Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan


pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK).
Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasikan
untuk beberapa matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. NAmun pelaksanaaan ini masih belum
mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP,1998). Pendedahan yang berterusan
dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam
pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menjadi aspek
penting di dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kepentingannya telah
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam Mok Soon Sang (2002)
iaitu . memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan...
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakan
mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999)
dalam Sarimah (2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan
warganegara

yang

dapat

memainkan

peranan

mereka

dengan

lebih

bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan


fikiran ibarat jasad tanpa roh. Pendidikan perlu melahirkan golongan yang
berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam
masyarakat

Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang


tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh
guru-guru. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Dokumen
Standard Pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih

berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran dengan penyebatian KBKK
serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru. Selain
itu murid juga mendapat latihan berifikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan meyelesaikan masalah dengan bijak. Dengan ini guru secara tidak
langsung melatih murid mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran
berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Guru juga dapat membimbing murid menghasikan idea atau ciptaan yang
kreatif dan inovatif serta membimbing murid mengatasi kesilapan - kesilapan berfikir
yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Selain itu, penyebatian KBKK juga
dapat meningkatkan aspek kognitif dan efektif serta perkembangan intelek mereka.
Murid juga akan bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,
membina keyakinan diri untuk memberi hujah. Membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Menurut

Abd.

Aziz

Abd

Talib

(2000:236)

pengajaran

tatabahasa

membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.


Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat
yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSR 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan
dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi
menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti
pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka.
Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan
aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.

Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid


memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak
Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2001
mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahirankemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan
utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa
sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai

tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang


ditetapkan (Awang Sariyan, 2004:194).
Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang
tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh
guru-guru. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Dokumen
Standard Pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih
berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran dengan penyebatian KBKK
serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru. Selain
itu murid juga mendapat latihan berifikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan meyelesaikan masalah dengan bijak. Dengan inin guru secara tidak
langsung melatih murid mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran
berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Maka, saya memilih tajuk tatabahasa dalam matapelajaran Bahasa Malaysia
untuk mengajar murid-murid tahun dua. Saya dapat menerapkan KBBK dalam
pengajaran tajuk ini supaya murid- murid tahun dua dapat mengaplikasikannya di
dalam dan di luar bilik darjah dan menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan kritis.
Ini dapat membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dan cabaran yang
dihadapi pada masa kelak nanti.
Matlamat Aspek Tatabahasa
Pengajaran Aspek Tatabahasa untuk murid-murid tahun 2 adalah untuk memastikan
murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas
hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut
konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera
dengan betul mengikut konteks;
iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul
mengikut konteks;

Matlamat Kemahiran Befikir

Dalam kurikulum KBSR dan KSSR, Kemhiran Berfikir adalah antara unsur utama
yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Dengan penyebatian
KBKK dalam tajuk matapelajaran yang diajar murid dapat :
1. memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;
2. menguasai kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;
3. membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam
pengajaran serta menggunakannya dalam kehidupan harian
4. mengatasi apa jua masalah dan cabaran dalam kehidupan harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai