Anda di halaman 1dari 1

LO G I N SIGN UP

Log In

GPP1063
Sign Up
PROFESIONALISME
KEGURUAN
more

Lee Chloe
Job Board

About
1.0 PENDAHULUAN

Press Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan
dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara serta penduduknya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Kelima, negara bangsa merupakan negara berdaulat

Blog yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula adalah satu proses
mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ atau perasaan ‘kekitaan’ di kalangan semua
penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia beerti mewujudkan sentimen satu

People bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian bangsa.

Agenda pembinaan negara bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini
kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum
Papers mempunyai perspektif tersendiri terhadap kaum yang lain dan ianya masih lagi
dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa yang lain.
Walaupun perhubungan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah
Terms baik tetapi pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkuatkan lagi
semangat perkauman. Oleh itu, langkah yang proaktif harus diambil untuk
menyelesaikan masalah ini. Antara pendekatan yang berkesan untuk merapatkan

Privacy jurang antara kaum adalah melalui pendidikan.


We're Hiring!
Menurut John Dewey dalam buku Ismail Mustapa, pendidikan adalah satu
proses pertumbuhan dan perkembangan. Beliau melihat pendidikan sebagai satu
Copyright
usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan semula jadi yang
Help Center
ada pada seseorang individu. Mengikut pandangan Michael Fullan dalam buku Amin
Senin pula, pendidikan merupakan bidang professional yang dinamik. Asas
pengetahuannya dalam hampir setiap subjek dan disiplin akademik sentiasa
berkembang. Begitu juga dengan kefahaman tentang bagaimana seseorang itu belajar,
tentang struktur dan prosedur yang menyumbang terhadap keberkesanan
persekitaran pembelajaran.

Tidak dapat dinafikan bahawa gurulah individu yang paling penting dalam
melakukan perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Pendidik perlu
less “membaharui” diri secara berterusan supaya mereka tetap efektif dan memberi impak
langsung terhadap pembelajaran pelajar. Dalam konteks ini, pembangunan
profesional guru telah dijadikan sebagai satu komponen teras sebarang perubahan
dalam pendidikan khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu,
guru juga berperanan membantu hasrat negara dalam membentuk rakyat yang
bersatu padu, penuh taat setia dan dedikasi kepada negara Malaysia dicapai dengan
berjaya.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah yang dibiayai oleh
kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan berpusat kepada
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri juga tidak berkuasa dalam
kurikulum dan aspek-aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,
sebaliknya ia ditentukan oleh kementerian.

2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berikut merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin dicapai matlamatnya


oleh KPM:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan dan pimpinan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem
pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara, iaitu
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia yang juga akan menjadi warganegara
yang baik, dan seimbang yang secara langsung merupakan saluran utama untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Dengan merujuk kepada perkara di atas, guru memainkan peranan penting


sebagai agen sosialisai dan agen perubahan dalam mentransformasikan kandungan
FPK menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Guru
perlu menyedari akauntabiliti sebagai seorang guru serta mempamerkan kualiti
peribadi guru yang unggul dan kreatif. Di samping itu, pelbagai inisiatif mesti diambil
oleh guru dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Dengan usaha-

usaha yang dilakukan tentunya negara mampu mencapai kecemerlangan menjelang


tahun 2020.

3.0 PROFESIONALISME KEGURUAN

Sesuatu profesion yang tulen adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan oleh masyarakat dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan
soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956 dalam Syed Ismail
Mustapa, 2014).

Menurut Kamus Dewan, ’profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya


yang memerlukan latihan yang khas, dan pendidikan, kecekapan, kemahiran yang
tinggi. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh individu yang
mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, dedikasi dan sebagainya
(Syed Ismail Mustapa, 2014). Manakala definisi profesion keguruan menurut Kamus
Dewan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat
dan kualiti guru. Ia juga merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama
tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap pelajar dan masyarakat.

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, amalan nilai
dan akhlak yang terpuji perlulah disematkan dalam profesion keguruan. Penerapan
nilai-nilai murni oleh guru dalam kalangan pelajar juga penting untuk menyediakan
mereka menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang kepada negara
pada masa hadapan. Seterusnya, peranan guru sebagai sumber utama pengerahuan
kepada murid juga harus bertukar sebagai agen perubahan dan sumber apirasi
kepada anak murid mereka. Guru perlu kreatif dan inovatif menjadikan sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik, efektif dan
menyeronokkan.

4.0 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Pembangunan profesionalisme keguruan adalah merujuk sebagai satu aktiviti dan


juga proses yang direka bentuk bagi mengembangkan pengetahuan profesional, sikap
dan kemahiran pendidik agar mereka berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar.
Menurut Abdul Ghani (2009), proses pembangunan profesionalisme keguruan

mempunyai kesan positif yang penting pada amalan dan kepercayaan guru,
pembelajaran pelajar serta perlaksanaan reformasi pendidikan.

Antara objektif utama pembangunan profesionalisme keguruan adalah


meningkatkan kualiti serta mutu pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Justeru
itu, aspek pembangunan profesional guru perlu diberikan perhatian sewajarnya
merangkumi perkembangan guru sebagai saluran maklumat, pengetahuan serta
kemahiran, perkembangan guru dalam aspek pembangunan kendiri. Pembangunan
profesionalisme keguruan juga berfokus kepada guru dalam usaha memahami diri
sendiri, dan perkembangan guru dalam perubahan ekologi di mana suasana
persekitaran kerja diberikan penekanan.

Untuk membangunkan profesionalisme keguruan, beberapa pendekatan boleh


digunakan di antaranya menerusi penyeliaan pengajaran. Penyeliaan pengajaran ke
atas guru-guru dilihat amat penting khususnya dalam memberi maklum balas terhadap
kekuatan dan kelemahan seseorang guru ketika menjalankan tugas. Dalam konteks
ini, penyelia berperanan untuk membentuk serta meneroka kemahiran berfikir dalam
kalangan guru di mana penyelia membantu guru membuat analisis pengajaran di
dalam kelas dan memberi kesedaran memilih untuk melakukan perubahan.

Sementara itu Amin Senin (2008) menyatakan pembangunan profesional guru


telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan
khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Justeru itu, penyelia boleh
membantu guru dalam bentuk penerangan dan kenyataan mudah, memberikan
bimbingan secara berterusan semasa sesi perbincangan serta memberikan sokongan
dalam pembentukan kemahiran mengajar secara berturutan. Lanjutan itu, penyelia
boleh mempromosikan kesedaran, stimulasi, keyakinan, sikap dan keprihatinan guru
bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke atas pelajar.

4.1 Pembangunan Modal Insan

Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu
menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara (Khalijah Salleh, 2007 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014).
Bahkan, manusia sebagai insan yang diciptakan sifatnya dengan akal, potensi diri dan
kemahiran adalah bertujuan untuk memahami ilmu, menguasainya dan menonjolkan
keupayaan individu serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan
bahaya dari menimpanya. Usaha mendapatkan modal insan yang berkualiti perlu

dilaksanakan untuk negara mencapai matlamat sebagai negara maju sebagaimana


yang disampaikan oleh YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006
sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:


Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan
lagi satu kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran
berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan
negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran
serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana
persaingan antarabangsa yang kian meningkat.”

Kalau dilihat sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya
direalisasikan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam membentuk ummah dan
negara. Pembangunan ini dimulakan dengan revolusi ilmu yang berjaya mencorakkan
tingkah laku, cara berfikir, akhlak, hukum agama, undang-undang dan cara hidup.
Secara kesimpulan bolehlah dinyatakan bahawa modal insan yang berdaya maju dan
mempunyai semangat juang yang tinggi memerlukan kekuatan rohani dan jasmani
yang dilandasi kepintaran akal.

4.2 Ciri-ciri guru yang profesional

Seorang guru yang profesional seharusnya merupakan seorang yang berilmu (content
knowledge), berketrampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge), serta
mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan
yang dipimpin. Antara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi
mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program
(Md Sani et al., 2008 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014) seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Model guru yang profesional

Selain daripada itu, guru yang profesional juga harusnya mempunyai enam konsep
berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah,
menjalankan amalan profesional di sekolah, bertingkah laku secara profesional di
dalam bilik darjah serta sekolah, bersikap tanggungjawab untuk meningkatkan
profesion, menerima kursus latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional
dan bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002 dalam Nor
Hasnida Che Ghazali, 2014).

4.3 Cabaran Yang Mempengaruhi Guru Dalam Perkembangan Profesionalisme

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang semakin dinamik masa kini telah
menuntut guru membuat anjakan paradigma yang holistik. Pergolakan yang terdapat
dalam bidang pendidikan memerlukan guru untuk meneliti setiap aspek pengajaran
dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut
Sufean Husin (2008) dalam Nor Hasnida Che Ghazali (2014), cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam profesion keguruan boleh dikategorikan kepada cabaran daripada
pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran memenuhi harapan dan jangkaan
negara dan cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan.

Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi


oleh guru. Sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan melihat
kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya.
Gejala ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah
untuk mendapatkan pengiktirafan umum. Pihak pentadbir sekolah yang kompetitif juga
akan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan
pada masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti yang
belbagai-bagai untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini
memberikan tekanan kepada guru dan menambahkan lagi beban tugas mereka.

Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid juga merupakan


cabaran kepada guru. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang
secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran
pengurusan bilik darjah yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah salah laku dan disiplin dalam
kalangan murid. Di samping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak
berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah

Sorry, preview is currently unavailable. You can download


the paper by clicking the button above.

Find new research papers in: Physics Chemistry Biology


Health Sciences Ecology
D O W NEarth
LO A Sciences
D F I L E Cognitive Science
Mathematics Computer Science

Anda mungkin juga menyukai