Anda di halaman 1dari 1

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim (PhD), Zahiah binti Haris @ Harith (PhD), Norlela binti Ali
Muaaz bin Muhammad, Nurul Huda binti Mohd Bisri , Mohd A’sri bin Abdul Rahman, Jainudin bin Ngah

mustapha.kamal@ipgm.edu.mya

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Pendidikan Islam di IPGKIK. Temu bual melibatkan seramai enam orang pelajar PISMP
Semester 4, Ambilan Jun 2015 yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Fokus kajian ini berdasarkan kepada dua objektif kajian iaitu alat berfikir
KBAT dan pengaplikasian KBAT oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Pendidikan Islam di
IPGKIK. Hasil temu bual diantara pengkaji dengan subjek kajian akan dianalisis berdasarkan tema-tema bagi
menjawab dua objektif kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian yang diperolehi dapat menjadi panduan kepada para
pendidik untuk mengaplikasi KBAT dalam kursus Pendidikan Islam khasnya dan kursus yang lain amnya.

Kata Kunci: Pendidikan Moral, aplikasi KBAT dan pengajaran dan pembelajaran.

Abstract

This study aims to assess the application of higher order thinking skills (HOTS) in the teaching and learning of
Islamic Education in IPGKIK. Interviews involving six students of PISMP Semester 4, Intake of June 2015 consisting
of three men and three women. The method used in this study is a case study. The focus of this study is based on two
objectives, namely the study and application of instruments HOTS by lecturers in the teaching and learning of Islamic
Education in IPGKIK. The results of the interview between the researcher and the research subjects will be analyzed
according to themes and to answer two research objectives set. The results obtained can be a guide for educators to
apply HOTS in the subject of Islamic education in particular and other subjects in general.

Keywords: Islamic Educational, application HOTS and teaching and learning.

Anda mungkin juga menyukai