Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI,


KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 3 )

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


( PRKA3012 )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MOHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ZAKIRUDIN

NO. KAD PENGENALAN: 971008-10-5643

ANGKA GILIRAN: 2017192340040

KUMPULAN: PISMP C3 MINOR SENI VISUAL

NAMA PENSYARAH
ENCIK AMIR HAMZAH BIN AMAN
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
PENULISAN ESEI
PROJEK:
TARIKH SERAHAN: 12 APRIL 2019
TARIKH TERIMA:

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan....................................................................................................................... 3

2.0 Isi Penulisan

2.1 Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).....................................................4

2.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan...............................6

3.0 Rumusan........................................................................................................................... 8

Rujukan

2
1.0 PENGENALAN
Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Communities (PLC)
merupakan satu teknik pembelajaran yang ditunjukkan secara berterusan oleh guru bagi
meningkatkan prestasi pencapaian dan perkembangan murid. Menurut Zuraidah Abdullah
(2016), konsep Komuniti Pembelajaran Profesional ini adalah merupakan budaya ke arah
pembentukan sebuah sekolah yang berjaya. Selain itu, menurut Norhayati A. Wahab (2009) pula
percaya bahawa PLC merupakan sebuah sekolah yang terdapat pimpinan dan guru yang
bersifat inkuiri dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain serta mempunyai tahap
prestasi yang positif.

Konklusinya, PLC merupakan sebuah konsep pendidikan buat guru untuk


membentuk satu pembudayaan ilmu secara mendalam yang dapat melahirkan strategi-
strategi baharu ketika PLC diaplikasikan oleh guru. Justeru itu, guru pelatih harus komited
dan bekerja secara dalam memahami PLC secara holistik bagi meningkatkan prestasi yang
terbaik untuk diri dan pendidikan negara.

2.0 ISI PENULISAN

Pembelajaran
kolektif &
aplikasi
Amalan Kongsi nilai &
peribadi visi

Dialog Elemen
Kolaborasi
Reflektif PLC

Rajah 1: Elemen Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

3
Keseluruhannya, PLC merupakan satu langkah yang telah diperkenalkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan peningkatan dalam kualiti guru. Hal ini
bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan objektif pengajaran guru dan
profesionalisme keguruan. Profesionalisme guru merujuk kepada pengajaran dalam
menguasai ilmu pengetahuan, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu serta
mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku guru (Noriati et. al. , 2017). Berdasarkan
rajah 1 di atas , PLC terdiri daripada beberapa elemen iaitu dialog reflektif, amalan peribadi ,
pembelajaran kolektif & aplikasi, kongsi nilai dan peribadi, dan kolaborasi. Melalui
kepelbagaian elemen ini, maka lahirlah strategi PLC yang setiap satu elemen mempunyai
strategi tertentu seperti rajah 2 di bawah;

Rajah 2: Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPM, 2013)

Berdasarkan gambar rajah 2 di atas, dapat disimpulkan bahwa strategi PLC sangat
banyak dan khusus berdasarkan elemen-elemen PLC. Strategi tersebut telah disusun
mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh KPM. Contohnya dalam elemen dialog reflektif,
strategi yang digunakan banyak berfokus kepada mendengar, memahami, mengkritik dan
menilai pendapat melalui perbincangan. Misalnya strategi Video critiques of teaching
moments adalah dengan menonton video pengajaran guru kemudian penonton atau guru
lain akan memberikan pandangan berdasarkan hasil yang dilihat oleh guru. Maka, semua
strategi boleh digunakan oleh guru kepada murid mengikut tahap kesesuaian murid. Oleh
itu, saya memilih Kumpulan Perbincangan, Jelajah Pembelajaran Dan Kumpulan
Penyelesaian Masalah.

4
2.1 Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang dipilih

KUMPULAN
KUMPULAN JELAJAH
PENYELESAIAN
PERBINCANGAN PEMBELAJARAN
MASALAH

Rajah 3 : Strategi yang dipilih


Strategi pertama dalam Komuniti Pengajaran Profesional (PLC) yang ingin digunakan study
group atau kumpulan perbincangan. Menurut Muhammad Yusni Mohd Junos (2006), amalan
kerjasama, berkolaboratif sesama rakan sekerja dan perkongsian maklumat, bahan serta
pengetahuan adalah sangat penting dilaksanakan antara guru khususnya. Melalui
perbincangan kolaboratif sebegini dapat meningkatkan hasil pembelajaran yang ingin
dipelajari oleh guru. Bukan itu sahaja, kemahiran interpersonal sesama guru dan murid juga
turut diasah apabila berlakunya interaksi sosial. Hal ini bertepatan dengan Khadijah Ahmad
(2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran koperatif mendapati bahawa
hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan
pengetahuan kebolehan pelajar. Contohnya, guru berpeluang untuk meningkatkan
kemahiran dan kualiti pengajaran dengan perbicangan sesama guru. Guru yang lebih
berpengalaman dan senior pasti akan berkongsi bagaimana beliau menyelesaikan masalah.

Strategi kedua, Learning Walk atau Jelajah Pembelajaran. Jelajah pembelajaran ini
bertujuan untuk memerhati dan mengumpul pengamalan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah (Siti et. al. , 2018). Sekumpulan guru yang bergerak ke sekitar kawasan
sekolah lain dan memerhatikan pengajaran guru di sekolah tersebut. Selain itu, Rishie
Loganthan (2016) menyatakan bahawa Learning Walks ditakrifkan sebagai guru berjalan di
sekeliling sekolah, mencermati pengajaran guru lain serta aktiviti bilik darjah dengan
mengaplikasikan protokol dan skop yang spesifik. Melalui strategi ini juga, guru akan pulang
dan berbincang mengikut kumpulan subjek masing-masing tentang hasil pemerhatian yang
diperoleh. Guru juga akan membuat refleksi berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran
guru yang telah dipilih sebagai kajian untuk dianalisis (Azita Ali dan Zuriawahida Zulkifli,
2016). Contohnya, guru cuba meniru kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru
cemerlang kepada murid-muridnya. Kesannya, sesi PdP yang dilaksanakan oleh guru
menjadi lebih kreatif dan bervariasi sekaligus meningkatkan minat murid di dalam bilik
darjah.

5
Strategi ketiga, kumpulan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah secara
berkumpulan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan yang membabitkan beberapa
orang guru yang bersemuka untuk membincangkan permasalahan yang dialami sesama
guru. Guru-guru akan bersemuka untuk berbincang tentang punca masalah, cara
menyelesaikan dan cara mengelakkannya. Seorang guru akan bercerita tentang masalah
yang dihadapinya maka guru yang lain akan bersoal jawab dan memberikan cadangan
penyelesaian. Sesuatu perkara yang menghalang objektif pengajaran dianggap sebagai
masalah (Imaduddin, Jamal & Anita, 2016). Dalam pada masa yang sama, guru lain juga
dapat manfaat yang sama di mana mereka berkolaborasi mencari penyelesaian bagi
masalah tersebut serta dapat mengaplikasikannya secara praktikal di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru bukan sahaja dapat melatih kemahiran keguruan masing-masing,
malah dapat menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif.

2.2 Aktiviti berdasarkan kepada strategi PLC


Oleh itu, satu pelan aktiviti dirancang dengan menggunakan strategi PLC dan terdapat 3
aktiviti utama yang telah dirangka dalam pelan pengajaran ini. Aktiviti pertama ‘Apa yang
awak tahu?’ , kedua aktiviti ‘ Kembara Dunia’ dan yang terakhir ‘Mesyuarat Menteri’. Semua
aktiviti ini saling berhubung dan berkait menjadikan sebuah proses PDP yang menarik
menurut strategi PLC.

Apa yang awak tahu?

Kembara Dunia

Mesyuarat Menteri

Rajah 4: Pelan sesi pengajaran yang


direka

Secara amnya, satu set PdP dirancang bagi memberi gambaran secara holistik
mengenai langkah pengajaran menggunakan aktiviti yang telah dicipta. Mata pelajaran yang
dipilih ialah Bahasa Melayu Tahun 4 yang memfokuskan kepada tatabahasa kata imbuhan
apitan dalam tema kebudayaan. Standard pembelajaran murid , (5.1.1) Memahami dan
menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.
Objektif yang boleh digunakan adalah i)murid dapat menerangkan kata nama am konkrit dan
penjodoh bilangan dan ii) murid dapat menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh
bilangan dengan betul mengikut konteks ayat.

6
Pada awal pengajaran, guru akan memulakan set induksi yang sejajar dengan
keperluan objektifnya iaitu sebagai langkah orientasi untuk menarik perhatian murid. Kerana
set induksi yang bagus harus menarik perhatian murid bahkan menggalakkan pembelajaran
murid (Hamdi et. al. , 2012). Misalnya, guru boleh menayangkan tayangan video berkaitan
perayaan besar di Malaysia. Kemudian, tayangan video itu disusuli dengan soal jawab
bersama murid tentang suasana perayaan di Malaysia.

Perlaksanaan aktiviti pertama iaitu study groups atau Apa yang awak tahu? sejurus
set induksi selesai. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada
empat atau lima orang. Kemudian, setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk oleh guru
tentang pengalaman menyambut hari perayaan mengikut kaum masing-masing. Dalam
kumpulan murid diberi beberapa soalan ransangan dan berpandu seperti soalan apa, siapa,
bagaimana, bila, dan mengapa yang harus dijawab oleh murid. Setiap murid harus mencatat
maklumat yang disebut oleh rakan-rakannya ke dalam bentuk peta buih. Murid juga
dibenarkan berbincang jawapan di dalam kumpulan.

Seterusnya,murid akan melakukan kembara dunia atau learning walks iaitu sama
seperti kaedah station. Seorang murid akan duduk di tempat sendiri sebagai guru untuk
menerangkan hasil dapatan daripada perbincangan kumpulan mereka. Manakala, ahli yang
lain akan mendengar penerangan daripada kumpulan lain. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator. Setelah 10 minit, maka murid akan berpindah ke kumpulan yang seterusnya
secara pusingan arah jam. Melalui aktiviti ini, murid diasah untuk bercakap dan yakin dalam
menerangkan hasil dapatan kumpulannya. Pembelajaran sebegini menunjukkan bahawa
murid perlu mempunyai lebih input ke dalam apa yang dipelajari, bagaimana ia dipelajari
dan semasa bila mereka belajar (Kamarul & Norhafizah, 2013).

Setelah tamat kembara dunia, murid akan menghadiri mesyuarat menteri atau
problem solving groups. Dalam persidangan ini, setiap kumpulan dipecahkan mengikut wakil
kumpulan yang berbeza-beza. Walaupun ia membentuk jumlah yang sama namun diduduki
oleh ahli kumpulan yang berbeza. Hal ini kerana guru akan memberikan satu masalah atau
situasi yang menghalang objektif. Maka, murid yang diwakili oleh kumpulan berbeza akan
cuba menyelesaikan mengikut pengalaman masing-masing. Dan kumpulan baru ini perlu
menyelesaikan secara sepakat. Contoh masalah yang diberikan oleh guru mengenai
halangan trafik (trafic jammed) yang kronik menyebabkan keluarga Aiman tidak sempat
pulang beraya tepat pada waktu. Apakah punca, jalan penyelesaian dan cara
mengelakkannya. . Di sini guru dapat menilai dan membezakan tahap pemikiran murid.

7
Menurut Ariston dalam Ghazidi (2015), pentaksiran bilik darjah bertujuan untuk menilai
status pemikiran pelajar.

Apa yang
awak tahu? Mesyuarat
Study group Menteri Problem
solving Group

Kembara
Dunia Learning
Walks

Rajah 5: Perhubungan aktiviti dan Strategi PLC

Melalui pelaksanaan aktiviti Apa yang awak tahu?, Kembara Dunia dan Mesyuarat
Menteri, dapat disimpulkan bahawa semua aktiviti ini hakikatnya mempunyai perkaitan
berdasarkan langkah yang terdapat dalam strategi PLC. Apa yang awak tahu? memiliki ciri-
ciri berdasarkan kepada strategi study groups. Dan Kembara pula berpandukan kepada
strategi Learning Walks.Manakala, Mesyuarat Perdana Menteri berkonsepkan problem
solving group. Oleh itu, kesemua ini aktiviti yang dicipta ini hakikatnya membantu murid
dalam mempelajari sesuatu isi pelajaran agar teknik belajar seseorang murid itu dapat
ditambah baik dan menyerapkan unsur didik hibur.

3.0 RUMUSAN
Tuntasnya, proses sesuatu pengajaran melibatkan cara untuk menerangkan serta
menggunakan pengetahuan tersebut dalam pelajaran. Oleh itu, nilai dan isi yang ingin
diterapkan melalui penciptaan strategi PLC kepada guru turut dapat diaplikasikan kepada
murid di dalam bilik darjah. Implikasinya, murid yang mempunyai pengetahuan yang tinggi,
berkompeten dan berdaya saing akan dapat dilahirkan. Maka, dapat diringkaskan bahawa
setiap perancangan dan persediaan sebelum melaksanakan sesuatu perkara amat penting
dan perlu dititikberatkan bagi memastikan setiap objektif yang digariskan dapat dicapai.

8
RUJUKAN
Azita Ali , & Zuriawahida Zulkifli. (2016). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masalah
Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dalam Kalangan Pelajar.
Jurnal Pemikir Pendidikan, 1(2), 113-136.

Hamdi Ishak, Ab Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari. (2012). Amalan
pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah
kebangsaan pendidikan khas (masalah pendengaran). Journal of Islamic and arabic
education 4 (2). 11-24.

Ghazidi Afdzal. (2015). Penilaian dan pentaksiran dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Imaduddin Abidin, Jamal Rizal Razali & Anita Abdul Rani. (2016). TRIZ : Strategi
Pemecahan dan Penyelesaian Masalah secara Tuntas. International Journal of
Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (2), 83-91

Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh. (2013). Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes (Teaching and
Learning-Centered Approach Student among Islamic Education Outstanding Teacher
and Teachers in Secondary Schools: A Case Study) in 3d International Conference
on Islamic Education 2013 [ICIED2013]) at EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia
on 6th- 7th April 2013, p. 773-783

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa Melayu
di kalangan pelajar tingkatan 2. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang
tidak diterbitkan.

Muhammad Yusni bin Mohd Junos. (2006). Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC):
Teaching sharing sessions. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia

Norhayati Ab Wahab. (2009). Amalan-Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Di


Sebuah Sekolah Menengah Daerah Sepang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

9
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd .

Rishie Loganathan. (2016). Learning Walks July. Dipetik pada 10 April daripada
Academia.edu: https://www.academia.edu/7402038/Learning_Walks_July

Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie. (2018). Amalan
Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Di
Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zuraidah Abdullah. (2016). Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia: Amalan


Penambaikan Sekolah. Kuala Lumpur: Universiti Kuala Lumpur.

10

Anda mungkin juga menyukai