Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG

PIBG SRA KG. MEDAN

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang .


dengan diiringi oleh Puan Siti Norlaila binti Osman, Guru
Besar Sekolah Rendah Agama Kg. Medan, Puan Noor
Azizah binti Atdenan,Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin
Mahaiyuddin, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

Alunan Marilah sama-sama kita berdiri untuk mengalunkan Selawat


Selawat keatas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih di atas alunan
selawat itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan ..

Yang Berusaha Puan Siti Norlaila binti Osman, Guru Besar


Sekolah Rendah Agama Kg. Medan,

Yang Dihormati, Puan Noor Azizah binti Atdenan, Yang


Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Medan,

Yang Dihormati, En. Ariffin bin Mahaiyuddin, Naib Yang


Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Medan,

Guru Penolong Kanan 1, Puan Ramlah binti Sukimin


Guru Penolong Kanan HEM, En. Najib Arridza bin Mordi,

AJK PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Medan, barisan


Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria
rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan ini ini bagi MESYUARAT
AGUNG PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Medan.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz
________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz


__________________ atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.

Bacaan ayat Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.


suci al_Quran Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan adik untuk bacaan
ayat ayat suci al-Quran. Dipersilakan.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha
Puan Siti Norlaila binti Osman, Guru Besar Sekolah Rendah
Agama Kg. Medan. Majlis dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas
ucapan sbentar tadi.

Ucapan YDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,
majlis menjemput dan mempersilakan Puan Noor Azizah
binti Atdenan untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Azizah atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar


hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada
. untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SRA Kg. Medan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


. atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
Nasyid sama-sama kita saksikan persembahan nasyid dari wakil
murid SRA KG. Medan yang dibimbing oleh ustazah Nor
Azlina binti Abd Azid. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid
sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG
jawatankuasa Sekolah Rendah Agama Kg. Medan sesi 2015/2016, majlis
PIBG- berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Perasmi untuk menyampaikan
cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan Sekolah Rendah Agama Kg.


Medan, merakamkan penghargaan terima kasih kepada
atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke- .. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2015 .. untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Medan
bagi tahun 2017
Jamuan
Ringan

Anda mungkin juga menyukai