Anda di halaman 1dari 30

KURIKULUM PENDIDIKAN

JASMANI DI MALAYSIA
KURIKULUM PJ SEMASA DI MALAYSIA

• Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan pada tahun 2011

• Dibangunkan berasaskan prinsip yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah (KBSR) dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK)

• KSSR ini juga turut dimuatkan dengan Kurikulum Pendidikan Khas


OBJEKTIF KSSR
PRINSIP KSSR
ORGANISASI KURIKULUM

• KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular iaitu mengelompokkan


mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dipanggil modul.

• Setiap modul ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang


telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid.

• Organisasi kurikulum terbahagi kepada dua iaitu Organisasi Tahap I dan


Organisasi Tahap II
ORGANISASI TAHAP I
ORGANISASI TAHAP II
FOKUS KSSR

• Tahap 1 – Menekankan penguasaan asas 4M. Murid menguasai


literasi dan numerasi, kreativiti dan inovasi, keusahawanan
dan TMK
• Tahap 2 – Menekankan pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M,
menguasai TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) DALAM KSSR

• Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur


nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan.
• Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan.
ELEMEN BAHASA

• Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu


dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.

• Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek


sebut, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras
bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan
ELEMEN ALAM SEKITAR

• Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam


jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata
pelajaran.

• Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam


sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai
alam
ELEMEN NILAI MURNI

• Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata


pelajaran supaya murid akan kepentingan dan
mengamalkannya

• Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan


dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam
kehidupan harian
ELEMEN SAINS DAN TEKNOLOGI
• Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi
sains serta teknologi dalam kalangan murid

• Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang


kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan

• Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara


iaitu :
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan
dengan sains dan teknologi)
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
ELEMEN PATROTISME

• Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata


pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat

• Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang


mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia
ELEMEN KREATIVITI DAN INOVASI

• Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk


mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu
yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada
• Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian,
membaiki dan mempraktikkan idea
• Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi
cabaran Abad 21
• Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP
ELEMEN KEUSAHAWAN

• Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-


ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya
dalam kalangan murid

• Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti


yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan
inovatif untuk memacu idea ke pasaran
ELEMEN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

• Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi


dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari

• Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah


menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
kualiti pembelajaran

• TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan


sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran
KONSEP KSSR – PENDIDIKAN JASMANI

• Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard


kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.

• Kurikulum PJ yang digubal masih mengekalkan prinsip KBSR.

• Kurikulum PJ ini juga telah menjadikan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan
Sukan Untuk Murid Sekolah Rendah Oleh International Council for Health Physial Education,
Recreational- Sports and Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan bagi mencipta kurikulum.

• Kurikulum PJ ini masih mengekalkan 3 domain pendidikan iaitu Psikomotor, Kognitif dan
Afektif.
STANDARD KANDUNGAN

• Suatu pernyataan spesifik tentang perkara atau


kemahiran yang patut diketahui dan dilakukan oleh
murid dalam suatu tempoh persekolahan.

• Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


STANDARD PEMBELAJARAN

• Satu penerapan kriteria atau indicator kualiti


pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.

• Setiap standard pembelajaran yang dinyatakan perlulah


dilaksanakan dan dicapai oleh murid serta ditaksir secara
berterusan oleh guru.
OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN
JASMANI
• Mengaplikasikan konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran
asas pergerakan dengan lakuan yang betul.
• Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaringan, dan memadang dengan lakuan
yang betul.
• Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan.
• Mengenal pasti aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kecergasan.
• Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
• Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal

• Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran selamat.
• Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal
• Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
MODUL PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

• Terbahagi kepada dua iaitu Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan


• Setiap modul mengandungi beberapa aspek

Aspek 1 Kemahiran Pergerakan (Psikomotor)


MODUL 1: Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan
(kognitif)
KEMAHIRAN
Aspek 5 Kesukanan

Aspek 3 Kecergasan meningkatkan kesihatan


MODUL 2: Aspek 4 Aplikasi Pengetahuan dalam
Meningkatkan Kecergasan
KECERGASAN
Aspek 5 Kesukanan
ASPEK 1 – KEMAHIRAN PERGERAKAN

• Menekankan objektif psikomotor murid


• Menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor

- Gimnastik asas
- Pergerakan asas
- Kemahiran asas permainan kategori serangan, jaringan dan memadang
- Olahraga Asas
- Akuatik Asas
- Rekreasi dan Kesenggangan
ASPEK 2 – APLIKASI PENGETAHUAN DALAM
PERGERAKAN

• Mengasah keupayaan kognitif murid

• Murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip


dan strategi pergerakan dalam aktiviti aspek 1

• Memperlihatkan perkaitan sspek lakuan fizikal dengan aplikasi


pengetahuan.
ASPEK 3 – KECERGASAN MENINGKATKAN
KESIHATAN

• Menekankan objektif psikomotor

• Murid berupaya meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk


kesihatan dan prestasi fizikal

• Melibatkan konsep kecergasan dan komponen kecergasan berasaskan


kesihatan dan lakuan motor
ASPEK 4 – APLIKASI PENGETAHUAN
MENINGKATKAN KECERGASAN

• Mengasah kemahiran kognitif murid.

• Murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip


dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan
prestasi fizikal dalam aspek 3 iaitu konsep kecergasan dan
komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor
ASPEK 5 – KESUKANAN

• Menekankan kemahiran afektif dan kognitif


• Murid berupaya mengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi
konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan starategi untuk
melakukan aktiviti fizikal
- Pengurusan dan Keselamatan
- Tanggungjawab Kendiri
- Interaksi Sosial
- Dinamika Kumpulan

Anda mungkin juga menyukai