Anda di halaman 1dari 17

Konsep pengajaran

Robert Glaser ( 1968) menyebut, pengajaran adalah satu proses yang


melibatkan empat elemen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia
ada, kaedah mengajar dan penilaian pencapaian. Semua elemen ini saling
mempengaruhi

antara

satu

sama

lain

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Pengajaran menurut beliau adalah hasil daripada interaksi guru,


murid,

isi

pelajaran,

objektif

pengajaran

dan

persekitaran.

Secara

keseluruhannya, pengajaran ditafsirkan sebagai satu proses, bidang komunikasi,


sains ataupun seni.
Sebagai

satu

proses,

pengajaran

melibatkan

penyebaran

ilmu

pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan murid-murid mempelajari dan


menguasainya secara berkesan. Mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan
kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Untuk
mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara
berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu
dirancangkan.
Sebagai satu bidang komunikasi, pengajaran harus meibatkan aktivitiaktiviti perhubungan dan interaksi antara guru dan murid dan antara sesama
murid. Dalam pendidikan formal, pengajaran hanya dapat berlaku apabila
wujudnya interaksi seperti ini secara berterusan dalam bilik darjah.
Pengirim

Guru/ murid

Mesej

Isi pelajaran

Saluran

Peralatan

Proses Komunikasi Pembelajaran

Penerima

Murid/ guru

Sebagai satu sains pula, pengajaran adalah satu siri aktiviti yang berbentuk
saintifik. Ini kerana pengajaran sentiasa melibatkan aspek-aspek pedagogi dan
psikologi yang telah dikaji, diselidik serta diuji oleh ahli dan pakar pendidik.
Semua perancangan, pengelolaan, penyampaian dan penilaian dalam sati
proses pengajaran dikendalikan secara sistematik berdasarkan teori-teori dan
prinsip, kaedah serta teknik mengajar yang telah disarankan oleh pakar-pakar
ini.
Pengajaran sebagai seni, biasanya melibatkan elemen-elemen seperti emosi,
nilai dan tingkah laku manusia. Pengajaran dan pembelajaran hanya akan lebih
bermakna apabila unsur-unsur ini ditekankan kepada murid-murid. Setiap murid
yang terlibat dengan proses pembelajaran, mempunyai potensi intelek, emosi,
rohani

dan

jasmani

yang

tersendiri.

Kepakaran

guru

mengesploitasi

pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan


cara pengajaran, disesuaikan pula dengan keperluan murid, merupakan satu
seni yang paliang berharga kepada guru-guru tersebut.

DEFINISI PEMBELAJARAN

TOKOH
Robert M.
Gagne (1970)

NAMA BUKU
The Condation of
Learning

Wilson,
Robeck &
Michael (1974)

Phychological
Foundations of
Learning and
Teaching

Morgan & King


(1975)

Intoduction to
Psychology

E.R Hilgard,
R.C Atkinson,
R.L Atkinson
(1975)
Henry Clay
Lindgran &
Donn Byrne
(1976)

Intoduction to
Psychology

Anita E.
Woolfolk &
Lorrain
McCuneNicolich (1980)
Morris L. Bigge
(1982)

Educational
Psychology for
Teachers

Guy Le
Francois
(1982)
Kelvin Seifert
(1983)

Psychological
Theories and Human
Learning
Educational
psychology

Psychology: An
Inroduction to a
Behavioral Science

Theories for
Teachers

DEFINISI PEMBELAJARAN
Perubahan t/laku @ kebolehan
seseorang yg dpt dikekalkan, tidak
termasuk proses perubahan yg
disebabkan oleh proses pertumbuhan.
1) Hasil drpd usaha sesuatu organisma
utk memenuhi keperluannya.
Pembelajaran ini adalah terdiri drpd
perubahan di dalam sistem saraf
semasa organisma itu melakukan
sesuatu utk menghasilkan kesimpulan
@ keputusan.
2) Perubahan saraf akibat organisma
melakukan pelbagai tindakan dlm
kehidupannya.
Sebarang t/laku yg kekal akibat
pengalaman yg diperolehi @ latihan yg
dijalani.
Perubahan t/laku yg kekal hasil
daripada pengalaman seseorang.
Pembelajaran melambangkan sesuatu
konsep yg digunakan utk
melambangkan sesuatu konsep yg
digunakan utk menerangkan perubahan
t/laku seseorang yg diperlihatkan.
Perubahan dalaman yg berlaku pd
seseorang dgn membentuk perkaitan
baru @ sbg potensi yg sanggup
menghasilkan t/balas yg baru.
Beberapa situasi perubahan t/laku @
penyusunannya berdasarkan hasil
pengalaman dlm situasi yg tertentu.
Pembelajaran merangkumi semua
perubahan t/laku yg agak kekal & yg
dihasilkan melalui pengalaman.
Perubahan t/laku yg agak kekal selepas
mengalami pengalaman tertentu @

ulangan pengalaman.
RINGKASAN: Ramai ahli psikologi mentafsirkan pembelajaran sebagai
proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan
tingkah laku yang kekal.
RUMUSAN
Pembelajaran boleh dirumuskan sebagai:
Proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Pembelajaran (melalui stimuli- tindak balas) menghasilkan perubahan
tingkah laku seseorang yang berkenaan.
Suatu perubahan tingkah laku manusia yg agak kekal & stabil.
Perubahan t/laku dihasilkan melalui pengalaman @ latihan, bkn
disebabkan oleh proses pertumbuhan semulajadi @ disebabkan oleh
pengaruh dadah atau penyakitnya.
Di samping itu, perubahan t/laku melalui pembelajaran dalam erti kata
sebenar adalah perubahan yg lebih maju, lebih tinggi & lebih baik
daripada t/laku sedia ada sebelum sesi pembelajaran.
Pembelajaran yg bermakna pula merangkumi proses kognitif yang
mementingkan pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif
belajar.
Pembelajaran melalui t/balas terhadap rangsangan luar menghasilkan
adaptasi organisma terhadap persekitarannya. Maka, pembelajaran boleh
disifatkan sbg proses adaptasi organisma.

CIRI- CIRI PEMBELAJARAN


Pembelajaran merupakan suatu proses. Ia mempunyai beberapa peringkat
yg diperolehi secara sistematik, bermula daripada penerimaan rangsangan
melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan
diakhiri dgn perubahan t/laku.
Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan t/laku dari satu tahap yg
rendah ke tahap yg lebih tinggi.
Perubahan t/laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil dan kekal.
Pembelajaran merupakan suatu proses yg berterusan. Proses
pembelajaran akan berhenti apabila kehilangan motivasi @ misi
pembelajaran yg sesuai.
Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman @ latihan.
Perubahan t/laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan
penganggapan. Ini bukan terhasil daripada proses pertumbuhan fizikal@
mental. Ia juga bukan terhasil daripada penggunaan dadah@ penyakit yg
dihadapi.

Pembelajaran berlaku ke atas aktiviti sendiri, iaitu ke atas usaha manusia


sendiri mengikut motif@ motivasi tertentu. Tanpa motivasi@ motif proses
pembelajaran akan terhenti. Motif pembelajaran merupakan penggerak
dalaman seperti sifat keinginan belajar. Motivasi pula merupakan penggerak
luaran seperti dorongan daripada guru.

Kesediaan pembelajaran

Pengalaman
Menyusun
pembelajaran
PRINSIP
PEMBELAJARA
N

Objektif pembelajaran
Unsur jenaka

Prinsip Pembelajaran

Motivasi

PRINSIP- PRINSIP PEMBELAJARAN


Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motivasi yang sesuai.
Motivasi ini boleh diwujudkan secara ekstrinsik (ganjaran luar) atau intrinsik
(dorongan dalaman diri)
Pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang
lebih kekal. Oleh itu, latihan berulang- ulang dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.
Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang mempunyai
minat atau kebolehan terhadap perkara yang dipelajarinya.
Persepsi yang tepat terhadap sesuatu perhubungan di antara elemenelemen yang dikaji dalam sesuatu situasi akan membantu proses
pembelajaran.
Aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang
dihasilkan daripada pembelajaran.
Pembelajaran yang bermakna adalah bergantung kepada pengalaman
secara langsung yang dialami oleh pelajar sendiri.
Memberi peneguhan yang positif kepada pelajar akan menghasilakan
respons atau perubahan tingkah laku yang diingini seterusnya mengekalkan
perubahan tingkah laku tersebut.
Kepuasan diperolehi daripada pembelajaran akan mendorong proses
pembelajaran diteruskan. Perkara yang dipelajari akan kekal dalam ingatan
sekiranya pembelajaran menghasilkan kepuasan atau ganjaran yang
diidamkan.
Pembelajaran yang berkesan hanya akan dapat berlaku jika pelajar
mempunyai kesediaan belajar. Keengganan atau memaksanya belajar tidak
akan mendatangkan hasil pembelajaran yang diharapkan.
Pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku orang lain,
misalnya demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
Keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada
pemeringkatan isi pelajaran secara sistemetik serta kaedah dan teknik
mengajar yang mengikut prinsip- prinsip pembelajaran.
Pembelajaran yang berkesan hanya boleh berlaku apabila pelajar
mempunyai pengalaman sedia ada yang mencukupi serta berkaitan dengan
perkara yang hendak dipelajari.
Tindakan maklum balas terhadap perkara yang dipelajari adalah penting
untuk membaiki dan meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.

PRINSIP PENGAJARAN- PEMBELAJARAN: BRUNER


Bruner (1966) dalam bukunya Toward a theory of instruction menghuraikan 4
prinsip pembelajaran belandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.
Prinsip tersebut ialah:
1. Prinsip Motivasi
Mengikut Bruner, pembelajaran mesti ada motivasi.
Untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, kanak- kanak mesti suka,
rela dan sedia belajar.
Bruner mendapati, kanak- kanak yang baru masuk sekolah telah
mempunyai 2 motivasi diri iaitu instrinsik ingin tahu dan dorongan
mencapai kecekapan.
Instrinsik ingin tahu boleh menimbulkan minat terhadap perkara- perkara
di persekitaran mereka dan menjadikan mereka suka melihat, suka
bergerak dan suka bertanya terhadap perkara yang mereka dampingi.
Dorongan untuk mencapai kecekapan diri menyebabkan mereka
mencuba secara sukarela dalam sebarang aktiviti dengan
menyempurnakannya sendiri serta dapat bersaing dengan kanak- kanak
yang lain.
Kedua- dua instrinsik ini penting bagi mereka memperolehi ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui proses pembelajaran.
Oleh itu, guru harus menggunakan motivasi dalam pelajaran mereka.
Berdasarkan prinsip ini, Bruner memberi 2 cadangan untuk guru gunakan
dalam pengajaran iaitu:
a) Di dalam aktiviti pengajaran- pembelajaran, guru harus memberi
kesempatan kepada muridnya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran
secara sendiri agar tidak merosakkan intinsik motivasinya.
b) Isi pelajaran harus dirancang mengikut kebolehan dan perbezaan individu
supaya setiap murid mempunyai peluang berjaya dan gagal.
2. Prinsip Struktur
Bruner menghuraikan struktur sebagai organisasi isi pelajaran.
Mengikut beliau, aktiviti pengajaran- pembelajaran yang berkesan dapat
dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan
pembelajaran mental kanak- kanak.

Prinsip struktur mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa


bentuk pengajaran dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan
untuk apa murid yang digunakan.
Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada bahan
konkrik kepada abstrak, iaitu menggunakan bahan konkrik, demonstrasi
ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan simbol.

3. Prinsip Sekuen
Merupakan prinsip turutan. Ia ditinjau dari 2 perspektif berikut:
a) Prinsip sikuen yang pertama bermaksud prinsip kesediaan. Pada
peringkat pengajaran yang awal, guru harus gunakan set induksi untuk
menimbulkan motivasi dan minat murid dalam mengekalkan aktiviti
pembelajaran mereka yang selanjutnya. Dengan kesedaran ini, aktiviti
pembelajaran menjadi lebih mudah.
b) Prinsip sikuen yang kedua ialah penggunaan dan perlaksanaan kaedah
dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik ini hendaklah sesuai dengan
perkembangan kognitif murid- murid, di samping mengikut pemeringkatan
isi pelajaran iaitu daripada konkrik kepada abstrak, daripada mudah
kepada kompleks dan sebagainya. Dengan keupayaan mental kanakkanak, prinsip sikuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru
dengan pengalaman lama dan keberkesanan pelajaran- pembelajaran
dapat ditingkatkan.
4. Prinsip Peneguhan
Sungguhpun Bruner bersetuju dengan teori Mazhab Benavoris yang
mementingkan penggunaan peneguhan untuk mengekalkan apa yang
dipelaajai dalam ingatan, prinsipnya tidak sama dengan stimuli- tindak
balas yang dicadangkan.
Apa yang ditekankan oleh Bruner ialah sebab yang mana kanak- kanak
mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran
adalah didorong oleh intrensik ingin tahu mereka.
Demikian itu, berdasarkan kepuasan yang diperolehi daripada aktiviti
pembelajaran, peneguhan yang terhasil akan bertambah kuat.
Ini jelas menunjukkan bahawan peneguhan bukan dihasilkan daripada
rangsangan luar teteapi daripada motivasi dalaman.
Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri- penemuan sebagai
strategi pengajaran- pembelajaran untuk memberi kesempatan kepada
kanak- kanak membuat kajiannya sendiri, supaya memperolehi kepuasan
daripada dapatan kajiannya, demi menghasilakn peneguhan positif.

BENTUK
- Formal
- Bukan Formal
- Tidak formal
PERINGKAT
- Isyarat
- Stimuli- t/balas
- Rantaian
- Asosiasi verbal
- Pelbagai pembezaan
- Konsep
- Prinsip
- Penyelesaian masalah

JENISJENIS
PEMBELAJARA
N

KAEDAH
- Meniru & Bermain
- Pragmatis
- Akedemik
- Pengalaman
- Perhubungan
- Praktis

BIDANG
- Kognitif
- Psikomotor
- Afektif

PEMBELAJARAN DARI SEGI BENTUK


1) Pembelajaran Formal
Merupakan sistem pendidikan negara yg ditentukan berdasarkan dasar
pendidikan kerajaan yang terkandung di dalamnya matlamat, tujuan &
objektif terhadap ideologi, cita & aspirasi negara.
Tujuan: Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi
intelek, jasmani, rohani, sosial dan intelek (JERIS) serta melatih mereka
menjadi rakyat yg berilmu pengetahuan yg berguna demi memberi
sumbangan kpd masyarakat dan negara.
Mempunyai sistem pendidikan rasmi & berstruktur mengikut hierarki dgn
penggunaan sesuatu kurikulum formal.

Mempunyai sukatan pelajaran yg diatur mengikut peringkat tertentu.


Biasanya diadakan di tempat- tempat seperti sekolah, maktab dan
universiti.
Biasanya, guru yg berkelayakan digunakan sbg tenaga pengajar.
Penilaian dan peperiksaan adalah penting dan sijil peperiksaan diperakui
sah.

1) Pembelajaran Bukan Formal (Non- Formal)


Merupakan pembelajaran tambahan dengan tujuan menyempurnakan
kekurangan pembelajaran formal.
Biasanya dijalankan di luar bilik darjah, misalnya di dewan, bilik khas
ataupun di suatu tempat di luar sekolah.
Contoh: Kelas tambahan, seminar, ceramah, forum, syarahan, bengkel,
aktiviti latihan dan kerja projek.
Tempoh: Beberapa jam hingga ke beberapa hari (waktu singkat).
Tenaga pengajar: Pakar yang mempunyai kemahiran mengikut bidang.
Merupakan rancangan yang sistemetik dan rapi serta dengan matlamat
dan objektif kursus yang ditetapkan.
Penilaian dan peperiksaan tidak diutamakan. Hanya sijil peserta diberi.
Perbelanjaan ditanggung oleh peserta sendiri atau ditaja pihak tertentu.
2) Pembelajaran Tidak Formal (Informal)
Tidak mempunyai sebarang sukatan pelajaran atau kurikulum yang
dilembagakan.
Berlaku secara sukarela dan secara tidak sedar (tidak langsung).
Boleh berlaku di mana- mana sahaja, bila- bila masa sahaja.
Pembelajaran berterusan sejak lahir hingga akhir hayat (pembelajaran
sepanjang hayat).
Peristiwa, maklumat dan alam sekitar yang didedahkan merupakan bahan
utama pembelajaran.
Individu mendapat pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui
pendedahan dengan persekitarannya.
Bahan pembelajaran tidak dirancang dan tidak dikelola oleh guru terlatih.
Berlaku kerana naluri ingin tahu manusia.
Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya.
PEMBELAJARAN DARI SEGI BIDANG

Benjamin S. Bloom, seorang ahli psikologi berpendapat bahawa jenis


pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepada 3 bidang
iaitu:
- Kognitif
- Psikomotor
- Afektif
1. Bidang Kognitif
Merangkumi segala ilmu pengetahuan yang diajar di sekolah.
Melibatkan penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu.
Potensi dari segi intelek dapat dipertingkatkan.
Dibahagikan kepada 6 aras oleh Benjamin S. Bloom.

Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

2. Bidang Psikomotor
Merujuk kepada kemahiran atau kebolehan melaksanakan sesuatu
pergerakan.
Mengutamakan penggunaan aspek fizikal.
Banyak melibatkan penguasaan kemahiran melalui latihan seperti dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup.
Dibahagikan kepada 7 aras oleh Simpson.

Keaslian
(mencipta)
Penyenaraian
(pemindahan)
Tindak Balas
Kompleks
(mahir& tepat)

Mekanisme
(Ketekalan)
Tindak Balas
Terbimbing
(Meniru/ Mencuba)
Set
(Kesediaan)
Pengamatan
(Perhatian)

3. Bidang Afektif
Mengutamakan penyerapan nilai positif dan nilai murni.
Banyak melibatkan aspek rohani, emosi dan sosial pelajar.
Bidang ini ditekankan dalam KBSM, dimana nilai murni diterapkan dalam
semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum.
Potensi pelajar dari segi rohani, emosi dan sosial dapat
diperkembangkan.
David R. Krathwohl membahagikannya kepada 5 aras.

Perwatakan
(Tekal & berdisisplin)
Organisasi
(Membentuk sistem nilai)
Nilai
(Memilih dan melibatkan diri)
Tindak balas
(Mengikut)
Penerimaan
(Kesedaran)

PEMBELAJARAN DARI SEGI KAEDAH


W. R. Ryburn dan K. B Forge dalam buku Principles of Teaching berpendapat
bahawa pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada 6 jenis iaitu:
1. Pembelajaran melalui cara meniru dan bermain untuk memperolehi
ilmu pengetahuan alam sekitar serta membentuk kemahiran- kemahiran
mental, fizikal, emosi dan sosial
2. Pembelajaran melalui cara pragmatis di mana seorang pelajar cuba
menggunakan organ deria dan bahan- bahan alam sekitar untuk
mencapai tujuan.
3. Pembelajaran melalui cara akademik dengan kaedah induktif dan
deduktif.
4. Pembelajaran melalui cara pengalaman (persepsi, tanggapan atau
konsep) di mana seseorang pelajar menggunakan persepsinya untuk
membentuk konsep baru.
5. Pembelajaran melalui cara perhubungan di mana seseorang pelajar
menggunakan pengalaman lama untuk menghasilkan pengalaman baru
supaya membentuk konsep baru atau menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
6. Pembelajaran melalui cara praktis yang banyak melibatkan aktiviti
pembelajaran sendiri dengan secara fizikal dan mental

PEMBELAJARAN DARI SEGI PERINGKAT

Robert M. Gagne meninjau pembelajaran dari segi peringkat. Berdasarkan


bukunya, Essentials of Learning for Instruction, beliau berpendapat bahawa
pembelajaran manusia boleh dibahagikan kepada 8 peringkat iaitu bermula dari
aras isyarat hingga ke aras penyelesaian masalah kompleks:
1. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning) merupakan bentuk
pembelajaran yang primitif sekali. Misalnya, manusia melalui pengalaman
mempelajari isyarat asap sebagai kebakaran, isyarat kilat sebagai petir
dan sebagainya.
2. Pembelajaran stimuli- tindak balas (stimulus- response learning) ialah
menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak
balas individu, demi menghasilkan perubahan tingkah lakunya. Misalnya,
guru menunjukkan benda konkrik, murid menyebut namanya; atau murid
membaca buku adalah digolongkan dalam pembelajaran stimuli- tindak
balas.
3. Pembelajaran melalui rantaian (chaining) merujuk kepada pelbagai
hubungkait daripada pembelajaran stimuli- tindak balas selepasnya, demi
berlakunya pembelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi. Misalnya
membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan- perkataan, atau
mensintesis berapa kemahiran untuk menjadikan kemahiran yang
kompleks dan sebagainya.
4. Pembelajaran melalui asosiasi verbal (verbal association) merupakan
bentuk asas pembelajaran bahasa. Mengaitkan nama orang dengan
alamatnya, atau mengaitkan perkataan bahasa Inggeris dengan erti
perkataan Melayu adalah contoh pembelajaran jenis ini.
5. Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan (multiple discrimination)
merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas
terhadap rangsangan. Misalnya, murid selepas belajar perbezaan antara
bunyi e dengan akan boleh memilih satu bunyi sahaja untuk menyebut
perkataan seperti bela, semak dan sebagainya.
6. Pembelajaran konsep (concept learning) merujuk kepada pembelajaran
membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri- ciri yang
sama. Misalnya, beg, buku, kereta, buah- buahan adalah mewakili konsep
benda- benda tersebut.
7. Pembelajaran prinsip (principle learning) merujuk kepada pembelajaran
perkaitan 2 atau lebih konsep yang dipelajari. Misalnya Air mengalir ke
tempat yang lebih rendah ialah satu prinsip. Prinsip ini adalah dibentuk
daripada beberapa perkataan yang setiapnya mempunyai konsep sendiri.
Dengan menghubungkaitkan konsep- konsep mengikut turutan akan
menjadi satu prinsip dalam pembelajaran prinsip- prinsip yang disebutkan.

8. Pembelajaran penyelesaian masalah (problem solving) merupakan


pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikirkan cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Misalnya, untuk menyelesaikan masalah matematik, pelajar harus dapat
menggunakan simbol nombor (konsep) dan hukum atau teorem
matematik (prinsip) yang berkaitan dan yang telah dipelajari.
RUMUSAN: Walaupun jenis- jenis pembelajaran diklasifikasikan mengikut
bentuk, bidang, cara dan peringkat, namun ia saling melengkapi dan berkait
rapat antara satu sama lain.

AKTIVITI TAMBAHAN (KUIZ)


Soalan
1 ____________ merupakan satu proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma, yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal.
2. Terdapat 3 jenis pembelajaran dari segi bentuk.Salah satu daripadanya
ialah pendidikan bukan formal. Apakah yang selebihnya?
3.

Robert M. Gagne mengemukakan teori yang melihat pembelajaran


sebagai satu proses __________________________.

4. Pembelajaran boleh berlaku melalui __________tingkah laku orang lain,


misalnya demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
5. Aktiviti _______________ hendaklah diberikan kepada pelajar yang
lemah dalam pembelajarannya .
6. P & P di dalam kelas hendaklah diadakan dari pembelajaran yang konkrit
ke ______________

Jawapan
1. Pembelajaran
2. i. Formal
ii. tidak formal

3. konstraktivisme
4. peniruan
5. pemulihan
6. abstrak

Anda mungkin juga menyukai