Anda di halaman 1dari 3

Soalan 10 : Jelaskan aliran falsafah progresivisme.

10.1

Pengenalan

Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip


seseorang terhadap Sesuatu perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud
hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman yang telah dilalui oleh
seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula
menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat
keputusan.
Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu
masalah dalam kehidupan harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian
tersendiri berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh
orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan
falsafah yang dipegang.
Falsafah membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam
pelajaran. Contohnya, pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam
esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer dan Dewey. Ini membolehkan
mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek,
asas pendidikan dan kehidupan manusia.
Pendidik harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik
darjah. Jika pendidik kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini
mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi, falsafah sebagai panduan untuk
pengekalan pendidik dalam pengajaran.

10.2

Maksud progresivisme

Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif


dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak
memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan
sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Menurut Mok
Soon Sang (2010), guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau
penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka memberi
tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum essensialisme dan

parenialisme memberi tumpuan kepada mata pelajaran(Abdul Rahman


dan Zakaria Kasa, 1986).

Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ia


dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah penghidupan
dan bukan persedian untuk hidup. Pencarian kebenarannya melalui
pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan asas dan
pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secara penyelidikan.
Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat
menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga
menggalakkan demokrasi.

Pelajar akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk


mengembangkan bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri
mereka tanpa dikekang oleh rintangan daripada orang lain. Oleh itu,
falsafah ini tidak bersetuju dengan fahaman parennialisme dan
essensialisme yang bersifat autoriti. Ini disebabkan autoriti akan
mematikan pengembangan dan daya kretiviti pelajar. Fahaman ini
menyatakan kurikulum yang paling wajar dilakukan ialah kurikulum yang
bersifat fleksibel dan terbuka. Kurikulum jenis ini mudah diubah dan
dibentuk sesuai dengan peredaran zaman.

Kurikulum hendaklah berpusatkan kepada pengalaman atau eksperimen.


Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan
menggunakan kaedah praktikal dan pengalaman dalam mencari ilmu
pengetahuan. Hanya ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang benar. Oleh
itu, peranan guru hanyalah sekadar pembimbing dan penasihat kepada
pelajar. Bagi mereka, pelajar merupakan seorang individu yang
berpengalaman, berfikiran dan suka mengembara. Buku pula dianggap
sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber
pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan. Sekolah pula tempat pelajar
bekerjasama bukannya tempat untuk bersaing.

RUJUKAN
1
2
3
4

Curren, R (2007) Philosophy of education : An anthology malden, MA : Blackwell


Dewey, J (2007) Democracy & Education : An Introduction to the philosophy of
education. Sioux, SD : Nuvision Publications.
Noddings, N (2006) Philosophy of education. Boulder, Co : Paradigm Publisher
Woods, R & Barrow, R (2006) An Introduction to philosophy of education. New
York : Routledge

Anda mungkin juga menyukai