Anda di halaman 1dari 3

Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu

berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?

Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya
bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah
berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu
berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk harihari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau
berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari
dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan


boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI
perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan
Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan
untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan
untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa
umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka
perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita
sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi
ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan itu akan menampung hari
yang kita terlupa untuk niat puasa itu.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan
kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa
Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti
biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, Sahaja aku puasa Fardu
Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, Sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan
berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat.
Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada
ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya.
Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah
sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam
hati. Berniat puasa itu ialah pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam
matahari sehingga terbit fajar. Maka tiada puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang
berniat puasa Fardu Ramadhan pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu
juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari
dalam bulan Ramadhan itu.

Apa yang ana taipkan di sini terpulanglah pada siapa yang mahu percaya atau tidak
mahu percaya, setiap huruf yang ana taipkan di sini, untuk artikel ini atau artikel yang
lain-lainnya, untuk saat ini dan saat-saat yang sebelumnya adalah menjadi
tangunggjawab ana dunia dan akhirat. Inilah diantara bekalan ana untuk dibawa
berjumpa Allah di akhirat nanti.

Kepada saudara-saudara di Indonesia yang sudi membaca artikel ini dan artikel-artikel
ana yang lain terima kasih dan setahu ana ada juga yang sebarkan artikel-artikel ana

pada saudara-saudara yang lain alhamdulillah. Berlainan negara walaupun berjauhan


tetapi Islam menyatukan kita semua menjadikan kita sebagai saudara. Sebenarnya ana
cuba sebaik mungkin untuk menaip perkataan-perkataan yang moga-moganya dapat
difahami oleh kalian semua. InsyaAllah. Ini alamat facebook ana, sekiranya ada
perkataan yang kurang difahami maka boleh tanya di sini.
[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]

Allahua'lam.

** Sebar2kan pada saudara2 kita yg lain, kalau tak nak sebar pun cukuplah dibaca setiap
apa yg ana sebarkan. Moga Allah kurniakan kefahaman agama pada kita semua insyaAllah.

*** Setiap apa yang ana sebarkan yang mengandungi hukum dan sebagainya
berdasarkan pendapat mazhab Syafie

Anda mungkin juga menyukai