Anda di halaman 1dari 29

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

. Perenialisme

. Esensialisme

Pengasas

Kukurikulum Pendidikan

Aspek-aspek Yang Dibincangkan

Konsep Yang Dipegang

Tujuan Pendidikan

Prinsip Pendidikan

PERENIALISME
Pengasas: Dipelopori oleh R.M. Hutchins (1899-1977). Mazhab pendidikan tertua dan bersifat konservatif. Banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme dan realisme (pemikiran Aristotle dan Plato).

Konsep Yang Dipegang: Menjawab persoalan apakah tabii manusia? Menurut mazhab ini , tabii manusia adalah bersifat tetap. Prinsip-prinsip pendidikan adalah bersifat tetap dan berulang. Ciri-ciri asas manusia juga berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.

Prinsip Pendidikan: Ke arah mendapatkan kebenaran seterusnya memahami kebenaran tersebut. Sebagai latihan bagi membentuk dan memperkembangkan minda dan intelektual. Untuk menyelaraskan manusia kepada kebenaran. Kebenaran yang dicari adalah bersifat universal (tidak mengikut tempat, masa atau keadaan).

Tujuan Pendidikan: Untuk mengajarkan nilai dan ilmu pengetahuan yang bersifat sama dan universal. Bertujuan mencari kebenaran dan menyebarkannya pula kepada generasi seterusnya.

Kurikulum Pendidikan: Berpusatkan semua mata pelajaran dan sama untuk semua pelajar sama ada suka atau tidak.

1- Mata pelajaran: Bahasa, Ilmu Kemanusiaan, Kesusasteraan, Matematik, Sejarah, dan doktrin-doktrin serta maklumat buku-buku ternama.
2- Pelajar-pelajar: tidak digalakkan memilih mata pelajaran elektif.

3- Guru: Orang yang berautoriti, berilmu dan berpengetahuan dengan menguasai ilmu dalam bidangnya dengan baik. 4- Kaedah Pengajaran: Kaedah sokratik dengan pendedahan secara lisan, kuliah dan penghuraian. 5- Sekolah: menyediakan pembelajaran yang membekalkan kehidupan pelajar.

ESENSIALISME
Pengasas: Pemikiran oleh William C. Bagley. Tokoh-tokoh lain yang berkaitan: Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kardel. Tergolong dalam falsafah pendidikan tradisional dan bersifat konservatif. Berpunca daripada mazhab idealisme dan realisme.

Konsep Yang Dipegang: Pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama. Pengetahuan teras ini bersama-sama dengan kemahiran, sikap serta nilai. Bagi mazhab ini, tugas pelajar adalah untuk menghayati unsur-unsur tersebut untuk menjadi warga yang baik.

Prinsip Pendidikan: Segala ilmu pengetahuan yang diperoleh mestilah boleh diamalkan agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat. Peranan guru lebih banyak berbanding oleh pelajar. Bahan pengajaran yang diguna telah ditentukan.

Tujuan Pendidikan:
Persoalan: adakah sifat manusia itu dapat dibaiki atau menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat.n

- Latihan mental dan intelek dicadangkan untuk membantu seseorang menjadi manusia yang berpersonaliti dan mempunyai tingkah laku yang lebih baik.

- Peranan guru amat penting seperti: a) mengamalkan gaya kepimpinan demokratik. b) mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sebagai pengajar. c) kreatif membentuk iklim kondusif pembelajaran. d) menguruskan disiplin dan bilik darjah.

Kurikulum Pendidikan: Berbeza dengan perenialisme. Lebih memfokuskan masa hadapan. pada peringkat sekolah rendah - Penguasaan kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. pada peringkat sekolah menengah - Penekanan adalah lebih insentif dan diperluaskan. - Contoh mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Ilmu kemanusiaan, Bahasa dan Kesusasteraan.

Menganggap guru sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model. Guru perlu diberi penghormatan kerana penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya. Falsafah ini lebih banyak meletakkan pendidikan di bahu guru berbanding dengan pelajar. Sekolah: badan yang mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan budaya dan sejarah berkaitan dengan pengetahuan.

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

PROGRESIVISME

EKSISTENSIALISME

REKONSTRUKSIONISME

PROGRESIVISME
Pengasas Dipelopori oleh :

Charles Pierce

Charles Darwin

William James

William Kilpatrick

John Dewey

* John Dewey Pemikiran dan penulisan adalah yang banyak mempengaruhi falsafah ini.

Konsep yang Dipegang Sekolah adalah sebagai unit masyarakat yang bersifat demokratik. Kelahiran individu manusia adalah bersifat bersih dan suci. Corak individu manusia bergantung kepada persekitaran serta masyarakat. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran harus mendasari sifat pelajar secara semula jadi dan sifat mereka mengikut tabii serta alam sekitarnya.

Prinsip Pendidikan Dianggap sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran serta masyarakatnya. Pelajar lebih berperanan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator.

Tujuan Pendidikan Murid-murid merupakan elemen utama dalam pembelajaran. Aktiviti P&P haruslah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid. Menurut John Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian daripada kehidupan murid. Sekolah bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan, tetapi suatu tempat untuk murid bekerja dan hidup secara bermasyarakat.

Murid-murid dibimbing oleh guru untuk menguasai kemahiran belajar seperti memerhati, meneroka, menilai, mengumpul maklumat dan mencatat nota untuk menjayakan aktiviti projek dan penyelesaian masalah.

REKONSTRUKSIONISME
Pengasas Pengasas utama ialah John Dewey. Tokoh-tokoh lain yang menyokongnya ialah George S. Counts dan Harold O.Rugg.

Konsep yang dipegang

Anda mungkin juga menyukai