Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

1. Nama Bahan :

Alternate Softball.

2. Rasional Penghasilan bahan:


Kemahiran memukul bola softball merupakan tugas yang susah, tetapi
memainkan peranan yang penting dalam sesebauh permainan softball. Kemahiran
memukul bola softball telah diketegorikan sebagai salah satu kemahiran yang susah dan
sukar untuk dikuasai dalam dunia sukan (Escamilla et al., 2009). Hal ini kerana pemukul
perlu memukul bola yang berbentuk sfera dengan menggunakan bet yang bulat (D. R.
Mclntyre & Pfautsch, 1982). Dengan kesukaran dalam menguasai kemahiran memukul
dalam sukan softball, maka penting bagi seseorang individu itu untuk diajar cara yang
betul diusia muda lagi.

Kemahiran memukul bola softball telah dijadikan bahan kajian yang mengkaji
tentang aras ketinggian bola, masa serta kelajuan bola dan sentuhan bet pada bola (Bahill
& Karnavas, 1993).

Alat Alternate Softball direka khas berdasarkan masalah yang wujud semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah. Masalah yang dihadapi
oleh guru dan murid dimana murid-murid tidak mampu untuk memukul bola softball
dengan sentuhan pada bola dan bet dengan betul dan tepat. Hal ini disebabkan oleh
kurangnya koordinasi mata, tangan dan kaki murid. Koordinasi murid-murid ini boleh
dipertingkatkan melalui latihan yang berterusan serta yang bersesuaian dengan tahap
umur murid-murid. Maka dengan terciptanya alat, ia mampu membantu meningkatkan
tahap koordinasi murid-murid dalam permainan softball. Alat ini akan membantu dalam
kemahiran memukul bola dimana ianya merupakan kemahiran yang utama dan penting
dalam permainan softball. Berdasarkan pengalaman lepas, mendapati guru menghadapi
kesukaran dalam memastikan murid-murid menguasai kemahiran memukul bola ini.
Pelbagai cara dan kaedah telah diaplikasikan dan keputusannya kurang memuaskan.
Dengan alat ini, peratus murid yang boleh menguasai kemahiran memukul bola akan
meningkat secara mendadak dan objektif pembelajaran guru akan tercapai.
Alat ini bersesuaian dengan pembelajaran abad ke 21 dimana guru menggunakan
bahan bantu mengajar yang lebih spesifikasi terhadap kemahiran yang hendak diajar
kepada murid-murid. Murid pada abad ini akan mudah mempelajari sesuatu ilmu
sekiranya aktiviti yang melibatkan bahan yang menarik dan mesra pengguna. Alat ini
sangat bersesuaian dengan murid dan selamat digunakan. Elemen inovasi dan kreativiti
juga telah diterapkan oleh guru secara langsung dengan menggunakan alat ini.

Memetik ayat dalam Falsafah Pendidikan Malaysia, yang berbunyi di mana guru
bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sangat bersesuaian dan selari dengan mewujudkan
alat yang mampu memaksimumkan perkembangan jasmani murid-murid. Alat ini juga
memperkembangkan potensi murid-murid dari aspek intelek, dimana murid-murid akan
berfikir dan mencuba untuk menggunakan alat ini dan mengatasi permasalahan yang
dihadapi. Dari segi rohani dan emosi pula, murid akan cuba memotivasikan diri untuk
berusaha bersungguh-sungguh bagi menguasai kemahiran ini dan bersaing dengan
murid-murid yang lain.

3. Elemen Kretiviti:
Alat ini dicipta untuk kegunaan mengajar kemahiran memukul bola. Alat ini
mempunyai ansur majunya tersendiri dan tahap kesukaran yang semakin meningkat
mengikut keupayaan murid-murid. Alat ini juga mudah untuk dipasang kerana komponen
alat yang sedikit. Alat ini juga boleh diubahsuai tahap ketinggian bola mengikut kehendak
guru. Ini akan membantu murid untuk belajar memukul bola dari pelbagai aras. Selain itu,
kelajuan bola bergerak juga boleh dilaras mengikut keupayaan murid-murid.

Inovasi dalam alat ini ialah dimana guru tidak perlu menggunakan tenaga manusia
untuk membaling bola ke arah murid tetapi alat ini akan bergerak ke arah murid dengan
bantuan daripada guru. Guru cuma perlu menolak tiang bola ke arah murid dan bola itu
sendiri akan pergi ke arah murid. Ini memberi peluang yang lebih besar kepada murid
untuk belajar kemahiran memukul bola. Dengan ini, peratus murid untuk menguasai
kemahiran memukul akan meningkat secara tidak langsung. Koordinasi murid-murid juga
akan bertambah baik di samping masa reaksi murid-murid akan bertambah baik.
Inovasi alat ini sangat banyak dimana alat ini boleh diubah suai untuk kegunaan
standard pembelajaran modul lain. Sebagai contoh dalam modul kecergasan, guru ingin
mengajar tentang kekuatan dan daya tahan otot tangan dan kaki. Jadi guru telah
mengubah suai alat ini menjadi bahan bantu mengajar bagi subtopik yang bersesuaian.
(Rujuk rajah 1 di bahagian lampiran).

4. Kesesuian Penggunaan ( tajuk pembelajaran )


Modul kemahiran aspek permainan kategori memadang. Akpek 1.8.3 dalam DSKP
tahun lima dan 1.8.2 dalam DSKP tahun enam.

Alat ini bertujuan untuk meningkatkan koordinasi dan kemahiran memukul bola
dalam permainan softball. Hal ini sangat bersesuaian dengan aspek 1.8.3 iaitu memukul
bola ke pelbagai arah dan jarak serta bergerak ke kawasan yang ditetapkan. Dengan
adanya alat ini, semua yang dinyatakan diatas akan akan dapat dicapai oleh murid. Selain
itu, dalam DSKP tahun enam aspek 1.8.2 iaitu memuul bola yang dibaling dengan
pelbagai kelajuan. Alat yang dicipta ini ada ansur maju yang tersendiri yang tahan
kesukaran yang tertentu. Dengan pengalaman sedia ada dan alat bantuan, akan
memudahkan murid untuk menguasai kemahiran memukul bola dalam permainan
softball.

Tanpa wujudnya alat ini, maka murid akan menghadapi masalah besar dalam
menguasai kemahiran memukul. Hal ini kerana kemahiran memukul merupakan antara
kemahiran yang sukar dikuasai dalam sukan. Alat ini sangat mudah untuk dikendalikan
dan mesra alam serta pengguna.

Alat ini tidak memerlukan ruang yang besar seperti padang bola sepak tetapi
cukup sekadar ukuran sebesar gelanggang squash. Ini memudahkan pihak guru untuk
menggunakan alat ini sekiranya sekolah mempunyai ruang aktiviti yang terhad. Alat ini
juga boleh dibawa ke kelas, untuk pembelajaran teori kerana alat ini yang tidak besar dan
mudah untuk dibawa. Selain itu, masa yang diambil untuk memasang alat ini adalah
sekejap sahaja berikutan tidak terdapat komponen yang banyak dan sukar untuk
dipasang. Maka guru boleh menjimatkan masa memasang alat ini, dan boleh memberi
tumpuan lebih sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Alat ini boleh diubah suai menjadi bahan bantu mengajar bagi standard
pembelajaran modul lain. Di sini sangat ketara bahawa alat ini “multifunction”. Dengan
alat ini sahaja pelbagai kemahiran dalam modul kemahiran dan modul kesihatan dapat
diajar dan didedahkan kepada murid-murid. (Rujuk gambar rajah 2 di bahagian lampiran).

Apabila menggunakan alat ini untuk mengajar kemahiran dalam softball, guru tidak
lagi memerlukan alatan lain seperti mini kon, dan marker untuk mengajar. Hal ini kerana,
alat ini sendiri mempunyai tanda ruang yang pastinya akan mendisiplinkan murid serta
guru dapat mengawal kelas dengan baik. Untuk kemahiran lain seperti kemahiran
membaling, guru juga boleh menggunakan alat ini sebagai bahan bantu mengajar.
Sebagai contoh, guru menggunakan jaring sebagai sasaran murid untuk membaling. Ini
dapat menjimatkan masa dan kawalan kelas yang baik apabila bola tidak pergi jauh dari
tempat cikgu mengajar.

Alat ini tidak boleh digunakan secara beramai-ramai dalam satu masa, guru boleh
membahagikan murid ke dalam kumpulan yang kecil bagi membuka peluang untuk
mereka merasai dan menguasai kemahiran dengan lebih cepat. Orang dewasa juga
sesuai untuk menggunakan alat ini bagi memperbaiki kemahiran pukulan mereka.

5. Kesesuian Bahan Merentas Tajuk dan Disiplin:

Bahan ini juga boleh digunakan dalam subjek ataupun subtopik lain selain dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk softball sahaja. Alat ini juga boleh digunakan
untuk mengajar kemahiran back hand dan fore hand dalam badminton, tennis, pingpong
dan squasy. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan dalam permainan bola sepak bagi
mengajar kemahiran menendang bola dengan betul dan tepat kearah sasaran. Alat ini
juga boleh digunakan sebagai net badminton dan bola tampar. Di mana bahagian jaring
digunakan sebagai net. Alat ini juga boleh digunakan untuk kemahiran jaringan dalam
permainan bola baling. Alat ini direka secara fleksibel dan boleh juga digunakan untuk
permainan kategori sasaran.
Inovasi ini juga boleh diguakan untuk modul kecergasan dalam aspek kecergasan
menjamin kesihatan. Komponen daya tahan dan kekutatan otot dapat dibina dan
dipertingkatkan bergantung keada aktiviti yang dikendalikan oleh guru. Sebagai contoh,
semasa murid memukul bola ke jaring, secara tidak langsung kekuatan otot dan daya
tahan otot dapat dibina serta ditingkatkan.

Bagi subjek lain, contohnya subjek Sains, guru boleh menggunakan alat ini untuk
mebuat uji kasi dalam subtopik hukum newton. Guru Cuma perlu mengubah suai sedikit
alat ini agar bersesuian dengan standart kandungan dan standart prestasi modul
berkenaan. (Rujuk gambar rajah 3 di lampiran)

6. Keberkesanan Kos:

Bahan Kuantiti Harga


Besi 6m x 2 RM 8 x 2
Paip PVC 1.5m x1 RM 5 x 1
Kertas kitar semula 1 bundle Percuma
Botol air terpakai 4 Percuma
Spring 0.5 meter RM 5 x 1meter
Jaring 3 meter RM 3 x 1 meter

7. Potensi Komersial:
Alat ini sangat mempunyai nilai komersial yang tinggi berikutan fungsinya yang
sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga boleh
diguna pakai untuk kegunaan latihan bagi pasukan softball sekolah mahupun kelab luar.
Alat ini hak cipta terpelihara dan tiada produk yang sama dengan alat ini. Alat ini mampu
dipasarkan dan menembusi pasaran dunia. Sekirannya alat ini dipasarkan, anggaran
setiap sekolah akan membeli tiga hingga lima set alat ini bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Alat ini sangat mempunyai fungsi yang pelbagai. Sebagai
contoh, untuk kegunaan dalam sukan badminton, bola sepak, baseball dan golf. Alat ini
juga mudah untuk direka cipta dan diubah suai. Selain itu, alat ini juga mesra pengguna
dan boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat. Alat ini juga boleh digunakan
dalam subjek lain, contohnya dalam subjek Sains iaitu dalam tajuk hukum newton.

Alat ini juga berkemungkinan akan dibeli oleh kelab-kelab softball di serata dunia
kerana alat ini sangat membantu dalam menguasai kemahiran pukulan dalam permainan
sotball. Kerajaan Malaysia yang peka terhadap alat inovasi dan mementingkan
keberkesanan pembelajaran di sekolah pastinya akan membeli alat ini untuk diagihkan
kepada setiap sekolah di seluruh Malaysia. Hal ini berikutan, wujudnya kesedaran
kerajaan Malaysia tentang kepentingnya alat ini dan fungsinya yang pelbagai. Kerajaan
ingin melahirkan rakyat yang bukan sahaja mempunyai minda kelas pertama bahkan
mempunyai kemahiran psikomotor yang mantap untuk persiapan menghadapi cabaran
dunia pada masa hadapan.

Badan-badan NGO juga pastinya akan membeli alat ini bertujuan untuk membantu
meningkatkan komponen kecergasan kanak-kanak khususnya anak-anak gelandangan
yang tidak mampu ke sekolah. Pastinya alat ini sangat beguna kepada mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang serba kekurangan dari aspek alatan,
kemudahan dan tempat yang khusus.

8. Impak:
Impak atau kesan keberkesan penggunaan bahan ini kepada guru serta murid
dapat dilihat setelah beberapa kali sesi menggunakannya. Bahan ini dapat meningkatkan
kemahiran dan dapat memberi motivasi kepada murid yang tidak pernah dapat untuk
memukul bola dengan sentuhan bola yang betul dan tepat. Impak kepada murid dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perubahan tingkah laku yang berlaku secara
langsung dapat memberi peneguhan yang positif kepada murid.

Impak kepada guru pula ialah guru dapat meminimakan peratus murid yang tidak
boleh membuat pukulan. Sebagai contoh, sebelum menggunakan alat ini, 15 daripada 30
orang pelajar tidak dapat membuat pukulan tepat mengenai pada bola. Setelah
menggunakan alat ini, murid yang tidak berjaya memukul bola dengan tepat dapat
mencuba untuk memukul bola dengan tepat sekali gus telah berlaku perubahan tingkah
laku di dalam sesi pembelajaran.

Selain daripada perubhaan tingkah laku yang berlaku, secara tidak langsung telah
berlaku satu aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot tangan.
Komponen kecergasan ini diterapkan semasa proses belajar kemahiran pukulan iaitu
apabila murid memukul bola berkali-kali sebagai latih tubi bagi meningkatkan koordinasi
mata dan tangan.

Seterusnya, nilai yang dapat diaplikasikan semasa mengunakan alat ini ialah gigih
berusaha. Murid akan lebih yakin untuk membuat pukulan bagi menguasai kemahiran
pukulan ini. Di samping itu, nilai bertolak ansur dapat diterapkan apabila murid yang
sedikit mahir akan membantu dan memberi peluang kepada murid yang belum mahir
untuk menggunakan alat ini dengan lebih kerap.

Dari aspek kognitif pula, murid akan mula berfikir dan mencuba pelbagai cara bagi
menyelsaikan masalah dalam pukulan khususnya ketika bola datang dari aras ketinggian
yang berlainan. Pada mulanya pasti murid menghadapi masalah tetapi di akhir kelas nanti,
murid pastinya akan berjaya mencari jalan untuk memastikan bola dapat dipukul dengan
betul.

9. Manual Pengguna:
9.1 Cara memasang alat :-
1. Letakkan besi panjang A dan B dalam kedudukan selari pada jarak yang
diinginkan. (Rujuk rajah 4.1 pada bahagian lampiran)
2. Seterusnya, sambungkan tempat meletakkan bola pada besi panjang C.
(Rujuk rajah 4.2 pada bahagian lampiran)
3. Masukkan besi panjang C di tengah- tengah antara besi panjang A dan B.
(Rujuk rajah 4.3 pada bahagian lampiran)
4. Masukkan jaring pada paip pvc A dan B dan seterunya ikatkan pada kedua-
dua paip berkenaan. (Rujuk rajah 4.4 pada bahagian lampiran)
5. Masukkan hujung bahagian bawah paip pvc A dan B pada ruang di bahagian
tengah besi A dan B serta tegakknya paip pvc A dan B. (Rujuk rajah 4.5 pada
bahagian lampiran)
6. Alat siap sedia dipasang sepenuhnya dan sedia untuk digunakan. (Rujuk
gambar rajah 4.6 di lampiran)

9.2 Cara mengguna :-

1. Letakkan bola pada bahagian atas tempat bola. ( Rujuk gambar rajah 5.1 di
bahagian lampiran )
2. Murid akan berdiri di kawasan yang telah disediakan sambal memegang bet. (
Rujuk gambar rajah 5.2 di bahagian lampiran )
3. Guru akan menolak besi C untuk menggerakkan bola ke arah murid. ( Rujuk
gambar rajah 5.3 di bahagian lampiran )
4. Murid perlu memukul bola dengan menggunakan bet ke arah jaring. ( Rujuk
gambar rajah 5.4 di bahagian lampiran )

10. Limitasi:
Setiap bahan yang direka cipta pasti mempunyai had limitasinya. Begitu juga
dengan alat Alternate Softball ini. Alat ini akan menjadi cepat rosak jika tidak dimpan
dengan baik. Bahan ini juga memerlukan material yang kukuh dan kuat untuk
membinanya agar kerosakan pada alat ini tidak berlaku. Alat ini tidak banyak
kekurangannya kerana material dan cara pembikinannya yang teliti dan spesifikasi dalam
menjaga kualiti alat ini.

Anda mungkin juga menyukai