Anda di halaman 1dari 40

Falsafah Pendidikan Di

Malaysia
Kompilasi
Puan Hashimah Hashim
Jabatan Jaminan Kualiti
2018
Kandungan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Khas
Peranan Guru dalam merealisasikan FPK, FPG dan Falsafah Pendidikan Khas
Implikasi FPK dan FPG dan terhadap system pendidikan Malaysia
Peranan Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Guru merupakan role model dalam menimba ilmu.

Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan guru amatlah penting:


-Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian.
-Guru perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan
juga murid.
-Guru bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah,
membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.
-Guru juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-
kurikulum dan disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya
supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Samb…
-Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal
berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu
perubahan.

-Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi ruang dan peluang murid
melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana adil, mesra, demokratik dan liberal memberi
rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira dan sempurna.

-Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu . 

-Guru yang baik tidak mengabaikan aspek  ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu
memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan
usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa
bermasyarakat. 

-Guru bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Perlu ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK.
HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Berperkerti mulia
Berpandangan progresif
Bersedia menjunjung aspirasi negara
Menyanjung warisan kebudayaan negara
Menjamin perkembangan individu
Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
Memelihara suatu masyarakat yang progresif
Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
Dimensi Pendidikan Guru
Ketuhanan
Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada
ajaran agama

Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pengajaran
dangan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Nilai
Nilai yang merujuk kepada nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,
berperkerti mulia, berdaya tahan, patriortik, inovatif, pro aktif, dan patuh kepada
Etika Profesionalisme Keguruan
Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina
berasaskan FPK dan FPG yang menekankan
kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang disepadukan merentas
semua disiplin matapelajaran serta program yang
dirancangkan seperti gambar rajah.
Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama
iaitu: Kendiri, Masyarakat dan Ketuhanan.

Ia dijelmakan dalam program-program yang dirancangkan seperti berikut:

- Ketuhanan – menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan


individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada
ajaran agama

- Kemasyarakatan – menekankan peranan guru sebagai pendidik,


pemimpin dan agen perubahan

- Kendiri – menjurus kepada pembinaan data ketahanan, patriotism,


pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan
pekerti mulia
…samb…
Selaras dengan FPK & FPG, model ini mengambarkan satu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan
kepada kepatuhan kepada tuhan, dan kesejahteraan masyarakat

Hasrat ini dapat dicapai melalui pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan,
aspek-aspek kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan

- Pengetahuan – pengetahuan am, pengetahuan matapelajaran & pengetahuan


ikhtisas keguruan

- Kemahiran – merangkumi kemahairan ikhtisas, menjurus kepada kemahiran


komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi computer dan
pedagogi.

- Nilai - merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan
yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, pekerti mulia,
berdaya tahan, patriortik, inovatif, kreatif, berketrampilan, berwibawa, serta patuh
kepada profesion keguruan.
…samb…
Jika dilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dari aspek
kurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan FPK. Perubahan meliputi:
- sukatan pelajaran berasaskan orientasi sepadu
- bahan-bahan pelajaran berasaskan nilai-nilai murni diserap ke dalam
semua matapelajaran
- program penddikan yang berorientasikan utuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis
- system pendidikan yang berorientasikan kearah pendiidkan umum
- system pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi
…samb…
-Untuk melaksanakan kurikulum dengan berkesan, FPK telah dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM).

-Sebelum KBSR, adalah Kurikulum Lama Sekolah Rendah, tetapi didapati KLSR mengandungi
beberapa kelemahan seperti:
- isi kandungan sukatan pelajaran ada kalanya berulang dan tiada
kaitan antara matapelajaran atau darjah
- sukatan pelajaran mengandungi butiran terlalu banyak, hingga
menyebabkan kebosanan murid
- guru dan murid terdesak untuk menghabiskan sukatan
pelajaran terutama bila ada peperiksaan
- pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini
menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang
menggunakan teknik yang lebih berkesan
…samb…
-Ini tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu memperkembangkan individu secara
menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M (membaca, menulis dan mengira).

-Bagi mencapai matlamat FPK, maka KBSR telah digubal dengan perubahan iaitu menekankan
pencapaian kemahiran 3 bidang asas iaitu:
- komunikasi
- kemanusiaan dan alam sekeliling
- perkembangan diri individu

-Ini sesuai dengan perkembangan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-
murid

- KLSR digantikan dengan KBSR selaras dengan keperluan pembangunan negara berdasarkan
syor-syor yang dicadangkan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet.
…samb…
-KBSM dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 1989 dengan menitik beratkan
kehendak individu, negara dan sarwa jagat.

-Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan potensi


mereka secara menyeluruh dan seimbang.

-Pelajaran vokasional telah membolehkan mereka menyumbang tenaga untuk keperluan


negara dan pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun bertujuan
untuk memenuhi keperluan sarwa jagat.
…samb…Implikasi FPK terhadap pendidik,
telah membawa perubahan sikap profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
dengan tujuan dan dasar FPK. Ini meliputi:
- perubahan positif sikap peribadi pendidik terhadap tugasnya
untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita FPK
- menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang
positif
- berdaya tahan menghadapi cabaran professional dari semasa
ke semasa
- berpengetahuan luas dan mendalam tantang matapelajaran yang
disampaikan
- melaksanakan kurikulum persekolahan dengan cekap dan
bermakna
…samb…
Implikasi FPK terhadap pendidik,
Guru bertanggunjawab mendidik murid, jadi guru mestilah:
- berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi supaya murid
memahami apa yang disampaikannya
- mempunyai sahsiah yang baik dan boleh dicontohi oleh muridnya. Ini
merangkumi tingkah laku dan sahsiah yang elok, bersabar, bermurah
hati, dan sentiasa bersifat penyayang
- guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah, sebagai kaunselor,
pengamal dan penyebar nilai budaya,
- melibatkan diri sepagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan
secara aktif
…samb…
Implikasi FPK terhadap institusi pendidik,
- Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar berpeluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi ,
social dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang

- Perubahan budaya sekolah yang kondusif untuk emupuk nilai-nilai


murni dalam jiwa pelajar

- Perubahan system sekolah yang kondusif untuk melahirkan


pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk
budaya membaca di kalangan mereka
Maka berpandukan senarai implikasi tersebut, beberapa
cadangan relevan perlu dipertimbangkan:

- bilik computer dilengkapkan dengan segala perkakasan


ICT
- padang/gymnasium, bagi membolehkan murid
menjalankan aktiviti sukan tidak kira masa hujan atau
panas
- pusat sumber dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan
berkaitan pelajaran atau tidak
tambahan

Anda mungkin juga menyukai