Anda di halaman 1dari 2

Pelaksaan Maharat al- Quran

1. Mata pelajaran Maharat al-Quran (Kemahiran al-Quran) merangkumi :


1. Tilawah (Bacaan)
2. Tajwid (Hukum Tajwid)
3. Adab al-Quran
4. Ilmu Qiraat (Kaedah Bacaan)
5. Amali Qiraat (Kaedah Bacaan Secara Praktikal) dan
6. Rasm Uthmani (Kaedah Tulisan)
2. Maharat al- Quran diajar oleh guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk
sepuluh murid (1:10).
3. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Maharat al-Quran adalah
antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 tengah hari. Peruntukan waktu PdPc untuk
Tingkatan satu (1) hingga Tingkatan lima (5) adalah sebanyak dua (2) waktu
seminggu. Aktiviti PdPc mata pelajaran Maharat al-Quran adalah seperti berikut:
 Bidang Tilawah dan Bidang Amali Qiraat Sab’ah (praktikal kaedah tujuh cara
bacaan) dilaksanakan secara kaedah Talaqqi (berguru) dan Musyafahah
(bacaan secara lisan) di hadapan guru secara individu, dan
 Bidang Adab Al-Quran, Tajwid, Manhaj Qiraat Sab’ah (teori kaedah tujuh cara
bacaan) dan Rasm Uthmani dilaksanakan secara kaedah Halaqah
(berkumpulan).
4. Agihan bidang mata pelajaran Maharat al- Quran adalah seperti berikut:
Perkara Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3 Ting. 4 Ting. 5
Tilawah al-Quran    
Adab al-Quran 
Tajwid     
Manhaj Qiraat Sab’ah  
Amali Qiraat Sab’ah  
Rasm Uthmani 

5. Bagi tujuan berehat, murid dibenarkan untuk rehat pada jam 12.50 tengah hari
hingga 1.50 petang untuk mengerjakan solat zohor, makan tengah hari dan qailullah
(tidur sebentar sebelum solat zohor).

Peruntukan Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran


Peruntukan waktu yang ditetapkan bagi TMUA di peringkat menengah rendah KBT
adalah seperti berikut:
Mata Pelajaran KBSM KBAT (TMUA)
Bahasa Melayu 6 6
Bahasa Inggeris 5 4
Matematik 5 4
Pendidikan Islam 6 4
Sains 5 3
Sejarah 3 2
Geografi 3 2
Kemahiran Hidup 4 2
Pendidikan Jasmani dan 2 1
Kesihatan
Pendidikan Seni 2 1
Bahasa Arab 6 4
Bahasa Antarabangsa 3 2
Hifz al-Quran 0 15
Maharat al-Quran 0 2
Jumlah 50 52
 Nota: 1 waktu = 30 minit

Manakala peruntukan waktu bagi TMUA di peringkat menengah atas KBT adalah
seperti berikut:
Mata Pelajaran KBSM KBAT (TMUA)
Bahasa Melayu 6 5
Bahasa Inggeris 5 4
Matematik 5 4
Pendidikan Islam 4 3
Sejarah 3 2
Pendidikan Jasmani dan 2 1
Kesihatan
Biologi 4 4
Fizik 4
Kimia 4 4
Matematik Tambahan 4 4
Bahasa Arab 6 4
Pendidikan al-Quran dan al- 4 0
Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah 4 0
Bahasa Antarabangsa 3 1
Hifz al-Quran 0 14
Maharat al-Quran 0 2
Jumlah 50 52
 Nota: 1 waktu = 30 minit

Anda mungkin juga menyukai