Anda di halaman 1dari 2

Latihan Regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan
mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan.
Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas kerana ia akan menjadikan anda pening.
Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan
anda bertambah.

Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari


dengan kedudukan tapak atas kepala dengan keadaan jari
terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan tahan
selama 10 saat tangan keluar. Luruskan tangan anda .

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah


lengan.Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan
turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari
bawah ke atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama
10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan
tegak semasa latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang.Kuncikan jari kedua-


dua tangan bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan
pusing ke kiri dan kekanan perlahan-lahan selama 10 saat.

Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan


merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

Melonggarkan otot belakang dan bahu.Gunakan seutas


getah, pegang kedua-dua hujungnya, angkat kedua-dua
lengan ke paras bahu dan depangkan tangan. Biarkan bahu
pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan
cara mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan
selama 10 saat.
Melonggarkan otot bahu.Gunakan seutas getah, pegang
kedua hujungnya, angkat sebelah tangan melepasi kepala
dan sebelah lagi separas dengan bahu. Tarik tangan separas
bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6
kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu.Gunakan seutas getah,


pagang kedua hujung ketika getah berada di bahagian
belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu
kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan
getah. Tahan selama 10 saatdanulangsebanyak 6 kali.

Melonggarkan otot memanah.Gunakan seutas getah. Ikat


kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat
aksi seperti menarik tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang
sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang
sebelah lagi.

Anda mungkin juga menyukai