap dan dapat disimpan lebih lama.

(f)

(g)

(h)

Rajah 5.12: Faktor yang menyebabkan lupaan

122 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Berikut dijelaskan beberapa cara bagaimana guru dapat meningkatkan ingatan pelajar semasa pengajaran. (a) Bahan pembelajaran bermakna dan berkaitan dengan kehidupan pelajar. Contohnya, jika pelajar tinggal di kawasan bijih timah, guru boleh memberi tajuk karangan berkaitan cara melombong bijih timah. Memeringkatkan isi pembelajaran. Misalnya, daripada senang kepada susah, daripada maujud kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh atau daripada kecil kepada besar. Menggunakan mnemonik dan ayat. Contohnya, untuk mengingat jenis memori episodik, semantik dan prosedural, kita boleh gunakan mnemonik berikut:

(b)

(c)

Contoh lain, untuk mengingat nama warna pelangi: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu; kita boleh gunakan ayat berikut:

Mat Jenin Keluar Hutan Bawa Ibu Unta"


(d) Menggunakan pelbagai alat bantu mengajar supaya pelajar dapat maklumat dengan tepat, seperti menggunakan benda sebenar, gambar, carta, rakaman kaset atau video serta lain-lain bahan. Ini dapat membantu pelajar membentuk konsep yang jelas dan membantunya menyimpan dan mengingat konsep ini lebih lama. Membimbing pelajar cara belajar yang betul seperti membuat rumusan, melukis peta minda atau rajah pengurusan grafik. Membuat latih tubi atau hafalan untuk formula, sifir dan fakta penting. Pembelajaran perlu disusuli dengan latihan yang banyak. Menyusun topik yang hendak disampaikan supaya berkaitan. Contohnya, selepas topik bentuk muka bumi dan iklim, bolehlah dibincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman pertanian. Melakukan/mempraktis sesuatu yang dipelajari akan meningkatkan ingatan (Cohen, 1989). Contohnya, murid belajar teori Pythagoras dan mempraktisnya untuk menyelesaikan masalah.

(e) (f) (g)

(h)

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 123

(i)

Pengumpulan (pengeratan) ialah membahagikan maklumat kepada beberapa set. Contohnya, mengingat barang keperluan dapur dengan mengumpulkannya kepada kumpulan hasil tenusu, sayur-sayuran, minuman, tepung dan lain-lain. (Ramlah & Mahani, 2002; ms 108)

SEMAK KENDIRI 5.3


Huraikan tiga sebab mengapa kita lupa.

AKTIVITI 5.5
Sila rujuk laman web berikut: www.mindtools.com/memory.html Nilaikan teknik mana yang sesuai untuk anda dan dalam situasi yang bagaimana. Mengapa? Bincang dan bandingkan dengan rakan di kelas anda.

5.2.3

Kesediaan Pembelajaran

Kesediaan pembelajaran sangat penting untuk memastikan kanak-kanak memperoleh faedah daripada apa yang dipelajari. Kesediaan pembelajaran menurut Piaget ialah the level of mental development necessary to benefit from experiences. Ini bermakna setiap kanak-kanak tidak akan dapat memahami sesuatu konsep, jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Selain daripada kesediaan mental, kanak-kanak juga perlu mempunyai kesediaan fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya menerima pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Piaget telah mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan dalam merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Beliau membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat (Jadual 5.1):

124 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Jadual 5.1: Tahap Perkembangan Kognitif Peringkat Peringkat deria motor Peringkat praoperasi Peringkat operasi konkrit Peringkat operasi formal Umur 0-2 tahun 2-7 tahun 7-11 tahun 12 tahun ke atas

Kita akan membincangkan setiap peringkat dengan lebih lanjut lagi. (a) Peringkat Deria Motor Pada peringkat ini (dari lahir hingga 2 tahun), bayi mengkordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka bertindak dan mengetahui persekitarannya (Jadual 5.2). Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada objek-objek di sekitarnya, seperti memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukkannya ke dalam mulut dan sebagainya, semasa dia meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitif.
Jadual 5.2: Kebolehan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Deria Motor Fizikal x x Daripada aksi refleks kepada aktiviti bermatlamat. Perkembangan fungsi otak hasil sambungan neuron - disebabkan interaksi sosial bayi dengan pengasuhnya - senyuman dan cooing. 4 bulan - mencapai objek. 6 bulan - duduk sendirian. 8 bulan - berdiri dengan bantuan. Gigi tumbuh. 12 bulan berjalan. Berlari. x x x x Kognitif Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran. Konsep pengekalan objek -menyedari objek wujud walaupun tidak boleh dilihat atau didengar. Mediasi - menggunakan simbol atau bahasa untuk objek orang dan peristiwa. 2 tahun - boleh terlibat dalam permainan bayangan (pretend play). Contohnya, menggunakan kasut sebagai telefon. Peringkat permulaan pemikiran simbolik.

x x x x x x

Kebolehan lain yang diperoleh kanak-kanak pada peringkat deria motor ialah membuat imitasi (imitation) dan memahami konsep pengekalan objek (object permanence).

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 125

Imitasi Menurut Piaget kanak-kanak (18 - 24 bulan) boleh melakukan imitasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya, menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat gagang telefon bila ia berdering. Pengekalan objek Menurut Piaget kanak-kanak (8 -12 bulan) menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah (berumur 9 bulan) melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula. (b) Peringkat Praoperasi Pada peringkat ini (2 - 7 tahun), berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Simbol bermaksud perkataan yang boleh menggantikan perkataan atau frasa lain. Contohnya, perkataan kucing boleh digantikan dengan frasa haiwan empat kaki atau mamalia domestik. Judy DeLoache (1987) telah menamakan simbol sebagai representational insight. Piaget membahagikan peringkat ini kepada dua bahagian, iaitu peringkat pemikiran prakonsep (preconcept) dan peringkat pemikiran intuitif (intuitive). Peringkat pemikiran prakonsep (2 - 4 tahun) bermula dengan kebolehan fungsi simbolik, iaitu satu perkataan untuk satu objek atau orang. Kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun boleh menceritakan pengalaman mereka, iaitu membina semula peristiwa yang telah berlalu dan boleh membanding dua peristiwa tersebut. Mereka boleh bercerita menggunakan perkataan dan ayat-ayat. Satu lagi kebolehan yang menonjol pada peringkat ini ialah permainan bayangan (pretend play) semakin berkembang pesat. Dalam permainan ini, kanak-kanak beraksi menjadi ibu, ayah, doktor atau hero kegemaran. Selain itu, kanak-kanak juga bersifat egosentrik, yang bermaksud melihat dunia hanya dari perspektif dirinya dan gagal melihat dunia daripada perspektif orang lain. Peringkat pemikiran intuitif (4 - 7 tahun) adalah sambungan kepada pemikiran prakonsep. Pada peringkat intuitif, pemahaman kanakkanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri utama yang nampak

126 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

nyata (salient perceptual feature), iaitu bukan daripada proses pemikiran logik atau rasional. (c) Peringkat Operasi Konkrit Menurut Piaget, pada peringkat ini (7 - 11 tahun), kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang pernah mereka lihat (Jadual 5.3). Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan, terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori, juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
Jadual 5.3: Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Operasi Konkrit Fizikal x x x x Kemahiran 3 M (membaca, menulis, mengira). Psikomotor halus lebih baik. Psikomotor kasar lebih cekap. Akil baligh untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki - perkembangan bentuk badan. x x x x x x x Kognitif Memperoleh konsep pengekalan kuantiti, berat, pepejal, isipadu. Pelbagai strategi menyelesai masalah konkrit. Menerima pandangan orang lain tidak egosentrik. Memahami perkaitan logik kuantitatif. Faham proses kebalikan dan operasi siri. Tumpuan perhatian lebih lama. Berfikiran objektif dan memahami klasifikasi.

Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan isipadu, pencampahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi. Proses kebalikan Kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek. Sebagai contoh, sekiranya sebuah pinggan pecah, kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai imej mentalnya.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 127

Pengekalan isipadu Kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah, walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan. Percampahan Kanak-kanak boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara serentak. Contohnya, kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya. Hubungan Perkaitan logik kuantitatif Kanak-kanak berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif. Contohnya guru memberi arahan, Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah. Klasifikasi Kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut bentuk dan warnanya. (d) Peringkat Operasi Formal Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak boleh melakukan proses mental secara logik ke atas objek dan peristiwa yang konkrit (boleh dilihat). Sebaliknya pada peringkat operasi formal (12 tahun ke atas), kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea, fakta atau andaian. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini tidak lagi terikat kepada benda yang konkrit dan boleh diperhatikan, malah mereka boleh memikirkan tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik, walaupun asasnya bukan realiti. Contohnya, perkara-perkara seperti perdagangan antara negara atau turun naik harga saham. Ciri pemikiran penting kanak-kanak pada peringkat ini ialah mereka berkebolehan dalam penaakulan deduktif hipotetikal dan berfikiran seperti saintis. Penaakulan deduktif hipotetikal Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit memerlukan pengalaman lepas atau fakta konkrit dalam penyelesaian masalah. Sebaliknya, kanak-kanak pada peringkat operasi formal berkebolehan membina hipotesis atau memikirkan alternatif baru untuk menyelesaikan masalah.

128 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Piaget (1970) telah memberi tugasan kepada beberapa orang kanakkanak (operasi konkrit dan operasi formal). Tugasan tersebut ialah:

Andaikan kamu diberi sebiji lagi mata, iaitu mata ketiga, dan kamu boleh memilih tempat yang sesuai di badan kamu untuk meletakkan mata itu. Cuba fikirkan di bahagian mana yang sesuai untuk meletakkan mata tersebut. Kemudian kamu dikehendaki melukis di mana kamu hendak letakkan mata itu dan nyatakan sebabnya.
Beliau mendapati semua kanak-kanak berumur 9 tahun, meletakkan mata ketiga mereka di dahi antara dua mata sebenar. Ini menunjukkan mereka mengaitkan mata ketiga dengan pengalaman mereka dan kurang imaginatif. Sebaliknya, kanak-kanak yang berumur 11 tahun telah mengemukakan pendapat yang lebih imaginatif seperti meletakkan mata ketiga di tapak tangan supaya boleh melihat kuih dalam balang atau tempat di belakang tiang (Rajah 5.13).

Di manakah akan anda letakkan mata ketiga? A ialah kanak-kanak berumur 9 tahun yang tidak menunjukkan banyak kreativiti. Manakala, B dan C, yang berumur 11 tahun, kreatif dalam meletakkan mata ketiga dan tidak lagi berpegang kepada konvensyen. Rajah 5.13: Perbezaan kreativiti kanak-kanak berlainan umur Sumber: Sigelman C. K. (1999) Life-span Human Development. Brooks/Cole Publishing

Berfikiran seperti saintis Kanak-kanak pada peringkat operasi formal juga berfikiran induktif, iaitu berfikir daripada aspek khusus kepada generalisasi yang luas. Pemikiran induktif ini sering dilakukan oleh saintis di mana mereka membina hipotesis dan mengujinya secara sistematik melalui eksperimen. Inhelder dan Piaget (1958) telah menggunakan beberapa tugasan dalam kajian mengenai pemikiran saintifik. Salah satu daripadanya ialah masalah pendulum. Subjek kajian dibenarkan

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 129

menukar panjang tali dan berat besi pendulum untuk memastikan apa yang menyebabkan pergerakan pendulum menjadi lambat atau cepat. Kanak-kanak berumur 9 atau 10 tahun tidak boleh menjalankan kajian secara sistematik untuk membolehkan mereka mencapai keputusan yang lengkap dan tepat. Bagaimanapun, masalah itu dapat dikaji secara sistematik oleh kanak-kanak yang berumur 15 tahun. Cara mereka menjalankan kajian yang sistematik menyebabkan mereka dapat mencapai keputusan yang baik. Mereka membina beberapa hipotesis yang menguji hanya satu faktor sahaja pada satu masa, iaitu panjang tali yang berbeza dengan berat pendulum yang sama. Mereka membuat kesimpulan bahawa panjang tali akan mempengaruhi pergerakan pendulum, sama ada cepat atau lambat.

SEMAK KENDIRI 5.4


Kesediaan mental sangat penting untuk pembelajaran terutama pada peringkat operasi konkrit (7-11 tahun). Terang dan huraikan tiga daripada ciri pemikiran kanak-kanak pada peringkat tersebut.

5.2.4

Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan pembelajaran bermaksud pembelajaran yang terhasil daripada sesuatu situasi dapat digunakan dalam situasi yang lain. Contohnya, Fatin belajar cara memasak bubur nasi dan cara mensajikannya di sekolah semasa mempelajari kemahiran hidup. Bila balik dari sekolah, Fatin mendapati bapanya tidak sihat. Fatin pun memasak dan mensajikan bubur nasi di rumah, seperti mana yang dia pelajari di sekolah. Pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara negatif atau positif. Pemindahan pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membantu pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, Ali menggunakan pengetahuannya mengira wang yang dipelajarinya di sekolah dalam mata pelajaran Matematik untuk membeli belah di pasaraya. Bagi pemindahan pembelajaran negatif, pembelajaran di dalam situasi A mengganggu pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, Ali telah belajar kata kerja lepas (past tense) kepada perkataan walk ialah walked. Ali membuat kesilapan apabila memberikan kata kerja lepas kepada perkataan catch sebagai catched.

130 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah: (a) Kefahaman Pelajar hendaklah benar-benar faham tentang konsep yang telah dipelajari sebelum dia boleh menggunakannya dalam situasi baru. Kesamaan Dua situasi di mana pelajar hendak mengaplikasikan konsep yang dipelajari perlu mempunyai kesamaan. Kemahiran Pelajar telah benar-benar menguasai memindahkannya kepada situasi baru. kemahiran sebelum dia

(b)

(c)

(d)

Motif Pelajar hendaklah mempunyai keinginan atau motif untuk memindahkan konsep atau kemahiran kepada situasi baru. Celik akal Pelajar telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu situasi untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

(e)

SEMAK KENDIRI 5.5


Jelaskan beserta contoh pemindahan pembelajaran positif dan pemindahan pembelajaran negatif.

5.2.5

Gaya Kognitif

Woolfolk (1998), menyatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya, sementara gaya pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Seterusnya, Borich dan Tombari (1997) mengaitkan gaya pembelajaran dengan gaya kognitif dengan menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu memproses dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya. Beberapa gaya kognitif telah diketengahkan seperti gaya bebas medan dan lawannya bersandar medan serta impulsif dan lawannya reflektif.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 131

(a)

Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan Konsep gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan telah diperkenalkan oleh Herman Witkin dan Goodenough (1977). Mereka telah memperkenalkan ujian untuk menguji sama ada individu itu mempunyai gaya kognitif bebas medan atau bersandar medan. Ujian tersebut (Embedded Figures Test) melibatkan individu mencari bentuk geometri dalam gambar rajah dalam jangka masa yang ditetapkan. Ujian ini boleh juga digunakan secara berkumpulan, yang dinamakan ujian GEFT (Group Embedded Figures Test). Ciri-ciri pelajar yang mempunyai gaya kognitif bersandar medan dan bebas medan ditunjukkan dalam Jadual 5.4.
Jadual 5.4: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan Bebas Medan Bersandar Medan Mengamati konsep secara global. Menghubung konsep kepada pengalaman individu (personalised concept). Suka berinteraksi secara informal dengan guru. Suka bekerjasama dan suka kerja berkumpulan. Suka maklumat yang telah disusun guru. Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera. Matlamat pembelajaran daripada punca luaran (ibu bapa atau guru). Suka pembelajaran terancang dan berstruktur. Kurang keyakinan dalam membuat tugasan bersendirian. Motivasi berlokus kawalan luaran.

Mengamati konsep secara analitikal dan melihat komponen-komponen konsep. Fokus kepada fakta dan prinsip. Suka berinteraksi secara formal dengan guru. Suka bertanding dan kerja bersendirian. Suka menyusun sendiri maklumat. Suka mata pelajaran Sains dan Matematik. Matlamat pembelajaran daripada punca dalaman. Suka merancang sendiri cara pembelajaran. Keyakinan tinggi dalam membuat tugasan bersendirian. Motivasi berlokus kawalan dalaman.

(b)

Strategi Pengajaran Pelajar Bebas dan Bersandar Medan Pelajar yang bebas medan didapati lebih berdikari di dalam pembelajaran, manakala pelajar-pelajar yang bersandar medan didapati lebih bergantung kepada guru dan rakan untuk tugas pembelajaran. Justeru, strategi pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar perlu dirancang dengan baik, supaya pembelajaran berlaku dengan berkesan. Jadual 5.5 menunjukkan beberapa strategi pengajaran yang dianggapkan sesuai bagi

132 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

pelajar-pelajar yang mempunyai gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan.
Jadual 5.5: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan Bebas Medan Guru perlu formal dalam interaksi dengan pelajar. Guru dianggap seorang yang berpengalaman dan pakar dalam bidangnya. Perlukan motivasi bukan sosial (seperti gred, bintang, pelajar terbaik). Gunakan strategi pembelajaran individu (seperti pengajaran berasaskan web, pembelajaran arah kendiri atau pembelajaran masteri). Suka maklum balas berbentuk pembetulan. Pelajar suka buat projek secara bebas. Benarkan pelajar menstrukturkan projek, nota dan latihan. Peranan guru adalah sebagai konsultan, pendengar dan fasilitator. Bersandar Medan Pelajar perlukan pendekatan mesra dalam interaksi, menyediakan pengalaman fizikal dan lisan. Guru merupakan pakar rujuk. Perlukan motivasi sosial yang konkrit (seperti hadiah atau pujian). Gunakan strategi pembelajaran berkumpulan seperti pembelajaran koperatif. Minimumkan maklum balas berbentuk pembentulan. Benarkan interaksi guru-murid semasa pengajaran pembelajaran. Rancangkan pengajaran, projek atau latihan yang berstruktur. Peranan guru adalah sebagai pengajar, penunjuk cara dan pemberi markah.

(c)

Gaya Kognitif Impulsif dan Reflektif Menurut Slavin (1997), gaya impulsif merujuk kepada gaya kognitif seseorang yang gemar memberi respons secara cepat, yang biasanya tidak meniktikberatkan ketepatan. Beliau seterusnya menyatakan gaya reflektif adalah gaya kognitif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri. Ciri-ciri pelajar impulsif dan reflektif serta strategi pengajaran mereka dijelaskan dalam bahagian berikut. Pelajar impulsif biasanya membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat banyak kesilapan. Mereka belajar ikut gerak hati (mood) mereka. Kajian-kajian menunjukkan pelajar impulsif akan menjadi lebih reflektif apabila umur mereka meningkat (Borich, 1997). Dari segi strategi pengajaran, pelajar impulsif perlu diperkenalkan dengan pengajaran kendiri (self instruction). Guru perlu membimbing pelajar merancang cara dia membuat latihan dan

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 133

menyemak sendiri jawapan. Jika dia membuat kesilapan, dia dikehendaki membuat pembetulan sendiri. Selain itu, guru perlu menunjukkan hasil kerja pelajar lain, yang dibuat dengan lebih baik dan teliti dan bandingkan dengan hasil kerja pelajar impulsif supaya dia menyedari kesilapannya. Hasil kerja pelajar impulsif perlu disemak dengan segera, supaya dia mendapat maklum balas dan membetulkan kesilapannya. Pelajar reflektif pula lambat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi, tetapi membuat kurang kesilapan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri juga menyebabkan pelajar ini lambat menyiapkan tugasan. Daripada segi strategi pengajaran, guru harus mendedahkan pelajar reflektif dengan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai tajuk-tajuk pelajaran. Ini untuk mengelakkan pelajar reflektif membuang masa mencari jawapan yang tepat kepada soalan-soalan latihan. Pelajar ini juga perlu diberi kemudahan buku, majalah, pita video dan lain-lain. Kajian lepas menunjukkan sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya kognitif yang sama, pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik (Saracho & Spodek). Untuk mencari keadaan yang ideal adalah sukar. Oleh itu, sebagai guru anda perlu tahu gaya kognitif pelajar anda dan cuba merancang pengajaran dan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi kehendak gaya kognitif pelajar anda. (Ramlah & Mahani, 2002: 85)

SEMAK KENDIRI 5.6


Jelaskan tiga ciri pelajar bebas medan dan tiga ciri pelajar bersandar medan.

5.2.6

Kemahiran Berfikir

Satu lagi faktor yang mempengaruhi pembelajaran ialah kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah menjadi agenda penting pendidikan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran telah mengarahkan supaya kemahiran berfikir digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir, antara yang

134 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

penting ialah kemahiran berfikir kritikal dan kreatif serta metakognisi. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut lagi seperti berikut. (a) Kemahiran Berfikir Kritikal Pemikiran kritikal berkait dengan perkataan Inggeris critical thinking. Perkataan kritikal berasal daripada perkataan Greek tua kritikos, yang bermaksud mampu menilai. Perkataan kritikal dicipta untuk istilah mengelakkan berlakunya kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang kurang tepat. Dalam hal ini, kemahiran berfikir secara kritis boleh diberi makna sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea atau pendapat. Ini dibuat dengan cara meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Antara proses berfikir kritikal termasuklah membanding dan membeza, membuat andaian, membuat inferens, membuat urutan dan membuat perkaitan. Kemahiran Berfikir Kreatif Terdapat beberapa pendapat tentang kemahiran berfikir kreatif dan kreativiti. Menurut Ned Herrmann (dalam Abdul Fatah Hasan, 1998), kreativiti ialah: Aktiviti keseluruhan otak yang melibatkan minda secara sedar (conscious mind) dan minda secara terpendam (subconscious mind) untuk mencabar andaian, mengenal pola, melihat dengan cara yang baru, melihat hubungan, mengambil risiko dan merebut peluang atau kemungkinan. Menurut Woolfolk (1998) pula, kreativiti adalah pemikiran yang imaginatif, baru dan asli dalam menyelesai masalah atau menghasil produk baru. Kesimpulannya kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan atau merekacipta sesuatu objek atau idea yang baru, asli dan unik. Seterusnya, Abdul Fatah Hasan (1998) memberikan ciri-ciri kreativiti seperti berikut: x x x Kreativiti ialah suatu proses untuk mencari dan meneroka berbagai alternatif. Kreativiti ialah kemahiran, bakat dan teknik yang dikelolakan untuk sesuatu tujuan tertentu. Kreativiti melibatkan usaha untuk meneroka sesuatu yang baru dan bernilai dan usaha itu belum pernah difikirkan oleh orang lain sebelumnya.

(b)

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 135

Kreativiti ialah kemahiran yang dipelajari sama seperti kemahiran berenang, bermain badminton, bermain piano dan sebagainya.

Adakah anda kreatif? Apakah yang anda lihat dalam setiap lukisan (Rajah 5.14)? Bawahnya ialah jawapan unik dan tipikal dalam suatu kajian kreativiti dalam kanak-kanak (Wallach dan Kogan, 1965).

Rajah 5.14: Kreativiti dalam kanak-kanak Sumber: Sigelman C. K. (1999) Life-span Human Development. Brooks/Cole Publishing

Anda boleh menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan pelajar anda dengan memberi mereka peluang untuk mengemukakan idea dalam kumpulan perbincangan (percambahan minda) dan menghormati atau menerima idea yang mereka kemukakan dan meminta kelas membincangkan idea tersebut. Sesuatu yang kreatif mungkin nampak ganjil dan tidak munasabah pada awalnya, seperti penemuan elektrik dan telegraf. (c) Metakognisi Campione dan Brown (1977) menyatakan metakognisi adalah aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. Borich dan Tombari (1999) pula menyatakan metakognisi adalah cara individu mengguna strategi kognitif untuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan di mana menggunakan strategi kognitif tersebut. Metakognisi juga dikenali sebagai berfikir tentang berfikir (thinking about thinking), iaitu apabila kita berfikir tentang berfikir, kita sebenarnya menguruskan minda kita, iaitu mengurus apa yang perlu difikirkan. Menurut Flavel (di dalam Henson, 1999), pengetahuan metakognitif terdiri daripada tiga jenis pengetahuan.

136 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Untuk menggalakkan pelajar anda membuat metakognisi, guru hendaklah membekalkan mereka dengan tiga pengetahuan tersebut, iaitu: Pengetahuan personal Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya, individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi daripada waktu malam. Pengetahuan tugas Pengetahuan tentang variasi cara sendiri dalam melaksanakan tugas. Contohnya, cara menyelesaikan masalah matematik berlainan daripada cara membuat karangan. Pengetahuan strategi Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

SEMAK KENDIRI 5.7


Jelaskan perbezaan antara pemikiran kritikal dan kreatif.

5.2.7

Kecerdasan

Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan sebagai pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapat markah yang tinggi atau prestasi yang baik di sekolah. Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut Kalat (1999), kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup. Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya (seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian). Dia menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 137

satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara, iaitu individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Gardner telah mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Perbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik matematik, bahasa-linguistik, muzikal, visualruang-spatial, kinestetik-badan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensial (Rajah 5.15).

Rajah 5.15: Jenis-jenis kecerdasan Gardner

Jenis-jenis kecerdasan Gardner dijelaskan seperti berikut: (a) Kecerdasan Logik - Matematik Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. Orang yang mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan Barbara MacIntoch.

138 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Pelajar yang berkecerdasan logik-matematik mempunyai beberapa ciri seperti: Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat. Suka menggunakan komputer. Suka bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi. Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logik. Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak difahami. (b) Kecerdasan Bahasa - Linguistik Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tetapi juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat, juga mempunyai kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S. Buck. Pelajar yang berkecerdasan bahasa-linguistik mempunyai beberapa ciri-ciri seperti: Suka menulis. Suka bercerita. Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat. Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik. Suka membaca buku, jika ada masa terluang. Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata. (c) Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang-orang yang suka mendengar kicauan burung dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan yang mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis Presley.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 139

Pelajar yang berkecerdasan muzik mempunyai beberapa ciri seperti: Boleh bermain alat muzik. Mudah mengingati melodi lagu. Boleh mengenal pasti bila note muzik off key Memerlukan muzik apabila belajar. Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu. Suka menyanyikan lagu-lagu kepada diri sendiri. (d) Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong dalam kumpulan ini. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan Leornado da Vinci. Pelajar yang berkecerdasan visual-ruang-spatial mempunyai beberapa ciri seperti: Suka day dream dan menghabiskan banyak masa untuk itu. Menyukai permainan puzzle atau teka-kata atau sambung kiub atau lego. Menyukai carta, rajah dan menonton filem. Mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah. Suka melukis. Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau bernasyid. Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir tentang sesuatu.

140 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(e)

Kecerdasan Kinestetik-Badan Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang memiliki kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Babe Ruth, Tiger Woods, Nurulhuda Abdullah dan Faiznur Miskin. Pelajar yang berkecerdasan kinestetik-badan mempunyai beberapa ciri seperti: Menyukai aktiviti sukan. Tidak boleh duduk diam di atas kerusi. Menyukai aktiviti-aktiviti yang mencabar. Menyentuh orang bila bercakap. Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit. Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain. Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.

(f)

Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru, ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada kecerdasan ini dalam menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Anne Sullivan, iaitu guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu. Pelajar yang berkecerdasan interpersonal mempunyai beberapa ciri seperti: Mempunyai ramai kawan. Boleh berempati (empathy) dan memahami perasaan orang lain. Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan. Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah. Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 141

(g)

Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Sigmund Freud dan Ebbinghaus. Pelajar yang berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti: Mempamerkan kebolehan untuk berdikari. Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yang kontroversi. Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi. Mahu menjalani hidup dalam suasana privacy. Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

(h)

Kecerdasan Naturalis Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara binatangbinatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan. Pelajar yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti: Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau koleksi kulit siput. Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat. Suka memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain. Suka menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan dari alam semula jadi seperti buluh dan rotan.

(i)

Kecerdasan Eksistensial Kecerdasaan ini dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini

142 X

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

termasuklah guru-guru agama Islam, Imam, bilal, bomoh tradisional, samisami Buddha dan Hindu, padri dan saintis. Pelajar yang berkecerdasan eksistensial mempunyai beberapa ciri seperti: Berminat mengkaji hal-hal keagamaan. Gemar menghafal kitab-kitab agama. Berminat mendidik kanak-kanak tentang keagamaan. Kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup. Sensitif kepada kepercayaan ahli masyarakat. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dibincangkan memang mempengaruhi pembelajaran. Gardner menyedarkan kita bahawa sekiranya kanak-kanak tidak pandai dalam akademik, tidak semestinya mereka tidak cerdas. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan kinestetik-badan, dan sekiranya mereka mendapat bimbingan dan galakan, suatu hari nanti mereka boleh berjaya menjadi bintang sukan negara.

AKTIVITI 5.6
Orang-orang yang mempunyai kecerdasan interpersonal selalunya mempunyai ramai kawan. Huraikan sifat-sifat yang ada padanya.

Proses pembelajaran melibatkan pendedahan kepada persekitaran yang akan menyebabkan rangsangan. Rangsangan ini kemudiannya akan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman yang akhirnya boleh menyebabkan perubahan dalam tingkah laku. Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran formal, pembelajaran informal dan juga pembelajaran non-formal. Pembelajaran mempunyai enam prinsip yang tertentu iaitu motivasi, objektif pengajaran, menyusun pengajaran, unsur jenaka, pengalaman dan kesediaan pembelajaran.

TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

W 143

Terdapat beberapa factor yang boleh mempengaruhi pembelajaran seperti persepsi dan penanggapan, gaya kognitif, kemahiran berfikir, kecerdasan, kesediaan pembelajaran, pemindahan pembelajaran serta ingatan dan lupaan.

Ingatan dan lupaan Kecerdasan Persepsi dan penanggapan Pembelajaran

Pembelajaran formal Pembelajaran informal Pembelajaran nonformal Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner

Salan satu ciri pembelajaran ialah proses pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat. Huraikan maksud pembelajaran jenis ini. Beri contoh contoh yang sesuai.

Huraikan enam prinsip pembelejaran. Nyatakan dengan mendalam yang mana satu prinsip yang kritikal, utama dan penting?

Anda mungkin juga menyukai