Anda di halaman 1dari 2

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-20 : HADIS JIHAD LAWAN HAWA NAFSU?

Matan al-Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

: : .

Maksudnya : Kami telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar.
Mereka bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu ? Nabi SAW
bersabda : Kesungguhan seseorang hamba melawan hawa nafsunya.

Hadis ini diriwayatkan dengan makna yang sama oleh al-Baihaqi (373), kitab al-Zuhd, Sunan al-
Kabir.

Keterangan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda SAW. Hadis ini sering kita dengar di dalam ceramah-ceramah
atau sebagainya, namun apakah hukum para ulama terhadap hadis ini.

Antara pendapat para ulama tentang hukum hadis ini :

1) Al-Baihaqi : Sanadnya adalah dhaif. [al-Zuhd al-Kabir, 1:165]

2) Al-Iraqi : Hukum hadis tersebut adalah dhaif. [Takhrij al-Ihya, 2:6]

3) Ibn al-Rejab : hadis ini sanadnya adalah dhaif. [Jami al-Ulum wa al-Hikam, 1:489]

4) Al-Zailaiy : hadis ini terlalu gharib (ganjil). [Takhrij al-Kasyaf, 2:396]

5) Ibn Taimiyyah : Hukum hadis tersebut adalah tiada asal baginya. [Majmu al-Fatawa 1:197]

Tarjih

Setelah kami meniliti pendapat para ulama terhadap hadis ini, maka kami berpendapat
bahawa ia bukanlah hadis berdasar pendapat Ibnu Hajar. Al-Ajlouniy telah menukilkan
pendapat Ibnu Hajar di dalam karyanya dengan menyatakan bahawa hadis ini masyhur di lidah-
lidah manusia dan ia juga merupakan perkataan daripada Ibrahim bin Abi Ublah iaitu seorang
tabiin( )bukannya daripada Nabi SAW. [Kasyhful al-Khafa, 1:425]

Aplikasi hadis

Tidak dinafikan bahawa melawan dan mengawal hawa nafsu adalah satu perkara yang besar
dan sukar dilakukan. Ini kerana, ia memerlukan usaha yang tinggi bagi mengawal hawa nafsu
tersebut agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.Antara perkara yang boleh dilakukan bagi
mengawal hawa nafsu ini adalah dengan sentiasa melakukan perkara-perkara kebaikan dan
menguatkan hubungan dengan Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran :

Firman Allah SWT:



Maksudnya : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi


kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya .

[al-Ankabut : 69]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hambnya yang soleh dan
sentiasa melaksanakan segala perintah-NYa dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wallahua'lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/5FwWJW

Anda mungkin juga menyukai