Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PEMBELAJARAN ABAD KE-21 SK KUBANG KERIAN 3 SEKOLAH

BERPRESTASI TINGGI

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia kini sedang mengorak langkah menuju kepada pembentukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih mampan dan jitu dalam menghasilkan modal insan yang bertaraf
antarabangsa. Sejajar dengan perkembangan semasa ini, pelbagai inisiatif kepada pembentukan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih mampan dan jitu dalam menghasilkan modal yang
bertaraf antarabangsa. Sejajar dengan perkembangan semasa ini, pelbagai inisiatif diperkenalkan
antaranya mengetengahkan konsep ‘Pemudahcaraan dan Pembelajaran’ konsep peta pemikiran (I-
Think) sebagai satu subjek tunggal yang berdiri dengan sendiri serta pembentukan kelas konsep yang
menekankan pendidikan abad ke-21 yang akan dilebar sayapkan ke seluruh kelas dalam sebuah
sekolah dari masa ke masa. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti kokuriulum yang dianjurkan oleh
kelab guru. Seramai 50 orang guru dan 30 orang pelajar yang akan menyertai aktiviti lawatan ini.
Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada guru berkongsi pandangan demi meningkatkan prestasi
sekolah dan seterusnya dapat memberi motivasi kepada SMK Agama Kedah untuk lebih Berjaya.
Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan dengan tujuan untuk
memberikan pengalaman kepada warga SMK Agama Kedah.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti yang berikut :

1) Mengenalpasti penambahbaikan
2) Meluaskan jalinan hubungan dua hala (Networking)
3) membuka minda para peserta
4) Berkongsi kemahiran dan konsep sedia ada

3.0 ANJURAN

Kelab Guru SMK Agama Kedah

4.0 TARIKH DAN MASA LAWATAN

Tarikh :

Hari : Isnin dan Selasa

5.0 LOKASI
5.1 SK KUBANG KERIAN 3
5.2 GELANGGANG SENI
5.3 MUZIUM & KARANGKRAF
5.4 PUSAT BATIK RAZALI
5.5 PUSAT SERUNDING DAN DODOL DI KAMPUNG LAUT
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Guru : 50 orang
6.2 Pelajar : 30 orang

3.0 PENUTUP

Lawatan penanda aras ini diharapkan memberi impak yang positif dalam kalangan peserta seterusnya
memberi pengalaman yang berguna kepada guru dan pelajar. Selain itu, juga dapat menjana
kecemerlangan dalam akademik tanpa mengabaikan keseimbangan rohani. Pihak kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibatdalam menjayakan program lawatan ini.
Sokongan idea,material dan moral semua pihak amat dialu-alukan.

Anda mungkin juga menyukai