Anda di halaman 1dari 3

latihan 1.

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada


petikan di bawah
latihan 1
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya
semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu
sekolah saya.
Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang
dilalui,kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras
Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel
Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan
alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru
pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat
guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai
jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan
kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya
hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan
oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

latihan 2
Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari
Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan
sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia
tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu.
Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan
sekeping kad sempena hari tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia.
Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga
sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping
kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya.
Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguhsungguh. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR
nanti pasti akan membuatkan gurunya menjadi lebih gembira.
Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat
demi mencapai cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan
harapan ibu bapa dan guru-gurunya

latihan 3
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.
panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan
Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya
untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak
mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan
cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan
yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat
persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut
membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia
tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu
pelajaran atau menghadapi masalah.
Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar.
Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka
turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui
perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan
diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang
sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran
akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat
rujukan.
jawapan 1
. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat
menghargai masa
menghormati guru
berdisiplin
berjimat
prihatin
jawapan 2
Kata
nama
Kita
Kita

Kata bantu

Nilai

perlulah
mestilah

Kita
Kita
Kita

hendaklah
haruslah
patutlah

prihatin
Menghargai
jasa
Baik hati
rajin
bertanggungja
wab

latihan 3
1. berazam
2. berkeyakinan
3. tekun

Ayat daripada petikan


(huraian)
Mengingati hari guru
Meraikan sambutan hari guru
Memberi hadiah kepada guru
Belajar bersungguh-sungguh
Merealisasikan harapan ibu bapa
dan guru-guru

4. menghargai masa
5. bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai