Anda di halaman 1dari 3

EDUP3013 HAZIRAHTUL NABILAH RUSLAN.

a. Falsafah Pendidikan perlu difahami dan dihayati oleh seseorang guru. Jelaskan
sebab-sebabnya.

Falsafah pendidikan perlu difahami dan dihayati oleh seseorang guru kerana seorang
guru perlu mengamalkan kemahiran professional yang baik. Hal yang demikian kerana
guru memainkan peranan yang sangat besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan ,berkemahiran , berbudaya , ilmu dan juga berakhlak. Sudah menjadi
tugas seorang guru untuk membentuk pelajar yang berilmu kerana guru adalah tenaga
ikhtisas dalam bidang perguruan. Oleh itu, para pelajar perlulah dididik menggunakan
kemahiran berfikiran aras tinggi dan secara tidak langsung seorang guru perlulah
mempunyai kemahiran professional dan mengamalkan kemahiran ini ketika berada di
dalam kelas. Perkara ini sudah jelas menjelaskan bahawa falsafah pendidikan ini perlu
difahami dan dihayati oleh seorang guru agar para pendidik ini mempunyai kemahiran
professional yang baik demi membentuk pelajar yang bakal menerajui masa hadapan.

Selain itu, para pendidik ini juga perlu berusaha meningkatkan pengusaan bidang ilmu
dan kemahiran. Sebagai seorang guru yang professional, golongan ini haruslah
menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan
teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang
baik buat para pelajarnya. Hal ini aka menjadikan mereka berusaha sebaik mungkin
untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan
sebagainya.Oleh itu,dengan adanya falsafah pendidikan ini akan membantu para guru
untuk meningkatkan kemahiran yang ada pada diri meningkatkan prestasi masing-
masing.

Akhir sekali, seorang juga mempunyai peranan yang lain seperti para pendidik ini
berperanan sebagai pembimbing buat para pelajar ketika berada di sekolah. Seperti
yang tahu, para belajar menghabiskan masa lebih lama ketika berada di sekolah
berbanding dengan masa mereka beradi di rumah, dengan ini guru adalah insan yang
menjadi pembimbing kepada anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu
dipelajari dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diberi tunjuk ajar oleh guru
mereka lalu selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajar kepada mereka. Oleh
itu, guru sebagai pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan
EDUP3013 HAZIRAHTUL NABILAH RUSLAN.

kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.


Tegasnya, guru adalah insan yang perlu membimbing anak muridnya menepati acuan
sebagaiman yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

b. Buat analisis tentang kepentingan falsafah Pendidikan Guru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala
kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi
pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar
pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara.

Dengan adanya falsafah pendidikan, maka sistem pendidikan sesebuah negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip
dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan (contohnya sistem
pendidikan Malaysia) daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi
iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan
bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Falsafah pendidikan juga menekankan tentang pendidikan. Pendidikan merupakan satu proses
yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah ke akhir hayat seseorang
itu. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah
bermula sejak kita berada di rumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah,
institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha
berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan
mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa
sekarang.

Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, jelas bahawa Matlamat Pendidikan
Negara bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah, tetapi adalah untuk pembangunan
diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
EDUP3013 HAZIRAHTUL NABILAH RUSLAN.

dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

Anda mungkin juga menyukai