Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

MED7053
PHILOSOPHY IN EDUCATION

(40%)

Question 1.: You are leading the country’s Ministry of Education. Design
your philosophical idea to how the country’s education system should lead to.
Justify your answer why you chose such philosophical idea.
Question 2: Identify FOUR (4) school reforms introduced by the Malaysian
Government since 1965. What conclusion can you make from those reforms. Justify
your answer.

Student Name : ALICE A/P ARPUTHAM


(S20100720)

Program : Master of Education

Instructor : (Prof. Dr. Azhar bin Md. Adnan)


1.You are leading the country’s Ministry of Education. Design your
philosophical idea to how the country’s education system should lead to.
Justify your answer why you chose such philosophical idea.

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial


negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan
masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Kepentingan
pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan
peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan
membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini
dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang
berterusan dan bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa
akan datang.Sementelahan, dengan adanya pendidikan , ia mampu mengeluarkan
seseorang atau sesebuah keluarga daripada kepompong kemiskinan. Dengan kata
lain, semakin tinggi pengetahuan pendidikan yang dicapai, semakin terbuka luas
peluang pasaran untuk menjawat pelbagai jawatan dan mendapat pulangan yang
lumayan. Namun begitu, kepentingan pendidikan ini tidak harus dilihat dari segi
matlamat ekonomi sahaja, tetapi ia berkaitan dengan melahirkan seorang insan
yang beriman, bertanggungjawab, amanah, mempunyai akhlak atau moral yang
tinggi serta matang dalam menguruskan kehidupan diri dan keluarga dengan lebih
sempurna.Justeru,jika saya diberi peluang untuk mengetuai sistem pendidikan
negara,maka falsafah pendidikan yang bakal saya rancang adalah berdasarkan dua
ahli falsafah terkemuka barat iaitu John Locke dan Aristotle

Saya amat tertarik dengan pandangan pendidikan John Locke yang terkenal iaitu
konsep TABULA RASA atau lembaran kosong, yang mana dianggap bahawa otak
adalah sebuah penerima pasif yang memperoleh pengetahuan dari pengalaman dan
menyerapnya melalui panca indera pelbagai idea sederhana dan kemudian
digabungkan atau dihubungkan untuk membentuk suatu pemikiran yang
berkaitan..Pegangan beliau dalam falsafahnya adalah untuk menerapkan
falsafahnya terhadap anak-anak.Anak-anak ibarat sehelai kertas putih yang belum
terisi apa-apa dan pengisiannya hanya bergantung kepada pengalaman yang
dilaluinya.

Saya juga akan merangka falsafah pendidikan saya seperti John Locke kerana
beliau berpendapat bahawa pendidikan yang seimbang haruslah seimbang dari
aspek jasmani dan rohani.Jadi , untuk menjaga kesihatan ,pendidikan jasmani yang
teratur serta menekankan aspek gaya hidup sihat akan saya pastikan diterapkan
kepada murid-murid.

Seterusnya,falsafah saya juga akan memberikan penekanan kepada pendidikan


kerohanian..Dalam pendidikan kerohanian,saya akan mengutamakan keperibadian
manusia dan manusia bertindak mengikut fikiran seperti John Locke.Hal ini kerana
fikiran amat penting dalam sesuatu penaakulan dan terletak pada tahap tertinggi
Motif perbuatan manusia dengan kelakuan nya adalah harga diri iaitu nama
baiknya.Nilai-nilai kesusilaannya tidak boleh ditanamkan melalui ajaran
agama,sebaliknya berdasarkan kelogikan atau rasional.Dari aspek ketertiban atau
peraturan di sekolah,saya juga tidak bersetuju dengan peraturan yang diterapkan
secara paksaan sebaliknya saya percaya keterbitan atau peraturan yang lahir
secara semula jadi melalui pengalaman,Malah saya tidak bersetuju dengan konsep
hukuman dan hadiah dalam penetapan peraturan atau ketertiban seseorang murid
seperti John Locke.

Saya juga mahukan seorang guru melatih cara berfikir seseorang murid untuk
menyelesaikan masalahnya seperti John Locke. Guru tidak boleh melakukan
penyeksaan fizikal yang sewenang-wenangnya terhadap murid, kerana dengan
berbuat demikian ia akan menghalang keseronakan seseorang murid memperoleh
ilmu.Dengan demikian seorang guru harus berperanan sebagai fasilitator yang
membantu proses belajar seseorang murid. Oleh sebab itu, seorang guru memiliki
tiga tanggungjawab utama, iaitu:

a) Guru menyediakan pengalaman belajar yang membolehkan seseorang murid


menyusun rancangan belajarnya. Seseorang guru juga harus bertanggungjawab
memungkinkan muridnya untuk menjalani proses belajar atau membentuk
pemahamannya sendiri. Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah guru
menyediakan pengalaman belajar untuk muridny. Proses mengajar dalam bentuk
ceramah bukanlah menjadi tugas utama seorang guru.
b) Guru memberikan aktiviti-aktiviti yang merangsang perasaan ingin tahu murid
dan membantu murid untuk melahirkan idea atau berinteraksi menggunakan idea
ilmiah masing-masingDengan kata lain, guru memberi semangat kepada murid
untuk berfikir dalam mencari pengalaman baru. Lebih-lebih lagi,guru perlu
memberikan pengalaman konflik. Pengalaman konflik yang dimaksudkan ialah
mengetengahkan masalah atau persoalan yang perlu diselesaikan oleh murid
tersebut.

c) Guru mengawasi atau menilai tentang proses berfikir murid dan cara murid
menyatakan fikirannya sama ada berhasil atau tidak. Guru juga bertanyakan tentang
pengetahuan murid sama ada cukup untuk menyelesaikan masalah atau persoalan
yang dihadapinya.

Selain itu,saya seperti Locke akan menolak kaedah pengajaran yang biasanya
disertai dengan hukuman. Saya berpendapat demikian kerana adab dipelajari
melalui teladan dan bahasa dipelajari melalui kemahiran atau kemampuan mereka.
Oleh yang demikian, kaedah yang ditawarkan Locke adalah pelajaran melalui
latihan. Kaedah harus membawa para murid kepada latihan aktiviti-aktiviti
kesopanan yang ideal sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka . Pada
peringkat permulaan,anak-anak akan belajar melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh mereka.Kemudian,barulah mereka akan belajar untuk memahami atau
mengetahui perkara-perkara yang dilakukan.

Menurutnya pengajaran di sekolah wajib berdasarkan pengalaman dengan cara


induktif melalui deria, sambil bermain-main.Melalui permainan, murid-murid bukan
sahaja dapat bergembira dan berseronok malah dapat menimba pengalaman
baharu. John Locke menginginkan agar sesuatu mata pelajaran itu diajarkan
secara berturutan. Misalnya: membaca dulu sehingga pandai, kemudian menulis
lalu mengira dan seterusnya.

Di samping itu,seperti John Locke,falsafah saya akan menegaskan bahawa


kurikulum harus disusun demi kecerdasan individu, kemampuan dan keistimewaan
murid-murid dalam menguasai pengetahuan dan bukan kepada pengetahuan yang
biasa diajar dengan hukuman yang sewenang-wenang. Kurikulum bagi murid
hendaknya difokuskan kepada ibadah yang teratur demi memperbaiki kehidupan
agama dan moral, kerja-kerja mencipta produk dan pendidikan kesenian dengan
memfokuskan bahawa para murid harus belajar membaca, menulis dan mengira.

Pada masa yang sama ,falsafah pendidikan yang saya rangka akan turut mengambil
kira konsep realisme diperkenalkan oleh Aristotle.Konsep Realisme menitikberatkan
kepada fakta, atau realiti dan menolak sepenuhnya kepada pemerhatian dan
sesuatu yang tidak praktikal.Seperti Aristotle, saya lebih mementingkan
pengetahuan yang didapati dari deria manusia.Beliau mengatakan bahawa murid
belajar melalui pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman rasa dan
perasaan.Saya juga sependapat dengan Aristotle dan John Locke kerana apa-apa
yang diperoleh melalui pengalaman akan berkekalan.Oleh itu,sebagai Menteri
Pendidikan,saya akan memastikan guru-guru mengajarkan pelajar-pelajarnya
tentang hukum-hukum tersebut supaya mereka dapat mengabadikan diri kepada
tuhan sekali gus memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat kerana saya percaya
ilmu tanpa agama itu buta.

Malahan, kurikulum pendidikan saya akan dikembangkan secara menyeluruh


meliputi semua pengetahuan sains ,sosial mahupun nilai.Pelajar dituntut untuk
memiliki disiplin yang tinggi sebagai kaedah untuk mencapai kejayaan dalam
belajar.Manakala para guru dituntut untuk menguasai pengetahuan,kecekapan
dalam teknik mengajar dan apa-apa yang penting,kerana pelajar perlu menguasai
pembelajaran berdasarkan pengetahuan relitinya dan belajar melalui pengalaman
secara langsung atau tidak langsung.

Secara tuntasnya,sebagai Menteri Pendidikan ,falsafah pendidikan saya adalah


berunsurkan kebebasan dan keseronokan.Murid-murid akan diberikan kebebasan
untuk memilih apa-apa yang ingin dipelajari.Kesannya,sudah tentulah murid-murid
akan belajar kerana meraka belajar apa-apa yang mahu mereka
belajar.Manakala,kurikulum yang disusun akan mengambil kira pengetahuan sedia
ada dan pengalaman murid ,Guru-guru pula akan dlatih untuk mengamalkan konsep
penyayang dan tidak menghukum anak didik kerana hukuman akan menghilangkan
semangat untuk belajar.Akhir kata,falsafah pendidikan saya akan bertemakan
konsep “Belajar Itu Seronok”.

1032 patah perkataan


2.Identify FOUR (4) school reforms introduced by the Malaysian Government since
1965. What conclusion can you make from those reforms. Justify your answer.

Sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang sistematik untuk


menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha untuk
memperkembangkan potensi diri dan masyarakat. Sistem pendidikan di Malaysia
berkembang melalui tiga tahap iaitu, sebelum kemerdekaan, era penjajahan dan
selepas merdeka.

Sistem pendidkan ketika sebelum kemerdekaan telah menggunakan empat laporan


iaitu Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Laporan Cheeseman dan Ordinen
Pelajaran 1852. Manakala pada era penjajahan pula, sistem pendidikan dibahagikan
kepada dua iaitu sistem pendidkan secular dan sistem pendidikan vernacular.
Seterusnya, sistem pendidkan selepas kemerdekaan telah menggunakan Penyata
Razak, Aminuddin Baki, Akta Pendidikan 1964 dan Laporan Rahman Talib.

Justeru,pada hari ini saya hanya akan menyentuh reformasi pendidikan kerajaan
Malaysia bermula pada tahun 1965. Perkembangan sistem pendidikan
Negara kedua bermula  dari tahun 1966 hingga 1970.Perkembangan ini merupakan
tahap  perlaksanaan rancangan pendidikan  di bawah  Rancangan Malaysia
Pertama.  Ia digubal  dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah  ekonomi
dan  sosial  yang timbul dalam  tempoh  tersebut.  Sistem pendidikan pada  tahap
ini  bukan  berorientasikan  kepada  pembasmian  buta huruf  semata-mata
tetapi  juga  untuk  mencapai  matlamat ekonomi  negara. Antara  matlamat  lain
yang  ingin dicapai adalah  untuk  memperkukuhkan
sistem  pendidikan  kebangsaan  bagi  memupuk  perpaduan  sosial, kebudayaan
dan politik, menyediakan  kemudahan pendidikan  yang lebih  bersistematik
dan  selesa kepada para  pelajar, meningkatkan  taraf pendidikan  di seluruh
Negara  serta  melaksannakan pendemokrasian pendidikan  tanpa  mengira  kaum
mahu pun agama.
Pada zaman ekonomi baru iaitu kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) selepas berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rentetan
dari peristiwa ini telah memberikan impak yang besar pada sistem pendidikan. Oleh
itu, kerajaan telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi
antara kaum. Disamping itu, bagi mengelakkan kecelaruan antara kaum ,Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan kerajaan membuat semakan
terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan membuat pembaharuan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan negara.Seterusnya usaha kerajaan bagi
meningkatkan pendidikan negara telah banyak memberi kesan kepada rakyat yang
tidak berkemampuan. Hal ini kerana kebajikan golongan miskin dalam pendidikan
ditingkatkan lagi dengan melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Selain
itu, kerajaan juga melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bertujuan
untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan mendapat makanan
seimbang. Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak meninggalkan golongan
miskin.

Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)   mula  dilaksanakan di


semua sekolah  rendah di seluruh  Negara mulai  tahun 1983. Rancangan  KBSR  ini
menekankan penguasaan terhadap kemahiran  asas  3M  iaitu  membaca,
menulis  dan mengira. Di samping itu  juga,  ia  memberi  penumpuan  terhadap
perkembangan individu  secara menyeluruh  yang meliputi aspek  jasmani, emosi,
rohani, intelek dan  social (JERIS). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
diperkenalkan pada tahun 1982 sebagai peringkat percubaan. Kemudian diteruskan
dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
tahun 1988 apabila murid yang berada dalam KBSR masuk ke sekolah menengah.
Melalui KBSR sistem pendidikan Negara dibaik pulih dengan adanya komponen-
kompenen yang terdapat dalam KBSR seperti kemahiran 3M, kemahiran berfikir,
nilai merentas kurikulum, patriotisme, Bahasa Melayu merentas Kurikulum. KBSR
lebih kepada perkembangan individu murid-murid digalakan untuk mengambil muzik,
lukisan dan aktiviti-aktiviti penulisan. Oleh itu, satu kajian tentang penilaian
pencapaian KBSR ini telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan
Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut
menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih
tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama.
Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar seperti menyoal,
berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah
menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti memberikan
idea.Walau bagaimanapun kesan KBSR ini kepada guru ialah ketidaksediaan guru
untuk menghadapinya. Kebanyakan guru dibawah KBSR dibebani dengan tugasan
yang berat kerana terpaksa mengendalikan bilik darjah yang besar dan mempunyai
40 orang murid. Selain itu, guru-guru juga telibat dalam penyimpanan rekod dan
akhirnya guru-guru hanya mementingkan fail-fail dan bukannya murid-murid.
Keadaan ini telah membawa impak sampai ke hari ini yang mana guru-guru
dibebani dengan sistem fail yang berbagai-bagai.

Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan
Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) turut diperkenalkan. Walau
bagaimanapun perlaksanaannya tidak dapat menunjukkan hasil yang
memberangsangkan apabila Laporan Trends in Mathematics Science Study
(TIMSS) tahun 2007 menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia merosot dari
tempat ke10 pada tahun 2003 ke 20 manakala bagi Matematik dan mata pelajaran
Sains dari tempat ke 20 pada tahun 2003 ke 21 pada tahun 2007. Kemudian
berlaku jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik semasa perlaksanaan PPSMI. Rentetan dari itu
kerajaan telah memansuhkan PPSMI dan digantikan dengan Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dengan
perlaksanaan MBMMBI ini dapat dilihat akan usaha kerajaan untuk memartabatkan
semula bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan
dan bahasa hubungan utama selaras dengan perkara yang termaktub dalam
perkara 152, Perlembagaan Malaysia dan juga Akta Pendidikan 1996 yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tuntasnya, sistem pendidikan di Malaysia banyak berlaku perubahan dari


semasa ke semasa sehingga kini sistem pendidikan negara kita berada di bawah
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pelbagai usaha kerajaan
terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengkaji sistem pendidikan
dilaksanakan agar selari dengan perubahan dunia pada hari ini dengan mengambil
kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai tunggak dasar pendidikan .
Reformasi pendidikan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan adalah satu usaha
kerajaan demi memantapkan sistem pendidikan agar negara Malaysia mampu
bersaing dengan negara-negara maju dan juga negara yang membangun. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu mengambil peranan dan saling bekerjasama dalam
memantapkan lagi sistem pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru khususnya bagi para guru kerana guru-
guru merupakan tonggak utama sebuah sistem pendidikan itu berjalan dengan
lancar.

(906 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai