Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD 21

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD 21

1.0 PENGENALAN.

Penyediaan peluang pendidikan sama rata kepada semua murid di Malaysia adalah matlamat utama
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Hasrat menjadikan sistem pendidikan di
Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia suatu hasrat yang perlu direalisasikan.
Penglibatan oleh semua pihak adalah sangat diperlukan untuk melihat kejayaan hasrat tersebut
mencapai kejayaan. Bagi melihat penyediaan pendidikan murid berkeperluan khas diberikan sama
rata dengan apa yang dinikmati oleh pelajar arus perdana, pengurusan pendidikan khas juga perlu
membuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.

2.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 – 2025)

Program Pendidikan Khas diwujudkan di sekolah-sekolah harian rendah dan menengah pada masa
kini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada murid-murid
bekeperluan khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.
Oleh yang demikian, pihak pengurusan sesebuah sekolah bertanggungjawab mewujudkan program
tersebut di sekolah mereka sekiranya tuntutan terhadap program tersebut diperlukan

Betapa murninya hasrat kerajaan dalam penyediaan pendidikan yang sama rata kepada semua
murid tanpa mengira status dan darjat seseorng murid berkeperluan khas(mbk). Sehubungan
dengan itu, usaha ini perlu mendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak. Sebagai pihak yang
diberi amanah berhubung dengan hasrat murni kerajaan ini, semua pihak yang terlibat terutama
guru-guru, penyelaras dan Penolong Kanan Pendidikan Khas seharusnya mengembeling tenaga
untuk menjayakan pendidikan khas. Usaha ini perlu dilakukan secara kolaboratif oleh semua pihak.
Alangkah bertuahnya kanak-kanak di Malaysia dengan dasar PPPM yang ada sekarang. Sekurang-
kurangnya kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pembelaan dan diberikan hak yang sewajarnya
dalam bidang pendidikan.

3.0 PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan sekolah mempunyai satu pengaruh yang kuat dalam mencorak budaya yang positif
untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat
memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan
mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga
penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
Berikut adalah cadangan bagi mencapai kesamarataan dalam pengurusan pentadbiran pendidikan
khas pada abad 21.

3.1 Merancang dan melaksanakan program pendidikan khas yang berkualiti selari dengan
perubahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.2 Menetapkan jawatankuasa kerja yang akan menggerakkan dan memantapkan program.

3.3 Menyediakan kemudahan fizikal yang sempurna dan kondusif yang boleh mengekalkan minat
murid berkeperluan khas (mbk) untuk datang ke sekolah seperti murid lain .

3.4 Menyediakan peluang pembelajaran bagi mbk supaya dapat mengembangkan potensi secara
menyeluruh.

3.5 Menyediakan dan menggalakan guru yang berupaya menghasilkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan sentiasa melakukan inovasi serta bermotivasi tinggi.

3.6 Melaksanakan program keibubapaan supaya dapat meningkatkan lebih perhatian kepada
keperluan mbk.

3.7 Menyegerakan tindakan perkhidmatan yang cekap dan layanan yang berkualiti.

3.8 Menentukan dan menetapkan halatuju program kearah kecemerlangan pendidikan khas.

3.9 Meningkatkan kerjasama dalam kalangan pentadbir bagi mengatasi halangan dan memberikan
kefahaman kearah mencapai kesamarataan.

3.10 Mengamalkan komunikasi yang berkesan pada tahap optimum secara

berterusan .

3.11 Memastikan semua guru diberi input yang terkini dan mempelajari

pelbagai ilmu yang berkaitan melalui seminar, bengkel dan kursus-

kursus jangka pendek.

3.12 Memberikan penghargaan dan galakan sebagai satu usaha

meningkatkan motivasi dan kesungguhan kepada guru-guru dan mbk.

3.13 Merancang dan menguruskan peruntukan dan perbelanjaan secara

adil dan berhemah.

3.14 Memberi peluang kepada semua individu guru yang terlibat dalam

pengurusan membuat anggaran perbelajaan dan merancang

program- program ilmiah dan motivasi sesuai dengan peruntukan yang

ada.

3.15 Menyelaras dan melapor maklumat melalui rekod dan pemerhatian

sepanjang masa.

3.16 Membuat penyeliaan dan pemantauan sepanjang masa bagi tujuan


menjaga kualiti perkhidmatan,

3.17 Berusaha mengukuhkan hubungan antara guru dengan program –

program yang dijalankan bersama.

3.18 Membuat pengagihan bantuan yang sama rata melalui berbagai jenis
bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

3.19 Merancang dan menyediakan pelbagai khidmat sokongan dalam

menentukan keputusan bersama dapat dibuat tanpa diskriminasi.

3.20 Meningkatkan daya tarikan guru dan menghasilkan guru yang terbaik

melalui pembangunan profesional.

3.21 Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan organisasi lain seperti

NGO, badan antarabangsa,swasta dan agensi kerajaan.

3.22 Mempelbagaikan pendekatan padagogi, psikologi, dan teknik

menguruskan mbk.

3.23 Memberi dan membuka ruang kepada kumpulan pelbagai disiplin

menganjurkan, program, bengkel,dan perkhidmatan professional secara

sukarela dalam program pendidikan khas.

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) GURU.

Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru
sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,
pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pengajaran
juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif
dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid
tentang sesuatu yang dipelajari.

Bagi mencapai hasrat kesamarataan seperti yang terkandung dalam PPPM , berikut adalah
cadangan dan langkah-langkah :

4.1 Memastikan semua guru memenuhi standard kuailiti sesuai dengan tahap kebolehan dan
keupayaan murid.

4.2 Bekerjasama dalam satu pasukan bagi memantapkan pengurusan kurikulum sekolah .

4.3 Sentiasa mematuhi dasar KPM supaya selari dengan sistem pendidikan kebangsaan.
4.4 Menyediakan program akademik yang sesuai supaya dapat menyediakan murid yang mampu
berdaya saing dengan keperluan semasa.

4.5 Menetapkan mesyuarat secara bersama dengan pihak sekolah dan pentadbir supaya dapat
melaksakan perkongsian ilmu dan maklumat.

4.6 Merancang dan menyediakan bahan pengajaran yang mesra mbk dan boleh digunakan dalam
pelbagai situasi.

4.7 Merancang dan menggalakan guru berbincang dengan rakan sejawatan bagi mempelbagaikan
pendekatan dan kaedah pdp.

4.8 Merancang dan melaksanakan aktiviti pdp yang boleh dijalankan oleh semua katogeri mbk
bersama murid aliran perdana.

4.9 Memastikan semua mbk memdapat peluang menggunakan buku teks secara maksimum.

4.10 Memastikan penulisan buku rekod mengajar dilaksanakan mengikut

panduan KPM.

4.11 Memastikan semua guru mengajar dan menggunakan bbm secara

berkualiti .

4.12 Menubuhkan jawatankuasa peningkatan akademik sebagai nadi

kecemerlangan mbk.

4.13 Mencadangkan setiap guru matapelajaran membuat kajian tindakan

bagi mengekalkan kualiti mbk.

4.14 Menetapkan semua bahan –bahan ilmiah kursus di simpan dalam

bentuk dokumentasi untuk tujuan perkongsian.

4.15 Menetapkan penyemakan buku murid ditentukan dalam mesyuarat

dengan tujuan mengatasi kesukaran yang dialami oleh mbk.

4.16 Menetapkan sasaran dan target yang hendak dicapai dalam semua

subjek supaya dapat melahirkan mbk yang mampu berdaya saing.

4.17 Menyediakan kelas yang kondusif dan berilmu tanpa ruang kosong.

4.18 Menggalakan penggunaan setiap sudut dan ruang dalam kelas secara

maksimum.

4.19 Merancangkan aktiviti yang mesra mbk bersama sudut pembelajaran

yang dapat dimanfaatkan bersama guru.

4.20 Mengurangkan jurang pencapaian akademik bagi murid

khas dan murid perdana.

4.21 Memastikan keadilan sosial berlaku di dalam kelas dan sekolah


melalui proses pdp dan aktiviti sekolah.

4.22 Memastikan penglibatan murid dalam aktiviti melalui pengajaran

berkesan.

4.23 Menggalakan penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi

mengukuhkan pembelajaran murid.

4.24 Memastikan guru mematuhi etika kerja dan amalan nilai positif bagi

mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

4.25 Menggalakkan penggunaan bahan interaktif melalui pelbagai

multimedia dan ict dalam menarik minat murid dan mencapai

kemahiran berfikir aras tinggi.

4.26 Menggalakan pengajaran secara berkumpulan dalam kelas inklusif

supaya pengajaran lebih efektif.

5.0 KEMENJADIAN MBK

Bertujuan menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Bagi mencapaikan kesamarataan yang dihasratkan dalam PPPM dengan berfokus kepada
kemenjadian murid seperti cadangan berikut:

5.1 Berusaha meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental , perkembangan sosial


serta bakat mbk kearah kecemerlangan korikulum dan koakademik selari dengan hasrat PPPM.

5.2 Meningkatkan penglibatan , kerjasama dan sumbangan dua hala antara mbk dan murid
perdana, guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah

5.3 Melaksanakan garis panduan disiplin mbk melalui penyemaiain dan pemupukan nilai dan sikap
positif serta berfikiran terbuka.

5.4 Merancangkan peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut kemahiran yang ada.

5.5 Merancang dam menyediakan peruntukan bagi pembangunan kokurikulum dan koakademik.

5.6 Menggalakan semangat kerjasama dan daya saing dalam kalangan mbk dan murid perdana.

5.7 Merancang dan menjalankan program secara bersama dengan penglibatan penuh semua murid
sekolah, guru, staf dan PIBG.

5.8 Merancang target pencapaian dan berusaha melahirkan mbk yang berkebolehan dalam semua
bidang.
5.9 Meningkatkan kemahiran guru dalam kegiatan kokurikulum dan koakademik.

5.10 Memupuk dan mememperkembanagkan bakat mbk dengan kerjasama

ibu bapa dan penjaga.

5.11 Berusaha menambah pelbagai kemudahan dan mengubahsuai aktiviti

bagi mencapai tujuan.

5.12 Menerapkan nilai-nilai baik sebagai satu budaya hidup dalam

kelompok masyarakat setempat dan saling menghormati.

6.0 PENILAIAN DAN PENCAPAIAN

Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke arah
melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah
sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan satu sistem yang
dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon
Sang:1988).

Salah satu kepentingan penilaian ialah Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat
pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan
tertentu mengikut kebolehan mereka : Antara langkah dan cadangan untuk menacapai hasrat
kesamarataan pada abad 21 ialah:

6.1 Melaksanakan pentaksiran yang secara menyeluruh , adil dan mengikut keupayaan mbk.

6.2 Merancang dan melaksanakan pentaksiran bersama bagi mbk yang inklusif.

6.3 Menyediakan hadiah kecemerlangan bagi murid yang Berjaya pada peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan.

6.4 Memastikan murid sentiasa mendapat penghargaan dan mengamalkan sikap yang sentiasa
dicontohi.

6.5 Memastikan semua guru menjalankan tanggungjawab dan jujur dalam membuat penilaiain.

6.6 Menggalakkan semua guru dan ibu bapa membuat post mortem dan sentiasa berusaha
memberi cadangan untuk penambaikan.

6.7 Menetapkan akauntabiliti dalam menentukan pencapaian murid.

6.8 Merangka dan merancang strategi yang jelas dalam menyediakan bantuan kepada murid yang
lemah dalam pelajaran.

6.9 Mencadangkan satu penanda aras dalam menilai sahsiah dan tingkah laku murid secara holistik.
Penutup

Artikel 28,Akta Orang Kelainan Upaya 2008, memperaku bahawa mbk perlu diberi sokongan untuk
membentu mereka mencapai penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan
amalan terbaik antarabangsa dan dasar negara semasa. Semoga azam bagi menggalakan lebih ramai
mbk ke dalam program inklusif dapat meningkatkan kualiti penyediaannya secara kese,uruhan,

Anda mungkin juga menyukai