Anda di halaman 1dari 21

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

1.0

PENGENALAN

Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina , India
dan lain-lain etnik. Di samping itu masyarakat Malaysia juga menganuti
agama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Selain itu masyarakat di Malaysia
juga terdiri dari kepelbagaian etnik lain yang datang secara migrasi untuk
bekerja di bumi bertuah ini. Sebagai contoh ada yang datang dari etnik dari
Indonesia, Thailand, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan migran yang
datang ini telah memenuhi permintaan untuk bekerja dalam bidang buruh
kasar dan memberi implikasi dalam mewujudkan ciri masyarakat majmuk di
Malaysia. Keadaan masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian
etnik

telah

menyebabkan

kerajaan

perlu

membuat

pelbagai

dasar

pendidikan agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan
masyarakat. Melalui sistem pendidikan yang dibina telah menerapkan nilainilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan aspekaspek

nilai

moral

yang

dikongsi

bersama

untuk

diserapkan kepada

masyarakat dalam melahirkan umatnya sebagai pewaris negara yang


berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai nilai
patriotik yang tinggi lantaran memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu Para pemimpin yang mewakili kaum masingmasing seharusnya gusar dengan perkembangan yang berlaku sekarang ini.
Malah ia tidak seharusnya hanya melibatkan pemimpin-pemimpin politik
semata-mata, sebaliknya turut melibatkan pemimpin dari lapangan ekonomi
dan sosial.
Menjelang abad ke 2012 pelbagai perubahan telah menjadikan sistem
pendidikan

di

Malaysia

bergerak

seiring

dengan

kehendak

semasa

masyarakat yang memerlukan keperluan sejajar dengan arus pemodenan


dan era globalisasi dunia. Kedatangan penjajah dan pembentukan sejarah
Malaysia yang telah tertulis malah apabila diteliti pada keadaan masa
sekarang masyarakatnya masih meneruskan satu kesinambungan sistem
1

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

persekolahan lama yang mana telah mengekalkan sekolah kebangsaan


majoriti pelajarnya adalah kaum Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina
majoriti pelajarnya kaum Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil kaum
majoriti pelajarnya adalah India. Perdebatan berkaitan sekolah vernakular ini
sering menjadi isu panas untuk dibincangkan dalam pelbagai aspek
pembangunan negara Malaysia malahan masih tiada jalan penyelesaian
yang dilakukan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang boleh
dikongsi bersama . Jelaslah Isu-isu berkaitan dengan sekolah pelbagai aliran
ini amat sensitif untuk dibincangkan dalam masyarakat Malaysia yang
mempunyai berbilang bangsa. Hal ini demikian kerana isu ini bukan sesuatu
yang dianggap mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat
yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza antara setiap
kaum umumnya.
2.0

SEJARAH

PENIDIDIKAN

SISTEM

PERSEKOLAHAN

PELBAGAI

ALIRAN
2.1

SEBELUM PENJAJAHAN

Sebelum penjajahan berlaku di tanah Melayu sistem pendidikan adalah


berasaskan sistem pondok yang mana penggunaan madrasah dan sekolahsekolah agama untuk menyalurkan ilmu pendidikan kepada kaum Melayu
yakni yang beragama Islam. Sekolah agama atau madrasah begitu pesat
penggunaannya sekitar tahun 1920 sehingga 1940 seperti di Pondok
Langgar, Pokok Sena Kedah, Pondok Bukit Mertajam , Seberang Perai dan
Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. Sekolah agama ataupun madrasah
lebih sistematik daripada sekolah pondok apabila dilihat dari segi kurikulum,
waktu belajar dan peralatan ataupun perkakasan yang digunakan. Sekolah
pondok hanya mementingkan penghafalan al-Quran yang hanya dilakukan
dalam surau ataupun bilik-bilik tertentu sahaja. Penubuhan sekolah agama
ataupun pondok hanyalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai sahsiah dan moral yang tinggi. Walau bagaimanapun masih
2

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

terdapat kelemahan pada sekolah agama ataupun madrasah. Hal ini


demikian

kerana

sekolah-sekolah

tersebut

tidak

dapat

melahirkan

masyarakat Islam yang moden kerana tidak menerapkan ilmu-ilmu lain


seperti subjek Sains , Matematik dan bahasa Inggeris. Penekanan terhadap
subjek lain juga dianggap penting sebagai satu cabang ilmu lain yang perlu.
Di samping itu pendidikan juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di
antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluangpeluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994)
2.1.1 SEKOLAH VERNAKULAR
Sejarah

kewujudan

sekolah

vernakular

berterusan

kepada

penduduk majoriti di tanah Melayu pada zaman dahulu lagi dengan


konsep sekolah vernakular yang akan menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan sejarah telah tertulis bahawa
sekolah vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan adalah pada
tahun 1855 iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diberi nama
sebagai Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelaksanaan sekolah dua
sesi telah dikemukakan oleh A.M Skinner pada tahun 1872 iaitu sesi
pagi dan petang. Pelaksanaan dua sesi persekolahan ini menjelaskan
penekanan subjek yang berbeza mengikut sesi di mana sesi pagi
adalah bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan subjek untuk
Vokasional, manakala petang adalah bagi sesi bahasa Arab dan
pengajian al-Quran. Masalah perkembangan sekolah vernakular Melayu
berlaku pada awal tahun 1900an kerana kekurangan tenaga pengajar
dan menyebabkan tiada sekolah menengah pada zaman tersebut.
Disebabkan kekurangan tenaga pengajar tersebut telah menyebabkan
tertubuhnya dua buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan
3

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

Sultan Idris pada tahun 1922 dan Maktab Perguruan Perempuan


Melaka pada tahun 1935.
Penubuhan sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan pada tahun
1815 di mana kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah
London malahan terdapat juga penubuhan sekolah Cina yang dibuka
oleh orang perseorangan untuk mendalami pengajaran bahasa asal
ibunda mereka. Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris
dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya
sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh
masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris hinggalah
tahun 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula
bergiat

menubuhkan

sekolah

Cina

sejak

awal

abad

ke

19.

Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta


guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan
pengetahuan dalam bidang 3M iaitu membaca, mengira dan menulis
serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraf tangan dan
pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina
telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan
sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran Inggeris mula
memperkenalkan
Enakmen

satu

Pendaftaran

undangSekolah

undang pada
diwujudkan.

tahun

1920

Tujuannya

iaitu
untuk

mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti


sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini
menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, gurururu di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang
Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan.
Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung
mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
Antara sekolah vernakular Cina yang terawal dibina adalah seperti SJK
4

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

(c) Hua Lian di Tanjung, Perak dan SJK (c) Chung Hwa, Kota Baharu di
Kelantan. Di samping itu kelas bahasa Cina telah di adakan di semua
sekolah Free School iaitu di Melaka Free School, Penang Free School
dan Singapore Free School namun pelaksanaannya telah gagal dan
diberhentikan selepas beberapa tahun kemudian.
Pembinaan sekolah Tamil ini semakin rancak dengan wujudnya
Kanun Buruh atau Labour Code yang digubal pada 1912. Antara sebab
diwujudkan Kanun Buruh ini ialah permintaan kerajaan India yang
mahukan orang India yang kebanyakan berada idi estet mendapat
pendidikan sewajarnya. Jika sebuah ladang itu mempunyai 10 orang
budak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun maka pemilik ladang
itu diwajibkan untuk membuat sekolah dan menyediakan guru. Namun
dasar ini hanya dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan British sekitar
tahun 1923. Dengan terlaksananya dasar ini, ia menunjukkan bahawa
sekolah Tamil akan berkembang dengan pesat. Ini kerana adalah
hampir mustahil untuk mencari sebuah ladang yang tidak memiliki
budak yang berumur 7-14 tahun tambahan lagi jika ladang yang besar.
Berkembangnya

sekolah

Tamil

itu

dapat

dibuktikan

pada

1938,terdapat kira-kira 547 sekolah Tamil di kawasan Negeri-Negeri


Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah yang besar itu,
dapat dibahagikan pula kepada beberapa jenis sekolah Tamil itu. 13
buah daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil kerajaan,511 buah pula
adalah sekolah die estet-estet dan 23 daripadanya adalah sekolah
Mubaligh. Jumlah yang besar ini sudah cukup untuk mengatakan
bahawa masyarakat India telah meninggalkan masyarakat Melayu
dalam bidang pendidikan jauh ke depan. Jika diperhatikan lebih
daripada 90% daripada jumlah sekolah terbabit adalah sekolah di
kawasan estet. Ini sekali gus menunjukkan bahawa Kanun Buruh telah
berjaya dalam misinya. Sekitar 1947 pula terdapat 741 buah sekolah
5

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

Tamil dan dalam masa 3 tahun sahaja berlaku peningkatan yang agak
ketara iaitu kepada 881 buah sekolah. Namun tidak semua daripada
sekolah ini beroperasi dalam bahasa Tamil sepenuhnya. Ini kerana
masyarakat India Selatan itu sendiri mempunyai pelbagai dialek dan
loghat bahasa tersendiri yang tidak difahami antara satu sama lain.
Daripada jumlah besar itu, sebanyak 821 dikendalikan dalam bahasa
Tamil,27 buah dikendalikan secara dwibahasa iaitu Tamil dan Telegu,11
buah

dalam

bahasa

Gujerat,10

buah

dalam

bahasa

Telegu

sepenuhnya,5 buah sekolah Malayalam,2 buah dalam bahasa Hindi


dan

buah

dalam bahasa

Tamil,Malayalam,Sinhala,Gurkha

dan

Gujerat.
Dalam membicarakan mengenai masyarakat India, kita tidak
boleh sesekali melupakan masyarakat India Muslim. Walaupun mereka
diakui sebagai Melayu namun mereka tetap ingin mengekalkan identiti
sebagai India. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk menerokai
peluang perdagangan. Mereka ini datang daripada India utara dan
India selatan. Golongan India Muslim ini tidak bekerja sebagai buruh
tetapi peniaga di bandar-bandar seperti di Pulau Pinang. Mereka ini
menitikberatkan pendidikan agama buktinya kedatangan Haji Abdul
Cader Alim sebagai utusan dari Persatuan Islam Daerah Tanjore telah
datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Pondok Lebuh Chulia yang
menjadi

kelas

al

Quran

kepada

kanak-kanak

setempat. Mereka

mendirikan masjid untuk menjadi pusat pengajian agama dan Abdul


Qader menjadi imamnya. Kedatangan masyarakat India Muslim di
Sarawak telah menggiatkan lagi penyebaran agama Islam dan
mendirikan Madrasah Islamiah. Ini bermakna, masyarakat India Muslim
tidak mementingkan pendidikan vernakular Tamil tetapi lebih kepada
pendidikan agama.

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

2.1.2 PENDIDIKAN INGGERIS


Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila
Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan
abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah
sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya
bercorak Kurikulum grammar School of Great Britain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi
keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah
Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi
memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada
tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya
ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran
tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada
tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi
King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada
tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan
Sains.

2.2

SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH


2.2.1 PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU
Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari
pertengahan kurun

ke 19 apabila kerajaan British mula mengambil

perhatian terhadap pendidikan di Negeri negeri selat. Pada tahun


1854 Gabenor Jeneral dari India telah mengarahkan Blundell, Gabenor
Negeri negeri Selat, menyediakan satu laporan mengenai sistem
pendidikan di Negeri negeri Selat serta cadangan cadangan yang
7

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

boleh memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan


British. Blundell, tidak puasa hati dengan sistem pendidikan di Negeri
negeri Selat, terutamanya pendidikan vernakular Melayu. Beliau
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah sekolah vernakular
Melayu di Negeri negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada
tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung
Johor dan Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular telah
ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di
Kampung Gelam. Selepas itu kerajaan British telah mendirikan sekolah
vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan
yang menggalakkan. Ibu bapa menaruh sangsi terhadap faedah
menghantar anak anak mereka ke sekolah yang tidak mengajar
agama Islam. Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang
Prai cuba mendirikan sekolah sekolah vernakular Melayu dengan
pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran. Mengikut cadangan
Skinner, di sekolah percubaan itu, pelajaran pada waktu pagi
ditumpukan kan pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran AlQuran akan diajar pada waktu petang. Sistem yang diperkenalkan olek
Skinner disambut baik di kalangan ibu bapa. Oleh itu sistem
pendidikan ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Perai,
tetapi juga di negeri negeri lain , terutamanya selepas Skinner
dilantik

menjadi

nazir

sekolah

pada

tahun

1872.

Antara mata mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu


ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan Jasmani
dan Ilmu Alam. Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di sebuah
sekolah Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun ke-20, mata
mata pelajaran seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam
kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam laporannya
pada tahun 1917. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada
8

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

darjah empat sahaja. Murid murid di sekolah Melayu hanya belajar


menulis,

membaca,

mengira,

kegiatan

perkebunan

dan

cara

menganyam. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih


daripada darjah empat. Hanya segolongan kecil dapat memasuki
Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka boleh
meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti. Hal ini pula
ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat
kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris
kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan
pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat (Sufean Hussin,
2002)
2.2.2 PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR CINA
Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu,
adalah di dirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka
pada tahun 1815. Perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu
bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau,
menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri China, terpaksa
melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di Negeri
China

gagal.

mendirikan

Kedua

sekolah

mereka

menggalakkan

berdasarkan

prinsip

orang

pendidikan

cina

supaya

baru

yang

menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat. Ramai


pemimpin tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina yang
diperkenalkan oleh mereka. Sebelum ini, kurikulum sekolah vernakular
Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada
menghafaz klasik lama, murid murid juga belajar kaligrafi dan ilmu
kira kira dengan menggunakan abacus. Rumah orang atau kuil
sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu. Bahasa
pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan.
Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal
9

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu. Apabila Republik


China ditubuhkan pada 1911, kerajaan China terus menyalurkan
bantuan kewangan serta memberi nasihat mengenai pentadbiran
sekolah

Cina

di

Tanah

Melayu.

Tujuannya

adalah

untuk

memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di


Tanah Melayu. Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah sekolah Cina
telah dibina di Negeri negeri Selat dan 181 buah sekolah Cina di
Negeri negeri Bersekutu. Satu reformasi kebudayaan telah berlaku di
China ianya membawa kesan yang besar atas sistem pendidikan Cina
di Tanah Melayu. Salah satu perubahan baru ialah sekolah sekolah
vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin, yang telah
menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China. Semua buku
teks datangnya dari Tanah Besar China.
Penjajah British mula sedar bahawa sekolah sekolah Cina di
Tanah Melayu telah menjadi tempat tempat untuk menyebarkan
ideologi kerajaan Cina. Pihak British telah pun menukar polisi liberal
yang diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran
Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920, tujuannya untuk mengawal
aktiviti aktiviti subversif di sekolah Cina. Enakmen Pendaftaran
sekolah yang dikuatkuasakan pada 1922 tidak dapat menyekat
perkembangan sekolah Cina. Justeru itu bahasa Mandarin juga telah
diiktiraf oleh kerajaan British sebagai bahasa rasmi di sekolah Cina.
2.2.3 PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula
semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana
ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di ladang ladang
tersebut. Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil ini bergantung kepada
majikan mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh, kebetulan pada
masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu sekolah
10

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

vernakular Melayu. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal


kurun ke-20 memerlukan lebih banyak buruh India bekerja di ladang
getah. Untuk mendorong buruh buruh ini datang bekerja di ladang
ladang di Tanah Melayu, kerajaan British mula menukar polisi
pendidikannya mulai tahun 1902. Mereka mula memberi kemudahan
untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di mana mana tempat yang
difikirkan perlu. Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang
British juga menubuhkan beberapa buah sekolah di bandar untuk
kanak kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja
Raya

atau

di

keretapi.

Pada

tahun

1920

satu

kod

Buruh

dikuatkuasakan. Kod Buruh itu mewajibkan setiap ladang yang


terdapat sepuluh orang kanak kanak di dalam umur persekolahan ( 7
14 tahun ) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak
kanak itu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid yang belajar di sekolah
Tamil di Negeri negeri Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000
orang.
2.2.4 PERKEMBANGAN SEKOLAH INGGERIS
Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama
ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan
British. Penubuhan Penang Free School di bawah rancangan Hutchings
telah mendorong negeri negeri yang lain menubuhkan Sekolah
Inggeris yang serupa, misalnya di negeri Melaka, sebuah sekolah
Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun
1826. Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Malay
College

di

Kuala

Kangsar,

sebuah

sekolah

berasrama

penuh,

khususnya bagi anak anak Melayu peringkat atasan. Penubuhan


Malay College adalah dari inisiatif R.J Wilkinson dengan sokongan kuat
dari DYMM Sultan Idris. Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan
pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930
11

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

barulah peluang untuk belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak


Melayu lelaki sahaja melalui sistem Special Malay Class. Mengikut
sistem ini, murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk Special
Malay Class melalui suatu peperiksaan. Mereka dipilih dikehendaki
belajar

di

Special

Malay

Class.

Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan


sekolah Inggeris telah ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian.
Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan dari kerajaan
British. Sekolah sekolah mubaligh ini dibuka kepada kanak kanak
berbilang kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah menyediakan
pendidikan
berdasarkan

umum

serta

ajaran

memperbaiki

akhlak

Kristian. Sungguhpun

kanak
kerajaan

kanak
British

menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan mengambil


alih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan,
namun bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak
menggalakkan berbanding dengan murid yang belajar di sekolah
sekolah vernakular yang lain.
Mengikut polisi pendidikan kerajaan British , mereka tidak setuju
bahawa pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai.
Kerajaan British berpendapat memberi pendidikan Inggeris kepada
kanak kanak tempatan akan menimbulkan masalah pengangguran
serta perasaan kurang memberi galakan untuk memperkembangkan
pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka.
3.0

PERBINCANGAN

MASALAH

SEKOLAH

PELBAGAI

ALIRAN

DI

MALAYSIA
Pelbagai punca permasalahan sekolah pelbagai aliran yang akan
memberikan satu implikasi yang negatif terhadap pembangunan pendidikan
negara. Antara masalah yang sering dibincangkan adalah peranan dalam
pentadbiran mahupun dalam kementerian yang berkaitan dengan masalah
12

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

yang dibincangkan. Masalah ini sering dikaitkan dengan politik negara.


Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan
bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap
tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem
persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek
perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah
sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di
sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama,
saling kenal mengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Setiap
Cadangan

apa-apa

pun

untuk

perpaduan

dan

menyatukan

sistem

pendidikan, pastinya ditentang keras oleh pemimpin Cina dan India yang
bersatu tanpa mengira fahaman parti politik. Sekolah Wawasan tetap tidak
dapat dijayakan kerana keengganan mereka untuk membubarkan Sekolah
Aliran Cina dan Sekolah Aliran Tamil dengan alasan sekolah-sekolah
vernakular berkenaan dibiayai oleh persatuan-persatuan kaum berkenaan.
Namun akhirnya, yang menjadi perdana sebenar sekolah-sekolah vernakular
tersebut adalah Kementerian Pelajaran.
Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah
menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan
untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan
antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana
sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa bertemu untuk saling mengenal. Tetapi apabila Datuk Mukhriz
Mahathir

mencadangkan

agar

sekolah-sekolah

vernakular

ditutup

dia

ditentang hebat dari pelbagai pihak kerana akan dianggap sebagai cubaan
memecahbelahkan perpaduan di negara ini. Itulah pendapat para pemimpin
berbangsa Cina dan India. Namun, tanggapan mereka terhadap sekolahsekolah vernakular Melayu seperti sekolah agama dan sekolah pondok, tidak
pula dianggap sebagai ancaman kepada perpaduan.
13

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

Alasan untuk menjaga adat budaya pendidikan tradisional merupakan


satu aspek yang sering dipergunakan oleh kaum-kaum

lain dalam

membincangkan hal ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam


dunia ini yang membenarkan pembelajaran vernakular yang terpisah
daripada Akta Pendidikannya sendiri. Seolah-olah akta pendidikan terutama
yang membabitkan Bahasa Kebangsaan sebagai teras, mempunyai saingan
yang bertentangan sifatnya. Laporan Razak 1956, Laporan Rahman 1960,
Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, kesemuanya menggariskan
Bahasa Kebangsaan sebagai medium untuk perpaduan. Seperti kata Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau
sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja
yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu
sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu
mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan
kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih
belum

bersetuju

untuk

menggunakan

satu

sistem

sekolah

sahaja.

Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan
menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan
kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk.
Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti
kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang
kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua
kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka,
walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Penutupan sekolah pelbagai
aliran, akan memberi ruang yang lebih luas kepada sekolah kebangsaan
sedia ada untuk membawa aspirasi perpaduan. Pelajar-pelajar daripada
semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja
14

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

akan membolehkan mereka belajar menerusi sukatan pelajaran yang sama,


malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup dalam
persekitaran

kepelbagaian

mengadaptasi

segala

kaum

sekaligus

permasalahan

yang

membolehkan
timbul

serta

mereka
mencapai

persefahaman seawal peringkat sekolah rendah lagi.


Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan muridmurid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan.
Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid
Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa,
iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud
jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan,
bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud
dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
Pihak

pengurusan

sekolah

vernakular

Cina

telah

menjadikan

penempatan guru-guru Melayu di sekolah mereka sebagai isu kerana


dibimbangi masa hadapan Bahasa Mandarin akan suram, kononnya.
Sebaliknya pihak pengurusan sekolah vernakular Cina mendesak agar guruguru dari kalangan kaum Cina mengambil alih penempatan tersebut
meskipun kebanyakan daripada mereka lemah dalam penguasaan Bahasa
Kebangsaan. Walau apa pun alasan yang mereka berikan, sebenarnya
kewujudan

sekolah-sekolah

vernakular

itulah

yang

terus-terusan

merenggangkan hubungan antara kaum. Kalau dari kecil lagi, setiap rakyat
di Malaysia telah dipisahkan oleh pendidikan yang berasaskan perkauman,
bagaimana apabila mereka sudah dewasa nanti, mereka dapat menyuburkan
konsep perpaduan dan keharmonian seperti yang terukir dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Malaysia

seharusnya

meneladani

negara-negara

lain,

khususnya

negara-negara maju untuk menangani masalah ini. Satu tindakan tegas bagi
15

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

mempertingkatkan

penguasaan

Bahasa

Kebangsaan,

wajar

dilakukan

terutama dengan penghapusan sekolah-sekolah vernakular ini. Kebimbangan


tentang Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil tidak sepatutnya wujud kerana
kedua-dua bahasa tersebut, boleh diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan
menengah. Malah kedua-dua mata pelajaran tersebut boleh diwajibkan
kepada semua pelajar, seandainya benar para pemimpin bukan Melayu
benar-benar ikhlas untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman kaum.
Hakikatnya,

masalah

ini

sebenarnya

tidaklah

serumit

seperti

yang

digambarkan oleh para pemimpin bukan Melayu. Ia boleh diselesaikan


dengan baik. Malah rungutan serta tanggapan bahawa sistem pelajaran
nasional bernilai rendah, boleh diatasi dengan adaptasi daripada sistem
sekolah-sekolah vernakular, khususnya dalam pembelajaran matematik.
Persoalannya hanyalah, adakah para pemimpin bukan Melayu yang terus
mempertahankan sekolah-sekolah vernakular sebenarnya cukup ikhlas
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Nasional terutama sekali yang
melibatkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 yang cuba
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai medium perpaduan, Sampai bila
sebenarnya

rakyat

negara

ini

benar-benar

menjadi

rakyat

Malaysia,

bukannya orang Cina Malaysia dan orang India Malaysia.


Contoh isu lain berkaitan sekolah pelbagai aliran adalah berlaku di
Pulau Pinang apabila, Desakan ahli Parlimen Bukit Mertajam, mahukan guru
Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) mesti
menguasai bahasa Cina bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran
jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lebih ekstrem lalu, beliau
mengambil contoh bagaimana sukarnya guru bahasa Cina mengajar
mandarin di sekolah kebangsaan jika tidak memahami bahasa Melayu. Dua
isu yang jauh berbeza. Menurut Simon Fisher et al. (2000), konflik dalam
masyarakat disebabkan oleh polarisasi, ketidakpercayaan, dan permusuhan
di antara kelompok-kelompok yang berbeza.
16

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

4.0

LANGKAH MENGATASI MASALAH SEKOLAH SATU ALIRAN


Masalah sekolah pelbagai aliran merupakan satu masalah yang harus

di atasi oleh semua pihak dalam memelihara perpaduan semua kaum di


Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memainkan peranan
penting dalam membawa satu perubahan pendidikan di Malaysia di mana
misi kementerian di mana untuk membawa perubahan kepada sistem
persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Antara strategik
yang penting adalah membentuk pembinaan negara bangsa melalui
perpaduan dalam kalangan masyarakat yakni pelajar berbilang bangsa
diperkukuhkan lagi. Setiap langkah mengatasi masalah perpaduan dalam
sistem pendidikan yakni masalah sekolah pelbagai aliran ini , kementerian
akan memastikan matlamat pendidikan kebangsaan tersebut menjadi satu
tujuan yang akan dicanangkan kepada semua iaitu mewujudkan perpaduan
bangsa Malaysia. Oleh itu masyarakat harus faham peranan sekolah yang
penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.

Jadi dengan pelaksanaan sekolah satu aliran, pelajar yang berbilang


bangsa dapat saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari
ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya
membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat
dikekalkan

dan

diperkukuhkan

melalui

dasar-dasar

yang

kerajaan

laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga


adalah memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan
menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa
kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan
yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
17

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

Antara

langkah

yang

telah

dilaksanakan

oleh

kerajaan

yakni

Kementerian Pelajaran Malaysia satu dasar iaitu Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) dengan memberi fokus kepada satu jenis sekolah termasuk
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. PIPP termasuk dalam RMK 9 iaitu
satu Rancangan Malaysia ke-sembilan pada tahun 2006 hinggan 2010 di
mana memacu Misi Nasional ke arah mencapai wawasan 2020 di mana satu
strategi , program dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan
impian negara dalam Misi Nasional.
Strategi lain yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
adalah dengan melaksanakan sekolah wawasan bagi membawa perubahan
dalam sistem pendidikan negara lantaran mewujudkan satu perpaduan
dalam masyarakat Malaysia. Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah
berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan
mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain
dengan

menggunakan

jambatan

penghubung

Antara

tujuan

utama

penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan


murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat
integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan
sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi maksimum
antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung (KPM, 2010a). Melalui cara ini ternyata
ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang
pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari
18

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

kecil lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan
sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang,
2000)
Selain itu Kerajaan juga mewujudkan satu dasar yang diaplikasikan
dalam sekolah untuk mewujudkan perpaduan dalam sekolah. Dalam pada
itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia
sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah
mencapai

perpaduan

dan

integrasi

kaum

yang

bertemakan

rakyat

didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu


gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini,
sektor pendidikan, terutamanya melalui sistem persekolahan haruslah
memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan
perpaduan nasional (Atan Long, 1984). Hal ini demikian kerana bukan
sesuatu yang baru untuk dilaksanakan di sekolah tetapi ia boleh menjadi
perintis bermulanya perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai
matlamat perpaduan nasional.
Terkini, pada tahun 2012 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia,
Tan Sri Alimuddin Mohamad Dom, pihak kerajaan telah melaksanakan
kurikulum yang baru untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran iaitu
Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Pelaksanaan kurikulum yang baru ini
akan dikuatkuasakan Mei 2012 dan bertujuan untuk meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya PBS diharapkan akan memberi
keberhasilan yang positif kepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi
pemangkin pengukuhan perpaduan negara Malaysia. Pelaksanaan PBS
membolehkan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang
menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar
(Awang Had Salleh, 1980).
19

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

5.0

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan penubuhan sekolah pelbagai aliran banyak

memberi implikasi terhadap pembentukan perpaduan dalam kehidupan


masyarakat. Oleh itu penubuhan sekolah satu aliran adalah satu langkah
positif yang wajar dilaksanakan di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian
kaum tersebut. Sekolah satu aliran ini sudah pasti akan meningkatkan tahap
permuafakatan dalam kalangan pelajar. Tiada jalan lain untuk menyemai dan
mewujudkan asas perpaduan kecuali di peringkat sekolah terutama yang
melibatkan satu aliran. Sekolah adalah permulaan di mana pelajar-pelajar
mudah untuk menerima dan melaksanakan segala yang telah dipelajari.
Perpaduan harus disemai dalam jiwa rakyat negara ini sejak kecil,
sudah tentu masyarakat akan hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa
sebarang sengketa jika sekolah satu

aliran ini diaplikasikan dengan baik.

Pelaksanaannya juga selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan dalam


usaha memperkasakan sekolah kebangsaan serta menyemai semangat
penyatuan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan
sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum
tertentu malah ia akan menyemai semangat perpaduan yang kuat dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat daripada pelbagai
kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka
walaupun belajar di sekolah satu aliran. Hal ini demikian kerana sekolah
adalah permulaan untuk anak-anak belajar dan bergaul dengan rakan-rakan
mereka yang lain.
Apabila nilai perpaduan diterapkan dalam jiwa kanak-kanak semasa di
sekolah, maka keharmonian dan nilai perpaduan semua kaum akan dapat
20

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi. Oleh itu kerajaan perlu memberi
peluang untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan menjadikan ia sebagai
satu identiti masyarakat yang harmoni di negara ini yang selaras dengan
gagasan 1Malaysia. Di samping itu Sekolah satu aliran dapat mewujudkan
integrasi antara kaum dalam kalangan pelajar, guru dan juga ibu bapa selain
memupuk semangat keharmonian di negara ini, seharusnya soal politik tidak
seharusnya timbul dalam bidang pendidikan yang menjadi asas kepada
perpaduan kaum di negara ini. Melalui dasar-dasar dan strategik yang
dilaksanakan, perubahan demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi
agenda utama negara untuk membangunkan masyarakat (INTAN Malaysia,
1994).

RUJUKAN
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif
Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan dalam Siri Fajar Bakti. Kuala
Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184.
INTAN [Institut Tadbiran Awam Negara] Malaysia. (1994). Dasar-dasar
Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
bekerjasama dengan INTAN Malaysia.
KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di
Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.
Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.,edisi ketujuh.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan
Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Anda mungkin juga menyukai