Anda di halaman 1dari 8

IMPAK

TERHADAP
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
BERASASKAN
PPPM
KUMPULAN C
R I TA W O N G S I A O I N G

TA N G YA Y E W

N I K N U R A’ L I YA H B I N T I M O H D K A M A R O L Z A M A N

N U R A Z R E E N I LYA N I B I N T I N O R ” A Z I M A N

A HMA D Z A K WAN B I N MURS HI DI


MURID

Ibu Bapa Impa GURU

k
PPP
M
PEGAWAI
PEMIMPIN
KEMENTERI
SEKOLAH
AN
1. Murid
Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa
mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan
akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Apabila
menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia,
nilai moral yang tinggi, dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain.
2. Guru
Guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai
keberhasilan murid yang dihasratkan. Guru juga akan memperoleh lebih keseronokan dan
kepuasan dalam menjalankan tugas mereka. Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka
akan menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih
baik, dan proses penilaian yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi
yang relevan.
3. Pemimpin Sekolah
Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai
ejen perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih besar dan perkhidmatan yang
lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah. Mereka akan mendapat
akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik
daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia.
4. Pegawai Kementerian
Pegawai Kementerian akan bertindak sebagai pemimpin perubahan, demean kemahiran dan
atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah. Mereka akan menjadi pengurus, pembimbing
dan penyokong kecemerlangan sekolah yang lebih baik. Mereka akan mendapat manfaat
daripada meritokrasi yang lebih besar, kuasa demean kebertanggungjawaban yang lebih tinggi,
dan tidak akan terbatas dengan hierarki dan kawalan.
5. Ibu bapa
Ibu bapa akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman
pendidikan anak-anak mereka. Prestasi dan keutamaan sekolah akan lebih telus, dan ibu bapa
akan sentiasa dimaklumkan tentang keadaan anak mereka di sekolah dari segi pencapaian dan
juga perkembangan. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam
membantu pembelajaran anak mereka.
Sekian
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai