Anda di halaman 1dari 2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASTERI

SIRAH DARJAH 6 :
4 Khulafa’ Al-Rasyidin

Draft Pembelajaran Masteri : Set 1

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran, murid dapat:

1- Menyatakan pengertian,dan biodata Khulafa’ Al-Rasyidin(Kognitif)

2- Menulis pengertian,dan biodata Khulafa’ Al-Rasyidin. (Psikomoto)

3- Menghayati perjuangan para sahabat dan khulafa’ al-Rasyidin. (Domain Afektif)

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan kepada murid – Kaedah “Gallery


Walk”
 Gallery Walk merupakan satu strategi pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan bagi
pembelajaran abad ke21. Perbincangan secara berkumpulan berpusatkan murid
membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi pdpc.
 Langkah-langkah Galerry Walk dalam kaedah pembelajaran ialah:

1- Membahagikan kepada beberapa kumpulan kepada 4 kumpulan

2- Setiap kumpulan diberikan dengan tajuk yang berbeza. Tajuknya ialah :

i. Kumpulan 1 : Pengertian khulafa al-Rasyidin dan biodata


Saidina Abu Bakar As-Siddiq

ii. Kumpulan 2 : Pengertian khulafa al-Rasyidin dan biodata


Saidina Umar Al-Khatab
iii. Kumpulan 3 : Pengertian khulafa al-Rasyidin dan biodata
Saidina Osman bin Affan
iv. Kumpulan 4 : Pengertian khulafa al-Rasyidin dan biodata
Saidina Ali Bin Abu Talib

3- Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menyediakan bahan


pembentangan mereka.

4- Setiap kumpulan akan menampal hasil bahan mereka pada 4 sudut


di dalam bilik darjah.

5- Guru akan meminta setiap kumpulan mengambil nota pada setiap sudut yang
mengandungi bahan 4 khalifah
PENILAIAN:

1. Penentuan penilaian :
a. Soalan objektif dan aneka pilihan
b. Soalan Struktur
(Penilaian ini untuk mengetahui murid dapat menyatakan pengertian,dan biodata Khulafa’
Al-Rasyidin dan menulis pengertian,dan biodata Khulafa’ Al-Rasyidin )

Rubrik Pemarkahan

Bil Tajuk 3 2 1 0
1 Menyatakan pengertian,dan biodata Khulafa’
Al-Rasyidin(Kognitif)
-pelajar dapat menyatakan pengertian, nama
sebenar dan tarikh lahir.

2 Menulis pengertian,dan biodata Khulafa’ Al-


Rasyidin. (Psikomotor)
-pelajar dapat menulis pengertian, nama
sebenar dan tarikh lahir.

3 Menghayati perjuangan para sahabat dan


khulafa’ al-Rasyidin. (Domain Afektif)
-pelajar dapat menghayati perjuangan para
Sahabat dan Khulafa’ al-Rasyidin

*Penskoran Markah

Cemerlang: 8-9 markah

Sederhana : 5-7 markah

Lemah : 0-4 markah

Anda mungkin juga menyukai