Anda di halaman 1dari 6

Soalan :

1. Pengajaran yang mengambil kira perbezaan kebolehan


pelajar boleh dipelbagaikan dengan membezakan mengikut
aras-aras Taksonomi Bloom. Bagi satu tema atau tajuk yang
sama, huraikan empat (4) aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menunjukkan aktiviti tersebut berbeza
mengikut aras-aras dalam taksonomi Bloom.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Penilaian Mencipta

Taksanomi Semakan
Taksanomi Asal

Sintesis Menilai

Analisis Menganalisis

Aplikasi Menerapkan

Kefahaman Memahami

Pengetahuan Mengingat

Kemahiran Berfikir Aras Rendah

Bloom Anderson

TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi
bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

SENARAI DOMAIN

1. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2. Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam
pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
sebagainya.

3. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.

Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan
teknikal. Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur
kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga
ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk
tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras.
Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara
berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai
contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan
kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

Tahun: 3

Tajuk: Bahasa Arab

Tajuk kecil: Perkakas rumah

Aktiviti 1

Setiap pelajar diberi kad dengan nombor yang berbeza dan setiap pelajar bergerak ke
kumpulan masing-masing dengan nombor yang berbeza( 1,2,3,4 ) tetapi sama warna.

Pengetahuan: membaca,menyebut dan mengulang.

 Murid-murid membaca kalimah perkakas rumah (kerusi,laci,almari,meja) dengan


betul dan jelas.

 Menyebut kalimah dengan betul,jelas dan fasih yang dibimbing oleh guru.

 Murid-murid menghafal empat kalimah sahaja dengan lancar dan akan ditasmik oleh
guru.
Aktiviti 2

Guru membahagikan kepada 5 kumpulan maka satu kumpulan 6 orang sahaja. Pelajar dengan
kad yang bernombor 1 bergerak ke stesen pertama.Begitu juga dengan pelajar yang
bernombor 2,3 dan 4 bergerak ke stesen yang telah ditetapkan. Pelajar berbincang topik yang
diberi sehingga mereka menguasai topik.

Pemahaman: membezakan, soal jawab

 Murid membezakan perkakas rumah dan dapur dengan betul.

 Soal jawab secara individu, murid yang dapat menjawab dan menyebut dengan betul
diberikan hadiah.

Aktiviti 3

Aplikasi: Nyanyian lagu perkakas rumah di dalam Bahasa Arab.

Guru menyanyikan lagu perkakas rumah,murid dapat mengikuti apa yang dinyanyikan oleh
guru. Guru menyuruh setiap kumpulan menyanyi dengan jelas dan akan diberikan hadiah
kepada kumpulan yang menyebut kalimah dengan betul sahaja.

Aktiviti 4

Analisis: Latihan pengukuhan

Pelajar kembali ke kumpulan asal dan murid menerangkan kepada rakan,bergilir mengikut
topik kepakaran. Perbincangan diteruskan seketika serta guru memberikan lambaran kerja
berkaitan tajuk perkakas rumah mengikut masa yang ditetapkan.

2. Bincangkan bagaimana Teori Kepelbagaian Kecerdasan


menerangkan tentang kepelbagaian murid.
Dengan menerangkan beberapa sahaja daripada sembilan teori kecerdasan pelbagai adalah
seperti berikut:

Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti
untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan
bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal,
bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti
refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar
lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam
pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan
atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara
umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar
dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca
atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan
seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat
perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit,
juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan
askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan
menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini.
Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara
pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara
pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu
memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat
berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal
yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran,
tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk
kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di
sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan
melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah
pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor,
jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Azhar idrus, Arwah
Tok guru Nik Aziz .

Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata
bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca,
mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang
mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa
asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah
salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.

Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang
memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang
terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi
biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga
sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan
lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan
yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan
tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang
sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam
situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat
dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta
bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan
pemikir.

Kesimpulannya, bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan
menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita
memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu
dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan
mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah
tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk
teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan
jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk
berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding
pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan
kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam
dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya
kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah
besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang
dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai