Anda di halaman 1dari 5

FUNGSI SEKOLAH

Pengertian Sekolah adalah suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para
pendidik serta menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai dengan
bidangnya. Sekolah menjadi salah satu tempat untuk mendidik anak-anak dengan maksud
untuk memberikan ilmu yang diberikan supaya mereka mampu menjadi manusia yang
berguna bagi bangsa dan juga negara. Sekolah memiliki peranan yang sangat penting bagi
kehidupan bangsa. Sekolah merupakan sesuatu hal yang penting bagi kehidupan manusia.
Untuk itu sekolah sangat mempengaruhi kehidupan manusia dalam hal mencari pekerjaan.
Jika kita memiliki pendidikan yang tinggi, maka tentunya kita akan mendapatkan pekerjaan
yang jauh lebih baik lagi dibandingkan dengan orang yang memiliki pendidikan yang rendah.
Tak heran jika banyak sekali orang untuk terus semangat mengejar pendidikan mereka, sebab
ilmu memang sangat penting bagi kehidupan manusia, jika kita tidak memiliki ilmu, maka
kita juga akan mudah untuk di bohongi ataupun mudah untuk dijajah oleh negara lain. Kita
sebagai generasi muda harus terus semangat untuk menempuh pendidikan supaya
kesejahteraan bangsa dan negara jadi lebih terjamin.

Sebagai contoh dalam filem adiwiraku memaparkan sikap Cikgu Cheryl yang pada asalnya
mahukan semua pelajarnya mencintai buku seperti dirinya, akhirnya berhadapan dengan
hakikat realiti dengan menurunkan sasarannya itu. Di mana dia sudahpun menganggap satu
kejayaan besar seandainya para pelajarnya itu dapat lulus dalam peperiksaan. Malah, asalkan
para pelajarnya akhirnya dapat bersekolah. Dalam masa yang sama sekolah haruslah
mengambil tahu setiap perkembangan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah. Sebagai
contoh Kisah Alia dan ibunya yang sakit mental, kisah Kemboja yang terpaksa ponteng
sekolah demi menyara keluarga dan peristiwa ini kita boleh lihat apabila Kemboja bahagi kan
sekeping biskut kering kepada 4 bahagian untuk bagi ayahnya yang sakit makan, kisah
pelajar yang membantu ibu bapa berniaga pasar malam setiap hari selepas pulang dari
sekolah dan kisah Iqbal yang belajar bersungguh-sungguh demi mengumpul sticker prestasi
kerana mahu dapatkan bag sekolah baru untuk kakaknya.

Minit ke 44:00 Minit ke 45:48 Minit ke 46:08


PERANAN PELAJAR

Peranan pelajar samaada di sekolah menengah mahupun sekolah rendah tidaklah mempunyai
perbezaan yang ketara. Secara amnya, pelajar sekolah haruslah patuh kepada peraturan
sekolah seperti dating ke sekolah dan pulang pada masa yang di tetapkan, berpakaian
seragam, mematuhi arahan, berada dalam kelas mengikut jadual kelas dan mengikut aktiviti
kokurikulum. Walaupun pelajar mewakili sebahagian besar populasi dalam masyarakat
sekolah tetapi peranan mereka adalah terhad iaitu berkisar di sekeliling diri mereka dan
interaksi mereka dengan rkan sebaya, guru dan pengetua. Mereka tidak terlibat langsung
dalam membuat keputusa. Sebaiknya mereka dikehendaki mematuhi dan mengikut kehendak
sekolah.

Pelajar yang datang ke sekolah adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar
belakang keluarga yang berbeza. Di sebabkan berlainan tahap sosioekonomi, budaya dan
Bahasa maka kemungkinan berlakunya salah faham, ketidaktaatan, berlainan pandangan dan
persepsi tentang peranan mereka di sekolah. Ada juga di antara mereka ini menyokong
kepentingan alam persekolahan, pembelajaran dan pencapaian, ada juga yang hanya berminat
dengan aktiviti sekolah sahaja, tempat untuk bersosial dan sebagainya terlibat dengan
kegiatan anti-sekolah. Maka pelajar yang dating ke sekolah untuk belajar akan mencapai
kejayaan berbanding dengan pelajar yang kurang minat dalam pengajaran guru.

Sebagai contoh, dalam filem Adiwiraku menunjukkan Ajwad memainkan peranannya sebagai
seorang pelajar yang bertanggungjawab apabila salah seorang peserta choral speaking iaitu
fikri terpaksa menarik diri daripada penyertaan apabila disyaki menghidap demam denggi
disaat-saat pertandingan yang sudah hampir. Tindakan Ajwad ini merupakan satu tindakan
yang bijak dalam masa yang sama dia masih memikirkan kawan-kawannya yang penat
berlatih tetapi pada akhirnya tidak cukup ahli untuk bertanding.

Minit ke 1:33:14
SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI

Sekolah dikatakan sebagi sebuah organisasi apabila berstruktur, bermatlamat, mempunyai


aspek birokrasi dan mempunyai sistem pembelajaran. Sekolah yang berstruktur merupakan
sekolah yang dibentuk oleh pelbagai bahagian dan setiap bahagiannya yang mempunyai
matlamat. Setiap bahagian bergantung di antara satu sama lain dan sekirannya salah satu
bahagian tidak berfungsi atau mempunyai masalah maka ia akan menggangu kelicinan
perjalanan yang lain. Sekolah yang bermatlamat pula merupakan sekolah yang mempunyai
matlamat yang ingin dicapai oleh ahli sekolah. Manakala sekolah sebagai organisasi birokrasi
pula merupakan sekolah yang mempunyai penghususan tenaga kerja yang berlaku dikalangan
pentadbir dan guru, sistem pentadbiran berbentuk hieraki yang menggabungkan rangkaian
arahan yang khusus dan saluran komunikasi yang terancang, peraturan yang khusus yang
meliputi daripada kaunseling sehingga panduan peperiksaan yang ditetapkan oleh
kementerian, perhubungan formal dan adil iaitu menjalankan tugas secara tidak pilih kasih,
dan jawatan adalah hak sekolah dimana mereka yang mempunyai jawatan di sekolah berhak
mengeluarkan arahan atas kuasa yang diberi. Seterusnya, mempunyai sistem pembelajaran
yang sama samaada sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Setiap darjah atau tingkatan
mempunyai subjek dan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Begitu
juga masa pembelajaran.

Sebagai contoh yang boleh kita perhatikan dalam filem Adiwiraku ini apabila ko-kurikulum
sebagai medan realiti untuk menguji sekaligus menyuntik pengalaman tentang pengorbanan,
kebertanggungjawaban, usaha mandiri secara berpasukan dan bagaimana kegiatan dan
aktiviti berkenaan baik dalam seni mahupun sukan. Perkara ini boleh dilihat apabila Cikgu
Cheryl dan dibantu oleh Cikgu Constant, sentiasa mengambil langkah untuk memikat hati
pelajar-pelajar mereka untuk terus minat belajar, waima dengan rasuah mereka dengan
keropok ringan, air kotak atau aiskrim sekalipun sehinggalah melatih mereka untuk menyertai
Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah. Selain itu, juga Cikgu Cheryl ingin
membantu pelajarnya untuk menajamkan skil serta komunikasi dalam Bahasa inggeris.

Minit ke 26:46
Apa yang saya belajar daripada Movie Adiwiraku adalah berkenaan masyarakat yang tinggal
diluar bandar, dimana ada para pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran namun berusaha
membaiki diri mereka. Dalam masa yang sama, mengisahkan tentang pergorbanan dan
perjuangan seorang guru yang dihantar bertugas di sekolah luar bandar iaitu SMK Pinang
Tunggal. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang ditugaskan untuk mengajar
anak muridnya yang secara amnya mereka yang lemah dalam mata pelajaran tersebut dan
mempunyai masalah pembelajaran serta dalam masa yang sama mempunyai masalah disiplin.
Terdapat pelbagai masalah dan ragam pelajar di sekolah tersebut yang membuatkan Cikgu
Cheryl hampa pada awalnya tapi kemudian beliau cuba berusaha untuk mengubah kembali
hidup mereka dan perspektif orang lain terhadap pelajar-pelajar tersebut. Kegigihan Cikgu
Cheryl ini boleh diperlihatkan apabila beliau tidak putus asa untuk mengajar pelajarnya
walaupun pelajarnya bermasalah. Beliau sanggup meluangkan masa untuk mengulang kaji
pelajaran Bersama-sama pelajarnya dirumahnya pada luar waktu persekolahan. Hal ini kerana
beliau sangat mementingkan pelajaran setiap anak muridnya.

Dalam movie ini juga memaparkan pengorbanan Cikgu Cheryl yang inginkan yang terbaik
dalam hidup setiap pelajarnya. Hal ini boleh diperhatikan beliau sentiasa memastikan setiap
pelajarnya mendapat Pendidikan yang sama rata. Sebagai contoh, beliau sangat prihatin
tentang pelajarnya yang sering tidak hadir ke sekolah iaitu Kemboja. Sehinggakan beliau
sanggup untuk berjumpa kemboja di stesen minyak tempat Kemboja bekerja semata-mata
ingin mendorong Kemboja Kembali belajar di sekolah seperti biasa. Dalam masa yang sama,
Cikgu Cheryl sanggup mengeluarkan duit poketnya semata-mata untuk memastikan kemboja
dapat pergi kesekolah seperti biasa kerana beliau tahu Kemboja mempunyai masalah
kewangan akibat bapanya yang sakit dan tidak mampu bekerja seperti sebelum ini. Movie ini
juga memaparkan tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya agar mahir dalam Bahasa
Inggeris. Sebagai contoh, Cikgu Cheryl mengharapkan pelajarnya mahir bertutur dalam
Bahasa Inggeris melalui pertandingan Choral Speaking. Sehinggakan beliau snaggup
mengeluarkan duit untuk membeli makanan sampingan supaya para pelajarnya tertarik untuk
menyertai pertandingan tersebut.
f) scene

Minit ke 39:59

Scene ini memberi satu cabaran kepada Cikgu Cheryl untuk melatih sekumpulan pelajar yang
mewakili sekolah dalam pertandingan choral speaking. Hal ini kerana acara seperti ini tidak
pernah dimenangi oleh sekolah mereka namun beliau tetap menyahut cabaran tersebut.
Macam-macam perkara terjadi sepanjang usaha beliau membentuk pasukan tersebut.
Bermula dengan kisah mengumpan dengan makan sampingan supaya pelajar menyertai
pertandingan ini. Kemudian, komitmen yang tidak sepenuh hati yang diberikan oleh para
pelajar ketika latihan dibuat. Dalam masa yang sama, berlakunya persainan sesame individu
nyang hampir merosakkan semangat berpasukan akibat sikap penting diri yang ada dalam diri
pelajar serta ahli yang keluar masuk kumpulan untuk pertandingan sehingga saat akhir amat
memberi tekanan kepada Cikgu Cherl sendiri dalam melatih pelajar untuk memenangi
pertandingan choral speaking yang mereka sertai tersebut.

Anda mungkin juga menyukai