Anda di halaman 1dari 21

ILMU QIRAAT 1

DIPLOMA PENGAJIAN AL-


QURAN DAN AL-SUNNAH
2014
SEJARAH ILMU QIRAAT:

Zaman Nabi saw dan para sahabat


Zaman Tabiin
Pengenalan 10 imam Qiraat beserta perawi
mereka
Perkembangan ilmu Qiraat
Faktor kemasyhuran Qiraat 7
Peranan Rasulullah SAW:

Ulama berbeza pendapat mengenai awal


penurunan wajah-wajah qiraat
Al-Quran dan Qiraat disampaikan oleh Jibril as
Rasulullah saw menyampaikan dan mengajar
al-Quran kepada para sahabat
Rasulullah saw memberi izin dan memperakui
kepelbagaian bacaan al-Quran
Peranan Sahabat ra:

Proses pembelajaran dan pengajaran


kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan
sahabat
Penulisan Mushaf Uthmani bertepatan
dengan apa yang terdapat pada
pembentangan terakhir ))
Mushafmushaf yang yang diutus ke kota-kota
Islam pada zaman Uthman tidak ditulis baris
ataupun titik
Zaman Tabiin

Penerusan proses pengajaran dan


pembelajaran di antara para sahabat dan
tabiin
Wujudnya golongan tertentu mewakili setiap
wilayah Islam (Madinah-Mekah-Kufah-Basrah-
Syam) yang mengerakkan usaha talaqqi
Mushaf Uthmani
Lahirnya kumpulan yang memberi perhatian
dan kesungguhan terhadap pengajian Qiraat
PENGENALAN 10 IMAM QIRAAT DAN
PERAWI MEREKA
Senarai 10 imam Qiraat biasanya dimulakan
dengan imam Nafi, iaitu ahli Qiraat Madinah.
Ini disebabkan Madinah merupakan tempat
hijrah Nabi SAW serta para pembesar Sahabat
ra, dan dari merekalah Qiraat berkembang.

Sila lihat pada lampiran


PERKEMBANGAN
Fatrah Pengumpulan dan Penulisan

Secara ringkas, fatrah penulisan ilmu Qiraat


boleh dibahagi kepada beberapa peringkat:

Peringkat pertama:

Pengumpulan Dokumentasi
Peringkat kedua:

Pemilihan Qiraat Tujuh

Peringkat ketiga:

Penulisan dengan 1, 6, 8 hingga 10 Qiraat.


(merangkumi kesemua 10 Qiraat)
IBN MUJAHID DAN QIRAAT TUJUH

Ibn Mujahid dilahirkan di Baghdad pada 245H


Diriwayatkan beliau berguru dengan hampir
100 orang.
Sumbangan: Orang pertama yang berusaha
melakukan saringan dan penapisan ilmu
Qiraat.
Tujuan: mengelakkan berlaku percampuran
antara Qiraat yang salah dengan yang betul
Faktor yang menjadikan pemilihan ini satu
keperluan:
- banyaknya jumlah perawi Qiraat dan khilaf
Qiraat pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah.
- Pada kurun ke-4, fokus masyarakat ialah
mencari Qiraat yang bertepatan dengan
mushaf-mushaf Uthmaniyah.

Ijtihad Ibn Mujahid bertepatan dengan


keperluan masyarakat pada zaman itu.
Syarat-Syarat

Ibn Mujahid telah memilih tujuh Qiraat


setelah proses yang lama, teliti dan dengan
syarat-syarat yang ketat. Antaranya:

1) Imam Qiraat yang dipilih mestilah:


- Memiliki kehebatan yang mengatasi tokoh-
tokoh lain dari sudut ingatan, hafalan dan
ketelitian
- Bacaannya masyhur, sentiasa dipraktikkan
dan diajar secara berterusan
2) Penduduk setempat mestilah memperakui:
- Sifat amanah Imam tersebut dalam
meriwayatkan Qiraat
- Kepatuhan terhadap agama dan kehebatan
ilmunya

3) Qiraat Imam tersebut mestilah:


- Mengikut resm mashaf di tempatnya
sepertimana yang pernah diutuskan oleh
Saiyidina Uthman
- Disepakati masyarakat di tempatnya
4) Turut disyaratkan bahawa masyarakat yang
sepakat atas sesuatu Qiraat mestilah terdiri
daripada mereka yang pakar tentang selok
belok Ilmu Qiraat dan Bahasa Arab

Ibn Mujahid membuat pemilihan berdasarkan


periwayatan yang sampai kepadanya secara
bersanad.
Beliau memilih tokoh-tokoh tersebut yang
kebanyakkan dari kalangan Tabiin dan Tabi
Tabiin.
ANGKA 7

Tujuh Imam Qiraat yang dipilih oleh Ibn


Mujahid ialah:

2) Ibn 3) Abu 4) 7)
1) Nafi 5) Asim 6) Hamzah
Kathir Amru Ibn Amir al-Kisaie
Ulama berselisih pendapat sama ada Ibn
Mujahid sengaja memilih angka 7 atau
sebaliknya.

Ada yang mengatakan ianya satu kebetulan


Ada yang megatakan beliau memilih seorang
tokoh bagi setiap wilayah Islam
- Makkah, Madinah, Kuffah, Basrah dan Syam
BAKI QIRAAT YANG TIGA

Dr Syauqi Dayf dan Imam Ibn Jazari menjelaskan sebab


tiga tokoh berbaki dikalangan 10 Imam Qiraat tidak
dipilih

1) Abu Jaafar: Tidak dipilih walaupun beliau guru kepada


Nafi kerana bacaan Nafi lebih tersebar luas.
2) Yaaqub: Tidak disebut kerana memadai dengan
menyebut gurunya Abu Amru
3) Kholaf Asyir: Tidak disebut kerana bacaannya
terangkum dalam bacaan tokoh-tokoh Qiraat ahli
Kuffah
FAKTOR KEMASYHURAN QIRAAT 7

Walaupun ulama bersepakat menerima bacaan qiraat


10, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
tujuh Imam atau tujuh Qiraat lebih masyhur.

1) Ketinggian ilmu dan akhlak mereka.


2) Menghabiskan usia mereka untuk mendalami dan
mengajarkan Ilmu Qiraat
3) Tokoh-tokoh tersebut berasal atau bermukim di
tempat-tempat yang terkenal dengan budaya Ilmu,
serta tempat berkumpulnya ramai orang.
4) Tokoh-tokoh tersebut hidup untuk fatrah yang panjang
5) Faktor pemilihan Ibn Mujahid terhadap mereka dan
kehebatan ilmu Ibn Mujahid sendiri.
6) Kebergantungan yang kuat terhadap matan Hirzul-
Amani karya Imam asy-Syatibi, iaitu matan yang
menjelaskan manhaj ketujuh-tujuh Imam tersebut.

Faktor ini ada kaitannya dengan ketokohan Imam asy-


Syatibi, selain keistimewaan matannya dari sudut
bahasa dan kepadatan.
SUMBANGAN AD-DANI

Imam ad-Dani dilahirkan pada 317H di


Cordova,Sepanyol
Membesar pada zaman pemerintahan Bani Umayyah
Mula menuntut ilmu pada usia 15 tahun
Telah menghafal al-Quran pada usia yang muda
Diriwayatkan bahawa beliau telah menguasai 7 Qiraat
pada usia 20 tahun
Turut mendalami Ilmu Fiqh, Hadith, Sejarah, Bahasa
Arab dan kesusasteraan

30 October 2014H / 6 Muharram 1436

Anda mungkin juga menyukai