Anda di halaman 1dari 2

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Untuk memenuhi keperluan murid, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk
adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997,
yang menyatakan :

Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mengajar bagi mencapai
matlamat Pendidikan Khas.

Ini bermakna kurikulum aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dibentuk mengikut
keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman pembelajaran melalui
bidang berikut :

i. Bidang Pengurusan Kehidupan.


a) Komponen Pengurusan Diri.
b) Komponen Kemahiran Manipulatif.
c) Komponen Pengurusan Tingkah Laku.
d) Komponen Kemahiran Hidup.

ii Bidang Akademik Berfungsi.


a) Komponen Bahasa Melayu.
b) Komponen Matematik.
c) Komponen Bahasa Inggeris.
d) Komponen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.

iii. Bidang Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni.


a) Komponen Pendidikan Islam.
b) Komponen Pendidikan Moral.
iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti.
a ) Komponen Pendidikan Jasmani.
b ) Komponen Pendidikan Seni.
c ) Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama.
d ) Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.

Anda mungkin juga menyukai