Anda di halaman 1dari 10

http://rohaizaabdulrahim.blogspot.my/2014_09_01_archive.

html
take from this website
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif ,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan
baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi
ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu
dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan )
sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai
ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi ,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan ,
mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia
dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan
dengan pendidikan

( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara

ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu ,
bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa
hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan
menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi
setiap

indidvidu

yang

berkecimpung

dalam

bidang

ini

sentiasa

berusaha

mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke


semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru
semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan
pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam
dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion
yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan
antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan kehendak teras PPPM .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu

bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan


generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa ,
orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan
Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia
dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya
dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan
murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga
mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh
Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan
tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin
Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam
sistem pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
v pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
v kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
v kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
v kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
v etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
v identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6


ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai
hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan ,
mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional .
Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi
yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang
dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia
melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan
ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti
yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini
demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru
serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan
dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif

termasuk dapat

menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha
untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya
melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan ,
termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada
jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran
dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan
bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P ,
guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi
tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .

Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan


kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing
masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing
murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk
menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak
mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid
agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan
dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan .
Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama
sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang
cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat
demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati
kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca
kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru
diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa
orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan
perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam ,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal
atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa
dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid
haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku
yang terpuji dan dapat diterima umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku

mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep
kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan
produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina
hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam
pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada
murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada
muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang

berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang
berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab
itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang
penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang
menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan
seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya
menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang
mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai
pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing
murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan
tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai
seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop
kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid
ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid
agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang
tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan
dalam bahasa Melayu.

Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika
melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai
bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah
pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti
ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan
teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri
soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa
dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam
profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar
jangkaan

berlaku,

individu

yang

berfikir

secara

sedar

semasa

menghadapi

permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang


merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan
merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas
tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi
masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik
boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk
menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi.
Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina
hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.

Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa


secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih
seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut
teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja
dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu
masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.
Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu
tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan.
Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut
?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak
harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat
patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat
Malaysia.

Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi
enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan
kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan
memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa
berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama
berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah
berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani
segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif
sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup
berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi
meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme
ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat
negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan
guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh
PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

Anda mungkin juga menyukai